Naskhah belum disemak
DEWAN RAKYAT
PARLIMEN KETIGA BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT PERTAMA
Bil. 15
Rabu
2 April 2014
K A N D U N G A N
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)
RANG UNDANG-UNDANG:
Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2014
Jawatankuasa:-
Jadual:-
B. 27 (Halaman 27)
B. 29 (Halaman 41)
B. 30 (Halaman 42)
B. 43 (Halaman 43)
B. 46 (Halaman 56)
B. 47 (Halaman 56)
B. 13 (Halaman 63)
USUL-USUL:
Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada
Peraturan Mesyuarat (Halaman 26)
Usul Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2013
Jawatankuasa:-
P. 27 (Halaman 27)
P. 28 (Halaman 41)
P. 29 (Halaman 41)
P. 30 (Halaman 42)
P. 31 (Halaman 42)
P. 41 (Halaman 42)
P. 42 (Halaman 43)
P. 43 (Halaman 43)
P. 47 (Halaman 56)
P. 48 (Halaman 62)
DR.2.4.2014 1
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
PARLIMEN KETIGA BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT PERTAMA
Rabu, 2 April 2014
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
1. Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi] minta Menteri Kerja Raya menyatakan kebiasaannya apabila musim cuti sekolah atau musim perayaan, menyebabkan kedatangan pelancong ke Langkawi melalui Jeti Kuah melebihi kebiasaan. Ini menyebabkan akan berlaku kesesakan di laluan Pekan Kuah ke Jeti Kuah. Justeru akan menyebabkan pelancong tertinggal bot dan sebagainya. Apakah ada perancangan kementerian untuk menyelesaikan masalah ini.
Menteri Kerja Raya [Datuk Haji Fadillah bin Yusof]: Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat berdasarkan bancian Trafik Kebangsaan 2013 yang dijalankan di Pulau Langkawi khususnya untuk FT112. Tahap perkhidmatan untuk Jalan Persekutuan 110 dari Jeti Kuah ke Pekan Kuah masih lagi terkawal. Manakala kalau kita melihat daripada kajian trafik di 112 yang kedua-duanya melalui Pekan Kuah ialah average trafiknya adalah lebih kurang 25,641– kalau jalan yang menghubungi Pekan Kuah ke Padang Mat Sirat dan juga ke Pekan Kuah ke Tanjung Rhu ialah jumlah lebih kurang 13,376 buah kenderaan sehari.
Untuk itu memang kita menyedari bahawa jalan tersebut terutamanya di Jeti Kuah ke Pekan Kuah disebabkan laluan hanya dua lorong. Di hujung minggu, cuti perayaan dan juga cuti sekolah keadaan jalan agak sesak disebabkan pelbagai punca dan bukannya disebabkan hanya jumlah kenderaan yang banyak ataupun jalan tersebut kecil tetapi juga disebabkan parking dan sebagainya yang menyebabkan kawasan tersebut berlaku kesesakan.
Walau bagaimanapun, perancangan kita ialah berdasarkan apa yang dikatakan Highway Network Development Plan (HNDP) dengan izin. Di mana berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Lebuh Raya ini setakat ini yang kita jalankan daripada 2010 hingga 2020, tiada perancangan untuk pembangunan di Pulau Langkawi untuk jalan tersebut ditambah baik ataupun diperbesarkan. Apa yang kita boleh lakukan ialah untuk berbincang dengan LADA dan juga pihak polis untuk membuat kajian menyeluruh dan insya-Allah daripada kajian itu, berbincang dengan pihak LADA nanti kita akan lihat apakah yang boleh kita laksanakan di
DR.2.4.2014 2
kawasan tersebut untuk menangani apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Langkawi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas makluman yang telah diberikan tadi. Saya percaya bahawa kajian ini adalah benar tetapi situasi yang berlaku di Langkawi di antara Jeti Kuah dan juga Pekan Kuah adalah amat genting ketika musim perayaan dan juga musim cuti. Ramai di antara pelancong yang terlepas feri dan terpaksa membayar wang tiket dua kali dan sebagainya. Ini sudah tentu memberikan imej yang tidak baik kepada Langkawi sebagai pusat pelancongan antarabangsa.
Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kalaulah di LCCT kita mempunyai jumlah orang yang lebih ramai, berpuluh-puluh kali ganda berbanding dengan Jeti Kuah tetapi prosesnya perjalanannya agak licin dan teratur, apakah perancangan kerajaan untuk membantu keadaan ini supaya di Langkawi, kalaupun tidak dibuat jajaran jalan raya yang baru tetapi masalah ini dapat dihilangkan kerana ia menjadi satu masalah besar kepada ahli politik macam saya, wakil rakyat yang sentiasa mendapat rungutan dan juga telefon yang marah-marah apabila keadaan ini berlaku.
Di samping itu, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dengan penambahan pelancong di Langkawi daripada 1987 apabila mula diisytiharkan sebagai bebas cukai, daripada 80,000 orang pelancong kepada sekarang ini pada tahun 2013 sudah mencecah 3.2 juta orang pelancong setahun dan akan meningkat kepada jumlah yang lebih banyak kepada lima juta dalam masa yang terdekat.
Lanjutan daripada itu, sudah tentu jalan-jalan raya yang ada di Pulau Langkawi ini akan menjadi sesak dalam masa yang singkat kerana penambahan jalan ini tidak berlaku sejak sekian lama. Jadi pertanyaan saya ialah apakah ada perancangan kerajaan untuk melihat lagi keadaan penambahan jalan ini kerana dengan adanya jalan yang baru sudah tentu memberikan keselesaan kepada pelancong dan juga dapat memberikan ruang yang lebih luas kepada pembangunan di tempat-tempat yang lain di dalam Pulau Langkawi itu. Mohon jawapan.
Datuk Haji Fadillah bin Yusof: Untuk soalan pertama, terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Bagi menangani kesesakan lalu lintas khususnya di kawasan Pekan Kuah dan Jeti Kuah tersebut, seperti mana yang saya katakan tadi banyak punca. Di samping pembesaran, mungkin yang boleh menyelesaikan ialah jalan alternatif. Ada dua jalan utama, satu jalan federal iaitu Jalan 110 dan satu lagi ialah jalan negeri. Kalau kita dapat bincangkan dengan LADA untuk menangani keseluruhan supaya aliran trafik kawasan tersebut dapat diperbaiki.
Tindakan jangka pendek boleh kita lakukan dengan segera ialah untuk berbincang dengan pihak LADA bagaimana kami boleh memberikan bantuan. Pertama dari segi perkhidmatan untuk memberikan pandangan, nasihat teknikal untuk kita mencari penyelesaian jangka panjang sama ada melalui pembesaran jalan ataupun menambah baik aliran trafik yang melalui kawasan-kawasan tersebut termasuklah jalan alternatif sama ada jalan negeri boleh ditambah baik dan sebagainya.
DR.2.4.2014 3
Kedua ialah untuk kita melihat perancangan jangka panjang ataupun master plan yang dibangunkan oleh LADA barulah kita akan dapat melihat perancangan apakah keperluan jalan-jalan yang perlu ditambah baik.
■1010
Memang keseluruhannya jalan di Langkawi, jalan persekutuan ada yang telah ditambah baik daripada dua lorong jadi empat lorong. Oleh sebab itu ada sesetengah kawasan tiada masalah. Cuma yang puncanya sekarang ini ialah tumpuan di Pekan Kuah. Oleh sebab itu kita kena lihat dan bekerjasama juga dengan polis bagaimana waktu-waktu kesesakan bagaimana kita boleh tangani kawasan tersebut dengan meletakkan pegawai-pegawai trafik, meletakkan kon-kon dan memastikan aliran trafik itu agak lancar dan sebagainya dan menghalang daripada mereka yang meletakkan kenderaan di tepi-tepi jalan yang boleh menyebabkan kesesakan itu dapat dikurangkan.
Kalau ini dapat dilakukan untuk jangka pendek, insya-Allah, dengan kerjasama Yang Berhormat Langkawi kalau dapat bolehlah koordinat untuk memanggil mesyuarat, memanggil pihak LADA, JKR, polis untuk duduk berbincang bagaimana kita boleh tangani laluan trafik tersebut pada waktu puncak khususnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Tumpat, mengenai Langkawi.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan juga menyentuh berkenaan dengan musim cuti sekolah dan musim perayaan Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya mendengar tadi Yang Berhormat Menteri telah menjawab bahawa beliau telah menyelaras dengan LADA misalnya dalam kes Langkawi. Apa yang saya hendak tanya ialah dalam musim-musim cuti sekolah dan musim perayaan, kadangkala jalan-jalan raya dan lebuh raya dilakukan penambahbaikan kerosakan dan sebagainya.
Saya ingin menanya kementerian, adakah kementerian memberi panduan, arahan kepada kontraktor-kontraktor jalan ini supaya program projek penambahbaikan atau repair besar atau kecil dilaksanakan dan diselesaikan seboleh-bolehnya sebelum musim cuti atau musim perayaan supaya jangan apabila laluan trafik yang amat tinggi di musim cuti dan di musim perayaan, di masa itu jugalah traffic light tidak berfungsi, pembaikan jalan-jalan dan jalan-jalan yang dua lorong jadi satu lorong berlaku. Adakah kementerian ingin menegaskan supaya perkara ini tidak berulang, supaya sekurang-kurangnya jalan yang sedia ada ini boleh dipakai dengan sebaik-baiknya walaupun di musim cuti sekolah atau musim perayaan?
Datuk Haji Fadillah bin Yusof: Saya tidak tahu berkaitan dengan Pekan Kuah ataupun Jeti Kuah itu tadi tetapi lebih kepada umum. Soalan ini lebih kepada Jeti Kuah dan Pekan Kuah. Akan tetapi apa-apa pun secara umum, garis panduan yang telah dikeluarkan ialah untuk semua kerja kecuali yang terpaksa dijalankan pada waktu kemuncak memang sepatutnya dielakkan. Kadang-kadang waktu kemuncak kalau tanah runtuh, macam mana pun kita kena buat. Takkan kita hendak biarkan. Jadi, ini bergantung pada keadaan tetapi garis panduan apa yang telah disarankan oleh Yang Berhormat Tumpat, itu yang kita laksanakan. Terima kasih.
DR.2.4.2014 4
2. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan berapa banyak projek perumahan terbengkalai di kawasan Parlimen Puchong dan apakah langkah-langkah untuk menyelesaikannya.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Halimah binti Mohd. Sadique]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, suara PA system saya ini rosak sedikit hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Puchong.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui kementerian telah pun mengisytiharkan 206 projek perumahan terbengkalai sejak dari tahun 2009 sehinggalah kepada 28 Februari 2014 di bawah seksyen 11(ca) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 di bawah Akta 118. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 149 projek ataupun 72.4% telah pun berjaya disiapkan dan diduduki dan telah pun dapat memberikan manfaat kepada seramai 22,868 orang pembeli rumah.
Bagi makluman Yang Berhormat Puchong, di negeri Selangor sahaja terdapat 60 projek terbengkalai yang mana tiga projek terletak di bawah kawasan Parlimen Yang Berhormat Puchong dan daripada tiga projek berkenaan, dua projek telah pun dikeluarkan daripada senarai projek perumahan terbengkalai iaitu yang pertama ialah Taman La Cottage yang mana melibatkan 427 orang pembeli daripada 541 unit rumah yang telah pun dibina dan telah pun dipulihkan dengan CF pada 23 Januari 2013.
Kedua ialah Taman Metro Puchong. Permasalahan pembeli yang terbabit iaitu seramai 44 orang telah pun diselesaikan melalui pelantikan pemaju baru iaitu Glomac Lions Sdn. Bhd. dengan kaedah penukaran cadangan pemajuan yang telah pun dipersetujui oleh pembeli yang terlibat. Sementara itu Yang Berhormat, satu lagi projek perumahan yang disenaraikan di bawah kategori projek terbengkalai yang telah pun diumumkan oleh kementerian pada 16 September 2013 iaitu Taman Saujana Puchong Fasa 7, Puchong, Selangor.
Kebenaran merancang untuk projek ini untuk membina 240 unit rumah dan daripada unit berkenaan, hanya 55 unit sahaja yang telah dijual. Pada masa ini kementerian sedang berusaha untuk memulihkan projek ini Yang Berhormat yang mana tawaran tender telah pun ditutup pada 19 Mac 2014. Kementerian sedang dalam proses penilaian teknikal dan juga kewangan tender yang berkenaan.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, kerajaan memang memandang serius tentang permasalahan yang dihadapi oleh semua para pembeli kepada mana-mana projek perumahan terbengkalai. Sehubungan dengan itu, kementerian telah pun mengambil beberapa insentif dan juga langkah-langkah untuk menangani masalah projek terbengkalai iaitu:
(i) Kementerian melalui Jabatan Perumahan Negara telah pun mengambil tindakan dengan mengenal pasti pemaju-pemaju yang berkeupayaan dan berpengalaman ataupun kita panggil white knight, dengan izin untuk
DR.2.4.2014 5
mengambil alih mana-mana pemulihan projek perumahan swasta yang terbengkalai;
(ii) melaksanakan pemulihan projek-projek perumahan swasta terbengkalai terutamanya bagi kategori kos rendah dan juga kos sederhana melalui peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Peruntukan ini adalah bagi menampung segala kos tambahan kepada pemulihan projek-projek yang tersebut;
(iii) bekerjasama dengan Jabatan Insolvensi Malaysia atau pelikuidasi swasta bagi membantu untuk kita memulihkan mana-mana projek perumahan yang terbengkalai. Kementerian akan bertindak sebagai mediator bagi membantu pelikuidasi dan juga kontraktor penyelamat berhubung dengan pihak berkuasa tempatan serta agensi teknikal dan juga pihak pembiaya iaitu institusi kewangan;
(iv) mengenakan tindakan pendakwaan dan kompaun ke atas mana-mana pemaju yang tidak mematuhi peraturan dan juga peruntukan yang terkandung di dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 di bawah [Akta 118];
(v) kementerian juga mengambil tindakan untuk menyenaraihitamkan mana-mana pemaju yang menyebabkan projek perumahan terbengkalai pemaju-pemaju yang terlibat dengan mana-mana projek yang sakit, mana-mana pemaju yang gagal membayar kompaun, mana-mana pemaju yang ingkar award tribunal tuntutan pembeli rumah dan juga mana-mana pemaju perumahan yang tanpa lesen. Apabila disenaraihitamkan, maka pemaju dan semua ahli lembaga pengarah terbabit ini tidak boleh lagi memohon apa-apa juga lesen dan permit iklan serta jualan yang baru. Bagi makluman Yang Berhormat juga, pemaju juga tidak akan dapat memperbaharui mana-mana permit iklan dan jualan yang sedia ada dan senarai pemaju-pemaju ini yang disenaraihitamkan ini juga akan kita paparkan di laman sesawang KPKT untuk rujukan pembeli dan stakeholders yang lain; dan
(vi) kementerian juga telah pun membuat pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 iaitu [Akta 118] yang dijadualkan dikuatkuasakan pada bulan Jun 2014 bersekali dengan Akta Pengurusan Strata 2013 iaitu [Akta 757] dan juga Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta 318]. Terima kasih Yang Berhormat.
■1020
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, masalah projek terbengkalai ini adalah masalah yang serius seperti mana saya sebut
DR.2.4.2014 6
tadi bukan saja di Puchong tapi di seluruh negara. Apa yang diperlukan adalah perhatian khusus daripada kementerian untuk pastikan bahawa mereka, khususnya pemaju-pemaju yang terlibat dengan projek-projek ini diambil tindakan yang sewajarnya. Ini kerana apa yang berlaku ini memang mempunyai kesan yang sangat besar kepada pembeli-pembeli rumah.
Saya dengar apa yang disebut oleh kementerian bahawa memang ada tindakan blacklist. Akan tetapi apa yang berlaku Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah kebanyakan kali ini kita lihat bahawa syarikat-syarikat yang terlibat ini adalah anak syarikat kepada syarikat-syarikat yang lebih besar. Di mana kalau diblacklistkan itu, anak syarikat tersebut itu diblacklistkan. Akan tetapi sebenarnya ibu syarikat tersebut masih ada dan masih lagi diberikan kebenaran untuk teruskan dengan pembinaan.
Jadi saya hendak tanya, apakah tindakan kerajaan supaya memastikan bahawa tindakan bukan saja dikenakan sekadar anak syarikat yang melakukan atau pun menyebabkan masalah ini tetapi apakah tindakan khusus, general solution kepada masalah ini, satu berkenaan dengan blacklist Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Nombor dua berkenaan dengan tindakan yang boleh diambil terhadap pengarah-pengarah syarikat ini. Saya dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa memang ada peruntukan yang membolehkan tindakan mahkamah misalnya dibawa terhadap pengarah-pengarah ini. Saya hendak tanya sama ada kementerian bersedia untuk memastikan atau pun menggubal undang-undang untuk menjadikan ia satu jenayah, satu criminal offence sekiranya terdapat atau pun boleh dibuktikan terdapat kecuaian, criminal negligence on part of directors of this company yang telah pun membawa kepada masalah ini. Boleh saya terima satu jawapan daripada soalan itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat, di bawah pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 yang saya jelaskan tadi iaitu Akta 118 tidak ada pengecualian kepada mana-mana syarikat. Maknanya kalau ada mana-mana syarikat seperti mana yang saya sebutkan tadi telah pun melakukan pelanggaran di bawah akta yang berkenaan, tindakan akan diambil walaupun ia adalah anak syarikat kepada syarikat induk.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan adalah tegas dalam perkara yang berkaitan dan di bawah pindaan yang saya nyatakan tadi, di bawah seksyen termasuk dalam pindaan kepada seksyen 18A iaitu satu fasal baru. Tindakan pendakwaan terhadap pemaju perumahan berlesen yang menyebabkan dengan sengaja mana-mana projek perumahan terbengkalai dan ini adalah pindaan akta yang telah saya nyatakan tadi, yang akan dikuatkuasakan pada bulan Jun 2014.
Saya hendak memberikan keyakinan kepada Yang Berhormat supaya Yang Berhormat yakin dengan apa juga yang telah saya sebutkan dalam jawapan saya tadi. Antara pindaan yang telah pun kita masukkan di bawah Akta 118 ini Yang Berhormat, yang merangkumi beberapa pindaan peruntukan:
DR.2.4.2014 7
(i) peningkatan dalam deposit kemajuan perumahan daripada RM200,000 kepada 3% daripada jumlah anggaran kos pembangunan fizikal ke dalam Akaun Pemajuan Perumahan;
(ii) pembeli rumah juga diberikan hak milik untuk membatalkan mana-mana perjanjian jual beli (SPA) sekiranya tidak ada kemajuan ditapak yang berkenaan selama tempoh enam bulan daripada SPA ditandatangani;
(iii) untuk kita meluaskan di bawah Akta 118 ini iaitu meluaskan skop Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah bagi membolehkan pembeli rumah membuat tuntutan ganti rugi ke atas mana-mana pemaju tanpa lesen dan menaikkan kadar penalti maksimum daripada RM20,000 kepada RM50,000 bagi kesalahan yang dibuat oleh pemaju;
(iv) peruntukan baru ini Yang Berhormat bertujuan agar tindakan yang serius akan dapat dikenakan ke atas mana-mana pemaju perumahan di atas alasan sengaja mengabaikan suatu pemajuan perumahan selama tempoh enam bulan secara berterusan dan akhirnya menyebabkan suatu pemajuan perumahan itu terbengkalai; dan
(v) definisi kepada pemaju perumahan, kita juga memperluaskan dan dia merangkumi kepada pelikuidasi supaya kewajipan pemaju perumahan dapat juga dipertanggungjawabkan kepada pihak pelikuidasi.
Maknanya Yang Berhormat, apa yang saya hendak terangkan kepada Yang Berhormat...
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Sorry, adakah ianya juga termasuk pemenjaraan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Perkara ini kita sudah masukkan dalam pindaan-pindaan ini supaya dengan pindaan yang bawah Akta 118 ini Yang Berhormat, ia sudah cukup ketat untuk kita mengawal dan menentukan supaya tidak ada mana-mana pemaju yang dengan sengaja mahu membuatkan projek pemajuan mereka itu terbengkalai.
Saya harap kepada Yang Berhormat, tidak payahlah Yang Berhormat hendak risau. Ini juga termasuklah kepada jawapan yang telah saya berikan tadi. Kepada mana-mana pemaju dan juga termasuklah ahli-ahli lembaga kepada projek terbengkalai yang kita senarai hitamkan. Ini adalah satu tindakan yang kita lakukan secara berterusan. Sekiranya Yang Berhormat ada makluman tambahan kepada mana-mana pemaju di kawasan Yang Berhormat, sama ada pemaju yang berlesen atau pun pemaju yang tidak berlesen, sila maklumkan kepada kementerian. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita sudah sering kali mendengar bahawa Akta 1966 hingga sekarang, itu juga akta yang kita pakai. Jadi kita mahu tahu kerana apabila kita menyoal di dalam Dewan, kita sering kali dikatakan bahawa Sabah tidak termasuk dalam akta ini. Jadi di Sabah 100 ribu rumah yang terbengkalai, tidak ada tindakan. Jadi saya mahu tahu satu, akta ini boleh mengambil tindakan pemaju-pemaju yang ada di Sabah.
DR.2.4.2014 8
Kedua saya ingin tahu juga adakah tindakan-tindakan sudah diambil, yang sudah diberitahu kepada rakyat bahawa rumah-rumah terbengkalai itu serius dan orang-orang yang mempunyai lesen ini diambil tindakan dengan sewajarnya. Terima kasih.
Seorang Ahli: Ya, sokong.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Yang Berhormat bagi negeri Sabah dan Sarawak, saya ingat Yang Berhormat pun sudah tahu jawapan yang saya hendak bagi. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, pemantauan dan juga pemulihan dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri sendiri. Kerana apa Yang Berhormat? Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 iaitu [Akta 118]...
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Inilah yang kita tidak puas hati kerana kita satu negara. Satu negara lepas itu satu akta, kita mengambil tindakan kepada seluruh negara bukan Sabah dan Sarawak. Jadi kalau Sabah dan Sarawak kementerian lemah, jadi rakyat yang menderita.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Jawab-jawab.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Terima kasih Yang Berhormat. Jangan bimbang Yang Berhormat Putatan saya jawab. Yang Berhormat, saya hendak maklumkan tadi bahawa Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 iaitu Akta 118 tidak berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak. Akan tetapi cadangan Yang Berhormat itu akan saya bawa balik kepada kementerian. Ini kerana kita kena berbincang dengan pihak Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat Gombak pun sedia maklum tahu bahawa Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, dia mempunyai peruntukan perundangannya sendiri.
Menjawab kepada akta yang telah pun kita buat pindaan, yang akan dikuatkuasakan pada bulan Jun 2014, saya hendak memberikan keyakinan kepada Yang Berhormat Kalabakan, di bawah seksyen-seksyen terdapat tujuh seksyen yang akan dibuat pindaan. Pertama di bawah seksyen 3 iaitu taksiran pemaju perumahan seperti yang saya sebutkan kepada soalan Yang Berhormat Puchong tadi. Ia merangkumi pihak pelikuidasi dan juga pegawai penerima.
■1030
Di bawah seksyen 6 saya sebutkan sekali lagi, deposit lesen pemajuan perumahan Yang Berhormat, kita pinda daripada RM200,000 kepada 3% daripada anggaran kos pembinaan fizikal dan termasuk juga kos yuran profesional, tetapi ini tidak termasuk kepada harga kos tanah. Pindaan kepada seksyen 7B bagi maksud seksyen 7, 8, 8A, 11 dan 12, pemaju perumahan berlesen termasuk mana-mana pemaju yang lesennya telah tamat. Kita masukkan pindaan-pindaan ini supaya tindakan yang lebih tegas akan dapat dilakukan. Ini kerana kita tahu Yang Berhormat dalam [Akta 118] dahulu, ada ruang-ruang yang boleh diambil kesempatan oleh pihak pemaju-pemaju perumahan. Maka kerana itu, pindaan-pindaan ke atas seksyen ini dibuat.
Bagi seksyen 8, pembeli secara individu boleh memohon untuk menamatkan mana-mana perjanjian jual beli yang saya sebutkan tadi. Di bawah subseksyen 16A tuntutan kepada Tribunal TTPR bagi merangkumi pemaju perumahan yang tidak berlesen. Bagi subseksyen 16AD(1) kadar penalti dinaikkan daripada tidak kurang kepada RM10,000 dan hendaklah tidak
DR.2.4.2014 9
melebihi daripada RM50,000. Manakala yang terakhir di bawah seksyen 24(2) kita naikkan kadar penalti maksimum bagi setiap kesalahan di bawah mana-mana peraturan daripada penalti sebanyak RM200,000 kepada penalti sebanyak RM500,000.
Saya fikir dan saya yakin Yang Berhormat dengan pindaan-pindaan kepada seksyen-seksyen yang ada di bawah Akta 118 ini, saya tidak fikir pemaju akan berani untuk mengambil kesempatan dengan membuat pembeli menjadi derita akibat daripada perbuatan mereka. Terima kasih Yang Berhormat.
3. Dato' Wira Othman bin Abdul [Pendang] minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) apakah benar 70 peratus syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia
menepati kehendak syariah seperti yang dilaporkan oleh media; dan
(b) berikan 10 syarikat yang teratas dari segi modal yang dikatakan menepati kehendak syariah.
Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Assalamualaikum warahmatullahi wabaraakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pendang. Untuk makluman Yang Berhormat, senarai saham, senarai sekuriti patuh syariah diterbitkan setiap tahun pada bulan Mei dan November oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pada November 2013 yang lalu, senarai sekuriti patuh syariah yang telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti mengandungi 653 syarikat patuh syariah yang mewakili 71% daripada 914 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Sepuluh syarikat yang teratas dari segi modal di mana sekuriti disenaraikan sebagai patuh syariah adalah:
(i) Tenaga Nasional Berhad, RM67,610 juta saiz permodalan pasarannya;
(ii) Sime Darby Berhad, RM56,032 juta;
(iii) Axiata Group Berhad, RM55,456 juta;
(iv) Petronas Chemicals Group Berhad, RM53,680 juta;
(v) Maxis Berhad, RM51,855 juta;
(vi) Petronas Gas Berhad, RM45, 787 juta;
(vii) DiGi.Com Berhad, RM39,497 juta;
(viii) IHH Healthcare Berhad, RM31,564 juta;
(ix) IOI Corporation Berhad, RM30,803 juta; dan
(x) Petronas Dagangan Berhad, RM30,002 juta.
Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 merupakan badan tertinggi yang bertanggungjawab dalam menentukan status syariah saham-saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Dalam menentukan status syariah sekuriti tersenarai, MPS memberi tumpuan
DR.2.4.2014 10
kepada aktiviti teras sesebuah syarikat tersebut. Jika aktiviti teras syarikat bertentangan dengan syariah, sekuriti syarikat tersebut tentunya diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah.
Bagi syarikat yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti patuh syariah dan juga tidak patuh syariah, Majlis Penasihat Syariah menetapkan tanda aras 5% dan 20% untuk mengukur sumbangan daripada aktiviti tidak patuh syariah tersebut. Tanda aras 5% diguna pakai bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas haram seperti riba, judi, arak dan aktiviti yang berkaitan khinzir. Manakala tanda aras 20% pula diguna pakai bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang secara umumnya selaras dengan syariah dan mempunyai maslahat kepada masyarakat awam namun, terdapat unsur tidak patuh syariah lain yang boleh menjejaskan aktiviti berkenaan. Di antara aktiviti yang diukur dengan tanda aras 20% ialah operasi hotel, rumah peranginan, pembrokeran saham serta sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh syariah.
Di samping itu, Majlis Penasihat Syariah juga mengukur nisbah kewangan bagi menilai tahap atau elemen riba dalam syarikat disebabkan hutang yang berteraskan faedah serta penempatan tunai dalam akaun-akaun atau instrumen konvensional. Jumlah tunai yang ditempatkan dalam akaun atau instrumen konvensional akan dibandingkan dengan jumlah aset syarikat. Manakala jumlah hutang yang berteraskan faedah juga akan dibandingkan dengan jumlah aset syarikat. Setiap nisbah kewangan ini mestilah kurang daripada 33%.
Selain daripada kaedah kuantitatif, MPS juga mengambil kira aspek kualitatif yang melibatkan persepsi masyarakat umum atau imej aktiviti-aktiviti syarikat daripada perspektif pengajaran Islam. Kesimpulannya, status syariah sekuriti ataupun saham sesebuah syarikat tersenarai hanya akan ditentukan oleh MPS setelah melalui kedua-dua proses saringan iaitu saringan secara kuantitatif dan juga saringan berbentuk kualitatif. Terima kasih
Dato' Wira Othman bin Abdul [Pendang]: Tuan Yang di-Pertua, soalannya, mencari yang halal itu adalah wajib dalam Islam. Soalan yang pertama ialah apakah kerajaan bercadang untuk menentukan 653 syarikat itu mempunyai Jawatankuasa Syariah mereka sendiri supaya Jawatankuasa ini berterusan untuk mengkaji perniagaan itu berterusan halal.
Soalan yang kedua, apakah ada insentif-insentif yang akan diberikan dan galakan yang akan dibuat oleh kerajaan bagi syarikat-syarikat lain juga supaya mereka terus menceburi ataupun dapat menjadikan syarikat mereka itu adalah syarikat yang patuh syariah.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Itu adalah dua cadangan yang bagus daripada Yang Berhormat Pendang. Memanglah tidak semua mempunyai Jawatankuasa Syariah sendiri. Akan tetapi kita memantau dengan Jawatankuasa Syariah Pusat yang dianggotai oleh mereka yang pakar dalam bidang fiqah muamalat. Di antaranya Dr. Mohd Daud Bakar, Tun Abdul Hamid Haji Mohamad, Dato’ Dr. Abdul Halim Ismail, Profesor Dr. Mohammad Hashim Kamali, Profesor Dr. Ashraf Md. Hashim, Profesor Dr. Engku Rabiah Adawiyah Engku Ali, Profesor Madya Dr. Aznan Hasan, Profesor Madya Dr. Azman Mohd Nor dan Dr. Shamsiah Mohamad, selain wakil-wakil daripada Securities Commission Malaysia (Suruhanjaya Sekuriti).
DR.2.4.2014 11
Cadangan untuk memberikan insentif dan galakan juga adalah cadangan yang baik. Akan tetapi setakat ini, 71% daripada syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia itu sudah patuh syariah adalah satu angka yang amat baik walaupun tidak semuanya lagi. Kita akan terus memberikan panduan-panduan. Sebagai contoh kita mengeluarkan buku ini. [Sambil mengangkat sebuah buku] Senarai Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Di dalamnya ada syarikat-syarikat yang berkaitan dan kita namakan syarikat-syarikat itu untuk memudahkan masyarakat Islam melabur di syarikat-syarikat itu, umat Islam melabur di syarikat-syarikat itu. Mudah-mudahan dengan kaedah ini, mereka timbul motivasi untuk disenaraikan dan mereka akan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mematuhi syariah dalam syarikat mereka. Terima kasih.
■1040
Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya hargai usaha kerajaan untuk memastikan syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham itu patuh kehendak syariah. Apa yang saya ingin tanyakan tentang syarikat-syarikat yang menjadikan kerajaan, misalannya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF yang merupakan milikan Kementerian Kewangan yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan. Apakah langkah-langkah yang sedang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan bukan sahaja hanya 30% daripada portfolio aset bawah KWSP ini patuh syariah, 70%nya tidak? Jadi apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan kesemuanya mematuhi kehendak syariah? Ini kerana saya mendapat makluman bahawa di Australia sudah ada satu badan pelaburan bernilai AUD200 yang 100% mematuhi syariah. Ini di Australia Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya pohon makluman daripada kementerian tentang langkah-langkah untuk memastikan sekurang-kurangnya KWSP itu mematuhi 100% jadi kehendak syariah. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Senarai syarikat-syarikat di bawah milik kerajaan itu kita boleh berikan kepada Yang Berhormat Lembah Pantai. Satu perkara yang kita ingin maklumkan di sini bahawa sistem kewangan Islam di Malaysia sentiasa mendapat perhatian di peringkat antarabangsa dan sebelum ini juga saya memaklumkan bahawa Malaysia ini menduduki tempat yang ketiga dari segi sistem perbankan Islam, dari segi market share ataupun nisbah pasaran yang terbesar dalam dunia. Dari segi insurans Takaful nombor dua terbesar dalam dunia, dari segi sukuk ataupun islamik bon adalah nombor satu terbesar dalam dunia, dan tentunya KWSP perlu melihat pelaburan-pelaburan dalam tiga-tiga perkara ini dan bukan hanya KWSP tetapi juga syarikat GLC yang lain. Daripada senarai yg sebutkan tadi misalnya Tenaga Nasional Berhad adalah yang pertama dalam senarai yang 10 syarikat itu dan kita tahu Tenaga Nasional Berhad adalah salah sebuah GLC yang utama.
Sebagai maklumat umum, selain daripada buku ini, senarai sekuriti patuh syariah ini, nipis sahaja bukunya, saya juga ingin menyatakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat baru keluar buku ini iaitu Islamic Financial System. Ia dikeluarkan oleh Israk daripada Bank Negara. Sistem kewangan Islam, buku ini adalah buku teks terbaik dalam dunia mengenai sistem kewangan
DR.2.4.2014 12
Islam. Ini tambahan untuk makluman semua, ya. Akan tetapi yang tentang KWSP itu kita ambil tindakan penting, ya. Terima kasih.
4. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [Bukit Katil] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-
(i) kos kebajikan atau kehidupan yang ditanggung oleh kerajaan bagi setiap orang banduan yang ditahan dalam penjara di Malaysia; dan
(ii) sama ada layanan terhadap banduan adalah berdasarkan “United Nations Prison-Related Standards and Norms".
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam bahagia dan salam 1Malaysia. Jadi izinkan saya terus kepada soalan saya Tuan Yang di-Pertua, tidak ada cerita-cerita lain, ya. Tuan Yang di-Pertua dan untuk makluman Yang Berhormat, kos kebajikan atau kehidupan yang ditanggung oleh kerajaan bagi setiap orang banduan yang ditahan dalam penjara di Malaysia adalah sebanyak RM35 sehari. Ia melibatkan kos utiliti terdiri di antaranya bagi tujuan menyediakan peralatan, makanan, kemudahan harian, perubatan, kawalan, pengiringan, pemulihan, emolumen, dan lain-lain.
Bagi jawapan yang kedua iaitu (ii), sama ada layanan terhadap banduan adalah berdasarkan United Nations Prison-Related Standards and Norms. Jabatan Penjara dalam mentadbir dan menguruskan pertahanan, keselamatan, layanan, pemulihan dan pengintegrasian penghuni adalah berasaskan akta dan peraturan yang telah diluluskan oleh Parlimen dan juga mematuhi standard antarabangsa yang ditetapkan iaitu United Nations Standards Minimum Rules for Treatment of Prisoners (UNSMR).
Dalam konteks layanan terhadap semua penghuni, Jabatan Penjara amat peka kepada hak asasi dan kebajikan penghuni. Bagi memenuhi tuntutan hak asasi penghuni, Jabatan Penjara akan bertanggungjawab memastikan layanan yang profesional berlandaskan undang-undang, nilai kemanusiaan secara adil dan saksama. Semua penghuni dilayan dengan adil berlandaskan standard operating procedure yang ada tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman politik, dan lain-lain.
Bagi keperluan kebajikan penghuni, Jabatan Penjara juga amat prihatin dalam masalah lazim yang dihadapi oleh penghuni. Antaranya masalah peribadi, kes keluarga, dan majikan. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Penjara bagi menguruskan hal-hal tersebut dgn sebaik mungkin.
Untuk rekod, the United Nation Working Groups on Arbitrary Detention (WGAD) semasa melawat dan memeriksa beberapa institusi penjara pada tahun 2010 telah tidak menimbulkan sebarang keraguan terhadap layanan yang dilaksana untuk penghuni. Begitu juga lawatan International Committee of the Red Cross (ICRC) yang menunjukkan penjara di Malaysia telah
DR.2.4.2014 13
melaksanakan layanan berhadap penghuni dengan baik. Malah, program Jabatan Penjara seperti program pemulihan bukan sahaja telah dipilih untuk dijadikan kursus bagi pegawai penjara rantau Asia Pasifik di bawah Malaysia Technical Corporation Program (MTCP), malah digunakan oleh negara tertentu untuk membina program pemulihan penjara mereka. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan sebentar tadi. Cuma saya ingin tanya sedikit mengenai hak asasi banduan yang mengatakan dua perkara. Pertamanya ialah pendirian kerajaan mengenai hak banduan ini untuk mengundi sebab ada yang masuk di dalam penjara itu telah pun daftar sebagai pengundi di sesuatu kawasan. Ada kalangan yang menghujahkan bahawa ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Itu bagi mereka yang belum mendaftar tetapi yang sudah mendaftar, dia boleh untuk mengundi. Saya ingin tanya, apakah kerajaan bersedia untuk menyediakan satu mekanisme agar mereka ini boleh diberikan hak untuk mengundi?
Kedua, Yang Berhormat Menteri ialah hak tentang kesihatan ini? Walaupun diberitahu tadi terdapat pelbagai pujian dan sebagainya, saya fikir mungkin kementerian terlepas pandang. Ada satu isu yang besar sekarang ini berlaku berdasarkan laporan terbaru tahun 2014 iaitu masalah tuberculosis, dengan izin, masalah batuk kering. Terdapat 88% in mix yang dibuat kajian baru-baru ini di Penjara Kajang terpaksa dikenakan rawatan dan dibuat kajian itu, 88% ini terkena tibi. Sekarang ini bukan sahaja di Penjara Kajang, malah saya difahamkan di penjara-penjara yang lain juga ada maslah yang besar. Jadi saya inginkan tindakan segera kerajaan bagi menangani perkara ini. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat. Dua persoalan, sebenar Tuan Yang di-Pertua pun tahulah...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Hanya satu sahaja Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Akan tetapi walau bagaimanapun yang pertama itu Yang Berhormat kita ambil kira dan kita memiliki undang-undang. Kalau dibolehkan saya akan bincang dengan pihak kementerian dan Jabatan Penjara. Itu yang pertama tetapi yang kedua Yang Berhormat, soalan 88% pegawai dan penghuni penjara terlibat dengan batuk kering. Sebenarnya Yang Berhormat, saya telah berbincang dengan pihak SUHAKAM bulan lepas yang mendapat fakta-fakta sedemikian untuk memberi maklumat terperinci kepada saya.
■1050
Saya belum pun menerima daripada pihak SUHAKAM tetapi dalam masa yang sama, oleh kerana kepekaan kementerian dan saya sendiri, saya telah meminta Ketua Pengarah Penjara bersama dengan- mengaturkan satu mesyuarat dan menjemput pihak wakil daripada Kementerian Kesihatan untuk berbincang bersama saya, macam mana kita boleh mengatasi
DR.2.4.2014 14
masalah ini khususnya dalam segi perubatan, immunisation kepada pihak-pihak yang terkena dan prevention kepada mereka yang belum terkena.
Jadi kita tengah mengambil tindakan Yang Berhormat dan kerana dia merentasi kementerian lain, jadi saya terpaksa juga berhubung dengan Kementerian Kesihatan, kementerian lain, Kementerian Sumber Manusia dan sebagainya untuk diadakan mesyuarat. Saya sudah beri arahan supaya diadakan mesyuarat dalam masa yang terdekat ini di kementerian kami untuk menguruskan perkara yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Itu yang pertama jawapan saya.
Kedua ialah bahawa semenjak kita masuk ke dalam kementerian ini Yang Berhormat, kita telah melihat soalan kesihatan ini adalah satu masalah yang pokok kita lihat dalam satu-satu sudut institusi khususnya di penjara ini. Oleh kerana di sanalah mereka bercampur gaul sama ada dia orang tahanan ataupun pegawai penjara itu sendiri yang terlibat bersama, duduk bersama bahkan ada tempat, makan bersama dengan mereka ini. Jadi kita peka dengan kesihatan semua pihak, bukan saja penghuni tetapi juga pegawai-pegawai penjara yang mungkin boleh dilibati, dijangkiti oleh penyakit-penyakit Yang Berhormat sebutkan tadi. Insya-Allah Yang Berhormat, kita akan bagi laporan dalam Dewan. Terima kasih.
Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah]: Terima kasih. Saya hendak bertanyakan soalan tambahan kepada calon nombor empat, Naib Presiden. Nasib baik bini dia tidak bertanding, kalau tidak, kacau. Okey, soalan tambahan saya mengikut survey yang telah dijalankan oleh United Nations yang mana mengatakan bahawa percentage oleh...
Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah]: ...Percentage oleh penghuni-penghuni wanita di dalam penjara meningkat saban tahun ke tahun dan averagenya adalah 6%. Di France 4% dan di Amerika Syarikat adalah sebanyak 9%. Jadi saya hendak bertanyakan pertamanya, bagaimana pula dengan penghuni wanita di penjara di Malaysia dan yang kedua adakah kita melihat facility di penjara ini mengikut, dibuat mengikut facility dan juga keperluan dan kesesuaian untuk penghuni wanita yang mana latar belakang dan profil mereka berbeza-beza ya. Tambahan pula ada daripada mereka yang mengandung, ada mereka masih lagi muda dan mempunyai dependant, anak-anak yang ditinggalkan dan juga yang berlaku kes trauma akibat kesalahan yang dilakukan. Terima kasih.
Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat. Nisbah ataupun jumlah yang terperinci tidak ada pada saya masa sekarang Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun saya boleh memberi jawapan secara bertulis. Soalan nisbah. Tapi soal pengendalian ataupun pembiayaan mereka yang dalam penjara, dia banyak perkara yang kita butirkan. Pertamanya untuk wanita, memang ada tempat-tempat yang khusus, penjara khusus untuk wanita yang dijaga oleh pihak-pihak pegawai dan anggota-anggota wanita.
Bahkan kita mempunyai seorang pegawai kanan penjara yang menjaga khusus untuk menjaga wanita dan program-program mereka sebagaimana program kepada penghuni penjara yang lain juga dirangkai begitu rupa ataupun digubal begitu rupa supaya memastikan keperluan
DR.2.4.2014 15
tiap-tiap individu dan tiap group individu ini, kita ambil kira dalam memberi kaunseling, latihan, pembiayaan, penjagaan dan sebagainya. Ini termasuk mereka yang hamil.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Hamil, ya mengandung.
Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Mengandung. Terima kasih.
Beberapa Ahli: [Ketawa]
Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Itu perkataan yang hendak cari itu. [Ketawa]. Orang Sarawak kata bunting sajalah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila, sila.
Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Oleh sebab sebut orang Sarawak Yang Berhormat, saya alu-alulah orang daripada Sri Aman datang dekat atas itu. Itu dekat atas orang Sri Aman.
[Tepuk]
Jadi, yang mempunyai masalah sedemikian rupa kita ambil kira dan diberi rawatan dan layanan sebagaimana wanita yang di luar penjara itu kita beri rawatan dan layanan. Makna dia kalau doktor perlu memberi pemeriksaan tiap-tiap minggu, dia juga akan diberi sedemikian berlandaskan apa doktor nasihat kepada pengurus penjara tersebut. Jadi tidak ada layanan dan daripada sudut lain iaitu sudut agama, sudut budaya dan sebagainya.
Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita lihat dalam penjara kita telah ‘menginstitutionalizekan’ pengajian daripada sudut moral dan juga agamanya. Menerusi sudut-sudut agama ini, yang Islamnya kita bawa ustaz dan ustazah masuk ke penjara. Yang Kristian kita bawa priest dia masuk ke penjara untuk memberi bimbangan kepada mereka ini. Begitu jugalah yang Hindu dan Buddhist. Kita bawa pakar-pakar budaya dan agama ini ke dalam penjara untuk memberi bimbingan dan latihan daripada sudut moral dan agama mereka masing-masing. Keperluan itu tidak pernah dilupa oleh pihak Penjara Malaysia. Itulah kenapa Penjara Malaysia sekarang dirated one of the best in this part of the world Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Minta maaf saya guna perkataan Inggeris tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, soalan nombor lima tidak dapat kita jawab kerana Yang Berhormat Mas Gading tiada dalam Dewan.
[Soalan No. 5 – Y.B. Tuan Nogeh anak Gumbek (Mas Gading) tidak hadir]
Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem]: Tuan Yang di-Pertua, walaupun Yang Berhormat Yang Berhormat Mas Gading tidak ada di Dewan pada pagi ini tapi saya beranggapan bahawa isu atau subjek gaji minimum ini adalah isu yang amat sensitif sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya.
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem: Ya, I know.
DR.2.4.2014 16
6. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Perdana Menteri menyatakan keperluan mengkaji untuk mengecilkan gaji dan elaun kakitangan awam dalam keadaan sara hidup yang lebih tinggi dan keperluan barangan yang meningkat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya menjawab soalan nombor enam. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, gaji merupakan hak ataupun constitutional right di bawah Perlembagaan Persekutuan. Pada ketika ini kerajaan tidak berhasrat untuk mengkaji bagi mengecilkan gaji dan elaun kakitangan awam lebih–lebih lagi dalam keadaan sara hidup yang semakin tinggi dan keperluan barangan yang meningkat. Ini adalah kerana sekiranya gaji dan elaun dikecilkan, sudah semestinya akan memberikan kesan kepada pendapatan kakitangan awam kerana gaji bersih yang diterima tidak akan dapat menanggung kos kehidupan yang tinggi.
Pegawai juga akan berada dalam keadaan kurang baik apabila bersara kelak berbanding pegawai yang telah bersara dengan amaun gaji yang tidak dikecilkan. Namun begitu bagi menyokong langkah perbelanjaan berhemat, kerajaan turut melaksanakan langkah penjimatan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2014. Langkah penjimatan berkaitan termasuk:
(i) Mengurangkan Imbuhan Tetap Keraian di antara 5% sehingga 10% bagi Jawatan Utama Sektor Awam ataupun khas.
(ii) Pengurangan kemudahan bayaran tol sebanyak RM50 bagi gred JUSA Khas C hingga A dan RM100 bagi TURUS 3 dan ke atas.
(iii) Pindaan kelas tempat duduk penerbangan domestik dari kelas perniagaan kepada kelas ekonomi bagi JUSA Khas dan juga Khas C dan juga gred 54.
Atas keprihatinan kerajaan, langkah diambil hanya melibatkan Kumpulan Pengurusan Tertinggi Gred JUSA C dan ke atas dan tidak melibatkan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ataupun Kumpulan Pelaksana.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, langkah penjimatan ini bukanlah satu denda kepada penjawat awam tetapi hanya memotong sedikit kemudahan atas hasrat untuk menggerakkan rakyat supaya berjimat cermat selaras dengan Firman Allah Taala, untuk berjimat cermat ketika senang bagi menghadapi kesusahan pada masa hadapan seperti dalam Surah Yusof ayat 48 dan 49 yang pernah dibaca oleh seorang Menteri Kewangan pada masa dalam satu pembentangan bajet pada masa yang lepas, yang bermaksud “Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan untuk dijadikan benih. Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan dan padanya mereka dapat memerah hasil anggur, zaitun dan sebagainya.” Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, jemput Yang Berhormat Kuala Langat.
DR.2.4.2014 17
■1100
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan Menteri penuh beremosi dalam keadaan membandingkan keseluruhan soalan saya, dalam keadaan berjimat cermat tetapi kita boros sehingga pergi ke Qatar dengan harga yang hampir setengah juta. Itu bukan penjimatan namanya. Itu pemborosan.
Baik, soalan pokok yang saya hendak masukkan di sini ialah Menteri, apa pun firman tidak mengapa. Paling penting Menteri Agama di sebelah tu dia boleh guide. Tuan Yang di-Pertua, saya diberitahu oleh beberapa kakitangan awam iaitu dalam keadaan sekarang ini, ya betul penjimatan itu wajib dilakukan tetapi permasalahan sekarang ini ialah dalam keadaan bilamana barang meningkat. Saya bercakap dalam dasar kerangka seluruh penjawat awam. Dalam keadaan barang naik, kos sara hidup tinggi, gaji tetap di situ dan elaun tetap di situ.
Jadi, bermaksud apabila barang meningkat, gaji kecil, ia akan menguncupkan cara hidup penghidupan yang akan menyengsarakan mereka. Dalam keadaan sedemikian sebagai contoh, elaun keraian guru besar sudah berlaku hampir 40 tahun tidak berganjak, RM100 sebulan. Terpaksa keluarkan duit sendiri dalam keadaan terdesak. Begitu juga penolong kanan, RM60 sebulan. Dalam keadaan sekarang ini, ini yang perlu kita ambil perhatian supaya mereka itu tidak terbeban dalam keadaan keperluan itu apabila ia diperlukan. Maka yang demikian, ini soalan saya. Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah langkah-langkah untuk memastikan kakitangan awam tidak dipinggirkan terutama selepas diperkenalkan GST yang akan membebankan dalam kadar 6% dan penjawat awam ini tidak dianjak pendapatan mereka. Mohon Menteri beri jawapan konsisten. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan GST, esok kita akan bentangkan GST. Akan tetapi ini saya hendak jawab khusus kepada penjawat awam. Kita tidak mengecilkan gaji. Itu prinsip yang pertama kita pegang. Kita memotong sedikit kemudahan bagi mereka JUSA C dan ke atas. Untuk penerbangan, kita ambil M54 dan JUSA C daripada kelas business kepada kelas ekonomi. Kita tidak potong gaji. Kita potong dan mengurangkan keraian. Keraian ini ialah yang tidak dikenakan pendapatan. Duit keraian, kena belanja untuk keraian. Kita kurangkan keraian. Walaupun yang mendapat keraian ini daripada M44 sampai ke atas tetapi yang kita potong ialah JUSA C dan ke atas.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, supaya Yang Berhormat dapat maklumat. Contohnya, saya beri contoh supaya kita berpuas hati. JUSA C sekarang, kadar bulanan sekarang ini ialah RM2,500 sebagai contoh. Sekarang ini apabila kita buat penjimatan, tinggal RM2,375. KSN, kadar sebulan RM5,300. Apabila kita kurangkan, jadi RM4,770. Ini yang ke atas dan ke bawah kita tidak sentuh apa pun. Jadi, tujuan utama...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Elaun keraian Menteri berapa?
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Menteri dipotong 10%.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Berapa elaun keraian dia?
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Jadi, oleh kerana soalan ini ditanya di bawah sana...
DR.2.4.2014 18
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya bangun, saya tanya. Saya tidak duduk di bawah lagi. Saya duduk di atas. Elaun keraian Menteri berapa? Perdana Menteri berapa?
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Saya perlu soalan bertulis.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Takkan tidak tahu berapa. Menteri duduk terima bulan-bulan berapa? Yang Berhormat sebagai Menteri tentu dok terima bulan-bulan, takkan tidak tahu berapa.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Pokok Sena.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena punya elaun pun kita tidak tahu banyak mana. Yang Berhormat Pokok Sena sibuk hal orang.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Saya tidak sempat melihat sebab saya sudah belanja habis, termasuklah kawan-kawan di Parlimen pun tahu bahawa kalau perbelanjaan di sana itu ialah elaun keraian daripada Menteri Parlimen. Jadi, kalau Yang Berhormat tanya saya, sukar untuk saya menjawab sebab benda itu tidak dapat datang ke saya, sudah habis di jalanan.
Jadi, tujuan kita mengurangkan imbuhan ini adalah untuk memberi galakan kepada rakyat supaya berjimat cermat. Itu sahaja matlamat utama dan ianya tidak mendatangkan kesan ketara kepada anggota kerajaan. Ia melibatkan keraian. Tol dan juga perubahan kelas daripada business kepada ekonomi. Itu pun untuk JUSA C. Jadi, saya ingat Yang Berhormat, langkah kerajaan untuk penjimatan ini ialah untuk memberi galakan kepada rakyat dan tidak mendatangkan kesan kepada gaji anggota-anggota kerajaan. Walaupun saya tahu jawapan ini tidak memuaskan hati sebab Yang Berhormat hendak saya jawab sampai ke kementerian-kementerian yang lain. Maka, kita tunggu GST apabila dibentangkan esok, kita akan jawab semua sekali. Terima kasih.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih tadi Yang Berhormat Kuala Langat, suarakan fasal pekerja atau kakitangan-kakitangan kerajaan. Saya rasa kos sara hidup ini bukan sahaja ditimpa kesusahannya, dirasai oleh kakitangan kerajaan tetapi juga semua rakyat Malaysia, terutama juga pekerja-pekerja swasta.
Jadi, sehubungan itu dalam keadaan kos yang meningkat ini, saya ingin bertanya dan meminta pihak kerajaan, apakah yang telah dan sedang, akan dilakukan oleh kerajaan untuk membantu golongan pekerja swasta yang menghadapi keadaan kos sara hidup yang kian meningkat dan kurang mendapat perhatian. Dari segi kalau di syarikat swasta ini dipanggil sebagai COLA oleh pihak majikan yang dapat saya kira sambutan yang agak negatif untuk diberi pembelaan kepada pekerja-pekerja ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan meletakkan prinsip bahawa rakyat didahulukan. Apa sahaja permasalahan rakyat akan menjadi perhatian utama pihak kerajaan. Usaha-usaha dan langkah-langkah untuk memperbaikinya akan dibuat dari
DR.2.4.2014 19
semasa ke semasa. Soalan Yang Berhormat cantik tetapi sahabat saya daripada Kementerian Sumber Manusia akan menjawabnya apabila sampai masa. Saya rasa beliau sudah menjawab banyak perkara berhubung dengan perkara ini. Akan tetapi sebahagian besarnya kita lihat bahawa apabila kita bentangkan GST nanti kita boleh rangkumkan permasalahan tersebut. Akan tetapi walau bagaimanapun sebab Yang Berhormat perlukan jawapan bertulis, saya akan bagi jawapan bertulis.
7. Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan adakah kementerian sedar kadar caj meletak kenderaan di Kuala Lumpur adalah tidak seragam dan tidak munasabah. Adakah ianya dikawal selia oleh DBKL dan syarikat-syarikat swasta mengikut kategori-kategori dengan kadar yang boleh diterima pakai oleh pengguna.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Kangsar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedar bahawa kadar caj meletakkan kenderaan tidak seragam dan tidak munasabah di Kuala Lumpur.
Perkara ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemudah Cara Perniagaan, Bil.1/2013 pada 19 Ogos 2013 dan telah bersetuju agar pemilik atau operator tempat meletak kenderaan persendirian dibenarkan mengguna pakai kadar caj masing-masing yang telah diluluskan dalam lesen. Cadangan untuk menyeragamkan kadar caj tempat letak kenderaan persendirian dilihat tidak praktikal memandangkan tahap keselesaan, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di tempat meletak kenderaan persendirian adalah berbeza-beza.
■1110
Umpamanya, ada di antara pengusaha-pengusaha tempat letak kereta (TLK) persendirian menyediakan sensor parking, CCTV, parking khas kepada wanita dan orang kelainan upaya (OKU), pondok bayaran mesin autopay, kawalan keselamatan 24 jam, penyediaan speaker bagi membolehkan pelanggan melontarkan masalah yang dihadapi di petak parking, alat pencegah kebakaran, penyediaan pencahayaan yang terang serta penyediaan perkhidmatan pembersihan tempat letak kereta tersebut.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sebahagian pemilik atau operator tempat letak kereta ini mengenakan kadar caj yang rendah sebagai strategi untuk menarik lebih ramai pengguna manakala sebahagian pula mengenakan caj yang tinggi sebagai langkah untuk menghalang orang ramai daripada menggunakan TLK yang telah dikhususkan untuk penyewa. DBKL juga memberi lebih tumpuan untuk mengawal dan mengambil tindakan ke atas tempat letak kenderaan persendirian yang beroperasi di kawasan terbuka yang sebahagiannya tidak berlesen dan sering mengenakan caj yang tidak berpatutan terutama dalam musim-musim perayaan.
DR.2.4.2014 20
Undang-undang yang mengawal aktiviti perkhidmatan tempat letak kereta persendirian adalah tertakluk kepada Undang-undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (Wilayah Persekutuan) 1982. Sekian, terima kasih.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Selain daripada isu-isu keseragaman untuk menguntungkan pihak berkuasa tempatan, operator-operator dan juga orang awam, kita lihat sekarang ini bahawa caj ini mengikut sesuka hati. Ada yang RM6 sekali masuk, RM10 sekali masuk, ada juga yang masa hari kerja okey, hari minggu dia melambung tinggi. Ada juga kes-kes di mana mesin duit parking itu rosak tetapi pengguna dikenakan kompaun. Perkara-perkara ini perlu dilihat oleh pihak berkuasa tempatan khususnya dalam memberikan kawalan ketika lesen itu dikeluarkan. Ini kerana kita tahu bahawa ia mengikut kesesuaian tempat dan juga kepenggunaan.
Satu perkara lagi, ada juga kawasan-kawasan yang tertentu diambil alih oleh operator-operator haram khususnya pada waktu malam di tempat-tempat tumpuan atas alasan konon-kononnya menjaga keselamatan ataupun protection money padahal kalau kita tidak membayar caj itu, pagar ini akan memakan padi itu sendiri. Apakah tindakan dan juga peraturan serta pengawalan daripada pihak berkuasa tempatan dalam perkara ini? Terima kasih.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Seperti yang saya telah maklumkan tadi bahawa kita memang ada syarat-syarat lesen. Bila kita beri syarat-syarat lesen, kita tentukan pembayaran bagi syarat-syarat tersebut.
Berkenaan dengan tempat-tempat letak kereta haram, memang ini tidak sah di sisi undang-undang dan kita mengambil tindakan penguatkuasaan. Bila kita tahu sahaja perkara ini ada berlaku, kita terus mengambil tindakan penguatkuasaan ke atasnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bertanya soalan tambahan. Memandangkan tindakan penguat kuasa DBKL kurang berkesan, ia menjadi faktor tumbuhnya banyak tempat letak kereta haram, ulat parking yang mengutip bayaran meletak kereta secara haram. Saya ingin tahu, apakah usaha DBKL untuk mempertingkatkan tindakan penguat kuasa?
Saya juga tahu pembinaan medan letak kereta bertingkat boleh menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta di Kuala Lumpur. Saya ingin tahu, sejauh manakah usaha ini telah dijalankan dan tempat-tempatnya dan bagaimanakah mekanisme kadar caj meletak kereta ditetapkan baik oleh DBKL atau swasta. Minta penjelasan. Terima kasih.
Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang.
Berkenaan dengan soalan pertama tadi. Banyak soalan dia, bukan satu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan soalan pertamanya ialah berkenaan dengan pengesanan penguatkuasaan, ini memang kita ada masalah. Kita tidak nafikan kerana kita tidak dapat informasi yang cukup untuk bertindak. Kalau kita dapat informasi yang cukup, kita memang
DR.2.4.2014 21
bertindak. Kalau Yang Berhormat ada, silalah beri. Text saya pun boleh. Saya akan ambil tindakan.
Berkenaan dengan kemudahan-kemudahan tempat letak kereta di kawasan Kuala Lumpur, kita ada tempat letak kereta bertingkat Hentian Putra sejumlah 1,200 petak; park and ride Pekan Sungai Besi sebanyak 213 petak; Stesen LRT Bandar Tasik Selatan sebanyak 890 petak; Taman Segar Cheras, Bus Transit System, Stesen MRT, Stesen Taman Segar sedang dalam pembinaan sebanyak 600 petak; tempat letak kereta tepi jalan sebanyak 36,000 petak; tempat letak kereta terkawal atas tanah lapang DBKL sebanyak 2,000 petak; tempat letak kereta dalam bangunan komersial dan segi tiga emas termasuk KLCC sebanyak 9,000 petak; dan tempat letak motosikal sebanyak 4,200 petak. Sekian, terima kasih.
8. Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [Indera Mahkota] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Jabatan Perdana Menteri, melalui Majlis Keselamatan Negara, bersedia mengadakan mesyuarat bersama dengan semua Ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN di Daerah Kuantan untuk mencari punca dan penyelesaian berlakunya banjir setiap tahun di musim tengkujuh yang menyebabkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit kepada ribuan penduduk Kuantan dan juga boleh menjana kaedah untuk meminimumkan kesan tengkujuh supaya penduduk Kuantan dapat diselamatkan daripada kerugian tahunan tersebut.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Razali bin Ibrahim]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk mengalu-alukan kedatangan rombongan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Muar serta pemimpin tempatan masyarakat Cina dari Muar. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara semakan 2012 telah memperjelaskan bahawa bencana diuruskan mengikut sistem jawatankuasa dan ia dibahagikan mengikut peringkat pentadbiran, daerah, negeri dan pusat. Setiap Jawatankuasa Pengurusan Bencana ini dipengerusikan oleh pegawai kanan di setiap peringkat pentadbiran yang tersebut iaitu pegawai daerah, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Peranan jawatankuasa ini adalah untuk menyelaras perancangan tindak balas terhadap bencana dalam konteks persediaan sebelum berlaku bencana, tindak balas semasa bencana berlaku serta pelaksanaan proses pemulihan pasca bencana. Dalam hal ini, MKN bertindak selaku urus setia kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang tersebut tadi.
Perbincangan mengenai punca dan penyelesaian banjir di Kuantan telah dibincangkan dengan lebih lanjut oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai perkara yang berkaitan. Penyelesaian secara menyeluruh dalam mengatasi atau mengurangkan situasi banjir yang berlaku pada setiap tahun sudah tentu akan mengambil masa untuk diatasi.
Mengenai keperluan perjumpaan dengan pihak-pihak yang berkepentingan termasuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri tidak timbul memandangkan segala urusan untuk mencari penyelesaian telah diusahakan dan telah mengambil kira pandangan serta input daripada setiap peringkat dan dari semua pihak.
DR.2.4.2014 22
Namun begitu, Ahli-ahli Yang Berhormat dan wakil rakyat amat dialu-alukan untuk memberikan cadangan penambahbaikan berkaitan perkara ini secara rasmi kepada pejabat daerah. Terima kasih.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman [Indera Mahkota]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedarkah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawasanya kalau mengikut struktur yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, ia daripada peringkat pusat, Majlis Keselamatan Negara dipimpin oleh seorang Menteri kanan, peringkat negeri oleh setiausaha kerajaan negeri. Akan tetapi di peringkat daerah, bilik gerakannya haruslah di pejabat daerah dan dipengerusikan oleh pegawai daerah.
Akan tetapi sedarkah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawasanya di Kuantan, bilik gerakannya adalah di Pejabat Polis Daerah Kuantan dan bukannya di pejabat daerah. Oleh kerana itu, ia menyukarkan bantuan dan pertolongan kepada rakyat sebab ketua polis daerah, dia tidak boleh arahkan JPS, JKR dan sebagainya. Akan tetapi kalau di bawah pejabat daerah, pegawai daerah dia boleh coordinate. Kadang-kadang immediate action perlu diambil untuk menebuk satu saluran tetapi pegawai polis daerah dia tidak boleh buat sedemikian. Sedar tidak, yang pertama perkara itu berlaku di Kuantan. Kalau kiranya boleh diterima, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri agan diperbetulkan supaya akan datang tidak jadi sedemikian.
Kedua, saya amat menyokong juga di mana di Pahang, Tengku Mahkota Pahang pun telah menyarankan supaya kerajaan negeri atau Kerajaan Pusat memperlihatkan agar there should be a permanent solution, secara menyeluruh. Saya yakin bahawasanya kami boleh bantu.
■1120
Saya orang Kuantan, saya tahu. Kita rasakan bahawasanya kami boleh membantu untuk memudahkan urusan menyelesaikan secara permanent permasalahan banjir di Kuantan. Kalau tidak Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun orang yang kena ini adalah orang yang berpendapatan rendah sebab masa kerajaan negeri buat rumah dia orang, rumah itu tidak ditambun tanah, takut harganya tinggi. Oleh kerana itu apabila pembangunan kemudian datang, kawasan rumah dia sudah jadi macam kolam. Jadi, kami ada solution dia tetapi kita harap bagilah kerjasama supaya kita menyelesaikan masalah rakyat secara menyeluruh.
Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Saya hendak minta sesi yang lalu Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Berhormat Kuantan membawa perkara ini ke Dewan ini, dia diperlekehkan, disuruh balik dan kata “Oh! Sekarang pembangkang sudah hendak mati baru hendak ajak kerajaan”. Tuan Yang di-Pertua, ayat macam itu cukup sakit didengar. Akan tetapi dengan kehendak Allah dua nyawa terkorban di Kuantan. Salah satu nyawa yang terkorban itu adalah Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Pekan. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Jadi, jangan lagi kita mempermainkan, hendak mati ini urusan Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Razali bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, yang pertama kita sedar tentang penggunaan Ibu Pejabat Polis sebagai tempat. Keputusan tersebut telah pun dipersetujui di
DR.2.4.2014 23
dalam mesyuarat jawatankuasa di peringkat daerah. Yang mana bukan Ketua Polis menjadi pengerusi, pegawai daerah (DO) tetap menjadi pengerusi cuma lokasi itu dipindahkan, mengambil kira beberapa perkara. Ya Yang Berhormat.
Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman [Indera Mahkota]: Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya tahu dari segi adabnya saya tidak boleh hendak menyampuk. Akan tetapi I hendak correct, pengerusinya ialah Ketua Polis sendiri, bukannya pegawai daerah.
Dato’ Razali bin Ibrahim: Okey! Oleh sebab itu saya hendak bagi tahu. Perkara ini telah pun diputuskan oleh jawatankuasa, dipersetujui oleh semua. Namun begitu pandangan tersebut akan kita ambil perhatian. Oleh sebab itu saya sebut tadi di peringkat daerah ataupun di semua peringkat dia dipengerusikan oleh seorang pegawai kanan. Kalau ikut dia punya SOP, pegawai daerah sebagai pegawai terkanan walaupun ada seorang Menteri turun ke peringkat daerah, dia tetap terpaksa mendengar arahan daripada pegawai daerah kecuali ada keputusan-keputusan lain yang dipersetujui oleh jawatankuasa tersebut.
Mengenai tentang keseriusan, memang kita serius Yang Berhormat. Pada 24 September 2013, satu mesyuarat telah pun diadakan bagi menjangka kawasan-kawasan yang mudah banjir ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Arau di peringkat Majlis Keselamatan Negara. Namun begitu, pada 1 Disember jumlah air yang diterima di Kuantan melebihi 921 milimeter yang menyebabkan air hadir dengan jumlah tiga kali ganda daripada biasa. Maknanya kerajaan telah pun menjangkakan atau menyediakan persiapan menghadapi banjir di kawasan-kawasan mudah banjir. Namun begitu, jumlah air yang diterima menyebabkan satu perkara yang luar biasa, hampir 34,000 mangsa terpaksa dipindahkan dalam tempoh tiga hari.
Soal tentang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan, pada saya itu kita tolak ke tepi, jawapan Menteri waktu ketika itu bukan perkara utama dalam perbincangan ini kerana memang nyawa mangsa ini menjadi keutamaan. Dalam operasi, kita memberi penekanan kepada menyelamatkan mangsa. Tidak timbul soal memberi bantuan. Oleh sebab itu sehingga hari ini urusan mengenai bantuan mangsa banjir di Kuantan, di Kemaman, di Sabah dan Sarawak masih sedang kita kendalikan. Namun begitu cadangan Yang Berhormat mengenai untuk mencari permanent solution dengan izin sangat kita alu-alukan cuma perlu diingat fenomena banjir ini bukan hanya berlaku di negara kita, malah berlaku di seluruh dunia kerana faktor-faktor yang kita semua pun tahu, terima kasih.
Dato’ Othman bin Aziz [Jerlun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Kita menyedari bahawa masalah banjir hari ini memang kita sukar hendak ramal dan kita juga sedar bahawa bukan hanya Malaysia menghadapi masalah ini malahan ianya menjadi satu fenomena di seluruh dunia. Soalan saya, adakah kita di pihak kerajaan merancang untuk meningkatkan tahap ‘kesiapsiagaan’ kita dari segi ramalan cuaca melalui Jabatan Metrologi yang boleh memberi advance warning kepada masyarakat dan juga rakyat seluruhnya supaya bersedia. Selalunya kita ini kena banjir baru kita kelam-kabut. Jadi isu-isu kemudian, kita juga mungkin boleh memperkemaskan sistem telemetri di mana kita dapat membaca level setiap sungai yang utama itu dari semasa ke semasa.
DR.2.4.2014 24
Jadi soalannya, adakah kita hanya sekadar hendak setiap tahun hendak buat fire fighting dan kita juga sedar bahawa hari ini banjir di Malaysia pun dia tidak kira negeri. Bukan hanya sekadar negeri-negeri yang memang selalu kena banjir tetapi juga kawasan-kawasan lain yang kita tidak jangka pun dilanda banjir dengan begitu teruk. Jadi, apakah siapsiaga di masa hadapan, terima kasih.
Dato’ Razali bin Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya ingin menyatakan di sini bahawa saya bersetuju pada 3 Januari Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mempengerusikan satu mesyuarat bagi kita mengemas kini peraturan tetap operasi pengenalan bencana banjir dan salah satu cadangan tersebut adalah untuk menambah baik modul ramalan. Maknanya kita tahu ada banjir tetapi hendak tambah baik. Oleh sebab kadang-kadang dengan izin, intensiti banjir atau jumlah air itu tidak meliputi jangkauan kita. Maka telah pun dibuat keputusan untuk kita menambahbaikkan model serta membuat satu pemetaan kawasan-kawasan banjir dalam negara supaya kita dapat menghadapi perkara tersebut dengan lebih baik.
Saya juga ingin mengatakan di sini bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesebelas kita dalam proses untuk mencadangkan satu rang undang-undang berkaitan tentang pengurusan bencana, satu akta. Untuk pengetahuan, negara kita tidak ada akta induk mengenai pengurusan bencana, maka kita akan cadangkan. Kita dalam kajian untuk mewujudkan akta tersebut kerana negara-negara jiran kita sudah pun ada akta tersebut.
Negara kita hari ini mempunyai hampir lebih 70 akta berkaitan tentang pencegahan banjir dan bencana dari segi pengurusan di bawah Kementerian Kesihatan, di bawah (JPAM), di bawah ‘Kementerian Kebajikan’ dan sebagainya cuma kita tidak ada akta khusus mengenai perkara tersebut. Saya hendak betulkan kenyataan saya tadi bukan 34,000 tetapi 35,000 lebih mangsa di Kuantan dan kenyataan tadi bukan kenyataan Menteri, kenyataan waktu perbahasan, terima kasih.
9. Datuk Hajah Norah Abd. Rahman [Tanjong Manis] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan adakah kementerian akan mengikut jejak langkah negara Ivory Coast untuk menyaman pihak-pihak yang memburuk-burukkan penanaman kelapa sawit atas tanah gambut dan penyebaran bahawa penggunaannya membahayakan kesihatan adalah tidak benar dan berniat menghalang pembangunan.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi [Dato Sri Douglas Uggah Embas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, industri sawit merupakan industri yang penting kepada ekonomi negara. Oleh yang demikian, kerajaan telah merangka beberapa strategi untuk menangkis segala tohmahan dan isu dalam kempen-kempen anti-sawit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Di antara strateginya adalah termasuk mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Perdagangan di negara-negara di mana minyak sawit mengalami diskriminasi.
Masalahnya baru-baru ini kita telah pun mengambil tindakan di Perancis di mana kementerian melalui MPOC telah mengambil tindakan di Mahkamah Perdagangan di Perancis
DR.2.4.2014 25
terhadap syarikat pasar raya ‘Ashino’ yang mengedarkan produk-produk makanan dengan label “no palm oil”. Selain itu kementerian juga sedang mengkaji peruntukan-peruntukan di bawah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) mengenai isu ini dan mengambil tindakan susulan seterusnya.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan terus memantau perkembangan sedemikian di pasaran-pasaran lain. Antara langkah-langkah susulan yang akan diambil termasuk mengadakan seminar-seminar khusus mengenai kelebihan minyak sawit dari segi pemakanan dan kemapanan pengeluarannya. Terima kasih.
Datuk Hajah Norah Abd. Rahman [Tanjong Manis]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Syabas dan tahniah dan kita haruslah memperjuangkan industri kelapa sawit. Negara Barat telah lama mengambil langkah mengenakan syarat ketat untuk pembangunan kelapa sawit di negara yang membangun. Adakah terdapat kajian kementerian yang membuktikan negara-negara Barat telah menjalankan aktiviti pertanian berskala besar seperti soya bean, jagung, gandum yang turut memusnahkan hutan semula jadi di negara mereka.
■ 1130
Serta tindakan negara barat menubuhkan Round Table Sustainable Palm Oil (RSPO) hanyalah bersifat satu lobi dan untuk menindas negara-negara yang membangun seperti Malaysia supaya tidak bersaing dengan soya bean dan apakah langkah kementerian dan negara Malaysia sebagai pengeluar besar sama seperti Indonesia juga untuk keluar daripada Round Table Sustainable Palm Oil (RSPO) dan kita mulakan standard kita sendiri dan menubuhkan satu badan alternatif kepada RSPO. Terima kasih.
Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Memang kementerian sentiasa memantau keadaan-keadaan di mana kempen anti sawit di luar negara telah pun dijalankan dan kita juga sedar bahawa tujuannya adalah untuk menentukan bahawa pasaran sawit kita tidak memberi persaingan yang hebat kepada produk-produk vegetable oil dari negara mereka. Ini kita cukup sedar kerana kalau kita melihat daripada segi the reforestation keseluruhannya ataupun daripada guna tanah keseluruhannya bagi pertanian, sawit cuma menggunakan 0.04% daripada skala tanah pertanian kalau dibandingkan dengan pertanian-pertanian yang lain dan industri yang menggunakan lebih 70% tanah-tanah yang menyebabkan reforestation di dunia ini adalah life stock industry dan juga soya bean dan sebagainya.
Jadi kalau kita melihat daripada data itu, tidak ada sebab mengapa mereka mengadakan kempen anti palm oil. Bagaimanapun mereka meneruskan tetapi kalau kita nampak daripada segi jumlah penjualan sawit kita kepada negara Eropah, ianya nampaknya bertambah. Daripada tahun 2012, kita dapat menjual 2.2 million metrik tan. Ianya meningkat kepada 2.3 million metrik tan. Ini menunjukkan kalau pun kempen hebat di Eropah dan sebagainya, kelapa sawit kita masih boleh menembusi pasaran-pasaran tersebut. Ini disebabkan yang pertamanya, kerana harganya kompetitif. Kedua, ianya mempunyai kualiti yang baik dan diterima oleh pasaran antarabangsa.
DR.2.4.2014 26
Mengenai isu RSPO, memang ini satu isu yang cukup mencabar kepada industri sawit kerana pasaran-pasaran dunia memerlukan pengeluaran sawit disijilkan dan itulah wujudnya satu RSPO atau Round Table Sustainable Palm Oil ini. Ianya telah di sana pada tahun 2007 dan sehingga kini hanya 918,000 hektar daripada 5.1 million hektar sawit di Malaysia telah pun berjaya untuk mendapat RSPO. Mengapa? Kerana ianya mahal, kerana ianya susah ditepati dan mereka sentiasa mengubah syarat-syarat kerana RSPO ini adalah business to business arrangement. Ianya juga dikawal oleh NGO di negara Eropah dan sebagainya.
Maka untuk mengatasi masalah ini dan untuk membolehkan syarikat-syarikat sawit kita di negara ini mendapat pensijilan, maka Kabinet telah pun meluluskan baru-baru ini Malaysian Sustainable Palm Oil iaitu satu pensijilan yang mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan antarabangsa di Malaysia ini dan inilah yang akan kita gunakan untuk memberi pensijilan kepada industri sawit di negara ini. Cabaran kepada kita ialah untuk menentukan bahawa MSPO ini dapat diterima oleh dunia dan kita akan bekerjasama dengan Indonesia. Indonesia pun mempunyai ISPO nya sendiri. Jadi kita berharap rakyat faham bahawa Kerajaan Barisan Nasional terus akan menentukan bahawa sawit akan terus unggul di dunia ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Baiklah Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Usul Yang Berhormat Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1).
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN
DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT
11.33 pg.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua giliran kementerian-kementerian menjawab di peringkat jawatankuasa dan diputuskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2014 serta usul-usul berkaitan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 3 April 2014”.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Razali bin Haji Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
DR.2.4.2014 27
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2013) 2014
DAN
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2013
Jawatankuasa
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2014 dan Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2013 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa]
Maksud B.27 [Jadual] –
Maksud P.27 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] –
Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Minta Yang Berhormat Menteri Kerja Raya menjawab. Sila.
11.37 pg.
Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seramai 15 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013 di bawah Maksud B.27 dan P.27 Kementerian Kerja Raya pada lewat petang semalam. Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan ialah dari Kulai, Kluang, Jasin, Kota Melaka, Sepang, Kota Raja, Parit, Jerlun, Lipis, Paya Besar, Limbang, Kota Samarahan, Tenom, Sandakan dan Kota Kinabalu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Segala perhatian, pandangan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan amatlah kami hargai walaupun terdapat juga isu-isu yang dibangkitkan itu terkeluar daripada maksud butiran Perbekalan Tambahan 2013 yang dipohon oleh kementerian ini.
Tuan Pengerusi, sebelum saya menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya terlebih dahulu untuk memaklumkan bahawa jumlah peruntukan tambahan keseluruhan 2013 yang dipohon oleh kementerian ini ialah sebanyak RM526.5 juta.
DR.2.4.2014 28
Daripada jumlah tersebut, RM50 juta di bawah Maksud B.27 – Mengurus, iaitu untuk melaksanakan kerja-kerja infrastruktur jalan dan jambatan yang rosak akibat banjir. Manakala sebanyak RM476.5 juta lagi ialah peruntukan di bawah Maksud P.27 – Pembangunan, iaitu untuk tujuan pelaksanaan program atau projek-projek seperti berikut;
(i) RM100 juta untuk program pembaikan infrastruktur jalan dan jambatan di seluruh negara yang terlibat dengan kerosakan akibat bencana banjir yang berlaku pada akhir tahun 2012 dan awal tahun 2013,
(ii) RM141 juta untuk program pembaikan dan menaik taraf jalan Pan Borneo di Sabah dan Sarawak,
(iii) RM81 juta untuk program membaiki kerosakan jalan persekutuan di Semenanjung Malaysia,
(iv) RM105 juta untuk kerja-kerja kecemasan pembaikan cerun yang dilaksanakan di bawah Arahan Perbendaharaan 55 atau AP55 dan yang terakhir;
(v) RM49.6 juta untuk menampung peruntukan yang tidak mencukupi untuk beberapa projek pembinaan jalan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebahagian besar program dan projek-projek berkenaan melibatkan projek di luar jangka atau adhoc dengan izin, seperti kejadian bencana banjir dan tanah runtuh.
■1140
Oleh itu, kementerian ini perlu memohon peruntukan tambahan bagi memastikan pelaksanaan projek-projek awam yang dapat memberikan kemudahan dan kesejahteraan kepada rakyat.
Tuan Pengerusi, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, jumlah keseluruhan peruntukan tambahan untuk tujuan membaiki kerosakan jalan yang terlibat dengan bencana banjir ini adalah sebanyak RM150 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM50 juta disediakan di bawah Maksud B.27 mengurus dan RM100 juta lagi di bawah Maksud P.27 pembangunan.
Peruntukan ini ialah untuk jalan-jalan persekutuan yang terlibat dengan kejadian banjir yang berlaku akhir tahun 2012 dan awal tahun 2013 sahaja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, peruntukan banjir RM150 juta yang dipohon ialah bagi melaksanakan 271 lokasi projek di seluruh negara di mana keseluruhan projek berkenaan telah disiapkan pada akhir tahun lalu iaitu 2013.
Skop kerja yang terlibat ialah seperti menurap semula jalan, membaiki struktur jalan, membaiki cerun, meninggikan aras jalan dan menaik taraf sistem pembetung dan jambatan. Oleh itu, untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tenom iaitu sama ada peruntukan tambahan tersebut turut melibatkan pembaikan jalan yang terlibat dengan kejadian banjir yang berlaku di Tenom dan Beaufort pada bulan Februari 2014.
DR.2.4.2014 29
Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja pembaikan tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana peruntukannya telah disalurkan kepada pihak JKR Sabah. Maksudnya Yang Berhormat, peruntukan yang dalam butiran ini hanya untuk menangani masalah banjir yang berlaku akhir 2012 dan awal 2013 di mana kejadian banjir yang baru-baru ini seperti yang saya katakan tadi Yang Berhormat, kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan peruntukan telah pun disalurkan kepada JKR Sabah.
Tuan Pengerusi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kota Kinabalu, peruntukan sebanyak RM141 juta adalah merupakan peruntukan tambahan untuk kerja-kerja penyelenggaraan yang mendesak di Jalan Pan Borneo iaitu sebanyak 35 projek di Sabah dan 15 Projek di negeri Sarawak. Skop projek ini melibatkan kerja-kerja penurapan semula di beberapa lokasi-lokasi sepanjang Jalan Pan Borneo.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, program untuk menaiktarafkan Jalan Pan Borneo ke tahap dual carriage way sedang dijalankan secara berperingkat-peringkat dan dijangka siap pada tahun 2025. Sementara menunggu program menaik taraf ini siap, Jalan Pan Borneo yang sedia ada masih perlu diselenggara sehingga keseluruhan jalan tersebut dinaik taraf sepenuhnya. Oleh daripada itu, ini bukanlah pembaziran seperti yang didakwa oleh Yang Berhormat.
Antara lokasi Jalan Pan Borneo yang terlibat di negeri Sabah ialah jalan Kota Kinabalu ke Sandakan, jalan Sandakan ke Tawau, jalan Susur Telok Sepanggar, jalan Kota Kinabalu ke Keningau ke Tenom, jalan Kota Kinabalu ke Sindomin, jalan Kota Kinabalu ke Kudat dan jalan Kota Belut ke Beruis. Manakala di Sarawak pula ialah di jalan Kuching ke Kota Samarahan, jalan Kuching ke Sri Aman ke Betong, jalan Sibu ke Bintulu dan jalan Bintulu ke Bakun.
Tuan Pengerusi, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, peruntukan tambahan sebanyak RM81 juta lagi dipohon untuk melaksanakan Program Membaiki Kerosakan Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia sahaja. Program pembaikan jalan ini dibahagikan mengikut zon iaitu zon tengah, zon utara, zon selatan dan zon timur. Pecahan peruntukan mengikut negeri ialah seperti senarai berikut:
(i) Perak RM16.4 juta;
(ii) Johor RM14 juta;
(iii) Pahang RM10.1 juta;
(iv) Kelantan RM9 juta;
(v) Selangor RM8.5 juta;
(vi) Negeri Sembilan RM7.8 juta;
(vii) Terengganu RM7.3 juta;
(viii) Kedah RM6 juta; dan
(ix) Melaka RM1.3 juta.
Tuan Pengerusi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sandakan, peruntukan tambahan sebanyak RM105 juta diperlukan untuk kerja-kerja kecemasan atau darurat bagi membaiki cerun-
DR.2.4.2014 30
cerun di bawah Arahan Perbendaharaan 55 atau AP55. Arahan Perbendaharaan ini membenarkan kerja-kerja dilaksanakan serta-merta untuk kepentingan awam.
Pada tahun 2012 dan 2013 terdapat sebanyak 14 projek yang dilaksanakan di bawah AP55 iaitu enam di Kelantan, empat di Terengganu, tiga di Pahang dan satu di Negeri Sembilan. Kesemua kerja terlibat telah pun disiapkan pada tahun 2013 yang lalu.
Tuan Pengerusi, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, peruntukan tambahan sebanyak RM49.6 juta lagi diperlukan bagi tujuan menampung pembayaran untuk empat projek yang mengalami kekurangan peruntukan pada tahun 2013 iaitu:
(i) Projek menaiktarafkan jalan Alor Setar ke Kuala Nerang ke Durian Burung sebanyak RM22.62 juta;
(ii) Projek membina Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra Kota Bharu RM8.34 juta;
(iii) Projek menaik taraf Jalan Persekutuan 3 atau FT3 dari Kuantan ke Pekan sejumlah RM8.69 juta; dan
(iv) Projek menaik taraf Jalan Persekutuan 1 atau FT1 dari Persimpangan Permatang Keling ke Jambatan Sungai Junjung, Simpang Empat Pulau Pinang sebanyak RM9.9 juta.
Tuan Pengerusi, terdapat 12 Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan permohonan projek-projek baru atau projek menaik taraf jalan di kawasan masing-masing iaitu:
(i) Ahli Yang Berhormat dari Kluang memohon supaya Jalan Persekutuan 50 atau FT50 dari Kluang ke Batu Pahat dinaikkan taraf untuk menampung pertambahan bilangan trafik di Kluang dan kawasan sekitarnya;
(ii) Ahli Yang Berhormat dari Jasin pula memohon kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan fasa 2 dan 3 projek menaiktarafkan jalan dari Bemban ke Jasin ke Tangkak;
(iii) Ahli Yang Berhormat dari Kota Melaka meminta kerajaan segera membina jalan persisiran pantai Bandar Melaka;
(iv) Ahli Yang Berhormat dari Sepang pula memohon supaya membina jejambat bertingkat di laluan Dengkil ke Kajang iaitu di Pekan Dengkil dan cadangan menaiktarafkan laluan Jalan B.48 dari persimpangan kuarters KLIA ke Pekan Sungai Pelek;
(v) Ahli Yang Berhormat dari Kota Raja pula memohon supaya dibina jejambat baru untuk menggantikan Bulatan Kemuning di Kota Raja Klang;
(vi) Ahli Yang Berhormat dari Parit meminta kerajaan membina projek menaiktarafkan Jalan Persekutuan FT 73 dari Pekan Parit ke Siputih;
(vii) Ahli Yang Berhormat dari Jerlun memohon supaya keseluruhan Jalan Persekutuan 7, dari Alor Setar ke Kangar dinaiktarafkan kepada laluan dual carriage way;
DR.2.4.2014 31
(viii) Ahli Yang Berhormat dari Lipis pula memohon pelaksanaan projek terbengkalai Jalan Benta ke Jerantut ke Maran dipercepatkan di samping meminta supaya dipertingkatkan aspek penyelenggaraan jalan di laluan jalan Kuala Lipis ke Jerantut ke Kuala Krau yang mengalami kerosakan akibat beban kenderaan berat;
(ix) Ahli Yang Berhormat dari Paya Besar mencadangkan supaya dipercepatkan projek membina jalan baru dari Sungai Lembing ke Jerantut;
(x) Ahli Yang Berhormat dari Limbang meminta supaya disemak semula senarai keutamaan projek pembinaan jalan yang akan dilaksanakan di kawasan Limbang;
(xi) Ahli Yang Berhormat Kota Samarahan pula memohon pelaksanaan projek membina jambatan baru merentasi Sungai Samarahan dan pertimbangan untuk membina jejantas pejalan kaki di Jalan Dato’ Musa-Kota Samarahan; dan
(xii) Ahli Yang Berhormat dari Tenom pula memohon pembinaan jalan baru yang menghubungkan Tenom ke Sepitang melalui Pekan Kemabong.
Tuan Pengerusi, untuk makluman Dewan yang mulia ini, semua projek yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan sebenarnya telah diambil catatan dan akan diberikan perhatian oleh pihak kementerian. Bagi projek-projek yang masih belum diluluskan kerajaan, permohonan tersebut akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam perancangan senarai projek baru di bawah rolling plan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan datang dan seterusnya.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Yang Berhormat Menteri, saya Kota Raja.
Datuk Rosnah binti Haji Abd Rashid Shirlin: Yang Berhormat Kota Raja.
■ 1150
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya sebenarnya tidak membangkitkan tentang Bulatan Kemuning tetapi Jalan Bukit Kemuning, Bulatan Jalan Kebun. Ini adalah satu projek yang telah lama diluluskan. Saya ada juga bertanya kepada pegawai-pegawai di UPEN bahawa projek ini sebenarnya telah ada kelulusannya dan telah masuk ke dalam senarai cuma tidak dilaksanakan. Jadi ia bukan satu permohonan baru Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi satu projek yang telah ditunda sekian lama...
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh sekali guslah. Limbang.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Silakan Yang Berhormat Limbang.
DR.2.4.2014 32
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut mengenai menyemak projek-projek baru. Bukan projek baru. Saya bawa semalam itu ialah projek sudah diluluskan dan sebahagian daripadanya telah pun dilaksanakan. Just that banyak lagi pakej lain dalam projek itu yang saya perhatikan di mana telah pun dibawa saya sendiri melawat bersama-sama mereka yang telah pun dilantik tidak menepati sasaran. Sepatutnya dibuat tidak tersenarai. Manakala yang tersenarai adalah yang memang elok. Jadi ini tidak menepati sedangkan the whole package ini hanyalah RM71 juta. Memang tidak mencukupi untuk menaik taraf jalan sepanjang 52 kilometer.
Jadi sasaran mestilah betul baru nampak impaknya. Kalau tidak itulah yang semalam saya cakap kenapa yang bagus dibuat dan yang tidak bagus ditinggalkan? Itu yang persoalannya. Bukan yang menyemak projek baru Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Saya faham Yang Berhormat ya. Bagi untuk menjawab kedua-dua Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Limbang.
Dato’ Othman bin Aziz [Jerlun]: Celah sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit sahaja.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Minta saya selesaikan dahulu kedua-dua. Selepas itu saya akan jemput Yang Berhormat Jerlun ya.
Seperti yang saya katakan tadi saya merangkumkan jawapan bukan atas dasar hanya merujuk kepada permohonan baru tetapi juga naik taraf dan juga permohonan yang belum diluluskan Yang Berhormat. Menambah kepada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu memang benar. Kita sedia maklum di peringkat kementerian Yang Berhormat. Antara perancangan di bawah projek ini adalah menaik taraf lorong jalan yang sedia ada daripada dua lorong ke empat lorong. Antara perancangan kerajaan juga untuk membina jambatan serta persimpangan bertingkat along that particular road, dengan izin, Tuan Pengerusi.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit lagi. Saya cuma kadang-kadang tidak tahu mana hendak merujuk. Setiap kali perbahasan kita bawa perkara ini. Tidak ada mekanismekah bagi kita Ahli-ahli Parlimen untuk mendapat senarai-senarai status projek itu. Sekurang-kurangnya bila kita hendak menjawab kepada rakyat kita tidak boleh kata; ”Oh! Sudah lulus tetapi..”. Jadi jawapan politik sahaja. Kita hendak kalau boleh satu senarai status projek, bila dijangka akan dilaksanakan, bila akan selesai. Tidak hanya bergantung kepada maknanya bila tidak ada bajet, some projects get pushed, dengan izin, masuk projek lain yang dikatakan lebih urgent dan sebagainya.
Kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingat projek-projek ini semua sudah ada dalam senarai. Tidak bolehkah kita ada satu senarai rujukan dan kita boleh orang kata set minda kita bahawa okey, projek ini akan masuk ke kawasan kita bila dan rakyat boleh menjangka bila dan sebagainya.
Saya ingat itu adalah pentadbiran yang lebih telus. Terima kasih.
DR.2.4.2014 33
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Yang Berhormat boleh merujuk perkara ini bila-bila masa terus ke peringkat kementerian sama ada melalui Menteri ataupun saya sendiri Yang Berhormat sekiranya ada persoalan-persoalan yang ingin dibangkitkan dan juga maklumat-maklumat yang diperlukan. Kami sedia membantu.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Itu sebabnya- Yang Berhormat Timbalan Menteri minta maaf ya. Bila, bila hendak mula? Bila hendak naik tarafnya itu? Itu yang saya hendak dengar sebenarnya. Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Seperti yang saya maklumkan Yang Berhormat apa sahaja persoalan Yang Berhormat perlukan jawapan sila berikan persoalan tersebut untuk kita teliti dan seterusnya memberikan maklumat yang diperlukan Yang Berhormat ya. Kita sedia membantu dari aspek ini.
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Untuk menjawab- minta saya address Yang Berhormat Limbang dahulu. Selepas itu saya hendak beri Yang Berhormat Jerlun. Yang Berhormat Kota Melaka selepas itu ya. Terima kasih.
Untuk menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Limbang, kita di peringkat kementerian memang akur kepada keadaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Limbang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kementerian melalui JKR Sarawak telah pun mengarahkan supaya kawasan yang hendak dibaik pulih di kawasan Yang Berhormat itu disemak semula supaya hanya kawasan-kawasan yang teruk sahaja diperbaiki. Perkara ini telah disampaikan kepada pihak negeri Yang Berhormat.
Silakan Yang Berhormat Jerlun.
Dato’ Othman bin Aziz [Jerlun]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma hendak rujuk balik kepada ucapan saya semalam berkaitan dengan Jalan F7, Alor Star-Kangar. Saya hanya minta supaya dilebarkan sedikit antara kilometer 15 sempadan Kota Star-Kubang Pasu dan juga kilometer 25 sempadan Kubang Pasu-Perlis.
Apa yang dimaksudkan ialah bukan hendak dinaikkan menjadi dual carriage way yang kita tahu amat besar kosnya tetapi hanya sekadar menyambung kerja-kerja yang telah dilebarkan iaitu diwujudkan road shoulder untuk motorcycle lane. Jadi itu yang dimaksudkan. Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri catatkan supaya ianya betul. Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi dalam jawapan Yang Berhormat Menteri katakan bahawa Jalan Persiaran Pantai ini akan dimasukkan dalam Rolling Plan. Saya hendak pastikan adakah projek ini masih akan diteruskan kerana saya dapati nampaknya tidak ada sebarang perkembangan tentang selepas kajian yang telah dibuat. Saya hendak pastikan adakah Jalan Persiaran Pantai ini akan diteruskan atau dibatalkan setakat ini sahaja?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Okey, terima kasih.
DR.2.4.2014 34
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Jadi saya mahu tambah sedikit Yang Berhormat Limbang bangkitkan. Saya mahu bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau sesuatu bajet itu sudah ditentukan, tidak bolehkah bajet itu dipindahkan kepada jalan yang more serious, dengan izin, supaya perbelanjaan itu tidak dibazirkan. Saya bersetuju seperti di Sandakan juga saya nampak ada jalan yang elok tetapi dia masih mahu repair. Kita ada bertanya JKR mengapa jalan yang rosak itu tidak dipakai. Dia kata peruntukan itu sudah ditetapkan untuk jalan ini. Kalau ada polisi seperti itu saya fikir kementerian mesti mahu timbang bagaimana kita boleh ubahsuai peruntukan ini untuk jalan yang sesuai. Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh sekali? Terima kasih. Selepas ini Yang Berhormat Paya Besar [Ketawa]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terpanggil sebab setiap hujung minggu saya berulang alik ke Sandakan dan jalan utama yang kita lalui satu sahaja untuk ke Kinabatangan, untuk ke Beluran, tempat Tuan Pengerusi, untuk ke Kota Kinabalu, untuk ke Tawau, untuk ke mana-mana. Satu sahaja! Satu batang jalan raya ini kita sudah merdeka 58 tahun.
Jadi masalah yang kami hadapi wakil rakyat di sana termasuk pembangkang inilah, dia kata jalan raya ini pun kerajaan tidak boleh naik taraf. Berlubang-lubang, bocor sana sini. Jalan di Semenanjung rangkaian jalan beribu-ribu kilometer baik pula tetapi banyak kalah. Kita di sana hampir semua menang kecuali Yang Berhormat Sandakan, menang betul ya? [Ketawa] Kalau tidak kita sapu juga! Akan tetapi jalan kita tidak boleh baik-baik.
Jadi apa perancangan kerajaan untuk meningkatkan jalan raya yang satu-satunya ini sahaja. Saya mahu melihat sebelum PRU yang ke 14, jalan raya ini dinaik taraf kepada double lane sekurang-kurangnya. Dual carriage way sebab kalau tidak, payah! Yang Berhormat Menteri- Sarawak, Yang Berhormat Timbalan Menteri- Sabah. Takkan dua orang ini tidak boleh pakat-pakat [Ketawa]
Jadi apa jaminannya supaya jalan raya ini dapat dinaik taraf dan diberi keselesaan kepada penumpang-penumpang.
■1200
Kalau kereta kancil kasihan, sudahlah dia beli second-hand rosak. Ada orang yang mengandung mahu bersalin ke hospital tidak sampai, terhentak-hentak. Jadi ini masalah yang kita hadapi rakyat criticize kita, apa kerja wakil rakyat. Jadi saya minta Yang Berhormat dapat meringankan beban yang kita hadapi ini, terima kasih.
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Paya Besar bangun, Yang Berhormat.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat yang telah, saya beri Yang Berhormat Paya Besar dahulu selepas itu saya akan jawab.
Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Senyap. [Ketawa]
DR.2.4.2014 35
Saya merujuk balik kepada ucapan saya semalam berhubung dengan jalan raya daripada Sungai Lembing ke Jerantut. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, jalan ini telah diumumkan pada tahun 1986, Rancangan Malaysia Kelima. [Dewan riuh] Kemudian dia hilang pada radar. [Ketawa] Dia timbul balik tahun 2009. Bila saya bangkit perkara itu dalam Dewan yang mulia ini dan tahun 2010 semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan RMKe-10, timbul balik jalan ini.
Jadi saya hendak tahulah, bilalah jalan ini hendak dibuat kerana sudah dua Pengarah JKR Negeri saya tanya yang Datuk Khalid dahulu mengatakan bahawa kita sudah buat sudah dia punya design jalan ini, cuma yang menjadi masalah balak yang terlibat dengan pelan jalan ini. Sepatutnya dia kena serahkan konsesi ini kepada kontraktor dapat membina jalan ini, itu masalahnya.
Kemudian hilang lagi dari radar, timbul balik. Pengarah JKR yang ada sekarang ini sudah pun bersara, Yang Berhormat Timbalan Menteri, dia katakan sudah siap sudah. Hari Jumaat lepas bila saya tanya dengan Pengarah JKR Daerah, kita baru hendak buat, kita tengah minta peruntukan daripada kementerian sebanyak RM5 juta. Hendak buat dia punya design jalan ini. Jadi yang mana Yang Berhormat Timbalan Menteri yang betul ini? Jangan pula selepas ini esok hilang pula dari radar. [Ketawa]
Hari itu saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri kata kerajaan negeri tidak masuk dalam rolling plan ke-4. Jadi rolling plan yang mana pula hendak masuk ini. [Disampuk] Karang hendak pakai satelit pula ini susah. [Ketawa]
Datuk Jumat bin Haji Idris [Sepanggar]: [Bangun]
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: [Bangun]
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat. Sudah habis sudah Yang Berhormat?
Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Sudah, sudah, sudah.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat di atas...
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Mohon laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Lipis dan Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Saya jawab dahulu boleh, Yang Berhormat?
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Berkait, berkait dengan...
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Okey, tidak apalah bagi peluang.
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Pengerusi termasuk Yang Berhormat daripada Paya Besar membangkitkan perkara ini tetapi macam semalam saya katalah dia sampai Jerantut juga dia sebut.
Saya juga sebenarnya jalan yang saya katakan semalam iaitu daripada Benta, Jerantut juga sebelum ini masih ada dalam radar tetapi bila dalam tahun 2004 lebih kurang macam itu
DR.2.4.2014 36
sudah hilang dari radar. Saya punya hilang terus. Yang Berhormat Paya Besar boleh tahan juga masuk dalam radar sedangkan saya sudah beritahu pecah tanah sudah dibuat dan sampai pecah tanahlah Tuanku Sultan Pahang pun turut serta melawat jalan tersebut. Akan tetapi sehingga hari ini yang saya hendak ketahui jawapan adalah bilakah radar itu boleh ditemui balik, masuk dalam kawasannya. Dalam kawasannya itu yang kita hendak.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Agak-agaknya Yang Berhormat Timbalan Menteri ada pegawai-pegawai yang tukang adjust radar ini. [Ketawa]
Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Itu persoalannya, jadi kalau mungkin tidak boleh jawab sekarang pun tidak apa, sekurang-kurangnya dalam masa minggu depan kita musim persidangan boleh maklumkan kembali kepada Yang Berhormat Paya Besar dan Yang Berhormat Lipis untuk memastikan apa yang kita perbahaskan semalam. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih.
Datuk Jumat bin Haji Idris [Sepanggar]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta jalan. Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Sepanggar.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Tidak apa Yang Berhormat Sepanggar.
Datuk Jumat bin Haji Idris [Sepanggar]: Terima kasih. Ini berkenaan dengan P.27 – 61000, Projek Menaik taraf Jalan, Projek Baru. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri kawasan jalan sekitar Sulaman Bypass dan juga Tuaran Bypass di Sepanggar ini terlalu sesak pada setiap masa terutama sekali pada hari Jumaat. Kadang-kadang ramai yang terlepas solat Jumaat kerana berada di jalan raya sampai dua jam.
Jadi saya lihat keutamaan JKR Sabah dan juga JKR Malaysia ialah membina kawasan flyover di kawasan lintas, tetapi sebenarnya yang lebih utama, yang lebih kritikal ialah flyover di kawasan Yayasan Sabah menghala ke UMS, One Borneo. Jadi apakah tindakan pihak JKR dalam menyelesaikan masalah traffic jammed yang begitu teruk. Dalam perancangan saya tengok ada jalan pintas rampaian bernilai RM30 juta. Sebenarnya jalan ini tidak pun penting, tidak pun utama kerana jalan ini hanya to serve UMS Sepanggar.
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat ini macam berucap sahaja Yang Berhormat.
Datuk Jumat bin Haji Idris [Sepanggar]: Ya?
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, Yang Berhormat cuma boleh minta penjelasan sahaja.
Datuk Jumat bin Haji Idris [Sepanggar]: Saya minta penjelasan sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam sesi yang sebelum ini telah pun mengumumkan cadangan pembinaan Kota Kinabalu Outer Ring Road, jadi bilakah cadangan dimulakan?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa perkara. Saya ingin memohon izin untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu di mana beliau
DR.2.4.2014 37
mengatakan adakah boleh sekiranya peruntukan yang telah disediakan untuk sesuatu projek dipindahkan ke projek yang lebih merupakan keutamaan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ahli Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Sandakan.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Yang Berhormat Sandakan maafkan saya, Ahli Yang Berhormat Sandakan. Memang boleh Yang Berhormat, memang perkara ini sering dilakukan dan keutamaan projek-projek yang menjadi keutamaanlah yang selalunya kita dahulukan dibandingkan dengan projek yang tidak merupakan keutamaan.
Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat juga, projek-projek yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ini sebenarnya termasuk dalam senarai perancangan kementerian. Di samping itu untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, rancangan untuk membina dan menaik taraf rangkaian jalan raya di negara ini dibuat berdasarkan kepada sumber rujukan kita iaitu Pelan Induk Rangkaian Lebuh Raya ataupun Highway Network Development Plan atau HNDP.
Walaupun begitu, HNDP ini masih tertakluk kepada proses semakan semula dengan mengambil kira dasar-dasar semasa kerajaan, pertumbuhan koridor pembangunan baru dan juga senarai keutamaan oleh kerajaan negeri serta peruntukan kerajaan. Oleh itu, mana-mana projek yang tidak termasuk dalam HNDP sebenarnya masih boleh dipertimbangkan sekiranya projek tersebut memenuhi kriteria.
Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, memang itu merupakan sebahagian, Yang Berhormat jalan tersebut merupakan sebahagian daripada Pan-Borneo dan perancangan untuk menaik taraf kepada dual carriageway memang dalam perancangan kementerian. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga penyelenggaraan ataupun proses untuk membaik pulih jalan raya yang rosak sentiasa dilaksanakan melalui syarikat-syarikat konsesi yang dilantik.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Maaf, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memang dari dahulu saya ingat sembilan tahun yang lalu saya sudah bangkit, di mana kementerian telah membuat perjanjian dengan dua buah syarikat iaitu kalau tidak silap saya Syarikat Gemalai dengan satu buah syarikat lagi. Malangnya syarikat ini memang tidak mampu mengendalikan kerja-kerja tersebut dan rakyat sudah bosan. Pegawai daerah saya kalau tiap-tiap mesyuarat Majlis Tindakan Daerah mesti panggil Syarikat Gemalai hadir, dia tidak hadir mesyuarat.
Jadi masalah yang dihadapi kita oleh kerajaan, oleh rakyat tidak selesai. Jadi apakah juga mungkin kontrak syarikat-syarikat ini mungkin ditamatkanlah. Kalau boleh gantilah dengan syarikat-syarikat tidak usahlah satu syarikat. Lantiklah 10 syarikat. Sudah tidak masuk akal, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita masuk alaf 21 ini, syarikat berkenaan 25 tahun kontrak dia. Amat malang sekali buat kerajaan melantik syarikat yang tidak bertanggungjawab begini.
■1210
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Kita ambil maklum teguran Yang Berhormat. Untuk menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya
DR.2.4.2014 38
Besar, saya suka untuk memaklumkan Yang Berhormat, cadangan pembinaan jalan baru di Sungai Lembing ke Jerantut ini telah dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, rolling plan Keempat untuk pembinaan, Yang Berhormat ya...
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Paya Besar bangun Yang Berhormat.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: ...Dan antara perancangannya selain daripada pembinaan persimpangan..
Dato’ Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Mengambil balik tanah dan termasuk juga penyediaan lampu-lampu jalan dan anggaran kos adalah sebanyak RM300 juta yang dimohon untuk kelulusan, Yang Berhormat.
Saya memohon untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar secara bertulis kerana perkara ini merupakan perkara yang baru.
Tuan Pengerusi, berkenaan dengan jambatan batang ataupun Kota Samarahan, Batang Samarahan seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kota Samarahan, saya ingin maklumkan bahawa projek ini adalah di dalam proses perolehan dan dijangka pembinaan akan dapat dimulakan pada bulan Ogos 2014.
Manakala mengenai permohonan untuk membina jejantas pejalan kaki berhampiran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kenyataan bahawa Jalan Dato’ Mohd. Musa adalah jalan persekutuan adalah sebenarnya tidak benar. Akan tetapi cadangan jejantas tersebut terletak di Samarahan Expressway yang merupakan jalan negeri. Sehubungan itu permohonan jejantas wajar dikemukakan kepada kerajaan negeri Sarawak.
Saya juga ingin memaklumkan sebagai maklumat tambahan kepada Yang Berhormat Paya Besar, projek ini sebenarnya telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, RT2 sebanyak RM3.2 juta bagi skop reka bentuk dan pengambilan balik tanah dan baki peruntukan sebanyak RM180 juta dicadangkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, Yang Berhormat. Itu sebagai tambahan.
Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Sepang pula telah membangkitkan mengenai bilakah kerja-kerja pembaikan Jejambat Putrajaya Link berhampiran Plaza Tol Putrajaya yang runtuh pada bulan Februari 2013 yang lalu akan dimulakan?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, persimpangan bertingkat yang menghubungkan Taman Putera Perdana Puchong dengan Taman Sains Selangor II berhampiran Plaza Tol Putrajaya itu telah dibina dan dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pada masa kini sebuah syarikat juru perunding pakar telah dilantik untuk menjalankan kajian terperinci terhadap punca kegagalan jejambat berkenaan. Kajian tersebut dijangka akan disiapkan dalam tempoh masa terdekat. Kementerian ini bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS) sentiasa memantau perkembangan perkara ini menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PKNS dan PLUS Berhad bagi memastikan projek ini dapat di baik pulih dengan segera.
DR.2.4.2014 39
Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Kulai pula telah membangkitkan mengenai isu tindakan yang akan diambil terhadap pihak kontraktor yang terlibat dengan insiden keruntuhan siling yang berlaku di Hospital Serdang Selangor. Setakat ini belum ada sebarang tindakan diambil terhadap mana-mana pihak memandangkan proses siasatan masih lagi sedang berjalan, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, akhir sekali Ahli Yang Berhormat dari Kluang telah membangkitkan mengenai isu ketidakhadiran...
Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Minta penjelasan.
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Kulai.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) dalam sesi temu duga di hadapan panel penasihat bebas insiden kemalangan nahas bas di Jalan Genting, Kuala Lumpur iaitu sebagaimana penemuan dalam laporan bebas berkenaan yang telah dikemukakan oleh kerajaan. Okey, Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya sikit tentang insiden Hospital Serdang itu. Yang Berhormat Menteri tadi cakap bahawa siasatan belum diselesaikan. Jadi saya hendak tanya, bila itu siasatan akan diselesaikan memandangkan insiden siling runtuh itu berlaku pada tahun lalu. Tak silap saya rasa pada bulan Disember, November pun ada. Jadi sampai sekarang, lebih kurang sudah setengah tahun. Jadi lebih kuranglah bila siasatan tentang punca keruntuhan itu boleh diselesaikan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Saya akan maklumkan Yang Berhormat secara bertulis kerana saya tidak ada jangka waktu bilakah penyiasatan terhadap kes ini akan selesai kerana ia melibatkan banyak pihak, Yang Berhormat ya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, seperti yang saya katakan tadi mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kluang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) telah diwakili oleh Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Jalan, Jabatan kerja Raya untuk menghadiri sesi temu duga tersebut dengan andaian isu-isu yang dibangkitkan untuk tujuan laporan panel bebas ini telah ataupun lebih menjurus kepada aspek spesifik Jalan Genting, Kuala Lumpur.
Namun demikian, kementerian ini mengambil perhatian dan memandang berat terhadap isu berkenaan dan akan memastikan ia tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. Ya, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Yang Berhormat Kota Kinabaluu, ya.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sudah jawab saya punya soalan tadi?
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Sudah jawab Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak ada di Dewan.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu]: Oh, tadi ada.
DR.2.4.2014 40
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tengok Hansard lah Yang Berhormat.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu]: Bagaimanapun saya ada satu soalan mahu tanya juga, ini penting. Soalan ini saya mahu ingin tahu apakah status pembinaan Jalan Pesisiran Tawau ataupun Tawau Coastal Highway yang telah pun dicadangkan sejak 30 tahun yang lalu.
Saya harap Kementerian Kerja Raya boleh memberi satu jaminan yang tetap untuk melaksanakan projek tersebut untuk membawa kemudahan kepada rakyat yang tertinggal di Pesisiran Tawau. Ini lama sudah, cakap sudah tahun masa musim lepas lagi. Sudah dalam Rancangan Malaysia Keenam atau Kelima. Sudah luluskah?
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu]: Sudah luluskah? Akan tetapi sampai hari ini pun belum lagi dilaksanakan. kedua, saya pun hendak ambil peluang juga ini...
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, tak boleh ambil peluang Yang Berhormat. Dia kalau tak bahas, Yang Berhormat kalau mahu membangkitkan pada ketika ini dia melanggar peraturan mesyuarat. Yang begitu...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu]: Oh, okey. Akan tetapi ini kasilah, kerana ambil keputusan supaya ini- susah mahu datang ini dari Sabah.
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tulis surat, tulis surat Yang Berhormat ya.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu]: Terima kasih, terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih. Tak apa Yang Berhormat, kawasan Yang Berhormat dengan kawasan saya hanya 48 kilometer. Bila-bila bolehlah datang ataupun sampaikanlah secara bertulis. Saya akan cuba, kementerian ini akan cuba menjawab persoalan yang dibangkitkan. Terima kasih Yang Berhormat.
Setakat ini sahajalah Tuan Pengerusi penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya. Kementerian akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan mana-mana pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diambil perhatian dan akan ada tindakan susulan selepas ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM50,000,000 untuk Maksud B.27 di bawah Kementerian Kerja Raya jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM50,000,000 untuk Maksud B.27 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
DR.2.4.2014 41
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM476,550,030 untuk Maksud P.27 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM476,550,030 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]
Maksud P.28 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] -
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan. Oleh sebab peruntukan ini hanya token, ia tidak perlu bahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM40 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM40 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]
Maksud B.29 [Jadual ] -
Maksud P.29 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] -
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Kepala Bekalan B.29 di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air terbuka untuk bahas. Walau bagaimanapun, disebabkan P.29 ini hanya token, ia tidak perlu bahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM13,800,000 untuk Maksud B.29 di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM13,800,000 untuk Maksud B.29 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.29 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.29 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]
DR.2.4.2014 42
■1220
Maksud B.30 [Jadual ] -
Maksud P.30 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] -
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Kepala Bekalan B.30 dan Kepala Pembangunan B.30 ini token sahaja.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM20 untuk Maksud B.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM20 untuk Maksud B.30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.30 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]
Maksud P.31 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] -
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Oleh kerana ia token, ia tidak perlu bahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.31 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.31 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]
Maksud P.41 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] -
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Oleh kerana ia token, ia tidak perlu bahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.41 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
DR.2.4.2014 43
[Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.41 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]
Maksud P.42 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] –
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Oleh kerana ia token, ia tidak perlu bahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.42 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.42 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]
Maksud B.43 [Jadual ] -
Maksud P.43 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] -
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Kepala pembangunan P.43 di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk bahas. Namun oleh sebab B.43 hanya token sahaja, B.43 tidak perlu bahas. Manakala P.43 terbuka untuk bahas.
Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Minta penjelasan Tuan Pengerusi. Tadi untuk B.29 di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dia minta satu tambahan sebanyak RM13.8 juta. Kenapa butiran ini tidak dibuka untuk perbahasan? B.29, bukan P.29 - RM13.8 juta. Ini token juga?
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ia consider lulus Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Lulus atas maklumat yang silap Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Okey, saya ingin jelaskan P.43 dengan B.43 tetapi hanya P.43 sahaja yang dibahas. B.43 tidak perlu bahas. Terbuka untuk bahas sekarang. Ada yang hendak bahas? Yang Berhormat Sungai Siput.
12.25 tgh.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini berkenaan dengan Butiran P.43 - 04001.
Saya mahu tanya Yang Berhormat Menteri kerana dalam MyHome yang dikeluarkan dalam surat khabar pada hujung Mac. Dikatakan MyHome Scheme, price range RM80,000 ke atas dan juga untuk pembeli dengan income pendapatan bulanan RM3,000 hingga RM6,000.
DR.2.4.2014 44
Akan tetapi dalam kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bila dibentangkan bajet pada bulan Oktober, dia katakan ini maximum price of low cost house is RM45,000. So, nampaknya ada perbezaan, dan juga tidak diberitahu, adakah household income ini terhad dalam pembentangan bajet. So, kenapa ada perbezaan ini?
Jika kita tengok di Malaysia, kita katakan ada 1.7 juta keluarga yang tidak mempunyai rumah mereka sendiri. Sebahagian besar daripada kumpulan 1.7 bilion ini adalah daripada yang berpendapatan rendah di bawah RM3,000 hingga RM2,000 sebulan. Masalah mereka yang perlu ditangani ialah kita hadkan pendapatan untuk mereka pohon skim ini di mana RM30,000 diberi tiap unit yang dibina, kita cut them off completely. So, saya mahu tanya kenapa ada perbezaan ini? Bolehkah kita buka ruang untuk orang yang lebih miskin kerana masalah perumahan lebih teruk untuk keluarga yang lebih miskin. Terima kasih.
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sibu.
12.27 tgh.
Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Juga sama tentang MyHome program. Saya mendapati bahawa sebelum MyHome program dilancarkan pihak kementerian ada menyatakan bahawa orang yang layak untuk memohon program MyHome ini ialah berpendapatan RM3,000 ke bawah dan kurang dari RM3,000. Akan tetapi sekarang bila ia dilancarkan, didapati dalam borang MyHome itu ia mengatakan sekurang-kurangnya mesti berpendapatan lebih daripada RM3,000 sehingga RM4,000 baru boleh memohon untuk mendapatkan bantuan MyHome ini.
Jadi, saya mahu bertanya kepada kementerian, kalau orang itu berpendapatan lebih daripada RM3,000, dia memang sudah kaya. Jadi, kebanyakan penduduk di Malaysia ini terutamanya di Sibu, Sarawak dan Sabah, banyak berpendapatan kurang dari RM3,000. Jadi, mereka ini semua tidak layak untuk membeli rumah-rumah low cost housing. Jadi, saya mahu penjelasan dari kementerian. MyHome ini adalah untuk membeli low cost house. Jadi, kerajaan membantu RM30,000 dalam MyHome Scheme. Jadi, saya mahu kementerian beri penjelasan.
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Hulu Langat.
12.28 tgh.
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 31000. Saya ingin mendapat... [Disampuk]
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Masih siang Yang Berhormat.
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Merujuk kepada Butiran 31000, saya ingin mendapat sedikit penjelasan dengan peruntukan RM12 juta itu, berapa helikopter dan peralatan-peralatan bomba yang lain yang dibeli dan di mana yang kekurangan. Mungkin di Sabah, di Sarawak ataupun di negeri-negeri lain. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
DR.2.4.2014 45
12.29 tgh.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Halimah binti Mohd. Sadique]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menjawab dahulu kepada perkara Maksud P.43 iaitu peruntukan RM12 juta yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.
■ 1230
Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan RM12 juta ini ialah untuk kita membekalkan prime mover sebanyak 100 dan membekalkan ambulans EMRS sebanyak 200 yang akan dibuat agihannya dalam tempoh 2013, 2014 dan 2015. Bagi agihan untuk 2013, prime mover ini sebanyak 3, ambulan EMRS 10. 2014 tahun ini, 67 dan prime mover 120 dan untuk tahun 2015 prime mover 30 dan ambulan EMRS 70. Bagi makluman Yang Berhormat, untuk agihan prime mover untuk tahun 2014, untuk sebanyak 67 secara keseluruhan kepada jumlah 100 yang saya sebutkan itu, mengikut kepada fasa tahun 2013, 2014 dan 2015.
100 unit kenderaan prime mover berserta dengan tangki air, treler dan juga pam utama, berserta dengan enjin serta kelengkapan pemadam akan diagihkan ke negeri-negeri:-
(i) Perlis – 2
(ii) Kedah – 8
(iii) Pulau Pinang – 6
(iv) Selangor – 8
(v) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – 8
(vi) Negeri Sembilan – 7
(vii) Melaka – 3
(viii) Johor – 8
(ix) Pahang -8
(x) Terengganu – 8
(xi) Kelantan – 6
(xii) Sabah -8
(xiii) Sarawak – 8
(xiv) Wilayah Persekutuan Labuan – 2
(xv) Wilayah Persekutuan Putrajaya – 2
Bagi yang kedua iaitu membekalkan ambulan sebanyak 200 unit agihan dalam bentuk tempoh tiga tahun 2013 tahun lepas, 2014 dan 2015. Bagi agihan 200 unit medical rescue services iaitu ambulan:
(i) Perlis – 3
(ii) Kedah -14
(iii) Pulau Pinang – 13
(iv) Perak-17
(v) Selangor – 23
(vi) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur -13
(vii) Negeri Sembilan – 11
(viii) Melaka – 6
(ix) Johor – 17
(x) Pahang – 17
(xi) Terengganu – 11
(xii) Kelantan – 8
(xiii) Sabah – 18
DR.2.4.2014 46
(xiv) Sarawak – 22
(xv) Wilayah Persekutuan Labuan – 2
(xvi) Wilayah Persekutuan Putrajaya – 1
(xvii) FRM Wakaf Tapai – 1
(xviii) FRM Kuala Kubu – 1
(xix) Unit Pengesan K9 – 1 dan
(xx) Unit Udara – 1
Ini adalah jumlah agihan kepada Emergency Medical Rescue Services ataupun ambulan EMRS dan juga agihan kepada 100 prime mover berserta dengan kemudahan yang saya sebut tadi.
Kepada Yang Berhormat yang telah membangkitkan soalan yang berkaitan dengan MyHome. Selepas Yang Berhormat Perdana Menteri mengumumkan dalam ucapan bajet Yang Berhormat, pihak kementerian telah pun mengadakan perbincangan dengan semua agensi bukan sahaja dengan Kementerian KPKT secara bersendirian, juga telah membincangkan soal yang berkenaan bersama-sama di bawah jawatankuasa yang ditubuhkan yang dihadiri, dianggotai juga oleh pihak PR1MA, SPNB dan sebagainya.
Untuk makluman Yang Berhormat, apabila bajet itu telah diumumkan, pihak kementerian telah melihat kepada cadangan-cadangan dari segi pelaksanaan kerana untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Kementerian KPKT Yang Berhormat, kita juga ada menyediakan Skim Pinjaman Perumahan iaitu sebanyak RM45,000 kepada mana-mana rakyat yang tidak mampu untuk mendapatkan kewangan bagi membina rumah mereka. Maka di bawah Skim Pinjaman Perumahan (SPP), peruntukan bagi setiap individu yang ada kawasan tanah masing-masing, kita boleh buat permohonan untuk mendapatkan peruntukan RM40,000 untuk mereka memulakan projek perumahan yang boleh dibina di kawasan tapak yang telah ditentukan oleh pihak individu yang berkenaan.
Selain daripada itu Yang Berhormat, di bawah Kementerian KPKT juga ada Projek Perumahan Rakyat ataupun kita panggil PPR dan Projek Perumahan Rakyat ini adalah satu kemudahan perumahan yang kita sediakan dalam dua konteks, PPR dimiliki iaitu kita jual dan PPR yang disewa, yang kita berikan sewaan. Bagi PPR yang disewa, kita kenakan kadar sewaan sebanyak RM124 bagi setiap bulan dan bagi PPR yang dimiliki Yang Berhormat, kadar yang dikenakan untuk penjualan ialah sebanyak RM35,000 walaupun kos pembinaan untuk PPR dimiliki dalam konsep komuniti sejahtera ini, harga kos sebenarnya ialah RM160,000 dan kita jual pada kos RM35,000.
Ini adalah antara dan kemudahan yang kerajaan sediakan bagi mana-mana individu dan rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, ini adalah merupakan pilihan yang baik untuk mereka. Kita jangan lupa Yang Berhormat, konsep bila diwujudkan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta iaitu MyHome. MyHome ini berhasrat untuk memberikan tumpuan dan membantu kepada mana-mana individu dan keluarga yang mahu memiliki rumah, yang berada pada kedudukan yang lebih daripada yang saya
DR.2.4.2014 47
sebutkan dalam konteks PPR dan juga pinjaman SPP tadi dan ini adalah bagi keluarga-keluarga yang pertengahan, yang pendapatan pertengahan.
Kita jangan lupa Yang Berhormat, keperluan perumahan ini, dia bukan sahaja menjadi keperluan kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah tetapi yang paling penting, ia menjadi keperluan dan keutamaan untuk kerajaan di bawah KPKT melalui program MyHome untuk membantu keluarga-keluarga yang berpendapatan sederhana di antara RM3,000 dan RM4,000 supaya mereka juga mampu memiliki perumahan yang tersebut. Maka kerana itu bila kita letakkan kepada kadar yang ada bagi yang layak untuk pendapatan bawah RM3,000, maka program MyHome ini datang untuk memberikan faedah kepada semua pembeli perumahan, memilih kepada mana-mana pemaju swasta yang ada dan melalui dua pakej yang kita sediakan di bawah program MyHome iaitu yang pertama ialah MyHome 1 dengan pendapatan RM3,000 sehingga RM4,000 di bawah program MyHome 1 dan mereka boleh membeli mana-mana rumah pada harga pasaran antara RM80,000 hingga RM120,000. Mana-mana rumah yang boleh dibeli antara harga pasaran RM80,000 hingga RM120,000 dan harga sebenar yang akan ditawarkan kepada pembeli selepas mereka menikmati kemudahan insentif ataupun subsidi yang kerajaan berikan kepada pembeli iaitu sebanyak RM30,000 dan akhirnya pembeli akan hanya perlu bayar pada kadar RM50,000 hingga RM90,000 kepada mana-mana rumah harga jualan antara RM90,000 ke RM120,000. Itu bagi pakej bagi MyHome 1.
Bagi pakej MyHome 1 untuk Sabah dan Sarawak ialah antara harga pasaran rumah pada harga RM90,000 sehingga RM120,000 dan harga sebenar selepas pembeli menikmati insentif RM30,000 yang tersebut, maka pembeli hanya perlu membayar kepada harga RM60,000 sehingga RM90,000 pada mana-mana rumah harga jualan RM90,000 sehingga RM120,000 bagi pakej MyHome 1 untuk Sabah dan Sarawak.
Bagi Pakej MyHome 2 Yang Berhormat, harga jualan rumah ialah RM120,001 sehingga kepada RM200,000 dengan keluasan perseginya 850 kaki persegi. Bagi mereka yang berpendapatan RM4,001 sehingga RM6,000, mereka akan dapat menikmati harga pembelian selepas subsidi RM30,000 bawah program MyHome, mereka hanya perlu membayar pada harga RM90,001 sehingga RM170,000. Bagi pakej MyHome 2 untuk Sabah dan Sarawak, harga pasaran jualan rumah antara RM120,001 sehingga RM250,000 dan insentif pada harga sebenar yang akan dinikmati oleh pembeli ialah pada harga RM90,001 sehingga RM220,000.
■1240
Jadi apa yang dihasratkan oleh kerajaan Yang Berhormat bukan sahaja menyediakan kemudahan-kemudahan perumahan kepada mereka yang berpendapatan rendah semata-mata. Akan tetapi di bandar-bandar besar selain daripada projek-projek yang akan dibangunkan oleh pihak PR1MA kepada pendapatan antara RM4,000 hingga RM7,000 dengan peruntukan harga jualan antara RM150,000 sehingga RN300,000 tetapi di bawah KPKT, kita juga menyediakan ruang untuk memiliki rumah bagi mereka yang berpendapatan bawah RM3,000.
DR.2.4.2014 48
Selain daripada itu, tumpuan sasar yang perlu diberikan tumpuan yang penting kepada mereka yang berada di bandar-bandar ini Yang Berhormat, yang berpendapatan antara RM3,000 sehingga RM4,000 dan juga antara mereka yang berpendapatan RM4,001 sehingga RM6,000.
Jadi saya harap kita faham dengan apa juga perancangan yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan. Tidak ada perbezaan untuk mengasingkan masyarakat yang berpendapatan rendah tidak diberikan tumpuan tetapi memberikan tumpuan kononnya kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000. Pendapatan RM3,000 hingga RM4,000 ini Yang Berhormat, ia bukan satu pendapatan yang besar. Kalau mereka mempunyai bilangan anak yang ramai dan mereka mempunyai tanggungan-tanggungan hutang yang lain, akhirnya pendapatan RM3,000 hingga RM4,000 ini tidak menampakkan jumlah besar yang boleh dibanggakan oleh mana-mana mereka yang berpendapatan sedemikian. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Okey Yang Berhormat Menteri, saya faham apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Menteri tentang kita tidak boleh mendiskriminasikan orang-orang yang berpendapatan lebih daripada RM3,000. Akan tetapi saya harap kementerian boleh turunkan syarat itu supaya orang yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 pun boleh memohon untuk mendapatkan bantuan MyHome ini. Sekurang-kurangnya MyHome Scheme 1 itu.
Tadi Yang Berhormat Menteri ada cakap ada program-program lain untuk membantu golongan isi rumah yang lebih rendah dan lebih miskin iaitu PPR dan juga Rumah Mesra Rakyat. Akan tetapi saya mahu mengingatkan Yang Berhormat Menteri bahawa kebanyakan program bantuan rumah yang lain itu memerlukan pemohon itu mempunyai tanah sendiri. Macam Rumah Mesra Rakyat. Pemohon mesti mempunyai tanah sendiri. Kalau tidak ada tanah sendiri, dia tidak boleh memohon.
PPR sama sahaja. Pemohon mesti ada tanahnya sendiri. Kalau tidak ada tanahnya sendiri, dia tidak boleh memohon. Jadi Program MyHome ini memang merupakan satu skim yang sesuai untuk keluarga yang tidak ada tanah. Jadi kalau syaratnya terlalu tinggi memang banyak keluarga miskin tidak dapat memohon. RM3,000 ke atas berapa keluarga di Malaysia berpendapatan lebih daripada RM3,000, tidak banyak. Jadi saya mahu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh Yang Berhormat Menteri? Ya saya sehaluan dengan Yang Berhormat ini iaitu matlamat kerajaan untuk memberi rumah mampu milik kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah RM3,000, RM4000. Akan tetapi matlamat ini saya nampak akan tersasar dengan dasar dan polisi Bank Negara untuk tidak memberi loan pinjaman sebab orang yang berpendapatan RM3,000 ini ada komitmen lain. Ada komitmen bayar kereta, bayar itu dan bayar ini. Jadi di bank pula mengikut penyiasatannya bahawa dia tidak layak untuk membuat pinjaman.
Jadi apakah usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Misi kita untuk membina 1 juta rumah dalam masa lima tahun. Setakat ini berapa ratus ribu rumah
DR.2.4.2014 49
sudah dibina dan apakah misi ini akan berjaya? Tahun ini, berapakah yang sudah kita bina, berapa ratus ribu sudah di seluruh negeri?
Kita tidak mahu janji kita tidak ditepati macam sebelah sana. Kita ini Barisan Nasional janji mesti ditepati. Jadi saya mahu Yang Berhormat perjelaskan, betulkah janji ini sudah kita tepati? Dalam jangka masa satu tahun ini, berapa ratus ribu rumah sudah kita bina? Bolehkah tercapai 1 juta itu? Jangan kita cakap atas angin sahaja. Saya minta kementerian ini fokus untuk memberi kemudahan rumah kepada orang-orang yang tidak mampu ini. Jangan syok sendiri sahaja kementerian ini. Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Yang Berhormat, kerajaan ini apabila hendak melaksanakan perancangan melalui ucapan Bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, semua perancangan yang dirancang dan diutarakan dalam ucapan Bajet itu adalah janji yang akan dilaksanakan. Tidak ada cerita syok sendiri, suka-suka hendak masukkan dalam Bajet, hendak gembirakan hati pihak pembangkang ataupun pihak Barisan Nasional dan sebagainya tetapi itu adalah janji. Janji pelaksanaan yang akan dilaksanakan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya faham Barisan Nasional ini memang tepati janji tetapi pelaksanaannya. Mampukah kementerian melaksanakannya atau tidak? Itu sahaja persoalannya.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Saya jawab kepada Yang Berhormat Kinabatangan dahulu. Yang Berhormat, dalam Manifesto Barisan Nasional, kerajaan menjanjikan akan membina 1 juta rumah untuk rakyat Malaysia. Pembinaan 1 juta rumah untuk rakyat Malaysia ini 500,000 akan dibina oleh pihak PR1MA, 350,000 akan dibina oleh pihak pemaju swasta dan 100,000 akan dibina oleh pihak SPNB dan tambahan yang lain akan dibina oleh pihak KPKT.
Ia menjadi tanggungjawab bersama jabatan dan juga agensi-agensi perumahan kerajaan seperti PR1MA, SPNB, KPKT melalui JPM, Jabatan Perumahan Negara dan dengan sokongan daripada pemaju swasta. Maka itu datang jumlah 1 juta. Bagi makluman Yang Berhormat Kinabatangan, janji kerajaan untuk menterjemahkan pembinaan 1 juta rumah untuk rakyat Malaysia itu akan dilakukan dalam tempoh lima tahun. Insya-Allah akan diselesaikan.
Bagi makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri telah pun menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Pembinaan bagi 1 juta rumah yang dianggotai oleh pihak PR1MA, SPNB dan oleh pihak pemaju perumahan seperti REHDA, SHAREDA dan SHEDA untuk diletakkan bersama untuk kita buat perancangan tentang pelaksanaan pembinaan 1 juta perumahan ini dalam tempoh lima tahun untuk dilaksanakan secara berperingkat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tahun ini berapa ribu sudah?
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Saya akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat tentang perancangan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tahun ini baru tubuh jawatankuasa. Satu tahun baru tubuh jawatankuasa.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Kita sudah tubuh jawatankuasa. Bagi bawah KPKT untuk kementerian, saya hendak jawab ini, Yang Berhormat dengarlah. Kalau Yang Berhormat
DR.2.4.2014 50
tidak dengar nanti Yang Berhormat tidak faham dan Yang Berhormat akan tanya benda yang sama. Jadi untuk di bawah tanggungjawab Jabatan Perumahan Negara, kita akan melaksanakan pembinaan dengan peruntukan yang telah disediakan pada tahun ini iaitu sebanyak RM578 juta untuk kita membina sebanyak 16,473 unit rumah PPR. Itu akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara. Sebahagian daripada pengisian untuk tempoh lima tahun dengan peruntukan sebanyak RM578 juta. Jemput Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, saya dengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri walaupun saya bergurau dengan Yang Berhormat Kinabatangan kerana saya pun kasihan takut-takut Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak makan ubat lagi. Masalahnya kalau dalam tahun yang pertama hanya dibina 16,000 seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri, sedangkan 1 juta hendak dibina dalam masa lima tahun.
Kalau 16,000 setahun, kali lima hanya 80,000. Saya tidak tahulah kalau kalkulator saya rosak tetapi sefaham saya kalau hendak capai 1 juta dalam masa lima tahun Yang Berhormat Timbalan Menteri saya harap dengarlah soalan ini. [Ketawa] Paling kurang hendakkan 200,000 setahun. Enam belas ribu daripada 200,000 tidak sampai 10%. Lalu macam mana ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Kata serius.
■1250
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan penjelasan.
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya kita cuma diminta untuk membahaskan pasal kereta, kenderaan, helikopter dan kelengkapan bomba [Ketawa]
Yang satu juta perumahan tidak termasuk tetapi tidak apalah. Boleh keluar baliklah, Yang Berhormat Timbalan Menteri ya.
Dato’ Wira Othman bin Abdul [Pendang]: Tidak payah jawab!
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Yang Berhormat, saya hendak jawab sikitlah.
Untuk tahun 2014 ini, kita akan bina sebanyak 200,000 daripada jumlah satu juta tadi. Saya sudah sebutkan agihan yang ada dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh pemaju swasta iaitu lebih kurang 350,000. Untuk 200,000 bagi tahun 2014 ini, Yang Berhormat, sebanyak 16,473 akan dilaksanakan oleh JPN, sebanyak 100,000 akan dilaksanakan oleh pihak swasta dan 80,000 oleh pihak PR1MA. Bila saya sebutkan jumlah yang ada itu, bukan semestinya jumlah itu akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perumahan Negara semata-mata. Jadi perkiraan yang kita sudah buat ini, jumlah 16,473 ini hanya untuk tahun ini melalui peruntukan sebanyak RM578 juta.
Maknanya, Yang Berhormat...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
DR.2.4.2014 51
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Duduk dulu. Maknanya untuk tahun ini, kerajaan akan mencapai untuk pembinaan sebanyak 200,000 unit rumah mampu milik yang akan dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sebenarnya, Yang Berhormat Timbalan Menteri - terima kasihlah, baguslah jawapan itu. Tadi Yang Berhormat Kinabatangan tanya berapa yang telah dibina. Berapa yang telah dibina? Ini kerana pilihan raya kalau tidak silap saya sudah hampir setahun... [Disampuk] Sepuluh bulanlah. Ada yang kira betul-betul itu. Yang Berhormat Kinabatangan tanya tadi berapa yang telah dibina. Kalau start daripada tahun 2014¸ maka jumlah 200,000 itu tidak cukuplah.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Yang Berhormat, pada tahun yang lepas, PPR yang dibina oleh pihak kementerian juga dalam lingkungan 16,000. Apa yang saya hendak jelaskan ini, bermula pada tahun ini, selain daripada pembinaan-pembinaan perumahan yang akan dilaksanakan oleh pihak PR1MA dan SPNB, maklumat itu saya akan jawab secara bertulis kerana PR1MA ini di bawah Jabatan Perdana Menteri dan SPNB di bawah Kementerian Kewangan. Itu yang saya boleh jawab secara umum kepada Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, bersamalah. Kita akan tunggulah pelaksanaannya. Adakah 200,000 ini akan ada, sama-sama kita tunggu.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Untuk pelaksanaan untuk tahun 2014 ini, 200,000 unit kita akan bina. Apa tadi, Yang Berhormat?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau tiada tahun depan, Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab lebih baik.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Saya rasa saya jawab dengan baik pada hari ini kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Bukan. Maksud saya, kita tunggulah pembinaan ini. Kalau ada 200,000 rumah satu tahun, saya tunggulah nanti. Maklumkan saya nanti tahun depan, insya-Allah kalau saya panjang umur.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Tidak ada masalah. Pihak kementerian tidak ada masalah kerana kita tidak ada hendak letak atau simpan mana-mana maklumat untuk diberikan kepada Yang Berhormat. Tahun ini saya hendak tegaskan kepada Yang Berhormat Kinabatangan, sebanyak 200,000 akan dibina pada tahun 2014 dan nanti akhir tahun tanya lagi soalan itu kepada saya... [Disampuk] Kita cakap serupa bikin dan Yang Berhormat kena yakin dengan kerajaan.
Saya hendak menjawab kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibu tadi. Yang Berhormat, Program MyHome ini...
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada mahu tanya.
DR.2.4.2014 52
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: No, nanti. Saya hendak jawab sana dulu. Yang Berhormat, Program MyHome ini yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, kita memberikan kemudahan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dan bukan RM4,000 ke atas. Kita ada dua pakej. Pakej yang pertama, saya sudah sebut tadi rumah RM80,000 hingga RM120,000 dengan pendapatan sebanyak RM3,000 hingga RM4,000. Pakej yang kedua tadi rumah bernilai RM120,001 hingga RM200,000 dengan pendapatan RM4,001 hingga RM6,000. Jadi tidak ada sebab yang mengatakan bahawa MyHome ini hanya memberikan tumpuan kepada mereka yang berpendapatan RM4,000 semata-mata kerana kita ada dua pakej MyHome, Yang Berhormat.
Selain daripada itu, PPR.
Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Bukan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mahu..
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Nanti dulu, nanti dulu. Duduk. Duduk. No, no, no. You sit down first, I’ll answer. Yang tadi you bangkit saya belum jawab lagi. Bagi Skim Pinjaman Perumahan (SPP) yang RM45,000 itu, yang itu perlukan tanah. Kalau bukan tanah atas nama pemohon, boleh juga mana-mana tanah yang memberikan kebenaran kepada pemohon untuk membina rumah di bawah Skim Pinjaman Perumahan yang RM45,000.
Akan tetapi bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) ini, Yang Berhormat, kita bina di negeri-negeri. Kerajaan negeri beri tanah, kerajaan negeri menyediakan tanah dan kementerian akan menyediakan peruntukan. Kita bina PPR sama ada dimiliki ataupun disewa di mana-mana negeri yang telah pun memperuntukkan tanah kepada kementerian. So the budget and cost pembinaan will come from the ministry.
Selepas satu-satu projek PPR ini kita bina, selepas selesai pembinaan, kita akan serahkan projek PPR ini kepada pihak kerajaan negeri dan kerajaan negeri akan menentukan melalui sistem pendaftaran terbuka kepada mana-mana pemohon yang hendak membeli atau memohon secara online. So, jadi untuk PPR ini, peserta ataupun pembeli tidak perlu menyediakan tapak tanah. Yang menyediakan tapak tanah ialah kerajaan negeri dan sekiranya dalam kawasan kerajaan negeri itu ada keperluan untuk pembinaan rumah PPR ini tetapi tidak ada tanah kerajaan negeri, maka pihak kementerian boleh mempertimbangkan kepada mana-mana tanah swasta yang difikirkan sesuai untuk pembinaan PPR ini. Jemput, Yang Berhormat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang MyHome. Saya bukan cakap pendapatan lebih RM4,000 tetapi keluarga yang berpendapatan kurang dari RM4,000 macam RM1,000 atau RM2,000. Bolehkah kementerian menurunkan syarat itu supaya keluarga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 pun boleh memohon untuk mendapatkan bantuan MyHome ini?
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Saya ini sudah sakit tekak hendak menjawab tetapi Yang Berhormat masih tidak faham lagi [Ketawa] Faham, Yang Berhormat? Sampai hendak terkeluar anak tekak saya ini.
DR.2.4.2014 53
Saya memberi peluang dan ruang kepada Yang Berhormat untuk bertanya tetapi faham dengan jawapan saya. Jadi kalau sudah faham dengan jawapan saya, jangan tanya benda yang sama. Saya sudah sebut dengan Yang Berhormat tadi. Bagi mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 kita ada projek PPR. Yang Berhormat faham tidak?
Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Saya faham.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Ya, lagi?
Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Akan tetapi rumah PPR itu tidak baik sangat kalau- rumah kayu sahaja. PPR rumah kayu sahaja.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Yang Berhormat, rumah kayu dekat mana ini PPR Yang Berhormat tengok ini? Beritahu saya.
Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Di Sibu sana. Di kawasan saya. Kebanyakan PPR rumah kayu sahaja.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Mana ada rumah PPR kayu yang kita bina sekarang ini, Yang Berhormat? Cakap itu semak dulu. Jangan hendak bercakap sedap di Parlimen, bawa maklumat yang tidak tepat. Kerajaan...
Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Okey, okey, okey.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Nanti, duduk, duduk, duduk. Kerajaan Barisan Nasional ini bukan kerajaan yang zalim. Hendak bina rumah untuk pendapatan bawah RM3,000 bina rumah papan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Rumah papan lagi mahallah.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Untuk yang berpendapatan tinggi, bina rumah PR1MA.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, rumah papan lagi mahal sekarang ini. Bukan murah. Papan lagi mahal daripada rumah batu blok.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Tidak ada. Rumah papan kalau kayu cengal macam rumah Yang Berhormat Shah Alam itu baru mahal. Rumah papan kalau kayu cengal macam rumah Yang Berhormat Shah Alam itu baru mahal.
Yang Berhormat beritahu dengan saya, di mana kalau ada di Sibu. Beritahu!
Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: [Bangun]
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Sudah, tidak payah. Duduk, duduk, duduk. No, you can sit down.
Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Di Kampung Sentosa, Sibu dan di Kampung Ceria, Sibu.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Duduk, duduk. Yang Berhormat, saya hendak jelaskan sekali lagi. Saya harap suara saya tidak hilanglah. PPR yang kita hendak bina dekat negeri ini, Yang Berhormat, cadangannya bukan daripada kementerian. Cadangan untuk kita bina PPR di negeri-negeri ini datang daripada kerajaan negeri. Kerajaan negeri yang sudah tengok dekat mana tempatnya, rakyat mana yang perlu dibela. Kerajaan negeri yang memberikan keutamaan kepada mana-mana kawasan untuk kita bina PPR ini. Dia bukan suka-
DR.2.4.2014 54
suka kepada kementerian. Hendak bina PPR di Sarawak, pilih sahajalah di mana sehingga membelakangkan kawasan Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, sambung petang Yang Berhormat.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Yalah. Baguslah itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi: Sila Yang Berhormat Menteri sambung.
2.32 ptg.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Sibu tidak ada sini. Tadi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibu itu saya hendak jelaskan tentang projek PPR- rumah kayu itu sebenarnya ialah bawah Program Bantuan Rumah, we call it PPRT. Yang itu adalah peruntukan daripada KKLW. Jadi, harap Yang Berhormat Sibu tidak confuse lagi.
Itu sahaja beberapa perkara yang telah dibangkitkan Tuan Pengerusi, maka saya sekian sahaja penggulungan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu]: Tuan Pengerusi, tadi Yang Berhormat ada janji nak beri saya peluang... [Disampuk] Belum, tidak ada duduk di sini. Boleh sambung sekejap?
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Lain kali sebelum saya duduk Yang Berhormat kena cepat, saya silakan, cepat.
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri.
Saya ingin membangkitkan sedikit tentang MyHome. Saya mendapati melalui surat khabar bahawa MyHome ini akan melancarkan pembinaan sebanyak 500 buah rumah mampu milik di negeri Sabah. Soalan saya ialah dalam keseluruhannya, berapakah rumah mampu milik dan rumah di bawah MyHome ini akan dibina di negeri Sabah pada tahun ini? Saya ingin tahu di mana rumah tersebut terletak? Adakah rumah tersebut terletak di dalam kawasan bandar khususnya? Adakah rumah-rumah MyHome ini akan dibina di kawasan bandar within distance 10 kilometer, dengan izin. Saya merasakan bahawa jikalau rumah mampu milik itu bukan dibina di
DR.2.4.2014 55
sekeliling bandar, sekurang-kurangnya di dalam distance 10 kilometer dari bandar, maka ianya tidak akan membawa manfaat kepada kebanyakan rakyat yang benar memerlukan rumah.
Saya ingin tambah bahawa orang yang berpendapatan antara RM3,000, kebanyakannya adalah penduduk di bandar. Oleh itu, saya harap dan cadangkan bahawa kementerian fokus kepada keperluan yang dapat menyelesaikan masalah kehidupan membeli rumah yang dihadapi oleh orang ramai. Penting rakyat Sabah yang ada 3.5 juta yang kebanyakannya adalah orang miskin. Harap didahulukan, terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique: Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Yang Berhormat, perjuangan Kerajaan Barisan Nasional ini untuk semua rakyat Malaysia. Bukan sahaja di semenanjung, lebih-lebih lagi di Sabah dan Sarawak. Jadi Yang Berhormat tidak payah bimbang. Tidak ada apa pun usaha untuk kerajaan meninggalkan atau tidak mempedulikan nasib rakyat yang ada di Sabah.
Untuk makluman Yang Berhormat, bawah Program MyHome ini insentif RM30,000 kita bayar secara upfront kepada pemaju untuk membantu aliran tunai pemaju dan di samping membantu pembeli mendapat rumahnya dengan downpayment yang boleh didahulukan.
Tumpuan Projek MyHome ini ialah kepada mana-mana pemajuan perumahan yang dijayakan oleh pemaju dalam kawasan bandar. Untuk kawasan PPR Yang Berhormat, bagi kawasan-kawasan yang berhampiran dengan bandar atau yang berdekatan dengan bandar tetapi bukan dalam bandar, kita boleh bangunkan Projek Perumahan Rakyat iaitu PPR yang mana rancangan untuk pembangunan PPR ini akan dicadangkan oleh kerajaan negeri sendiri.
Saya hendak meyakinkan kepada Yang Berhormat, tahun ini kita akan melaksanakan Skim MyHome untuk 10,000 unit perumahan dengan peruntukan sebanyak RM300 juta. Yang Berhormat, pendaftaran secara online telah pun dibuka kepada semua pembeli yang berminat. Kalau pengundi di kawasan Yang Berhormat berminat, suruh mereka layari website KPKT masuk bawah Program MyHome dan daftarlah untuk mendapatkan insentif RM30,000 ini kepada mana-mana perancangan pembangunan projek perumahan kos sederhana rendah dan kos sederhana yang dibina di kawasan Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM10 untuk Maksud B.43 di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM10 untuk Maksud B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM12,000,020 untuk Maksud P.43 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM12,000,020 untuk Maksud P.43 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]
DR.2.4.2014 56
Maksud P.46 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] –
Tuan Pengerusi: Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia, ini pun token sahaja.
[Tiada Perbahasan]
Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM30 untuk Maksud P.46 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM30 untuk Maksud P.46 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]
Maksud B.47 [Jadual] –
Maksud P.47 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] –
■1440
Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.47 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia terbuka untuk bahas. Sila Yang Berhormat.
2.40 ptg
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [Kubang Kerian]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk B.47, saya hanya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada pihak kementerian.
Pertamanya saya ingin tahu berkaitan dengan program yang telah dilaksanakan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang berkaitan dengan ICT ini. Kalau boleh dijelaskan apakah jenis projek ataupun bantuan yang telah dilaksanakan berkaitan dengan ICT dan siapakah sasarannya. Adakah ia merangkumi semua pihak dan termasuk yang berada di semua negeri yang ada di Malaysia ini dan adakah ianya terbuka untuk diikuti? Juga bagaimanakah penghasilan yang telah dicapai dalam program yang telah dilaksanakan ini?
Keduanya saya juga ingin mengetahui berkaitan dengan apa yang telah dilaksanakan di bawah inisiatif Digital Malaysia yang saya difahamkan bahawa sebahagian daripada peruntukan ini telah diberikan kepada projek yang disenaraikan di bawah inisiatif Digital Malaysia ini. Kalau boleh disenaraikan dan saya difahamkan bahawa ada setengah daripada peruntukan ini yang terpaksa dipulangkan oleh MDeC kepada pihak kementerian kerana ada beberapa pelaksanaan itu yang tidak memerlukan peruntukan. Kalau boleh dijelaskan apakah sebabnya dan apakah projek yang telah dilaksanakan itu. Saya juga ingin tahu berkaitan dengan perbezaan di antara Digital Malaysia dan juga MSC yang telah dibuat oleh pihak kerajaan semenjak tahun 1996
DR.2.4.2014 57
dahulu, adakah ia satu perkara baru ataupun rebranding kepada MSC ini dan apakah hala tuju Digital Malaysia yang telah dibuat akhir-akhir ini.
Akhirnya saya ingin mengetahui pandangan pihak kementerian adakah pihak kerajaan bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang mengatakan bahawa jika dia kembali berkuasa dia akan menapis ataupun menyekat bahan-bahan yang ada di internet ini. Saya tanya ini bukannya apa-apa cuma ingin mendapatkan pengesahan kerana saya bimbang takut tanda-tanda ke arah itu akan berlaku dan kita tidak mengamalkan kebebasan mendapatkan maklumat. Saya cuma ingin tahu misalnya saya telah mencuba WiFi di dalam Parlimen dan terima kasih kepada pihak yang telah menyediakan perkhidmatan yang lebih laju yang khabarnya sampai kepada 20 mega walaupun kadang-kadang masih lagi disekat. Saya cuba untuk mengupdate beberapa application tetapi storenya masih lagi tersekat. Adakah ini tanda-tanda bahawa ada laman-laman web yang tertentu yang disekat oleh pihak kerajaan untuk kita mencapainya. Adakah itu disengajakan ataupun ianya tidak ada kaitan di antara yang hidup dan yang mati. Terima kasih.
Tuan Pengerusi: Sila.
2.44 ptg.
Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita tahu Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM46.9 juta. Untuk perbekalan tambahan ini kementerian juga memohon sebanyak RM16.5 juta untuk keperluan perbelanjaan insentif galakan pelaburan syarikat ICT dan MSC. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah bentuk keperluan di bawah insentif ini sehingga ianya memakan belanja yang agak besar? Selain itu saya juga ingin bertanya apakah butiran lanjut mengenai insentif galakan pelaburan syarikat pelabur ICT dan MSC ini termasuklah senarai syarikat yang terlibat di bawah insentif ini memandangkan ia agak sukar untuk dapatkan info berkaitan dengan perkara ini. Itu yang pertama.
Keduanya Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya adakah pihak kementerian mempunyai kuasa untuk mengarahkan mana-mana syarikat telekomunikasi jika sekiranya didapati ada beberapa kawasan yang ada potensi untuk mendapatkan line telefon itu tetapi kawasan tersebut tidak ada line. Jadi adakah pihak kementerian mempunyai kuasa untuk mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi yang ada dalam negara kita untuk membantu supaya kawasan tersebut dapat liputan talian komunikasi.
Ketiganya, adakah pihak kementerian sedar bahawa syarikat telekomunikasi yang ada dalam negara ini contohnya nama-nama besar seperti Telekom masih lagi gagal menguruskan kemudahan Internet berkelajuan tinggi di kawasan-kawasan bandar terutamanya di tempat saya sendiri di Parlimen Sekijang. Jadi saya minta pandangan tersebut dan juga jawapan daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi: Kalau tiada, sila Yang Berhormat Menteri respons.
DR.2.4.2014 58
2.46 ptg.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Dato’ Jailani bin Johari]: Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberikan pandangan serta saranan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Terdapat dua orang Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan dengan kementerian saya iaitu Yang Berhormat Kubang Kerian dan juga Yang Berhormat Sekijang.
Saya ingin maklumkan kedua-dua Ahli Yang Berhormat pertamanya mengenai perbelanjaan mengurus tambahan. Saya boleh merungkaikan ya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian, sebenarnya anggaran perbelanjaan ini sebelumnya iaitu di bawah MDeC dan MYNIC telah diputuskan untuk diletakkan di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2013. Lanjutan daripada perkara berkenaan Kementerian Kewangan telah pun menyalurkan peruntukan tambahan kepada kementerian ini sejumlah RM46,000,900 yang melibatkan perkara seperti berikut.
Jadi daripada jumlah berkenaan peruntukan yang dipecahkan kepada MDeC adalah berjumlah RM46,000,000 dan MYNIC sebanyak RM250,000. Perbelanjaan ini telah pun disalurkan. Untuk menjawab pertanyaan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian dan juga Yang Berhormat Sekijang mengenai perincian dari segi program khusus insentif, suka saya maklumkan bahawa program insentif galakan syarikat pelabur ICT dan MSC ialah bertujuan untuk meningkatkan prestasi syarikat-syarikat MSC Malaysia dengan bantuan kewangan ataupun insentif ataupun pengecualian cukai di samping meningkatkan bilangan syarikat-syarikat yang mempunyai trek rekod dalam menjalankan projek-projek yang bertaraf dunia.
Kita jangkakan dalam masa lima tahun insya-Allah syarikat-syarikat di atas bakal menjana pelaburan sejumlah RM6.8 bilion dan pada masa yang sama dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk pekerja mahir sebanyak 3,473. Manakala untuk persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian juga mengenai Digital Malaysia suka saya maklumkan di Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi, Digital Malaysia adalah merupakan satu inisiatif baru kerajaan yang diluluskan sempena Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia ke-23 pada 19 Oktober 2011.
Antara aspirasi dan matlamat Digital Malaysia ialah untuk meningkatkan sumbangan ekonomi kepada Pendapatan Negara Kasar dengan nilai lebih RM294 bilion daripada 13% pada tahun 2010 kepada 17% pada tahun 2020. Pada masa yang sama ianya akan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan melalui peningkatan kedudukan negara dalam WEF Global IT Report 2010-2011 daripada kedudukan ke 28 pada 2011 kepada kedudukan ke-20 ke atas daripada 138 buah negara menjelang tahun 2020.
Keduanya sumbangan kepada peningkatan kedudukan negara dalam IMD daripada kedudukan ke-14 pada tahun 2012 kepada kedudukan kesepuluh teratas daripada 59 buah negara menjelang tahun 2020.
DR.2.4.2014 59
■1450
Untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sekijang iaitu pertamanya mengenai pengkhususan insentif, saya sudah menjawab. Kedua, sama ada pihak kementerian boleh memanggil atau mengarahkan mana-mana pihak telco untuk memasuki mana-mana kawasan bagi membuat liputan telekomunikasi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya pihak kementerian biasanya akan mengadakan mesyuarat bersama dengan pihak CEO, ketua eksekutif dengan izin setiap syarikat telekomunikasi bagi mengenal pasti di mana kesesuaian untuk meletakkan menara atau pun lokasi untuk tujuan memberi liputan telekomunikasi...
Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: [Bangun]
Dato' Jailani bin Johari: Ya, Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Penjelasan sedikit. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mahu bertanya tentang telco. Sekarang saya menerima banyak aduan tentang SMS pengiklanan yang berbayar masih berleluasa di negara kita. Ada orang yang satu bulan dia menerima SMS itu sebanyak RM700. Jadi, bila dia pergi telco company, menanyakan mengapakah SMS boleh disampaikan kepada telefon bimbit dia. Dia mahu memutuskan service itu tetapi telco company reply, membalas kepada dia bahawa mereka tidak boleh buat apa-apa untuk menghentikan SMS ini.
Jadi, saya mahu bertanya kepada kementerian. Dahulu saya rasa sudah dibahaskan masalah ini di dalam Parlimen, di dalam Dewan yang mulia ini tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Tahun lepas kementerian sudah melancarkan satu apa yang baru iaitu Personal Data Protection Act yang memerlukan semua pengusaha yang ada data personal mesti berdaftar kepada kementerian. Jadi, adakah akta ini akan membantu kementerian untuk menghentikan masalah SMS, pengiklanan yang berbayar ini? Jadi, saya mahu penjelasan dari Yang Berhormat Menteri.
Dato' Jailani bin Johari: Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Sebenarnya soalan yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Sibu tidak berkait dengan perbelanjaan tambahan tetapi untuk makluman Yang Berhormat Sibu, sebenarnya kita ada satu forum iaitu di mana dipanggil satu forum pengguna. Sekiranya mana-mana pengguna di luar sana yang merasakan mereka terkilan dengan SMS yang dikeluarkan, mereka boleh membuat aduan kepada forum pengguna untuk diambil tindakan. Biasanya pihak syarikat yang mengeluarkan SMS yang tidak bertauliah akan dikenakan kompaun.
Untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sekijang tadi mengenai Telekom masih gagal untuk melaksanakan Program HSBB. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sekijang, sebenarnya Program HSBB ini adalah berfasa. Seperti yang kita maklumkan baru-baru ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita telah maklumkan bahawa sejumlah RM1.58 bilion tidak silap saya untuk HSBB fasa kedua. Kita ada senarai di manakah negeri yang kita akan laksanakan dahulu dan saya boleh berkongsi dengan Yang
DR.2.4.2014 60
Berhormat Sekijang dari segi di mana lokasi yang sesuai dan di mana yang kita akan laksanakan program HSBB yang kedua.
Jadi...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh minta penjelasan Yang Berhormat?
Dato' Jailani bin Johari: Ya.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Program HSBB ini high speed broadband ini memang menjadi keutamaan tetapi malangnya cuma bunyi dia kita menanglah. Sedap bunyinya- RM1.5 bilion secara berperingkat tetapi realiti dia kelajuan yang bunyi ini tidak seperti realiti dia di mana di Kuala Lumpur sendiri pun apabila kita naik kereta, tiba-tiba kita tengah bercakap terputus komunikasi. Bunyi high speed broadband yang berbilion-bilion itu sudah tiada makna. Jadi, apa sebetulnya kriteria yang dilihat oleh kementerian ke arah untuk meletakkan negara kita ini tidak ketinggalan dalam industri sebegini.
Ini cakap di bandar. Kalau kita pergi Sabah lagi Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat mahu tahu Yang Berhormat ikut saya pergi Sabah di mana kita pergi. Dia punya coverage semua bikin kita sakit hati, sakit jiwa Yang Berhormat. Jadi, cuba fikir-fikir sedikit macam mana, ke arah mana kita meletakkan peruntukan berbilion-bilion itu untuk memberi manfaat kepada rakyat. Terima kasih.
Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Yang Berhormat Menteri sedikit. Sebenarnya saya setuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan. Masalah di tempat saya ini Yang Berhormat Menteri bukannya HSBB sahaja. Streamyx pun ada masalah. Tidak payah jauhlah, di pejabat saya sendiri pun sehingga ke hari ini Telekom masih gagal hendak menguruskan talian internet ini yang berkelajuan tinggi, tidaklah tinggi sangat gunakan Streamyx pun masih bermasalah lagi. Jadi, itulah hendak minta jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk kalau boleh kita pantaulah syarikat telekomunikasi yang ada ini. Terima kasih.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: [Gangguan sistem pembesar suara] ...Kerana tidak tersentuh dengan perkhidmatan WiFi ini yang dahulu kita kena bagi, kita senang hati kerana bagi WiFi terima kasih lah.
Yang Berhormat Pontian, orang kampung pun senang hati ketawa, ada WiFi didirikan di tiap-tiap tempat-tempat yang strategik di tempat perkampungan. Ia cantik, cantik sekali. Ada tower, macam-macam tetapi khidmat dia Yang Berhormat Menteri wakil rakyat yang dikasi malu oleh rakyat. Apalah yang dipasang ini? Saja-saja dia kata ini alat mungkin China. Minta maaflah saya cakap China. Yang tiada kualiti punya. Benda-benda yang hanya untuk diberi projek dan macam-macam tuduhan.
Jadi, sasaran itu Tuan Pengerusi, Wakil Rakyat. Sasaran itu, tujuan yang murni oleh kerajaan itu gagal. Wakil Rakyat kena belasah. Jadi, minta tolong lihatlah. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sekijang. Saya tahu kalau itu masalah Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Sibuti pun setuju sama dia. Jadi, Yang Berhormat Kinabatangan itu saya tidak- saya tidak hairan
DR.2.4.2014 61
lah. Kalau masalah di kawasan Kinabatangan itu memang wujud. Itu saya setuju Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Lenggong pun tahu, dia lenggang-lenggang sahaja. Saya ada masalah juga.
Dato' Jailani bin Johari: Terima kasih, saya ingin menjawab sekalilah Yang Berhormat daripada Kinabatangan, Sekijang dan juga Yang Berhormat daripada Putatan. Dia ada tiga isu. Pertama dari segi isu drop callnya iaitu liputan terputus yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Dari segi Yang Berhormat Sekijang menanya mengenai HSBB.
Untuk makluman, sebenarnya pihak kerajaan dengan program-program ini bukan hanya HSBB sahaja yang seperti saya nyatakan sebelum-sebelum ini. Pihak kerajaan melalui pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 24 Mac 2010 yang lalu, kita ada beberapa inisiatif iaitu di bawah National Broadband Initiative atau pun Inisiatif Jalur Lebar Negara.
Pertamanya kita telah buat Pusat Internet 1Malaysia, Pusat Jalur Lebar Tanpa Wayar dan sebagainya. Termasuklah walaupun kita timbulkan isu berbilion seperti yang saya maklumkan HSBB 1.8 bilion terutamanya, ianya untuk kegunaan kepada 2.85 juta pengguna isi rumah.
Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, isunya bersekitar kepada isu dari segi pemantauan dan sebagainya. Contohlah yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Putatan tadi. Untuk KTW atau pun Kampung Tanpa Wayar kerana ini simple analogy saya beritahu. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan operasi Kampung Tanpa Wayar tidak berfungsi seperti berikut:
(i) peralatan dia rosak disebabkan petir dan kepanasan;
(ii) cuaca kabus tebal menyebabkan Kampung Tanpa Wayar itu menggunakan perkhidmatan VSAT satelite. Cuaca kita ini kadang-kadang terganggu; dan
(iii) terutama daripada Sabah dan Sarawak, saya minta maaf kerana gangguan bekalan elektrik kadang-kadang menyebabkan peralatan Kampung Tanpa Wayar- rosak.
Akan tetapi apa-apa pun pandangan yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat saya ambil maklum dan sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, kita sedang buat kajian dari segi penyediaan selanjutnya untuk Kampung Tanpa Wayar kerana kita rasa dari segi isu-isu yang ditimbulkan tadi kita boleh menambah baiklah isu-isu untuk Kampung Tanpa Wayar.
■1500
Jadi saya berharap dengan penjelasan tersebut telah menjelaskanlah inisiatif-inisiatif yang telah diutarakan oleh pihak kementerian dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, saya ingin berkongsi sebenarnya kita mendapat takrifan. Kalau kita lihat komen daripada Presiden FTTH Council AP. Dia kata, dengan izin, “Malaysia is the fastest growing FTTH market in South East Asia in a success story for FTTH Globally”. So maknanya memang jelas dengan kadar internet yang kita ada iaitu 67.1%, kita antara yang terbaik di rantau ini.
DR.2.4.2014 62
Jadi sekali lagi Tuan Pengerusi, saya ingin merakamkan ucapan terima kasihlah kepada Yang Berhormat dari Kubang Kerian, Sekijang, Sibu, Kinabatangan dan juga Putatan yang telah memberikan pandangan dan saranan yang menyentuh bidang tugas pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan seperti mana yang saya nyatakan tadi, sekiranya terdapat cadangan dan apa-apa komen, boleh Yang Berhormat kemukakan terus kepada pihak kementerian dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi: Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM46,900,000 untuk Maksud B.47 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM46,900,000 untuk Maksud B.47 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM30 untuk Maksud P.47 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM30 untuk Maksud P.47 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]
Maksud P.48 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2013] –
Tuan Pengerusi: Kepala Pembangunan B.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Oleh kerana ini adalah cuma token sahaja, maka tidaklah perlu bahas. Jadi saya kemukakan masalah untuk keputusan.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi:Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM80 untuk Maksud P.48 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM80 untuk Maksud P.48 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2013]
DR.2.4.2014 63
Maksud B.13 [Jadual] –
Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka untuk bahas. Sila Yang Berhormat Tumpat.
3.03 ptg.
Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengambil bahagian dengan merujuk kepada Kepala 030000 berkaitan dengan Hal Ehwal Pelbagai Hala, dan sub Kepala 030100, 030400 iaitu berkaitan dengan Politik dan Keselamatan Pelbagai dan Pelucutan Senjata dan juga berkaitan dengan Hal Ehwal Islam Pelbagai Hala.
Tuan Pengerusi, beberapa hari yang lalu di negara Islam Turki telah diadakan pilihan raya kecil atau pilihan raya tempatan, local election yang mana ianya sebelum pilihan raya local election tempatan tersebut diberi gambaran akan merupakan suatu referendum kepada Recep Tayyip Erdogan yang menjadi Perdana Menteri negara Turki tersebut dan yang dianggap sebagai Perdana Menteri yang menerima ancaman dalaman dan juga luaran yang cukup besar.
Sebagaimana kita yang mengikutinya mengetahui bahawa Erdogan dan parti beliau, AKP telah menang besar dalam pilihan raya kerajaan tempatan mengekalkan kedudukan sebagai Datuk Bandar di Istanbul dan merampas atau memenangi satu lagi ibu negara Turki sebagai Datuk Bandar Ankara. Ini menunjukkan bahawa satu parti politik dalam suatu sistem demokrasi. Satu parti politik yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip agama dalam demokrasi yang bebas dan terbuka dapat berjaya dalam pilihan raya.
Jadi saya harap bahawa Wisma Putra mengikuti hal ehwal Islam pelbagai hala ini dan melihat bahawa betapa baiknya jika demokrasi di negara kita diperkukuhkan dan betapa baiknya jika parti-parti politik yang berlandaskan kepada Islam boleh terus berjaya dalam sistem politik sesebuah negara tersebut. Inilah saya fikir contoh wasatiyyah yang lebih sempurna berbanding dengan percubaan yang kita sedang lakukan oleh negara kita ini.
Oleh itu ada baiknya kita menghantar rombongan-rombongan kita untuk mempelajari perkembangan sihat yang sedang berlaku di negara Turki tersebut. Satu lagi yang berkaitan dengan pelbagai hala khususnya hal ehwal Islam ini ialah saya kaitkan dengan yang sedang berlaku di Myanmar berkaitan dengan peristiwa yang dialami oleh rakyat yang digelar sebagai Rohingya.
Tuan Pengerusi, Myanmar sedang melakukan bancian penduduknya yang berlaku pertama kali dalam 30 tahun. Dalam laporan, kita dimaklumkan bahawa sekali lagi pemerintah Myanmar itu di atas dan tertakluk kepada pengaruh ekstremis agama Buddha yang khusus di Myanmar ini telah memaksa supaya tidak dibenarkan dalam bancian tersebut dicatat rakyatnya sebagai Rohingya tetapi terpaksa dicatatkan sebagai keturunan Benggol atau Benggali.
Jadi ini adalah perkara-perkara yang amat membimbangkan kita dan meneruskan lagi kerisauan kita. Saya kaitkan juga dengan peranan kita sekali lagi. Minggu lepas ada persidangan
DR.2.4.2014 64
tentang Human Rights in ASEAN Countries di Bangkok dan kita mempunyai Ahli-ahli Parlimen kita yang hadir termasuk daripada Sepang, Batu Gajah dan mereka mungkin akan menceritakan apa yang berlaku.
Yang timbul di situ Tuan Pengerusi ialah bagaimana Ahli-ahli Parlimen ASEAN mengambil berat tentang hak asasi termasuk di Myanmar tetapi sebaliknya gambaran yang mereka terima di persidangan ASEAN tentang hak asasi manusia di Bangkok minggu lepas ialah peranan Malaysia yang amat lemah dalam memperjuangkan hak asasi rakyat di Myanmar, khususnya berkaitan dengan Rohingya.
Kita boleh kaitkan bahawa di dalam sistem ASEAN ini ada satu jawatankuasa penting yang bernama ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights ataupun AICHR. Mereka menegur wakil-wakil kita di persidangan di Bangkok itu bahawa wakil Malaysia dalam Human Rights Commission peringkat ASEAN ini ialah tak lain tak bukan, Tan Sri Shafee Abdullah dan mereka bandingkan bahawa wakil kita ini tidak memainkan peranan yang aktif berbanding dengan wakil Human Rights Commission ini dari Thailand misalnya walaupun beragama Buddha daripada Thailand itu tetapi perjuangan wakil dari Thailand ini lebih ke depan, lebih bersungguh-sungguh, lebih tegas untuk memastikan dan memperbetulkan apa yang berlaku di negara Myanmar tersebut. AICHR ini saya lihat dalam web...
Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Tumpat menyebut tentang wakil Malaysia tadi sebagai Shafee Abdullah.
Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Wakil di Human Rights Commission.
Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Adakah ini lantikan daripada kerajaan ataupun daripada organisasi-organisasi yang lain ataupun adakah Shafee Abdullah Yang Berhormat Tumpat maksudkan ini ialah peguam dari Malaysia yang sedang bergelut dengan mahkamah berhubung dengan Yang Berhormat Permatang Pauh sekarang? Terima kasih.
Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Begitulah Yang Berhormat Sungai Petani. Saya lihat dalam website ASEANnya, saya yakin ianya dipilih oleh Wisma Putra atau oleh Kerajaan Malaysia dan saya perhatikan dalam website AICHR ini bahawa dalam bahasa Inggeris dengan izin Tuan Pengerusi, “The purposes of AICHR are 1.1: to promote and protect human rights and fundamental freedoms of the people of ASEAN”. Makna tugasnya, peranannya jelas bahawa jawatankuasa AICHR ini ada peranannya tetapi malangnya kita dilihat tidak memainkan peranan dalam AICHR sebagaimana yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil lain dalam AICHR ini.
■1510
Jadi ini saya harap kementerian akan mengambil berat tentangnya. Satu lagi berkaitan dengan hal ehwal Islam pelbagai hala ini ialah isu Syiah. Saya yakin Yang Berhormat Menteri mengikutinya hasil daripada apa yang berlaku dalam negara kita yang meletakkan penganut-penganut agama Syiah itu terkeluar daripada Islam. Maka ini mendapat laporan yang besar-besaran. Tuan Pengerusi pun baru pulang menghadiri persidangan di negara Iran yang hampir
DR.2.4.2014 65
timur tengah. Negara Iran itu Syiah. Mereka laporkan bahawa kita ini mendiskriminasikan terhadap agama Syiah, bahawa kita ini mengisytiharkan bahawa Syiah itu murtad.
Maka dalam akhbar-akhbar dan di kalangan ulama-ulama di Iraq, di Iran dan di negara-negara lain yang terdapat rakyat dan pemimpin mereka yang berpegang kepada mazhab Syiah ini menganggap bahawa kita bermusuhan dengan mereka. Walhal mereka kata ada petikan-petikan daripada ucapan pemimpin di Iraq misalnya yang mengatakan bahawa kita memberikan perniagaan, kita memberikan kelonggaran dan mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam tetapi mereka mengutuk dan mengisytiharkan kita sebagai murtad dari segi agama.
Jadi ini saya harap Wisma Putra melalui Yang Berhormat Menteri akan memperbetulkan suasana supaya janganlah politik domestik dalaman kita yang kita faham tujuannya, maksudnya dan sebagainya untuk menamakan orang-orang tertentu dalam parti-parti pembangkang dan sebagainya tetapi janganlah kita keterlaluan sehinggakan dalam domestik politik pun kita menyalahi prinsip-prinsip agama yang jelas dari segi mengklasifikasikan Syiah ini sebagai murtad. Dari segi hubungan antarabangsa pun kita akan menerima kesan yang agak parah untuk kepentingan negara kita akhirnya. Jadi saya hendak menyeru kepada itu.
Ketiganya Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan keadaan di sebuah negara Afrika yang bernama Central African Republic yang mana rakyatnya antara yang beragama Islam dengan yang beragama Kristian berbunuhan antara mereka. Mengikut laporan yang kita baca ialah oleh kerana ini bekas tanah jajahan Perancis, Perancis yang dahulu menghantar tentera kemudian barulah tentera-tentera African Union dan sebagainya. Mengikut yang kita baca dilaporkan bahawa rakyat Central African Republic yang beragama Islam itu merasakan diri mereka sebagai tidak dipertahankan oleh pasukan-pasukan pendamai ini dan merasakan bahawa terdapat diskriminasi terhadap rakyat Central African Republic yang beragama Islam oleh tentera-tentera yang sepatutnya penyelamat dan pendamai oleh kerana tentera ini datang daripada negara Perancis dan sebagainya. Yang saya baca mereka hanya menganggap satu sahaja pasukan tentera daripada Rwanda sebagai yang agak adil dan bersimpati kepada yang beragama Islam di Central African Republic itu.
Saya ingin menanya kepada Wisma Putra, kepada Yang Berhormat Menteri apa peranan kita selain daripada sikap dan apakah tindakan yang hendak kita lakukan supaya janganlah terdapat dalam mana-mana negara sekalipun sama ada Myanmar atau Central African Republic atau di mana-mana sekalipun penganiayaan, pembunuhan tanpa pertahanan oleh kita yang mempunyai tanggungjawab antarabangsa ini.
Akhirnya Tuan Pengerusi, saya faham bahawa Yang Berhormat Menteri terpaksa ke Beijing untuk urusan yang berkaitan dengan MH370 ini dan kita tahu bahawa ini adalah tugas yang besar dan berat. Saya ingin menanya apakah perancangan dalam politik hal ehwal antarabangsa ini, perancangan Wisma Putra untuk dengan izin damage control hasil daripada peristiwa MH370 ini yang kita masih lagi berharap dan berdoa akan berakhir dengan sebaik-baik yang mungkin. Tapi saya yakin dan percaya bahawa kementerian sudah pun ada merancang bagaimana untuk damage control, memperbaiki, memulihkan imej negara kita. Apa sekalipun
DR.2.4.2014 66
perancangan kementerian dan kerajaan saya harap sikap bahawa peranan dan tugas memperbaiki nama negara kita ini perlulah melibatkan semua pihak, semua parti politik and all party approach dengan izin, untuk memperbaiki dan memulihkan negara kita supaya janganlah peristiwa ini meneruskan kesan-kesan yang tidak baik kepada negara kita sendiri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi: Sila Yang Berhormat Tenom.
3.15 ptg.
Datuk Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin menyentuh satu perkara sahaja berkenaan dengan B.13 peruntukan tambahannya sebanyak RM28 juta lebih bagi membiayai kos operasi Kementerian Luar Negeri yang mana Tuan Pengerusi berkenaan dengan usaha negara kita untuk menduduki kerusi Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB. Majlis Keselamatan PBB yang mana kita ketahui mempunyai 15 orang anggota iaitu lima ahli tetap dan 10 ahli tidak tetap yang mana 10 tidak tetap ini akan dilantik oleh Perhimpunan Agung PBB untuk penggal dua tahun. Seperti mana yang diketahui negara kita telah sedang dalam usaha untuk membida bagi menduduki kerusi ahli tidak tetap bagi sesi 2015 dan juga 2016.
Saya melihat penyertaan sebagai ahli majlis tidak tetap dalam Majlis Keselamatan ini Tuan Pengerusi, adalah merupakan satu keperluan bagi menjadikan Malaysia sentiasa relevan di pentas global dan supaya kita tidak ketinggalan dalam pelbagai bidang yang banyak bergantung kepada kerjasama dan bantuan negara anggota. Hasrat negara kita Malaysia untuk menjadi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan untuk kali keempat ini bukanlah untuk prestij antarabangsa semata-mata tetapi juga mengkhususkan kepada agenda memperbaiki kepincangan yang telah menyukarkan pencarian penyelesaian konflik. Malah sebagai tambahan nilai dalam usaha ini, Malaysia pernah menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1965, tahun 1989 sehingga 1990 dan kali terakhir pada tahun 1999 sehingga 2000. Oleh yang demikian...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh minta penjelasan Yang Berhormat Tenom. Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Tuan Pengerusi, saya sehaluan dengan Yang Berhormat Tenom. Jadi memandangkan Malaysia berhasrat untuk menduduki kerusi tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB itu jadi apakah Yang Berhormat Tenom berpendapat perlu ada lobby group ataupun kumpulan-kumpulan melobi untuk kita menempatkan diri kita. Ini kerana saya percaya negara-negara asing luar juga yang cuba menduduki tempat ini mereka juga ada pasukan lobi untuk melobi negara-negara. Lobi ini Tuan Pengerusi tidak bermakna kita memberi kewangan atau sebagainya tetapi membuat perhubungan yang baik antara negara-negara yang cuba mungkin memilih kita dan sebagainya. Sebab ini pada saya langkah yang bijak yang diputuskan oleh kerajaan. Terima kasih.
Datuk Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Memang ada dalam ucapan saya Yang Berhormat Kinabatangan tapi
DR.2.4.2014 67
saya bersetuju kita mesti juga mempunyai pelobi-pelobi dan saya minta saya sambung ucapan saya Tuan Pengerusi.
Boleh dikatakan peluang Malaysia pada kali keempat ini dijangka agak cerah disebabkan kekosongan yang dikhaskan untuk negara Asia Pasifik yang setakat ini mempunyai dua calon sahaja iaitu Malaysia dan Fiji. Kita juga pernah terlibat dalam beberapa misi pengaman dan perundingan yang membuahkan kejayaan dan mendapat perhatian serta pujian dari pemerhati luar terutama PBB. Sebagai contoh menerusi isu penghantaran seperti peranan sebagai pemudah cara dalam usaha misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao dan juga rundingan damai antara Kerajaan Thailand dengan pejuang Islam Selatan Thai yang diwakili oleh Barisan Revolusi Nasional (BRN).
Justeru saya ingin membangkitkan dua persoalan untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai perjalanan usaha kita. Yang pertama Tuan Pengerusi kita peka betapa Yang Berhormat Menteri dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam usaha ini telah bertungkus-lumus bagi merealisasikan usaha ini. Namun begitu saya juga ingin mengetahui apakah usaha yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh pihak kementerian dan Wisma Putra dalam memastikan negara kita berjaya menduduki kerusi sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan ini.
■1520
Satu lagi, kami Tuan Pengerusi, sebagai Ahli Parlimen Malaysia sendiri merupakan anggota persatuan Parlimen Komanwel yang baru sahaja bermesyuarat tadi yang mana mempunyai keahlian seramai 14,000 Ahli Parlimen dari 140 buah negara termasuklah negara kita, negara Malaysia. Maka, adakah terdapat sebarang usaha bagi kami sebagai Ahli Parlimen untuk melibatkan diri dalam membantu usaha ini dengan menggunakan rangkaian dan jaringan yang mampu membantu dalam meraih sokongan negara-negara Komanwel.
Sesungguhnya saya menyokong usaha ini dan tidak dinafikan sememangnya usaha ini sekiranya berjaya akan memberi satu penghormatan kepada kerajaan dan negara kita. Pastinya doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi hasrat Malaysia agar dipermudahkan untuk terpilih menduduki kerusi Majlis Keselamatan bagi sesi 2015-2016. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi: Sila.
3.21 ptg.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Of courselah, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut terlibat dalam perbahasan berkaitan dengan Maksud B.13 - Kementerian Luar Negeri iaitu dalam hal yang berkaitan dengan politik dan keselamatan pelbagai dan pelucutan senjata serta hal ehwal Islam pelbagai hala.
Saya ingin menarik perhatian Tuan Pengerusi dan juga Dewan ini khususnya kepada Kementerian Luar Negeri. Sejauh manakah peranan Kementerian Luar Negeri dalam melihat peristiwa isu kehilangan pesawat MH370 ini dari angle yang lain, khususnya dari dalam konteks angle politik dan juga angle keselamatan. Ini kerana kalau kita melihat dalam angle yang telah dibahaskan di Dewan mahupun di media dan sebagainya, daripada kenyataan Yang Amat
DR.2.4.2014 68
Berhormat Perdana Menteri dan juga kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan, kita tidak nampak di mana kesudahan kepada isu ataupun tragedi yang sangat misteri ini.
Sehingga macam pernah saya sebut semalam, saya katakan bahawa bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan berakhirnya penerbangan tersebut di Selatan Lautan Hindi, kemudian timbul isu berbagai-bagai kemarahan pihak di Negara China, keluarga mereka dan pemangku Menteri Pengangkutan pula mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak berkata terhempas sehingga memerangkap kita. Sehingga Tuan Pengerusi sendiri pun datang ke Dewan ini mengajak kita bangun bertafakur, menghadiahkan Al-Fatihah kepada semua yang kemungkinannya dalam konteks terkorban. Akan tetapi Yang Berhormat pemangku Menteri Pengangkutan mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak bermaksud terhempas. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hanya mengatakan bahawa ia berakhir di Selatan Lautan Hindi.
Jadi, isu ini makin kusut sehingga kita tidak dapat melihat apakah sebenarnya keadaan dan kejadian tersebut. Jadi sebab itu Tuan Pengerusi, saya hendak minta penjelasan sebab sudah tentu peranan Kementerian Luar Negeri dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik keselamatan ini, sejauh manakah Kementerian Luar Negeri melihat dari segi aspek keselamatan, permainan politik kuasa besar antarabangsa. Satu perkara yang perlu dilihat melangkaui daripada apa yang sudah pun berlegar sekarang ini. Ini kerana bagi saya bahawa kalau peristiwa di US, peristiwa 911, selepas daripada beberapa tahun, maka terdedah bahawa ia adalah suatu konspirasi yang membabitkan kuasa besar sendiri.
Oleh sebab itu saya katakan bahawa perlu dilihat sebab berbagai-bagai spekulasi apabila kita tidak dapat hendak lihat dalam konteks apa yang kita bincangkan pada hari ini. Ini kerana macam orang ada, ada orang timbul kerana bateri, yang kononnya ada bateri, kemudian dikatakan bateri itu tidak berbahaya. Kita pun terfikir takkan hendak hantar bateri ke Negara China, sedangkan kita selalu hendak bawa daripada China ke negara Malaysia. Manggis tiga tan, saya pun cari dalam masa dua bulan ini, tidak ada musim manggis di Malaysia. Kecuali kalau kita ambil putik manggis, kita hantar pergi ke China.
Jadi sebab itu saya hendak minta penjelasan bahawa saya bimbang pada hati kecil saya ini untuk melihat bahawa seperti mana 911 sebab ini soal percaturan politik ini. Jadi sebab itu soal-soal politik, soal keselamatan serantau ini khususnya perlu dilihat oleh Kementerian Luar Negeri dan seharusnya Kementerian Luar Negeri harus lebih melihat perkara ini kepada suatu memperlihatkan, menggambarkan bahawa ancaman yang sangat serius kepada negara kita. Ini kerana saya tidak mahu nanti, kita tidak mahu nanti bahawa ia akan dikaitkan kononnya, oh, ini pusat terrorist dan sebagainya. Hari ini pun kalau kita lihat bahawa ada media asing, CNN cuba hendak mengaitkan Kapten itu sendiri dengan terrorist dan sebagainya.
Oleh sebab itu saya lihat bahawa saya bimbang apa yang saya katakan tadi Tuan Pengerusi, bahawa ini adalah satu pakatan konspirasi yang memang cukup liciklah sehingga kita sendiri tidak dapat hendak mengetahui apa kesudahannya, satelit sendiri pun tidak dapat hendak, semua peralatan teknologi moden hari ini pun sudah tidak dapat hendak mengesan apa
DR.2.4.2014 69
yang sebenarnya berlaku. Jadi saya minta, sejauh manakah peranan Kementerian Luar Negeri dalam hal soal politik dan keselamatan. Ini kerana saya katakan bahawa saya bimbang kuasa besar seperti Amerika. Kalau rakyat di negaranya sendiri, dalam 911 sendiri... [Disampuk] Dia boleh lakukan sedemikian, apa kepada sejumlah penumpang dalam pesawat MH370. Jadi sebab itu, penjelasan itu harus diberi untuk kalau tidak dapat beri penjelasan pun, tetapi saya kira bahawa kementerian atau kerajaan harus ambil perhatian dalam soal yang sebegini rupa.
Keduanya hal ehwal Islam pelbagai hala yang berkaitan juga dengan hubungan kita dengan negara-negara OIC khususnya. Saya hendak dapatkan penjelasan iaitu isu yang berlaku di Mesir. Apa stand kita? Sejauh manakah kita harus berperanan dalam OIC ini terhadap peranan ataupun perlakuan yang dilakukan oleh Kerajaan Mesir yang ada sekarang ini, yang menjatuhkan hukuman mati bunuh ke atas 500 lebih pemimpin termasuk bekas speaker Parlimen Mesir sendiri dan Mursyidul Am, Ikhwanul Muslimin dan juga aktivis mereka dan sebagainya. Jadi apa peranan Malaysia?
Sepatutnya bagi saya bahawa Malaysia harus mengeluarkan satu kenyataan yang lebih tegas untuk menunjukkan satu sikap kita sebagai pemimpin kepada negara-negara OIC, negara-negara Islam supaya menunjukkan bahawa satu kewibawaan kita semua. Jadi sebab itu saya minta bahawa kerajaan perlu mengambil langkah-langkah untuk benar-benar memperlihatkan sebagai seorang pemimpin dalam OIC walaupun kita bukan lagi menjadi Chairman kepada negara OIC tetapi kita pernah menjadi Chairman kepada negara OIC. Kalau kita hendak tunggu negara-negara lain, siapa lagi yang dapat diharapkan? Oleh sebab itu, bagi saya bahawa Malaysia sepatutnya memainkan peranan untuk memastikan supaya perkara tersebut dapat, maknanya OIC berperanan untuk mengambil tindakan, memberi amaran, tindakan terhadap Kerajaan Mesir sendiri. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya memanggil Ahli Yang Berhormat yang akan berhujah seterusnya, sukacita saya ingin membuat satu pengumuman iaitu Ahli-ahli Yang Berhormat bersama-sama kita pada hari ini satu delegasi daripada negara Filipina yang diketuai oleh Alem Basher Manalao, Head of Al-Mustaqbal Islamic Organisation [Tepuk] On behalf the Malaysian Parliament, I welcome you Sir today to Dewan Rakyat of Malaysia. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Simpang Renggam.
3.29 ptg.
Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja. Saya juga hendak bahaskan Maksud B.13 bagi Kementerian Luar Negeri.
Tuan Pengerusi, kadang-kadang saya juga ada peluang dapat bersama-sama dengan Tuan Pengerusi pergi buat lawatan kerja ke luar negara. Kadang-kadang saya lihat kenderaan yang diguna pakai oleh Duta Besar Malaysia sangat lama. Bila saya tanya usia kereta itu, kadang-kadang sampai lapan tahun. Jadi saya tahu ada bagus kita mengamalkan jimat-cermat, tetapi kadang-kadang kereta seperti ini, kita tidak dapat hendak adakan penjimatan kerana satu,
DR.2.4.2014 70
maintenance memang tinggi dan yang kedua, duta yang mewakili Malaysia merupakan satu lambang dan imej negara.
■1530
Jadi, terutamanya bila saya tanya, mereka menghadiri majlis-majlis yang penting pada negara yang tersebut, bila kita bandingkan dengan kereta negara lain, mereka segan hendak menyampaikan. Akan tetapi saya rasa, saya sebagai seorang Ahli Parlimen, saya minta kementerian dapat memandang perkara ini dengan lebih serius. Kalau boleh kita memberikan lebih banyak peruntukan bagi kita menaik taraf kereta yang diguna pakai oleh Duta-duta Besar Malaysia. Kalau boleh kita beri satu garis panduan, janganlah lebih daripada tiga tahun ataupun empat tahun. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Sepang.
3.31 ptg.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Cuma saya akan memfokuskan berkaitan dengan isu ASEAN Intergovernmental Commission of Human Rights.
Jadi, saya baru-baru ini telah bersama dengan Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Batu Gajah, telah menghadiri satu sidang ASEAN Parliamentary on Human Rights, di mana ada beberapa banyak, ada beberapa input yang saya rasa saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan di sini.
Pertamanya, berkaitan dengan ASEAN Intergovernmental Commission of Human Rights yang telah pun ditubuhkan di bawah Artikel 14, ASEAN Charter ini. Di mana idea mengadakan commission ini adalah untuk antara lain, kalau kita lihat kepada Artikel 1, dalam terms of reference dia adalah to promote and protect human rights and fundamental freedom of people of ASEAN dan beberapa lagi principal lain.
Jadi, secara idealnya memang kita merasa gembiralah dengan kewujudan commission ini kerana paling kurang negara-negara ASEAN sekurang-kurangnya sudah mula mementingkan tentang aspek kebebasan ataupun hak asasi manusia ini. Cumanya saya berasakan bahawa Kerajaan Malaysia perlu memainkan peranan yang lebih aktif bagi mempromosikan ataupun untuk betul-betul kita menjuarai isu hak asasi manusia ini.
Saya rasa ada beberapa kekangan yang perlu diperhatikan oleh Kementerian Luar. Saya harap pihak kementerian boleh memainkan peranan untuk membawa isu ini ke peringkat lebih tinggi lagi. Untuk memastikan bahawa bukan sahaja wujudnya satu commission yang di peringkat ASEAN berkaitan dengan hak asasi manusia. Akan tetapi kita mahu commission ini boleh memainkan peranan yang lebih baik, lebih berkesan, khususnya dalam menangani isu-isu berkaitan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
Seperti mana tadi dikatakan oleh wakil daripada Tumpat. Kita sekarang di peringkat ASEAN ini melihat bagaimana sebuah negara secara jelas melanggar prinsip-prinsip asasi
DR.2.4.2014 71
manusia. Sampai ke peringkat kita boleh katakan mereka ini terlibat dalam jenayah, crimes against humanity. Walaupun Malaysia tidak rectify ICC ataupun Rome Statute tetapi paling kurang kita sebagai Ahli Parlimen boleh memainkan peranan untuk meminta supaya commission ini, ASEAN Intergovernmental Commission of Human Rights (AICHR) ini supaya mereka dapat berperanan memastikan kawan-kawan ataupun orang-orang, khususnya orang-orang Islam di Rohingya itu diberikan perlindungan.
Saya difahamkan oleh sebab semasa persidangan itu, wakil daripada representative, dipanggil wakil, representative daripada Thailand yang membentangkan kertas. Dia memberitahu kepada kami bahawa nampaknya wakil daripada Indonesia lebih memainkan peranan yang lebih aktif, Bapak Rufendi. Dia juga seorang yang pernah di penjara semasa zaman Suharto. Bagi saya, apabila mereka yang pernah dinafikan hak asasi manusia ini, mereka yang pernah menjadi mangsa kepada pelanggaran hak asasi manusia, mereka akan lebih mudah untuk menjiwai isu-isu human rights ini.
Malangnya, di dalam negara kita, kita diwakili oleh seorang yang bagi saya, dia tidak dapat boleh menjiwai hak asasi manusia ini iaitu Datuk Shafee Abdullah yang kerajaan lantik sebagai wakil dalam AICHR ini. Saya tidak tahu apa yang telah beliau telah buat dalam AICHR tetapi kita tidak dengar suara-suara dia ataupun kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan isu Rohingya ini. Sedangkan Bapak Rufendi ini, dia mengeluarkan kenyataan walaupun kadang-kadang- walaupun kita tahu representative ini mereka mewakili kerajaan. Akan tetapi sekurang-kurangnya keberanian mereka menyuarakan suara-suara asasi manusia ini kita dibanggakan oleh rakyat Indonesia.
Di situlah saya mengharapkan kerajaan untuk pemilihan yang akan datang wakil...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Minta jalan, Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Setujukah Yang Berhormat Sepang kalau saya kata ada masalah dalam cara pemilihan yang kita buat untuk menghantar wakil kita di AICHR ini. Saya rasa pelantikan yang dibuat oleh kerajaan terus adalah tidak betul. Saya rasa pelantikan itu seharusnya dibuat melalui Parlimen yang mana sesiapa yang akan mewakili negara kita di peringkat antarabangsa, terutamanya seperti dalam AICHR dan sebagainya, perlu mendapat pengiktirafan daripada Parlimen kita sendiri. Saya juga minta Yang Berhormat Sepang untuk memberi penjelasan sedikit dengan cara-cara pemilihan yang dibuat di negara-negara lain, terutamanya di Thailand. Bagaimana cara yang mereka buat? Bagaimana seorang yang menjadi wakil negara Thailand di AICHR itu, ia begitu bebas yang tidak dikongkong oleh kerajaan itu sendiri. Tolong beri penjelasan berkaitan dengan perkara itu Yang Berhormat Sepang. terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Sebenarnya, inilah yang saya ingin suarakan bahawa kalau kita lihat di negara-negara seperti Thailand sebagai contoh. Wakil yang mereka ingin hantar ke AICHR ini, beliau
DR.2.4.2014 72
perlu ditemu duga oleh panel yang dianggotai oleh 20 orang. Di mana anggota-anggotanya antaranya bekas hakim, wartawan. Maknanya, dia mewakili segmen rakyat daripada pelbagai latar belakang dan dengan izin, rigorous punya interview.
Maknanya, dia hendak pastikan orang-orang yang dia hantar ini memang orang yang boleh bercakap tentang human rights. Dia memastikan- walaupun hakikatnya dia mewakili kerajaan tetapi dia kata, we want you to be independent. Akan tetapi dalam pelantikan berkaitan dengan wakil kita di AICHR ini, di Malaysia ini kita tidak tahu. Maybe it is just over a phone call, sepatutnya saya bersetuju dengan Yang Berhormat Batu Gajah tadi. Saya merasakan sudah sampai masanya untuk akan datang, mungkin untuk kali ini kita susah sedikit hendak ubah sebab sudah ada tempoh pelantikan. Akan tetapi untuk akan datang saya mencadangkan supaya orang yang kita ingin lantik sebagai wakil kita di peringkat AICHR ini mestilah ada satu rigorous punya proses of appointment. Supaya kita dapat menghantar orang-orang yang memang berani bercakap dengan penuh authority dan sebagainya.
Seterusnya, saya ingin juga minta Kerajaan Malaysia- kita tahu, saya diberitahu apabila setiap kali kita hendak membawa usul ataupun perbincangan berkaitan dengan isu Rohingya sebagai contoh, di peringkat AICHR ini ataupun di peringkat ASEAN, kita perlu ada satu concensus. Oleh sebab berdasarkan AICHR punya terms of reference, dia kata dalam principle yang kedua, the AICHR shall be guided by the following principle iaitu 2.1 respect for principle of ASEAN as embodied in Article 2 of the ASEAN Charter in particular, dan (b) ini agak selalu menghalang isu-isu human rights ini dibentangkan. Not interference in the internal affairs of ASEAN members state.
■1540
Dengan adanya clause 2.1(b) ini, selalunya setiap kali mana-mana negeri hendak bawa isu Rohingnya atau mana-mana isu dalam pelanggaran hak asasi manusia di mana-mana negara-negara ASEAN, negara-negara yang lain itu boleh gunakan sort of macam veto power sebab dia kata kami tidak setuju ini dibincangkan. Jadi, tidak boleh bincang. Kami diberitahu isu Rohingya tidak boleh dibincangkan langsung. Tidak boleh bincang. Let alone untuk diambil tindakan. Hendak bincang pun tidak boleh sebab adanya principal ini.
Jadi kita berhadapan dengan satu keadaan yang amat pelik. In one hand dengan izin, kita ada satu prinsip yang mengatakan mesti promote dan mesti protect human rights, tapi bila kita hendak bincang dalam AICHR itu berkaitan dengan human rights, negara yang terlibat boleh halang. Jadi ini akan menghalang untuk sampai bila-bila tidak boleh bincang. Begitu juga kalau berlaku katakan satu pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia, katakan Indonesia hendak bawa, Malaysia boleh gunakan sort of veto power tidak boleh bincang.
Jadi ini satu keadaan yang pelik sedangkan mereka juga beritahu apabila kita kena buat repot kepada United Nations berkaitan dengan human rights ini, we are subject to scrutiny, dengan izin, oleh United Nations. Akan tetapi kenapa di peringkat ASEAN walaupun kita ada satu provision mengatakan kita hendak promote dan protect human rights tapi dasar not interference ini telah menghalang untuk kita membawa isu ini lebih jauh.
DR.2.4.2014 73
Bagaimanapun, saya percaya Kerajaan Malaysia, kita sepatutnya memikirkan bagaimanakah kita boleh menyelesaikan halangan ini sebab saya percaya di zaman global village ini, kita tidak boleh lagi berdiam diri mengenai apa yang berlaku di negara lain. Isu Rohingya, mereka mengharapkan paling kurang, Parlimen Malaysia, kita bersama, sebab ini orang-orang telah dibunuh. Ada elemen genosid, ada elemen crime against humanity. Kita mahu supaya kerajaan kita, paling kurang di peringkat Parlimen ini, baik Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional, kita bersama, sekurang-kurang kita buat satu usul, tidak kisahlah usul dibawa oleh kita ataupun pihak kerajaan, sekurang-kurangnya kita minta satu tindakan diambil ke atas Kerajaan Myanmar di atas perlanggaran ini.
Saya diberitahu bahawa Presiden Indonesia, Bambang Yudhoyono telah menghantar wakil, tulis surat kepada Kerajaan Burma, kami hendak lihat apa yang berlaku itu dan mereka hantar bekas Timbalan Presiden iaitu Yusof Kala untuk jadi wakil Indonesia pergi ke sana. Saya harap Parlimen ini ataupun Kerajaan Malaysia, kita mesti hantar satu wakil untuk melihat fact finding mission di kawasan Rakhine itu untuk kita buat satu repot dan kita bentangkan di Parlimen ini dan saya sangat berharap Parlimen ini sekurang-kurangnya kita boleh hantar satu mesej kepada Kerajaan Myanmar bahawa Parlimen Malaysia kita bersama dari segi melindungi kepentingan orang. Walaupun mungkin kita berlainan agama tapi isu perlanggaran human rights ini seperti mana yang dikatakan oleh seorang Ahli Parlimen Philippine, is the borderless issue, involving borderless people. Human right is the borderless issue. Ia tidak disekat oleh sempadan. Ia adalah satu isu yang melanggar ataupun melepasi sempadan.
Saya sangat berharap Menteri Luar dan Parlimen Malaysia boleh mengambil satu sikap yang tegas sebab difahamkan Myanmar akan passed four bills, empat rang undang-undang dan saya dipilih sebagai jawatankuasa untuk study the law itu. Antara rang undang-undang yang dibuat itu antara kesan akhirnya ialah untuk menafikan kerakyatan, citizenship of Rohingya. Sekarang mereka ini ibarat stateless. Sedangkan kalau ikut sejarahnya dibentangkan oleh pihak United Nations, Burma itu asalnya Rohingya, merekalah penduduk asal, tapi mereka dijadikan seolah-olah orang-orang yang pendatang.
Jadi saya rasa kita sebagai Ahli Parlimen tidak boleh berdiam diri. Kalau kita betul-betul commit pada humah rights, commit sebagaimana kita commit tubuhkan SUHAKAM walaupun ada kelemahan-kelemahan...
Dato’ Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Tuan Pengerusi, saya hendak tanya Yang Berhormat Sepang. Kita pernah mempunyai satu situasi di mana negara kita amat dihormati bukan sahaja di kalangan negara-negara ASEAN tapi juga OIC dan negara Barat di mana zaman mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dengan lantang dan berani, malah ini menggegarkan negara-negara Barat khususnya. Apakah di akhir-akhir ini nampaknya negara yang sama tetapi di bawah kepimpinan yang ada sekarang, kita membisu seribu bahasa. Adakah ini disebabkan oleh pimpinan itu sendiri ataupun adakah kerajaan sebagai satu kerajaan telah mengalih pandangan kita daripada menjadi champion kepada isu-isu ini kepada menyepi
DR.2.4.2014 74
diri untuk tidak melibatkan diri kerana ada masalah-masalah lain. Apa pandangan Yang Berhormat Sepang?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yes.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Terima kasih Yang Berhormat Sepang, terima kasih Tuan Pengerusi. Isu Myanmar ini harus kita ingat semula ialah bila Myanmar dibenarkan untuk menyertai ASEAN, syaratnya ialah dengan syarat dan juga itu adalah janji, undertaking kita kepada dunia antarabangsa bahawa kita akan menggunakan approach kita supaya Myanmar kembali kepada landasan demokrasi. Landasan demokrasi itu tidak boleh terhad atas pembebasan Aung San Suu Kyi sahaja. So, kini Myanmar sungguhpun telah memberikan ruang untuk berpolitik secara bebas tapi golongan minoriti Rohingnya masih tertindas. Itulah sebab saya percaya harus diambil.
Akan tetapi isu sekarang ialah bila kita ambil satu pendekatan serantau- baru saja, tiga hari yang lalu Perdana Menteri telah menyaksikan satu perjanjian damai yang ditandatangani oleh Bangsamoro dengan Kerajaan Filipina yang akan menghormati hak asasi kaum minoriti Muslim di Filipina. Sudah tentu kaum Rohingnya akan tertanya-tanya bilamana Malaysia boleh mengambil inisiatif yang begitu aktif untuk menyelesaikan masalah di Filipina. Kenapa penyertaan Myanmar itu yang disyaratkan, mereka harus menghormati demokrasi ini, kita tidak ambil pendirian yang lebih tegas? Apa pandangan Yang Berhormat Sepang?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu. Sebagai respons kepada apa dikatakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi, sebenarnya saya merasakan mungkin juga kerana negara-negara ASEAN ini kebanyakan mereka mempunyai dengan izin, baggage, pelanggaran hak asasi manusia, dan sebab itu mereka sendiri merasa takut untuk hendak bercakap human rights ini. Akan tetapi bagi saya, kita semua ada kelemahan, tidak dinafikan, tapi paling kurang kita boleh memainkan peranan di dalam kekurangan itu.
Saya percaya kalau kita boleh buat satu resolusi seperti mana saya difahamkan di Philippine, walaupun mereka kebanyakan bukan Islam tapi mereka sanggup untuk bawa isu ini ke Parlimen sebab mereka beritahu bahawa berdasarkan pengalaman mereka, apabila ada satu-satu isu dibawa di peringkat Parlimen ini, walaupun melibatkan negara luar, walaupun itu yang minima yang kita boleh lakukan tapi sedikit sebanyak dia membantu dari segi kita- tidak selesaikan semua pun, kita boleh menyelesaikan sebahagian daripada masalah perlanggaran ini.
Sekurang-kurangnya mereka merasakan bahawa, pertamanya orang yang jadi mangsa, mereka tidak merasakan mereka keseorangan. Itu yang pertama; keduanya negara-negara terlibat itu sekurangnya dia tahu bahawa ini bukan isu domestik. Maknanya mereka sudah mula menyedari bahawa people are watching you, the world is watching you. So, sekurang-kurangnya ini membantu untuk mereka paling kurang mereka boleh kurang sikit dari segi mereka bertindak ke atas orang-orang yang dizalimi. Jadi saya sangat berharap Parlimen Malaysia menjadi juara ataupun mengambil sesuatu inisiatif untuk kita melakukan perkara ini.
DR.2.4.2014 75
Tentang yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu itu, memang itulah sepatutnya berlaku tapi tidak berlaku. Sebab itulah ada beberapa wakil dari Myanmar yang datang, dari Rohingya pun datang, bekas Ahli Parlimen, mereka memberitahu bahawa mereka memang mengharapkan kita Malaysia. Sebab, negara yang antara terbabit apabila berlaku macam itu ialah negara Malaysia sebab ramai juga pendatang Rohingya datang ke Malaysia. Malangnya, dalam repot yang diberi kepada kita, ramai juga yang membuat aduan bahawa mereka merasakan pendatang-pendatang Rohingya yang datang ke sini tidak diberikan layanan yang seperti mana yang mereka harapkan.
■1550
Wallahualam, saya tidak tahu tetapi saya mengharapkan, saya merasakan isu Rohingya ini Malaysia tidak dapat lari. Paling kurang kita akan menghadapi masalah pelarian. Jadi, kalau kita tidak ambil sikap proaktif, sikap yang aktif, kita khuatir dengan berlarutannya masalah ini kita mungkin akan hadapi tempiasnya. Akan tetapi yang lebih besar bagi saya ialah dalam keadaan waktu sekarang, zaman sekarang ini, bagi saya borderless issue ini, kita mesti bersama-sama dan saya harap kita boleh lobi Indonesia dan sebagainya. Saya berharap sangat supaya Malaysia dapat mencadangkan kepada... ini untuk membuat pindaan ke atas terms of reference ini sebab selagi mana adanya polisi non interference yang ditafsirkan, didefinisikan secara rigid. Kalau itulah ada, sampai bila pun tidak boleh bincang.
Oleh sebab itulah tidak guna kita ada satu principal to promote human rights and at the same time tidak boleh bincang. Ini satu benda yang nampak contradictory. Jadi saya mengharapkan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri dapat memainkan peranan dan saya harap kita selepas ini dapat buat satu usul mengenai isu Rohingya ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi: Sila Yang Berhormat. Saya ingatkan kepada Ahli Yang Berhormat, ini peringkat Jawatankuasa. Kalaupun berbahas itu, janganlah sampai seolah-olah perbahasan kita berbalik kepada dasar. Akan tetapi kadang-kadang macam Yang Berhormat Sepang saya biarkan sahaja. Mungkin dia tidak dapat bercakap pada peringkat dasar. Spesifik sedikit. Sila.
3.51 ptg.
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut membahaskan maksud B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri iaitu mengenai dengan isu Forum Ekonomi Islam Kesembilan. Saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Luar Negeri atas penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia Kesembilan atau dengan izin World Islamic Economic Forum yang bertempat di London pada 27 Oktober hingga 31 Oktober 2013 yang lalu.
Penganjuran program yang dijayakan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun yang kesembilan berturut-turut ini dengan memilih negara bukan Islam buat pertama kalinya dalam sejarah. Edisi kesembilan ini melibatkan pengesahan penyertaan daripada 16 ketua negara termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Afghanistan, Presiden Kosovo dan
DR.2.4.2014 76
Presiden Bank Pembangunan Islam Dr. Ahamad Mohamed Ali yang juga merupakan Fellow Kehormat Yayasan WIEF.
Forum yang kesembilan ini dianjurkan oleh Yayasan WIEF dan disokong dan dihoskan oleh Kerajaan Malaysia dan juga United Kingdom. Seperti mana yang kita tahu sejak sembilan tahun yang lepas forum ini merupakan platform perniagaan bertaraf dunia yang menampilkan peluang perniagaan dalam dunia Islam. Forum Ekonomi Islam Sedunia ini juga akan menggalakkan perniagaan dan melihat kepada bentuk pembiayaan yang berbeza termasuk pembiayaan Islam.
Forum itu juga yang diadakan di Excel London bertemakan dengan izin, ‘Changing world new relationship’ untuk menyatakan kemunculan ekonomi baru antara negara keseluruhan tanpa sempadan, agama dan budaya dalam dunia yang pesat berubah. Antara topik yang telah dibincangkan adalah:
(i) wanita dalam dunia korporat;
(ii) mempromosikan pendidikan transnasional; dan
(iii) membangunkan perhubungan global menerusi teknologi digital.
Namun di sebalik kejayaan Kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Luar Negeri, saya ingin bertanya Tuan Pengerusi kepada Yang Berhormat Menteri, apakah rasionalnya pemilihan London sebagai hos kepada WIEF ini? Pemilihan negara bukan Islam buat pertama kalinya dalam sejarah forum ini yang majoriti penyertaannya daripada negara-negara Islam menimbulkan persoalan yang ketara memandangkan masih banyak lagi negara-negara Islam lain yang boleh kita jadikan negara penganjur. Ia juga boleh mendatangkan banyak manfaat kepada ekonomi dan sosial negara-negara majoriti yang terlibat.
Kedua, saya ingin bertanya apakah impak yang dapat diperolehi oleh peserta-peserta WIEF sendiri memandangkan persidangan kesembilan ini mendapat satu sentuhan baru dengan penganjurannya di negara bukan Islam serta sentuhan daripada pakar-pakar sosioekonomi bukan Islam dalam memantapkan peluang perniagaan dalam dunia Islam khasnya. Adakah dengan penganjuran, penyertaan dan penglibatan pakar-pakar daripada negara bukan Islam ini, peserta-peserta yang menyertai persidangan ini mendapat impak yang positif dalam menaik taraf ekonomi Islam atau sebaliknya.
Kedua Tuan Pengerusi, saya juga menyeru agar Malaysia perlu lebih ke hadapan dalam menangani isu-isu berkaitan dengan hak asasi manusia khususnya seperti yang berlaku baru-baru dengan pendakwaan kumpulan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Keduanya ialah isu berkaitan dengan pelarian Islam Rohingya di Myanmar. Kalau Malaysia dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita boleh membawa masyarakat Islam di Filipina kepada meja perundingan bersama dengan Kerajaan Filipina, saya amat yakin dengan kehebatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ia juga mampu memberikan harapan baru khususnya kepada masyarakat Islam yang berada di Rohingya. Jadi sekian sahaja Tuan Pengerusi harapan daripada saya. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Bandar Kuching.
DR.2.4.2014 77
3.56 ptg.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa NGO Cina seperti Malaysia-China Friendship Association, Malaysia-China Chamber of Commerce yang mengadakan rombongan khas lawatan terhadap ahli-ahli keluarga mangsa MH370 semalam. Ini kerana sebelum mereka buat lawatan, apa-apa yang kita baca daripada internet, daripada surat khabar adalah bahawa ahli-ahli keluarga mereka mengutuk kerajaan negara kita dan mengenai cara siasatan research and rescue yang telah dikendalikan yang amat tidak memuaskan. Kutukan mereka itu sehingga ia telah ada sedikit sebanyak memburukkan perhubungan negara kita dengan negara China.
Kita boleh baca dalam beberapa minggu lalu selepas perkara disaster MH370 itu berlaku. Komen-komen daripada website CNN, daripada TV stesen di China yang telah highlight kan bahawa negara kita tidak mengendalikan perkara itu dengan baik, dengan memuaskan sehinggakan ada di kalangan rakyat China, bahawa mereka hendak boikot produk negara kita. Boikot penyanyi-penyanyi negara kita dan juga ada seorang tennis champion di negara China iaitu Li Na bahawa dia tidak mahu menaiki MAS lagi.
Sentimen ini kalau kita tidak mengendalikannya, ia akan memburukkan perhubungan negara kita dengan negara China dan ia akan memudaratkan negara kita. Saya ingin tahu Kementerian Luar Negeri setakat ini, apa yang Kementerian Luar Negeri buat sehingga membiarkan sentimen ini membiak berleluasa? Bukankah kita ada seorang yang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting?
■1600
Apa yang beliau telah buat sehinggakan ada satu keperluan di mana NGO-NGO perlu membuat lawatan berusaha untuk menenangkan perhubungan yang tegang itu. Oleh itu saya rasa setakat ini Kementerian Luar Negeri...
Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau]: Tuan Pengerusi.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Hendak defend your bosskah?... Okey.
Seorang Ahli: Sudahlah!
Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau]: Sebenarnya Tuan Pengerusi, di dalam isu MH370, sekurang-kurangnya awal-awal lagi MCA sudah hantar anggota daripada Crisis Relief Squad untuk menjadi penterjemah dan untuk membantu. Sebenarnya sentimen di negara China disebabkan oleh kerana ada Red Bean Army yang sebarkan khabar angin yang tidak betul yang seolah-olah ini isu politik dalam negeri. Ini yang menyebabkan sentimen orang Cina di situ. Jadi saya hendak tanya apakah yang pihak pembangkang sudah buat untuk membantu?
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ini apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Tebrau telah menunjukkan bahawa MCA telah menggagalkan kita. Kita boleh buat bandingan. MCA ada hantar wakil mereka pergi tetapi apa resultnya? Negatif. Negative image of our country. Itulah sebab MCA itu...
Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau]: Tuan Pengerusi...
DR.2.4.2014 78
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa yang kita sebut dalam bahasa Cina... [Bercakap dalam bahasa Cina]
Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau]: Tuan Pengerusi, imej negatif itu bukan disebabkan oleh MCA tetapi disebabkan oleh Red Bean Army.
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Bandar Kuching, duduk dulu, Yang Berhormat. Yang Berhormat Tebrau, duduk dulu. Duduk dulu, Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Kalau kita buat bandingan, kita...
Tuan Pengerusi: Duduk dulu, Yang Berhormat. Duduk dulu. Kalaupun kita bertegang leher dengan isu ini, masih juga fakta bahawa kita mencari MH370. Jadi jangan lagi menambahkan kekusutan. Berbahas dengan cara baik dan kalau ada respons pun dengan cara baik, sambutlah juga dengan cara baik. Sila, Yang Berhormat Bandar Kuching. Teruskan.
Seorang Ahli: Gulung sahajalah!
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tuan Pengerusi, apa yang saya sebut tadi bukan kita tidak mahu kata itu cari search and rescue MH370 tidak penting tetapi apa yang penting ialah priority. Akan tetapi kita mesti juga menjaga kesan buruk yang telah ditimbulkan daripada perkara peristiwa itu. Oleh itu, ini adalah tanggungjawab Kementerian Luar Negeri supaya perhubungan kita tidak menjadi buruk. Perhubungan kita dengan negara China tidak menjadi buruk dan sentimen anti-Malaysia itu mesti dikawal.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh minta penjelasan?
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Bukan biarkan dia merebak-rebak sahaja. Nanti sekejap, nanti sekejap. Walaupun MCA ada orang di sana tetapi apa yang mereka buat? Memburukkan perkara ini dan Duta Khas...
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat.
Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau]: Siapa yang memburukkan?
Tuan Pengerusi: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Tebrau, duduk. Yang Berhormat.
Datuk Koh Nai Kwong [Alor Gajah]: Saya minta Yang Berhormat tarik balik perkataan memburukkan itu. Apa yang DAP buat?
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Kinabatangan mahu campur lagi hal ini? Yang Berhormat sudah berdiri.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tarik apa?
Datuk Koh Nai Kwong [Alor Gajah]: Cakap sahaja. Mulut cakap sahaja.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, duduk dulu, Yang Berhormat. Duduk dulu, duduk dulu saya cakap. Duduk dulu. Pinda kepada hal lain. Mesej telah deliver. Sila.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Okey, saya ingin mengucapkan tahniah kepada NGO-NGO...
Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Yang Berhormat Bandar Kuching, boleh?
DR.2.4.2014 79
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...Seperti Malaysian Chinese of Commerce...
Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Yang Berhormat Bandar Kuching, bagilah peluang. Bagilah chance.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Malaysia-China Friendship Association.
Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Bandar Kuching, boleh?... [Dewan riuh]
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Selepas lawatan yang dibuat oleh mereka, kita...
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Hati punya busuk.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: ...Dalam surat khabar bahawa they are come down...
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Hati yang busuk, duduklah!
Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Yang Berhormat orang Cina juga. Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: They are more reasonable. Oleh itu, sekian, terima kasih.
Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Sekiranya orang Cina- takut?
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong elakkan perkara-perkara yang menambahkan lagi kekusutan perkara yang sudah ada. Saya faham setiap kita mempunyai pendapat masing-masing. Kalaupun umpamanya ada kumpulan-kumpulan tertentu, buatlah perundingan di luar. Adakan delegasi bersama dengan BNBBCkah, dengan pembangkang. Sama-sama tangani masalah. Sila. Selepas itu, Yang Berhormat Batu.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Bandar Kuching sengaja ambil political mileage dengan DAP.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa political mileage itu?
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Dia sengaja, Tuan Pengerusi.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa sengaja? Itu niat jahat. Ini niat jahat.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Ini tidak mengikut peraturan. Ini boleh dihadapkan ke Jawatankuasa. Tidak mengikut peraturan.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sudahlah, sudahlah Yang Berhormat sudahlah.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ini niat jahatlah.
Tuan Pengerusi: Sudahlah, sudahlah, sudahlah, sudahlah.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Okey, terima kasih.
Tuan Pengerusi: Sila Yang Berhormat di belakang sana.
4.06 ptg.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
DR.2.4.2014 80
Tuan Pengerusi: Kalau saya kasi sama Yang Berhormat Tebrau, suhu itu masih lagi. Beri cool down sikit baru saya panggil Yang Berhormat Tebrau nanti. Sila, Yang Berhormat.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Keluar meninggalkan Dewan] [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi: Tidak apa, tidak apa. Sila Yang Berhormat. Sila teruskan. Sila teruskan.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta berbahas maksud B.13 Kementerian Luar Negeri di bawah Butiran 030100, dan Butiran 030400. Baru-baru ini saya berpendapat semua rakyat Malaysia mengetahui tentang berita kes pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden iaitu Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal di mana penglibatan mereka hanyalah kalau kita amati bukanlah perkara yang sangat besar. Hanya sekadar memukul tangan anaknya yang tidak mengangkat waktu berdoa.
Anak mereka seramai empat orang iaitu Aishah berumur 14 tahun, Ammar berumur 12 tahun, Adam berumur sebelas tahun dan Arif berumur tujuh tahun yang mana lebih mengejutkan lagi kedua pasangan ini telah dipenjarakan di mana Shalwati dipenjarakan selama 14 bulan dan suaminya selama sepuluh bulan.
Namun demikian, saya merakamkan ucapan tahniah kepada Kementerian Luar Negeri. Sejak hari pertama penahanan, melalui Kedutaan Malaysia di Stockholm telah terlibat sepenuhnya menyediakan bantuan kepada pasangan tertuduh dan telah membantu kejayaan membawa pulang seramai empat orang anak mereka untuk menyambung pembelajaran di Malaysia. Ini disebabkan atas dasar hubungan baik di antara Malaysia dan Sweden dan semangat konvensyen mengenai hak kanak-kanak yang ditandatangani kedua-dua negara. Maka persetujuan tersebut telah kita capai.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pasangan ini telah pun dijatuhkan hukuman...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini Yang Berhormat merujuk kepada butiran berbagai-bagai halakah ini?
Tuan Pengerusi: Sila, sila Yang Berhormat.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Walaupun kedua-dua pasangan ini telah dijatuhkan hukuman tetapi melalui Kementerian Luar Negeri, apakah usaha boleh membantu kedua-dua pasangan ini kerana telah dijatuhkan hukuman.
Keduanya, adakah Kementerian Luar Negeri ataupun Wisma Putra memberi latihan, kursus, penerangan mengenai tatacara penjawat awam negara kita yang bertugas di luar negara. Saya melihat perkara ini perlu dititikberatkan, diberi perhatian, wajar dilaksanakan kerana mereka ini sebenarnya membawa satu identiti dan imej negara kepada negara luar melalui perkhidmatan mereka itu sendiri. Mohon penjelasan daripada pihak kementerian di dalam persoalan ini.
■1610
Tuan Yang di-Pertua, dalam soal MH370, kita melihat sebagaimana rakan-rakan kita membahaskan, kalau di sini banyak merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan, kepada
DR.2.4.2014 81
negara-negara yang membantu khususnya negara besar seperti Amerika Syarikat, kita puji Amerika Syarikat kerana membantu dalam usaha mencari MH370, tetapi dalam keadaan suasana ini, kita masih belum menemui jalan-jalan penemuan tersebut. Akan tetapi dalam soal ini sebenarnya kadang-kadang kita mengambil sikap dalam di Dewan ini untuk menyalahkan antara satu sama lain, sedangkan apakah usaha kita? Sedangkan kita masuk melalui Twitter ataupun melalui internet dan sebagainya, kita menghentam balik kerajaan.
Akan tetapi dalam Dewan ini kita memuji sesetengah pihak sahaja, tetapi peranan kita sebagaimana yang dimainkan oleh peranan oleh negara-negara besar seperti Amerika ini sendiri. Kita memuji Amerika mempunyai kelengkapan yang cukup canggih yang mungkin tidak boleh diadakan di dalam negara lain tetapi sampai sekarang, kita masih tidak temui. Kita berdoa supaya usaha ini dapat diteruskan melalui penglibatan Amerika itu sendiri, dari China itu sendiri dan beberapa negara itu sendiri.
Maka dalam usaha ini kita sebenarnya marilah seluruh rakyat Malaysia memastikan setiap doa, setiap yang kita tulis sama ada dalam Twitter ataupun dalam blog itu sendiri, kita pastikan untuk kita tidak mengeruhkan suasana perhubungan di antara negara. Ini sebenarnya harapannya. Bukan untuk menuding jari, memuji sana, mengutuk sana dan sebagainya. Lain dikata dalam Dewan, lain dikata di luar Dewan. Jadi, kita mengarahkan supaya kita semua bersatu padu untuk mendapat jalan yang cukup buntu ini.
Melalui Kementerian Luar Negeri, seharusnya dimainkan peranan untuk bertemu dengan wakil-wakil dari Amerika umpamanya untuk bertemu dengan Setiausaha Pertahanan, kalau boleh bertemu dengan Presiden sendiri untuk mendapat kepastian bagaimana kita untuk melaksanakan tugas-tugas seluruh negara...
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, ada Yang Berhormat di belakang. Sila.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: Terima kasih Yang Berhormat Lipis, terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam isu MH370 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis tadi, ia sudah menjadi tragedi kepada negara kita dan sepatutnya kita bersatu. Akan tetapi negara kita bukan sahaja menerima serangan dan pandangan serong dari luar negara, tetapi datang dari dalam negara ini sendiri. Sumber paling dekat dari dalam negara kerana adanya pihak-pihak yang tertentu yang mengambil kesempatan, maka sebab itu negara-negara luar yang mungkin mendapat pandangan ataupun maklumat yang kedua dan ketiga mengiakan kerana dalam negara ini sendiri yang mengesahkan atau mempersoalkan tindakan dan cara kerajaan menguruskan hal yang berkaitan dengan MH370 ini. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Lipis berkaitan dengan hal ini? Ini kerana adanya orang dalamlah, maka menyebabkan orang luar lebih memandang serong kepada kedudukan negara kita. Terima kasih.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelebu. Sebenarnya kita yang seharusnya memainkan peranan. Seluruh rakyat harus memainkan peranan sebenarnya. Tidak kira siapa, mesti memainkan peranan.
DR.2.4.2014 82
Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Yang Berhormat boleh?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Saya ingat saya hendak teruskan sebab tinggal sedikit lagi hendak habis. Nanti kita bagi peluang kepada Yang Berhormat Shah Alam, dia hendak bercakap. Ya Yang Berhormat Shah Alam?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Tidak, saya hendak habiskan sedikit lagi. Kena tanya Yang Berhormat Tuan Pengerusi? [Ketawa] Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jelebu yang mengatakan seluruh rakyat mesti memainkan peranan. Sebenarnya itu tanggungjawab kita, sebagai Ahli Dewan mestilah kita menceritakan tentang kebaikan. Kita mesti menceritakan bagaimana untuk memastikan pencarian ini tercapai? Ini sesetengahnya kita yang sebagai pemimpin yang memimpin sesetengah kawasan dan memimpin sesetengah kepartian, tetapi dalam Twitter kita sendiri kita membalun kerajaan bagaimana kekeruhan itu sudah pasti akan terlaksana. Saya mohon menyokong bajet...
Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Simpang Renggam, sedikit sahaja.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Dengan ini saya menyokong tambahan sebanyak RM28.1 juta bagi membiayai kos operasi Kementerian Luar Negeri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Itulah sebab jadi keruh fasal hendak minta laluan pun tidak beri.
4.15 ptg.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan dalam Maksud B.13, 030100. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian atas berjayanya mencapai satu persetujuan perjanjian komprehensif Bangsamoro yang dibantu dengan sumbangan usaha Kerajaan Malaysia yang telah memberi harapan sempadan negara kita di Selatan Philippine dan Sabah dapat mencapai pendamaian. Saya ingin ucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai dan semua yang telah menyumbang dalam proses ini. Pada masa yang sama, dalam perjanjian itu juga menyatakan untuk menguatkuasakan perjanjian komprehensif ini perlukan pemantauan antarabangsa.
Saya ingin dapat penjelasan dari kementerian, apa peranan Malaysia dan juga bukan sahaja kerajaan tetapi badan-badan bukan kerajaan, peranan mereka dalam pemantauan enforcement of the comprehensive peace agreement termasuk semasa pilihan raya yang akan diadakan untuk zon-zon autonomi yang akan diwujudkan dalam perjanjian ini.
Saya juga ingin ingatkan semula kementerian dan juga Kerajaan Malaysia bahawa sebenarnya ini bukan kali pertama kita telah berjaya untuk membantu mencapai satu perjanjian...
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Yang Berhormat Batu boleh?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Nanti saya habiskan dahulu. Perjanjian damai untuk kumpulan pemberontak Philippines Selatan. Pada tahun 1996, kita telah berjaya
DR.2.4.2014 83
untuk mendamaikan MNLF iaitu kumpulan Moro National Liberation Front Kini kita telah membantu MILF, tetapi kita juga ingin memastikan kegagalan yang pertama ini tidak diulang. Bagi saya- okey saya bagi.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih sahabat saya dari Batu kerana menimbulkan soal comprehensive agreement antara Kerajaan Filipina dengan Bangsamoro di Selatan Filipina. Saya kagum atas ucapan sahabat saya dari Batu yang mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai kita yang menerajui sehingga perjanjian komprehensif di antara MILF dengan Kerajaan Filipina ini yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya pun setuju dengan beliau. Akan tetapi apa yang dikatakan oleh beliau itu amat pelik sedikit sebab pada satu ketika Yang Berhormat Batu ini pernah menyatakan pencerobohan di Tanduo itu drama UMNO.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Belum sampai.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Jadi saya minta pendapat dan pendirian Yang Berhormat ini, betul atau tidak yang dikatakan apa yang berlaku di Tanduo pada suatu ketika itu drama.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Saya rasa Yang Berhormat Putatan tidak faham maksud saya.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Batu ini...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Saya belum sampai ke sana.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Yang betul-betul bersetuju dengan usaha Kerajaan Malaysia.
■1620
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Ini niat jahat kalau tidak percaya kepada ucapan saya. Saya ingin teruskan, terima kasih.
Salah satu masalah yang kita pernah hadapi ialah kalau kita hanya ada perjanjian, tetapi kita tidak teruskan usaha kita dengan perkara-perkara lain termasuk bantuan infrastruktur, bantuan memberi peluang-peluang pekerjaan dan peluang-peluang ekonomi ini dimajukan di Selatan Filipina, ia tidak menyelesaikan segala masalah. Jadi bagi saya dan juga saya percaya kerajaan setuju ialah dengan pencapaian pendamaian ini, kita harus mengeratkan hubungan ekonomi di kalangan kedua-dua pihak.
Dari itu, saya hanya ingin ingatkan satu perkara yang pernah wujud melibatkan kontroversi di antara Malaysia dan Filipina iaitu kes Amalilio. Kalau kita ingin kembali untuk memberi keyakinan kepada business di Selatan Filipina dan juga Kerajaan Filipina bahawa kita akan bekerjasama dalam isu hubungan ekonomi ini, saya ingin dapat tahu apa pendirian kementerian kerana Filipina telah secara rasmi menuntut supaya Amalilio, seorang businessman dikatakan Malaysia memegang satu pasport palsu yang telah dipenjarakan di Malaysia melibatkan satu kes penipuan di Filipina dan menunggu untuk dibicarakan.
DR.2.4.2014 84
Beratus ribu pelabur tunggu justice dan tunggu untuk mendapat balik wang yang mereka laburkan. Saya ingin dapat penjelasan atas isu ini kerana dia ada implikasi jangka panjang untuk kerjasama ekonomi di antara Filipina dan Kerajaan Malaysia. Dengan itu, saya juga harap kita dalam kementerian mengambil satu langkah yang lebih tegas dalam isu pasport ini sebab isu Amalilio itu juga melibatkan pasport palsu. Seolah-olah Malaysia ini, dengan sempadan ini, kita tidak dapat mengawal dengan baik pasport itu.
Ini sedikit sebanyak juga melibatkan sempadan kita. Kalau Amalilio masuk ke Malaysia, dia boleh gunakan pasport palsu, dia ditangkap dengan pasport palsu, dan ini mirip dengan apa yang berlaku dalam MH370 di mana kita kata mereka masuk dengan pasport palsu yang dibawa dari Itali dan Austria. Kalau itu betul, maksudnya seseorang itu ambil pasport palsu di Thailand, sudah tentu dia keluar dengan Pasport Iran. Dia masuk ke Malaysia, dia gunakan Pasport Austria dan Itali. Adakah kemungkinan, bolehkah atas usaha kementerian untuk check semula kalau dia keluar dari Thailand menggunakan Pasport Iran, bolehkah kita ada satu database untuk check semula. Bila dia masuk, sudah tentu dia kena pakai pasport yang sama untuk mengelakkan terrorist atau kumpulan yang cuba mendapat asylum, apa-apa tujuan yang bermotif jenayah ini boleh dielakkan.
So saya juga tidak tahulah apa sebenarnya berlaku, mungkin kementerian boleh check dengan pihak Thailand sama ada mereka keluar dan itu memang cuai. Kalau Thailand, mereka laporkan pasport Austria dan pasport Itali hilang tetapi dia masih boleh pakai pasport itu untuk keluar. Maksudnya kecuaian berlaku di pihak Thailand dan kita harus jelaskan dan untuk mengelakkan perkara yang sama berulang.
Dengan itu, saya juga ingin bawa balik kepada kawan kita dari Putatan. Kita telah membantu Filipina untuk menyelesaikan satu masalah yang besar tetapi keamanan di Sabah belum lagi terjamin. Ini kerana dalam rekod sejarah, kita telah beberapa kali dicerobohi oleh kumpulan-kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina. Mereka tidak semestinya datang daripada group politik yang berorganisasi dan mempunyai agenda yang tertentu, tetapi ia juga termasuk group Lahad Datu.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Boleh? Boleh?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Kita tidak tahu apa agenda politik mereka dan ia merupakan ancaman kepada kawan-kawan saya dari Putatan, Speaker Dewan kita kerana masyarakat Sabah tidak aman.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Yang Berhormat bersetuju bahawa tiada drama, yang ancaman itu memang wujud yang sebenarnya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Nanti, saya belum habis lagi. Drama itu, yang drama itu...
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Ia bukan dramalah. Yang Berhormat bersetujulah?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Ini floor saya, tolong. Untuk mengelakkan kerajaan nampaknya drama, haruslah apa yang dijanjikan kertas putih yang telah kita nanti-
DR.2.4.2014 85
nantikan. Sehingga hari ini, kalau kerajaan tidak ada kertas putih, macam-macam teori konspirasi berlaku macam MH370, macam Lahad Datu. Sampai hari ini kita masih ada conspiracy theory. Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Yang Berhormat, kalau...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Batu, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rasa dalam kes Lahad Datu itu seperti mana juga dengan kes MH370, banyak sangat benda yang tidak diberikan penjelasan yang segera dan tepat. Kalau tidak silap ingatan saya, apabila berlakunya kes Lahad Datu, pada awalnya telah pun dinyatakan oleh Menteri Pertahanan pada ketika itu yang juga masih lagi Menteri Pertahanan sekarang, bahawa orang-orang yang datang dari Sulu itu yang siap bersenjata adalah datang dengan tujuan yang baik dan dengan aman.
Oleh kerana itu daripada awal lagi, tidak ada satu tindakan untuk mengerahkan tentera-tentera kita untuk menghadapi lawatan mereka. Akan tetapi sebaliknya telah kemudiannya ataupun pada peringkat awalnya diutus hanya anggota polis yang tidak mempunyai senjata yang mampu untuk menangkis serangan itu. Inilah di antara faktor-faktor yang menimbulkan bermacam-macam andaian kerana penafian yang telah dibuat, yang mengatakan mereka ini bukan pengganas, mereka ini datang dengan niat yang baik dan sebagainya.
Perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Batu tadi iaitu tentang soal Kertas Putih, sehingga hari ini masih lagi tidak dikemukakan. Maka, apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya tidak mahu merentasi sempadan untuk menyentuh Kementerian Pertahanan, tetapi nampaknya Kementerian Pertahanan ini lebih diplomatik daripada Kementerian Luar Negeri sebab Kementerian Pertahanan sentiasa menganggap sangka baik. Kalau orang datang itu, kita sangka dia datang dengan damai. Kalau ada pesawat yang kita tidak kenal, kita anggap dia friendly flight. Kita tidak akan ambil apa-apa tindakan. Jadi, I think peranan kedua-dua ini harus direversekan.
So saya hendak teruskan sebab selagi kita tidak jelas, kita tidak ada siasatan baik pun Royal Commission,White Paper, atau isu MH370, Lahad Datu yang melibatkan kepentingan luar negeri yang akhirnya, yang akan menghadapi pelbagai risiko dan juga pelbagai kutukan, kritikan itu adalah Kementerian Luar Negeri yang embassy staff di Beijing. Kita harus bersimpati kerana mungkin keselamatan mereka diancam. Ketika ketegangan di Lahad Datu, saya tahu kedutaan kita di Manila tension kerana mereka menghadapi pelbagai ancaman.
Itulah sebab saya anggap apa yang kita lakukan di dalam negeri kita ada implikasinya terhadap prestasi dan imej antarabangsa. Itu tidak boleh dilakukan oleh Kementerian Luar Negeri sahaja, it cannot stand alone, dia harus dibantu oleh kementerian-kementerian yang lain. Itulah sebab saya juga ingin complimentlah usaha kementerian kita dengan keadaan yang serba kekurangan, mereka tidak ada fakta, mereka tidak ada bantuan daripada pihak-pihak yang lain, mereka terpaksa melakukan sesuatu yang agak impossible untuk defend kita punya national
DR.2.4.2014 86
standing. Itulah sebab ini bukan tujuan untuk kebencian, tetapi untuk kerajaan secara keseluruhannya. Saya ingin akhiri...
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Yang Berhormat Batu, lagi sekali.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yang Berhormat Putatan, sangat urgent.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Sebab saya tidak mahu panjangkan lagi, saya hendak last point, landinglah. Sudah landing.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Sekejap.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Okey, Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Batu. Saya memang terperanjatlah hujah-hujah Yang Berhormat Batu hari ini, mungkin ada udang di sebalik batu. Ya, mungkin dia bertanding Timbalan Presiden parti dia. Dia bagus sekali hari ini. Tahniahlah. Saya dengar hujah Yang Berhormat ini kita mesti bersatu padu menghadapi tragedi dengan MH370...
■1630
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: I tidak cakap itu.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Akan tetapi kalau uar-uar waktu Pilihan Raya Kecil Kajang itu macam seolah-olah menggasak kerajaan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Straight to your point.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Kalau tidak ada PKR mungkin kita aman. Jadi...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Sekarang kita tidak wujud tentang parti.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Saya haraplah teruskan hujah baik tentang kerajaan...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Apa soalan?
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: ...Dan sokong kepada kerajaan. Kita bersatu padu, satu negara, satu bangsa yang menghadapi tragedi seperti ini.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Tidak, saya tidak sebut negara ini. Okey, okey.
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Saya suka mendengar hujah.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yang Berhormat Putatan tidak ada point. Boleh saya teruskan Tuan Pengerusi?
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [Putatan]: Jangan buat satu tohmahan yang tidak tentu dengan pihak berkuasa kita ini.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Saya ingin teruskan. Saya hendak habiskan.
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat. Cuba duduk sebentar. Yang Berhormat Batu, duduk dahulu Yang Berhormat Batu. Cuma saya sekarang ini, saya cuma mahu dilihat
DR.2.4.2014 87
sebagai Speaker yang baik, penyabar, sudah matang. Kalau bukan kita berubah, siapa lagi. Itu sebab saya biarkan. Begitu. Bukan bermakna saya tidak tegur, semuanya berjalan dengan baik.
Jadi, perkara-perkara yang sudah disentuh mengenai dengan hal Tanduo, sudah pun masuk mahkamah, keluar mahkamah, segala muka front page surat khabar semua sudah kita baca. Jangan sentuh. Perkara-perkara yang agak-agak menghabiskan masa kita, janganlah sentuh. Sila Yang Berhormat Batu. Perkara-perkara yang tidak perlu sinis, janganlah sinis. Begitu. Jadi, kalau dia disambut sinis dengan sinis, lama-lama bertegang leher. Adoi, sila Yang Berhormat Batu teruskan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin teruskan sedikit sahaja. Cuma ini dalam tajuk yang sama. Saya hendak jelaskan. Saya tidak kata kita bersatu semua ini. Saya hendak tegaskan ini pendirian kita konsisten. Bila kita kritik, kritik itu untuk kebaikan. Bila kerajaan lakukan sesuatu yang selaras dengan objektif kita, kita harus bagi sokongan dan puji. So, akhir sekali saya ingin dalam tajuk yang sama iaitu politik dan keselamatan pelbagai dan perlucutan senjata.
Kita sedar dalam semua peristiwa ini, hari ini kita tidak lagi hidup dalam dunia kita sendirian. Kita bukan boleh memulaukan diri tanpa kerjasama dengan masyarakat antarabangsa. Apa isu pun, baik pun isu pesawat kita terpaksa bergantung juga kerjasama lain. Itulah sebabnya saya ingin tekankan sekali lagi, Malaysia harus mempercepatkan untuk menandatangani pelbagai perjanjian supaya kita boleh live up to the world standard, baik pun perjanjian perdagangan atau tidak. Itu isu yang saya ingin sentuh.
Akhirnya ialah apa terjadi dengan Roman status yang kita telah beri komitmen untuk menerima dan kita dikunjungi sebanyak dua kali oleh Ketua Hakim International Court of Justice dan juga International Tribunal of Criminal Court yang berpangkalan di The Hague. Saya ingin dapat tahu statusnya, bila kita akan rectify perjanjian ini. Ini sangat penting kerana kalau kita hendak capai objektif untuk perlucutan senjata, kita telah berusaha di Selatan Filipina. Kita tengah dan mungkin melibatkan diri dalam Selatan Thailand. Sekarang Myanmar ada tuntutan dan kita juga prihatin atas pelanggaran hak asasi manusia di Mesir. Kalau kita sendiri yang memainkan peranan tetapi tidak sain atau tandatangan perjanjian Roman Status ini, itu nampaknya tidak konsisten. Sekian, terima kasih. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi: Sila.
4.35 ptg.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja, hanya menuju kepada tajuk kepada Maksud B.13 iaitu Butiran 030100 – Politik dan Keselamatan Pelbagai dan Perlucutan Senjata. Butiran 030400 – Hal Ehwal Islam Pelbagai Hala.
Sebelum ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kerajaan dan Kementerian Luar Negeri di bawah kepimpinan gandingan hebat di antara Menteri dan Timbalan Menteri yang telah menunjukkan bahawa Malaysia sebenarnya telah mempamerkan bukan
DR.2.4.2014 88
sahaja kita dapat mengekalkan diplomatik yang baik dan mengamalkan prinsip rundingan dan keterbukaan dan yang penting sekali kita sentiasa mengambil prinsip yang mahu melihat supaya negara terus aman dan makmur. Terutamanya kita dapat bekerjasama dalam semua bidang iaitu bidang ekonomi dan bidang sosial.
Saya ingin sebut di sini pertamanya, tentang Perkara 030100 – Politik dan Keselamatan Pelbagai dan Perlucutan Senjata dengan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai pelopor kepada perjanjian damai di antara MILF dan juga Kerajaan Filipina. Akan tetapi soalan saya, setakat manakah kejayaan kita pada ketika ini dalam menempatkan pelarian-pelarian Filipina yang sekarang berada di tanah air kita.
Keduanya, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang cukup hebat. Bukan sahaja kita mahu melihat supaya negara terus aman, bahkan kita dapat menjalinkan hubungan dengan cukup rapat di antara negara-negara sahabat. Contohnya, apabila pertikaian di antara negara kita dengan Vietnam untuk tuntutan bertindih. Berkat kerana hubungan dan juga rundingan, kita dapat menyelesaikan dan kedua-duanya mendapat win-win. Begitu juga dengan Kerajaan Brunei Darussalam.
Jadi, saya hendak lihat dan tanya pada pihak kerajaan, setakat manakah sebenarnya peranan Malaysia ketika ini dalam memastikan penyelesaian tuntutan bertindih di Spratly Island di antara banyak negara pada ketika ini. Bukan sahaja di Filipina, Brunei, Thailand, Vietnam dan juga negara China. Perkara ini penting kerana kita mahu melihat supaya Selat Melaka dan juga kawasan sekeliling negara kita akan terus aman dan makmur tanpa apa-apa yang menggugat kita.
Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 030400 – Hal Ehwal Islam Pelbagai Hala. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, setakat manakah sebenarnya tuntutan COMANGO di peringkat antarabangsa sebenarnya menggugat keamanan negara. Kita mahu melihat supaya mesti ada campur tangan kerajaan bagi memastikan kumpulan yang tidak berdaftar ini, COMANGO yang membuat tuntutan yang boleh sebenarnya menyebabkan keamanan kita terjejas. Jadi, kita mahu melihat supaya kumpulan ini dinyahkan. Bukan sahaja mereka tidak berdaftar, tuntutan mereka sebenarnya tidak ada asas langsung dan boleh merosakkan bukan sahaja akidah, bahkan keselamatan negara secara keseluruhannya.
Keduanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kementerian Yang Berhormat Menteri yang telah menunjukkan ketokohannya. Bukan sahaja campur tangan tetapi menunjukkan cara persahabatan yang cukup baik dengan semua negara. Bahkan, apabila terjadi kes suami isteri di Sweden, kita nampak betul-betul memberikan bantuan yang cukup hebat sekali.
Terakhirnya, saya mahu mencadangkan supaya objektif Dasar Luar Negara kita sentiasa diberi penekanan iaitu kita mestilah mengekalkan hubungan harmoni dengan semua negara tanpa mengambil kira ideologi dan juga sistem politik. Keduanya, kita mengambil pendirian bebas, berkecuali dan berprinsip dalam hal ehwal politik serantau dan antarabangsa. Ketiganya,
DR.2.4.2014 89
menjalinkan hubungan erat dan perkongsian ekonomi dengan semua negara, terutamanya negara ASEAN dan negara serantau.
Jadi Tuan Pengerusi, kita juga berasa bangga kerana semua peranan yang telah dimainkan oleh kerajaan kerana berkat rundingan dan persahabatan kita. Contoh yang paling terbaik apabila kejadian Highland Towers, di mana kita dapat lihat negara-negara sahabat memberikan bantuan. Dan yang terkini sekali dalam kita menghadapi tragedi kehilangan MH370, di mana 26 buah negara bersatu padu dengan aset ketenteraan yang begitu hebat sekali. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri...
■1640
Dato' Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jasin.
Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat sebutkan tadi mengenai negara kita yang telah memainkan peranan di peringkat antarabangsa. Banyak isu yang berlaku di luar negara telah dapat kita beri sumbangan.
Saya hendak tanya Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat boleh setuju sekiranya apa yang berlaku di negara Egypt sekarang ini di mana kerajaan yang diperintah oleh kerajaan tentera telah menjatuhkan hukuman ke atas 529 orang pemimpin pertubuhan dan juga parti politik di sana dihukum dengan hukuman gantung, adakah Yang Berhormat beranggapan negara kita juga perlu lead perkara ini kerana kita sebagai bekas pemimpin OIC dan mempunyai kepimpinan Islam yang besar. Jadi, adakah Yang Berhormat berpandangan Kementerian Luar Negeri perlu memainkan peranan dalam isu yang amat serius ini? Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Bagi saya secara peribadi, memang kita mengutuk perbuatan tersebut. Akan tetapi di atas prinsip persahabatan dan prinsip berkecuali dan prinsip kita tidak mahu mencampuri hal ehwal politik negara... [Dewan riuh] Inilah dasar pembangkang.
Tuan Pengerusi, apa pun, saya berbalik kepada apa yang terjadi dengan tragedi MH370 ini. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Kejadian ini sebenarnya adalah satu kejadian yang cukup menyedihkan sekali. Kesan daripadanya, apakah hubungan diplomatik dengan negara-negara luar khususnya negara China pada ketika ini yang banyak digembar-gemburkan oleh macam-macam golongan yang tidak bertanggungjawab ini. Perkara ini mungkin bukan sahaja tohmahan yang liar daripada media-media asing tetapi juga daripada Twitter. Kita hendak lihat kalau boleh hubungan baik kita ini dapat terus kita perkukuhkan. Kita mahu kalau boleh perkara ini dapat kita berikan pencerahan kepada semua peringkat supaya tidak ada rasa tidak puas hati. Kita yakin bahawa kerajaan kita pada ketika ini mengambil tindakan yang paling terbaik sekali.
Apa yang jelas, dengan kejadian ini, kita dapat lihat rakyat Malaysia terus bersatu memberikan sokongan kepada kerajaan yang telah berusaha dengan begitu gigih sekali. Dan yang paling utama sekali, usaha kita dalam menarik pertolongan dan bantuan daripada negara luar yang cukup hebat pada ketika ini.
DR.2.4.2014 90
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Ramai lagi yang mahu turut bahas? Tiga orang sahaja? Okey, yang sebelah kalau tidak ada, jadi bermakna kita limit. Empat ya? Singkatkan. Sebelum saya memanggil Ahli Yang Berhormat seterusnya yang ingin berbahas, sebelum saya lupa, saya ingin membuat pengumuman sedikit. Duduk dahulu Ahli Yang Berhormat.
Ahli Yang Berhormat, sudah menjadi budaya Parlimen Malaysia ini iaitu kita merupakan ahli yang cukup aktif dalam dua persatuan Parlimen. Satu, IPU dan satu lagi, CPA. Jadi, sebentar tadi, sewaktu tengah hari, kita mengadakan mesyuarat tahunan kedua-dua persatuan yang kita melibatkan diri itu. Sudah juga menjadi amalan kita bahawa pemegang-pemegang jawatan yang kita pilih, kita mesti umumkan dalam persidangan seperti ini.
Jadi, atas sebab itu, sukacita saya mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen yang terpilih dalam dua persatuan ini iaitu bagi Ahli Jawatankuasa CPA Cawangan Malaysia, pada hari ini, Rabu 2 April, apabila kita membuat pemilihan, nama-nama ini telah terpilih untuk menganggotai Jawatankuasa CPA Cawangan Malaysia iaitu:
(i) Yang Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal;
(ii) Yang Berhormat Datuk Haji Fadillah bin Yusof;
(iii) Yang Berhormat Datuk Seri Ronald Kiandee;
(iv) Yang Berhormat Senator Dato’ Doris Sophia Brodi;
(v) Yang Berhormat Fong Kui Lun;
(vi) Yang Berhormat Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin; dan
(vii) Yang Berhormat Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli.
Bagi mereka yang terpilih dalam Jawatankuasa IPU, nama-nama adalah seperti berikut:
(i) Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz;
(ii) Yang Berhormat Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah;
(iii) Yang Berhormat Puah Hajah Nancy binti Shukri;
(iv) Yang Berhormat Datuk Seri Ronald Kiandee;
(v) Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohd. Sadique;
(vi) Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong; dan
(vii) Yang Berhormat Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Kluang.
4.45 ptg.
Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Maksud B.13 Butiran 030100 dan Butiran 030400.
Pertama sekali saya hendak bincang tentang isu pendirian Kementerian Luar terutamanya tentang prinsip. Apa prinsip yang kita pegang? Tadi ada disebutkan prinsip kita prinsip non intervention atau tidak campur tangan. Kita baca dalam jawapan-jawapan Parlimen oleh kementerian, biasanya ini adalah sebab-sebab atau alasan yang diberikan kepada Ahli
DR.2.4.2014 91
Parlimen apabila kerajaan tidak ingin atau tidak sanggup mengambil pendirian ke atas isu-isu penting antarabangsa.
Akan tetapi saya ingat tahun 90-an apabila Myanmar dimasukkan dalam ASEAN, saya masih ingat Perdana Menteri masa itu Tun Dr. Mahathir dan juga Timbalan Perdana Menteri masa itu Yang Berhormat Permatang Pauh gunakan konsep constructive engagement. Walaupun konsep atau prinsip constructive engagement itu tidak semestinya disetujui oleh pihak NGO ataupun pihak pembangkang tetapi constructive engagement yang disebutkan pada tahun 90-an itu memang one step further atau satu pembaikan konsep non intervention.
Saya agak hairan, hampir 15 tahun atau lebih daripada 15 tahun selepas prinsip-prinsip itu diguna pakai dalam bahasa kita di Malaysia dan juga dalam vocabulary kementerian dan Wisma Putra ini tidak digunakan lagi. Kita balik ke era di mana non intervention diguna sebagai satu alasan kita tidak ambil pendirian. Saya tidak minta Kementerian Luar untuk ambil tindakan, hanya kita ambil pendirian sahaja terhadap isu Rohingya, terhadap isu Mesir, terhadap isu-isu lain yang berlaku di luar negeri. So, saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa prinsip yang kita pegang dan adakah kementerian bersedia untuk revisit prinsip constructive engagement?
Isu kedua ialah saya minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan perhubungan di antara JPM dengan Wisma Putra dan pembahagian kerja, division of labor di antara JPM dengan Wisma Putra terhadap isu-isu antarabangsa. Saya dimaklumkan bahawa buat setakat ini, hubungan di antara Malaysia dengan negara China dikendalikan oleh JPM dan bukan oleh Wisma Putra. Saya minta penjelasan dan kalau salah, beritahu bahawa this is not the case. Ini makluman yang diberikan kepada saya di mana Wisma Putra no longer deals with China policy dan ini dikendalikan oleh JPM.
Saya juga hendak tanya pelantikan selepas ini kita sudah saksikan dalam pelbagai pelantikan seperti pelantikan duta khas Perdana Menteri yang biasanya tidak dilakukan sebagai satu kelaziman. Kalau duta khas memang duta khas tetapi sekarang ini terlalu ramai duta khas. Kita ada empat duta khas Perdana Menteri ke negara China, ke India, ke East Asia dan juga Duta Khas ke US. Saya hendak minta pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan pelantikan bekas ahli politik sebagai duta baru ke Amerika Syarikat baru-baru ini, adakah duta khas yang sedia ada iaitu Yang Berhormat Rompin masih diperlukan?
■1650
Selepas pelantikan Datuk Dr. Awang Adek sebagai Duta yang baru ke Amerika Syarikat, adakah Yang Berhormat Rompin, Duta Khas ke Amerika Syarikat masih diperlukan? Saya rasa ia tidak diperlukan selepas seorang bekas ahli politik dilantik sebagai Duta ke Amerika Syarikat. Kalau boleh saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri berikan senarai berapa bekas ahli politik ataupun ahli politik yang sedia ada yang masih aktif dalam politik telah dilantik sebagai duta? That means duta yang ke luar negeri dan bukannya Duta Khas. Selain daripada Duta Khas, berapa orang bekas ahli politik telah dilantik sebagai duta ke luar negeri?
DR.2.4.2014 92
Saya juga kalau boleh minta Yang Berhormat Timbalan Menteri sentuh tentang isu hubungan Malaysia dengan negara China terutamanya sambutan ulang tahun 40 tahun hubungan negara Malaysia dengan negara China pada 31 Mei? Adakah sambutan tersebut akan ada kesan MH370 terhadap sambutan itu dan apakah respond kementerian kalau Perdana Menteri lawat ke negara China pada 31 Mei? Apa persediaan supaya kita boleh mengelakkan embarrassment ataupun apa-apa kejadian?
Tuan Pengerusi, saya juga minta kementerian kalau boleh mengambil perhatian keperluan peranan Ahli Parlimen dalam isu antarabangsa. Di merata tempat di Parlimen-Parlimen lain, Parlimen atau Kongres diberikan peranan dalam isu antarabangsa. Ada Foreign Affairs Committee, ada pelbagai hubungan di antara Parlimen dengan Parlimen dan juga peranan Ahli Parlimen dalam isu antarabangsa dan ini tidak diamalkan di sini. Saya harap kita boleh Tuan Pengerusi dan juga Kementerian Luar Negeri, kita boleh cuba melibatkan Ahli Parlimen lebih banyak dalam isu antarabangsa.
Saya ada satu cadangan untuk Tuan Pengerusi dan juga Kementerian Luar Negeri apabila Presiden Amerika Syarikat datang ke Malaysia, dengan amalan parlimen-parlimen lain kalau dignitary penting datang ke negara itu, mereka akan dijemput untuk berucap dalam Parlimen sebagai pelawat ataupun jemputan khas. Mungkin ini kita boleh mula dengan lawatan Presiden Amerika Syarikat pada 25 April dan saya harap cadangan ini boleh dipertimbangkan.
Akhirnya saya minta perhatian kementerian iaitu terhadap warganegara yang dijatuhkan hukuman mati di negara lain. Saya telah tanya soalan dan soalan itu dijawab oleh kementerian berkenaan dengan seorang rakyat Malaysia bernama Cheong Chun Yin yang sekarang ini di Penjara Singapura. Kementerian sudah beri jawapan tetapi saya minta kementerian untuk ambil one step further, itu sebelum Cheong Chun Yin dua-dua kes melibatkan Umi Azlim Mohamad Lazim pada 2008 dan Yong vui Kong pada 2010. Kementerian Luar Negeri telah mengeluarkan surat dan menghantar surat kepada negara-negara berkenaan untuk Umi Azlim itu negara China dan untuk Yong Vui Kong negara Singapura.
Dalam kedua-dua kes ini Kementerian Luar Negeri mengeluarkan surat dan meminta kerajaan-kerajaan tersebut mengambil tindakan. Akan tetapi dalam kes Cheong Chun Yin Kementerian Luar Negeri hanya hantar duta untuk melawat Cheong Chun Yin tanpa menghantar surat yang meminta bantuan dari Kerajaan Singapura dan saya harap kementerian boleh ambil tindakan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi: Sila, Yang Berhormat Pasir Puteh.
4.54 ptg.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Membaca sepotong doa]
Saya ambil ringkas sahaja kerana waktu sudah lanjut. Ada dua perkara yang saya ingin sebut. Pertamanya MH370, setelah kita banyak mendengar dan banyak yang kita lihat dalam berita, dalam Facebook, dalam internet dan sebagainya.
DR.2.4.2014 93
Bagi saya maklumat yang terbaik adalah pihak kerajaan. Terima kasih, ini kerana kita diminta oleh Allah SWT sendiri kerana banyak sangat berita-berita maka kita kena tanya kepada orang yang paling bertanggungjawab untuk memberitahu kepada kita maklumat yang sebenarnya. Maka tanggungjawab ini adalah tanggungjawab kerajaan dan saya rasa itulah maklumat yang saya pegang.
Tentang MH370, saya rasa bagi firasat saya sebab kepada kejadian itu ialah technical error yang berlaku dalam aircraft itu sendiri. Ini hanya boleh dibuktikan hanya dengan terjumpanya black box itu. Maka tanggungjawab kita sekarang ini adalah untuk mencari black box atau kotak hitam itu dan kita doakan supaya terjumpa juga kotak itu dan masa kita agak singkat sebelum black box ini akan hilang dan mungkin tidak lagi dijumpai. Akhirnya kita akan sampai ke tahap yang mana kita tidak tahu apakah sebab kepada kejadian itu dan inilah di mana kuasa kita sebagai manusia, kita terpaksa bergantung kepada Allah SWT juga, kita serahkan kepada Allah.
Hidup dan mati ini adalah ketentuan Allah... [Berucap dalam bahasa Arab] Semua yang hidup ini akan mati, 200, 300 orang, 1,000, 2,000 orang, 5,000 orang mati biasa sahaja. Tiap-tiap hari berapa ribu orang, berjuta manusia yang mati tetapi kekosongan yang akan dirasai oleh keluarga yang terdekat dengan kematian yang mengejut yang tidak dijangka-jangka ini memanglah itu suatu yang kita perlu prihatin dan perlu memberi sokongan kepada mereka.
Banyak tumpuan ditujukan kepada pilot. Bagi kita pilot ini boleh dikatakan tidak mungkin pilot yang mukmin, pilot yang mahir, yang mempunyai kredibiliti dan testimonial yang begitu baik boleh melakukan kerja-kerja yang tidak betul ini. Jadi, sebab itu saya katakan bahawa technical error yang berlaku dalam pesawat ini adalah kemungkinan yang paling besar kepada kejatuhan pesawat itu dan ini bukan konspirasi daripada mana-mana. Banyak teori konspirasi yang ada dalam internet dan sebagainya dan dalam surat khabar maka itu adalah berita-berita dan anggapan yang tidak boleh dipakai.
Perkara yang kedua yang saya ingin bangkitkan ialah tentang apa yang berlaku di Mesir. Pertama sekali, apa yang berlaku di Mesir ialah urutan daripada rampasan kuasa tentera dan ini adalah sesuatu yang tabii, sesuatu yang biasa di dalam mana-mana negara yang dipimpin oleh tentera. Demokrasi itu akan diletakkan di tepi. Judiciary juga akan diletakkan di tepi, legislative juga akan diletakkan di tepi, yang betul-betul berkuasa ialah jeneral yang memerintah.
Maka itulah nasib orang Mesir, 80 juta manusia di sana, itulah nasib mereka. Mungkin itu adalah perundangan mereka sendiri. Mungkin kerana mereka tidak sepakat untuk menyokong demokrasi, mereka tidak sepakat. Mereka bersepakat untuk berpecah, untuk berbalah. Akhirnya yang berkuasa yang naik ialah diktator dan hanya diktator yang boleh memerintah mereka. Oleh sebab itulah sekarang ini rakyat Mesir boleh dikatakan menyerah, serahlah kepada Allah, serah kepada diktator itu untuk memerintah dan perintahlah segala-galanya. Bunuhlah seberapa ramai yang hendak dibunuh dan buatlah apa yang hendak dibuat. Inilah yang berlaku secara ringkaslah di negara Mesir.
DR.2.4.2014 94
Persoalannya adakah setelah kita melihat apa yang berlaku di sana, adakah kita hendak negara kita jadi macam itu? Maka oleh sebab itulah maka pengalaman yang berlaku di Mesir itu sepatutnya memberikan pengajaran kepada kita untuk kita memperkuatkan demokrasi. Untuk kita berikan kebebasan, untuk kita bersuara dan bertindak dalam lunas-lunas demokrasi yang baik.
■1700
Insya-Allah dengan itu kemakmuran dan keadilan itu akan ditegakkan di negara kita. Kita tidak ingin melihat apa yang berlaku kepada mahkamah dalam tempoh dua hari menghukum 500 orang lebih kepada hukuman bunuh, bukan hukum penjara disebabkan oleh di sana berlaku kematian dalam satu rusuhan, maka 500 orang akan dihukum bunuh oleh satu mahkamah, oleh Yang Arif. Oleh Yang Arif, bukan yang bodoh, yang macam biasa yang macam kita ini tetapi Yang Arif Hakim yang hebat. Bukan lekeh-lekeh orang tetapi dalam keadaan negara yang diperintah oleh tentera, itulah keadaannya. Jadi pendirian kita di Dewan ini saya rasa kita jelas. Hanya kita hendak bersuara ini kita kata itu negeri lain, undang-undang lain dan kita tak mahu campur-aduk dengan urusan negara lain.
Akan tetapi Allah SWT berfirman- Rasulullah bersabda bukan Allah, Rasulullah bersabda... [Bercakap dalam bahasa Arab] Sesiapa yang tak ambil hirau tentang urusan orang-orang Mukmin walau di mana mereka berada maka bukan di kalangan orang mukmin. Persoalan kita sekarang ini, adakah kita orang mukmin? Saya sebagai seorang mukmin mesti ambil berat dan semua Ahli Dewan di Dewan ini mesti mengambil berat dan inilah yang diberitahu. Tanya suara kita, kesepakatan kita, di mana kita apabila kita melihat kezaliman yang nyata di depan mata kita, apakah suara yang kita hendak keluarkan?
Apakah pendirian kita? Apa pendirian kita di sini? Paling tidak, kalaulah tak boleh buat apa-apa, bersuaralah di sini. Tiap-tiap orang bersuaralah tentang isu ini kerana ini memberi gambaran betapa kita tertaut dengan hubungan dengan saudara kita di tempat lain dan kita boleh menjawab kepada Allah SWT bahawa kita telah bersuara dan kita telah melakukan sesuatu untuk umat manusia ini dan lebih-lebih lagi kepada umat Islam itu sendiri.
Jadi oleh sebab itu, saya rasa kita kena buat satu pendirian yang tegas di dalam Parlimen kita ini mengutuk keputusan yang dilakukan oleh mahkamah tentera itu. Paling tidak di pihak kementerian kalau kita berbincang tentang Kementerian Luar, bagaimana kita telah bertindak maka itu mestilah dengan bijaksana. Hubungan baik sesama Islam sebuah negara Islam mestilah kita teruskan. Jangan pula kita bergaduh dengan dia, hendak putuskan hubungan diplomatik dan sebagainya. Itu suatu tindakan yang kita tidak sarankan. Kita hendak supaya dengan kebijaksanaan, dengan hubungan baik yang kita ada selama ini dengan Mesir dan ramai pelajar kita di Mesir dan ramai pegawai-pegawai kita di Mesir, cukup rapat dengan mereka di sana. Mungkin kita ada cara-cara lain yang kita boleh lakukan untuk menyampaikan keputusan kita di sini, pendirian kita di sini supaya mereka itu membuat keputusan-keputusan yang lebih bijak.
DR.2.4.2014 95
Jangan menjatuhkan maruah negara Islam. Jangan menjatuhkan maruah negara Islam dengan membuat keputusan-keputusan yang dikatakan oleh rata-rata keputusan orang-orang gila sahaja yang boleh membuat keputusan seperti itu. Tidak ada manusia yang waras, tidak ada mahkamah yang waras yang akan membuat keputusan seperti Mahkamah Tentera di Mesir itu.
Jadi inilah kebijaksanaan ini, saya hendak tahulah daripada pihak, saya hendak tahu apakah yang sudah kita buat dan apakah cara yang telah dilakukan oleh Kementerian Luar, hubungan baik kita ini untuk kita menyampaikan mesej kita dan seterusnya insya-Allah membolehkan mereka membuat keputusan yang lebih adil kepada rakyat mereka yang mukmin, yang Islam yang saya kenal sebab saya duduk di Mesir lama.
Saya kenal golongan Ikhwan Muslimin ini. Mereka bukan pengganas. Tiada seorang pun di kalangan mereka yang membunuh orang atau menyeru orang untuk membunuh sesiapa atau untuk mengangkat senjata untuk menjatuhkan kerajaan. Tidak pernah. Kita kenal dan semua kita kenal mereka ini. Akan tetapi yalah, macam mana? Kerajaan tentera, apabila mereka ini tentera, mereka ini zalim, maka itulah nasib umat Islam rata-rata kalaulah diperintah oleh tentera, maka umat Islamlah yang paling pertama yang akan kena seksa di negara itu. Sila.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Tuan Pengerusi, saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Pasir Puteh. Kita di dalam Dewan ini dan di negara kita ini, untuk membuat satu pendirian seperti yang disarankan oleh ramai supaya kita mengambil pendirian yang lebih keraslah berkaitan dengan apa yang telah berlaku di Mesir ini. Nampaknya kita agak terlalu berhati-hati seperti yang tadi dibangkitkan oleh rakan kita daripada Jasin. Kerana sikap kita berkecuali, tidak mahu campur dalam urusan negara-negara lain. Adakah ini berpunca kerana kita sendiri tidak mahu orang lain campur atau pun menegur apa-apa sahaja yang kita buat dalam negara ini walaupun tak betul?
Jadi adakah itu puncanya? Ini kerana kelihatannya seolah-olah bila kita tak mahu tegur orang walaupun blatantly wrong, dengan izin Tuan Pengerusi. Orang juga tidak patut, tidak boleh menegur kita dalam mana-mana perkara yang kita buat. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh?
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya rasa kita ini takut bayang-bayang. Sepatutnya kita tak boleh takut kerana kalau kita takut pun orang akan tegur juga. Amerika akan tegur kita, Britain akan tegur kita, negara jiran kita akan tegur kita. Semua akan tegur kita kalau nampak kita buat kesilapan itu.
Jadi kita tak perlu takut orang menegur kita dan kita berterima kasih kepada orang menegur kita. Terima kasih tetapi keputusan kita, kita tetap dengan pendirian kita atau keputusan kita, dengan hujah-hujah yang hebat yang kita ada yang cerdik pandai ramai, kita boleh beri sebab-sebab kenapa kita menjatuhkan hukuman. Misal kata, orang kata hukuman kepada Ketua Pembangkang itu adalah zalim dan pihak kerajaan boleh mengeluarkan hujah yang banyak mengatakan bahawa itu adalah keputusan yang tepat.
Bagi orang Islam, mudah sahaja dia kata, kalau hendak tuduh orang meliwat atau berzina, mesti ada empat saksi. Kalau tidak ada empat saksi, kita buang kes. Itu bagi orang
DR.2.4.2014 96
Islam, kita boleh jawab macam itu. Tidak ada masalah. Akan tetapi kenapa kerajaan buat macam ini? Ini kerana kita mengambil takzir dan sebagainya. Itu pandai-pandailah jawab. Kita tidak perlu takut dengan orang menegur kita apabila kita melakukan sesuatu yang betul, yang baik.
Jadi jangan bimbang. Saya rasa kita tidak perlu bimbang. Kerajaan kita tak perlu bimbang kerana kita di atas landasan yang saya rasa alhamdulillah, baik jika dibandingkan dengan Mesirlah. Landasan yang baik dan kita boleh menjawab. Hanya kita sekarang ini mestilah seperti orang lain juga. seperti orang lain juga menegur kalau orang buat salah, kita tegur kerana kita bertanggungjawab juga menegur. Ad-din an-nasihah- agama itu nasihat. Terima kasih. Silakan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Pengerusi, kerana Yang Berhormat Pasir Puteh sudah sebut ini. Sebenarnya kalau kita hendak kena hukum takzir, kita tak boleh hukum dia liwat, kita tak boleh takzir liwat, takzir zina dan sebagainya... [Dewan riuh]
Kalau maknanya, kalau kita hendak gunakan takzir, ia mesti atas pertuduhan yang lain dan semestinya tidak boleh kata, atas sebab hukuman takzir dia didapati salah liwat, tidak boleh. Pasal liwat mesti di bawah hudud dan begitu juga dengan zina. Hanya sekadar hendak mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Kota Tinggi.
Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: Itulah mungkin yang pembetulan kalau saya ada tersilap dan kerana manusia ini mesti ada silap. Mahkamah juga hakim pun mungkin tersilap. Oleh sebab itulah ada mahkamah-mahkamah urutan yang mana susulan yang tinggi lagi untuk memperbetulkan kalau ada kesilapan. Inilah yang kita harapkan yang akan berlaku di Mesir, insya-Allah, mereka ini akan dibebaskan dan tidak dijatuhkan hukuman yang dikatakan menggila itu. Ada soalan tadi. Sila.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Tuan Pengerusi boleh?
Tuan Pengerusi: Sila, sila.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh tadi bahawa kalau kerajaan di dalam landasan yang betul, terima kasih kerana beri pengiktirafan itu. Akan tetapi dalam teguran kita membuat teguran ini ada tertib. Kadang-kadang kita kata kita jangan bimbang orang tegur kita. Kita kalau berjiran pun, keluarga sendiri, kalau semua jiran tegur kita, adakah itu berlaku? Saya ingat, tak juga. Bila teguran berlaku mungkin ada. Akan tetapi yang pentingnya jangan kita pula bercerita yang bukan-bukan, yang minta ditanya pun soalan. Oleh itu bagi saya, teguran yang baik tetapi mesti ada tertib.
Keduanya, kalau kita hendak mengeluarkan sesuatu atau minta pandangan, kadang-kadang kita minta. Jadi atas sebab itu saya rasa pelaksanaan teguran ini sebenarnya adalah secara bertertib dan insya-Allah kalau itu diterima baik, saya yakin dan percaya perkara-perkara
DR.2.4.2014 97
yang baik juga dapat kita buat bersama. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Puteh? Terima kasih.
■1710
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: Saya sokong jadikan itu sebahagian daripada ucapan saya.
Saya minta pihak Kementerian Luar Negeri insya-Allah dengan kebijaksanaan yang ada membantu umat Islam yang tertindas di mana sahaja khususnya di Mesir. Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa keadaan di Mesir dengan keadaan yang sekarang ini keadaannya itu tidak akan membantu sangat selagi mana tentera memerintah istana dan mungkin suasana akan lebih berbahaya. Kita bimbang juga takut apa yang berlaku di Iraq, berlaku di Syria mungkin juga akan berlaku di Mesir.
Jadi kebimbangan ini membawa kita kepada satu lagi masalah iaitu pelajar-pelajar kita di Mesir. Baru-baru ini saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memulangkan ramai pelajar kita di bidang perubatan dan sebagainya kembali ke Malaysia tapi ramai juga yang kembali balik belajar di sana. Jadi kebimbangan ini saya rasa kita kena ambil kira dan kalau boleh untuk tahun-tahun ke hadapan ini, kita kurangkanlah penghantaran pelajar-pelajar kita dan kita jangan galakkan keluarga kita untuk menghantar anak-anak ke Mesir.
Ini mungkin satu tindakan kita secara indirect juga untuk mengajar kerajaan di Mesir itu bahawa kita tidak menyokong mereka dan kita tidak perlu menghantar anak-anak kita untuk belajar di sana atau rakyat kita untuk melancong di sana. Kita tidak galakkan mereka pergi ke Mesir lagi. Buat apa pergi ke Mesir dalam keadaan yang huru-hara diperintah oleh tentera dan kita bukan hendak berbaik-baik dengan kerajaan yang seperti ini. Jadi ini mungkin ini satu tindakan yang boleh dilakukan wallahualam, tolong fikirlah kebaikan, kalau ada kebaikannya. Kalau tidak ada kebaikan, jangan. Itulah sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: [Bangun]
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid [Lumut]: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Terima kasih, terima kasih.
Sebelum saya memanggil dua Ahli Yang Berhormat yang berdiri ini saya pun mahu buat teguran sedikit kalau itu yang kita persetujui tegur-menegur iaitu saya dapati bahawa satu isu kadang-kadang dibangkitkan oleh empat hingga lima orang wakil rakyat. Hal Rohingya dua tiga orang Wakil Rakyat yang bangkitkan, hal hukuman di Mesir ini dua tiga orang Ahli Yang Berhormat bangkitkan. Peraturan Mesyuarat 44, kalau ada hujah yang telah dihujahkan oleh Wakil Rakyat itu sendiri diulang-ulang tidak dibenarkan. Begitu juga hujah-hujah yang telah disebut oleh seorang Ahli Yang Berhormat tidak boleh juga disebut berulang-ulang.
Jadi atas sebab itu saya minta nanti apabila Yang Berhormat Menteri menjawab pada persoalan ini jangan jawapan itu diperincikan iaitu bagi perkara yang dikemukakan oleh seorang Yang Berhormat ada satu jawapan. Rangkum sahaja satu kali. Jadi pendek kerana isunya adalah
DR.2.4.2014 98
sama, cuma cara penyampaian itu sahaja berbeza. Sila Yang Berhormat Kapar. Jadi jangan lagi yang dibangkitkan itu bangkitkan balik kerana itu berulang-ulang. Sila.
5.13 ptg.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Selamat petang, vanekem dan salam reformasi. Terima kasih kerana memberi saya ruang untuk bahas Maksud B.13 Kementerian Luar Negeri. Secara perinciannya 030100 dan Butiran 030400. Butiran 030100 – Politik dan Keselamatan Pelbagai dan Pelucutan Senjata.
Menurut peruntukan yang telah diberikan peruntukan asal adalah RM220,900 manakala peruntukan tambahan adalah RM4,940,740. Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi ini adalah peningkatan sebanyak 2236%.
Persoalannya ialah mengapa ketika peruntukan anggaran asal tidak ada peruntukan yang secukupnya diminta. Adakah perancangan awal ini tidak dirancang secara teliti sebab ini bukan kenaikan yang sedikit. Ini adalah kenaikan saya ulang lagi sekali Tuan Pengerusi, 2236% kenaikan berbanding daripada anggaran asal dengan anggaran penambahan. So, ini mempersoalkan prinsip kepimpinan apabila mereka buat belanjawan meminta peruntukan kewangan dan sebagainya. Mengapa benda ini tidak dipandang dan selepas itu minta berkali-kali penambahan dan penambahannya bukan kecil. Penambahannya terlalu tinggi dan ini perlu dijawab mengapa peruntukan sebegitu banyak telah diminta. Saya juga ingin...
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, siapa yang jawab ini? Menteri Luar Negeri?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Ya.
Tuan Pengerusi: Tidakkah Menteri Luar Negeri jawab bagi pihak Menteri Kewangan yang sudah dijawab pada waktu peringkat dasar.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Akan tetapi yang diminta...
Tuan Pengerusi: Khusus sahaja kepada permohonan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Itu maksud Yang Berhormat?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Ya, betul itu maksud saya.
Tuan Pengerusi: Ada tambahan 2000% lebih.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Ya, ya betul. Terima kasih. Pada waktu yang sama saya juga ingin penjelasan mengenai tentang politik dan keselamatan pelbagai ini, bagaimana RM5 juta kalau dibulatkan ini dipergunakan. Itu persoalan saya Tuan Pengerusi.
Seterusnya juga sama soalan saya untuk bahagian kedua iaitu 030400 pun peningkatan sebanyak 772% daripada yang asal kepada yang meningkat dan bagaimana RM23 juta ini digunakan dan minta penjelasan bagaimana ia digunakan dalam bentuk hal ehwal Islam pelbagai hala. Itu yang saya tuntut penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi: Terima kasih, terima kasih. Sila. Yang Berhormat Menteri bersedia untuk menjawab setelah ini.
DR.2.4.2014 99
5.16 ptg.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid [Lumut]: Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 030100 – Politik dan Keselamatan Pelbagai dan Pelucutan Senjata. Saya ingin membawa isu berhubung Pulau Pisang yang dimiliki oleh Malaysia. Di Pulau Pisang terdapat sebuah rumah api tetapi dikendalikan oleh warga Singapura atau Kerajaan Singapura. Jadi soalan saya bilakah Kerajaan Malaysia untuk mengambil pendirian mengambil alih pengurusan pulau ini supaya tidak jadi sebagai yang berlaku di Pulau Batu Puteh. Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kita minta Kementerian Luar Negeri dapat memberi penjelasan. Terima kasih
Tuan Pengerusi: Sila Yang Berhormat Menteri.
5.17 ptg.
Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Hamzah bin Zainudin]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa isu berkenaan dengan Kementerian Luar Negeri ini. Saya bersetuju dengan Tuan Pengerusi bahawa sebenarnya walaupun ramai yang membangkitkan isu ini tetapi kebanyakannya adalah isu yang sama. Jadi saya hendak jelaskan satu persatu cuma saya tidak boleh hendak sebut siapa yang bangkitkan.
Contohnya isu yang pertama mengenai dengan hubungan diplomatik disebabkan tragedi MH370. Saya hendak jelaskan di sini bahawa oleh kerana hubungan kerajaan yang begitu rapat dan baik dengan banyak negara, akhirnya kita boleh mendapatkan pertolongan dan bantuan daripada 26 buah negara. Itu merupakan sesuatu yang sepatutnya kita semua di sini rasa bangga kerana bukannya mudah untuk koordinat dengan izin Tuan Pengerusi, bahawa untuk mendapatkan bantuan yang sebegitu besar daripada banyak negara dan akhirnya bantuan-bantuan ini dapat kita lihat bahawa mereka tetap daripada mula tragedi ini berlaku sehinggalah ke hari ini.
Berkenaan dengan hubungan kita dengan negara China. Saya hendak jelaskan di sini Tuan Pengerusi bahawa saya hendak ucapkan tahniah dan syabas kepada beberapa Ahli Yang Berhormat termasuklah daripada MCA yang telah berjaya sebenarnya daripada mula sehingga hari ini telah menghantar dan membantu kerajaan untuk melihat bahawa kebanyakan daripada keluarga yang menimpa kemalangan tersebut daripada negara China, mereka beri bantuan bukan hanya dalam negara kita tetapi ada juga di Beijing.
■1720
Oleh sebab itu saya hendak ucapkan tahniah dan syabas kepada kawan-kawan kita MCA [Tepuk] Walaupun ia tidak dapat diterima hakikat ini oleh pihak pembangkang tetapi yang sebenarnya, kebanyakan daripada apa yang kita peroleh setakat ini adalah kerana hubungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sendiri dengan beberapa negara-negara besar seperti Amerika, China, Australia dan banyak lagi negara-negara besar yang hari ini dapat
DR.2.4.2014 100
membantu dan melihat bahawa ini menunjuk dan membuktikan bahawa kepimpinan kita boleh untuk menjayakan apa saja masalah yang timbul dalam negara kita hari ini.
Ini Yang Berhormat Shah Alam saya sudah banyak kali. Tuan Pengerusi, saya tunggu sahaja tadi. Saya hendak tunggu supaya dia bangun dan dia minta apa saja yang dia hendak sampaikan, kita akan jawab. Akan tetapi tiap-tiap kali inilah cara dia. Akan tetapi kali ini tidak apa, saya bagi. Saya takut dia merajuk. Minggu lepas dia merajuk Tuan Pengerusi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sebenarnya jenis orang yang susah hendak merajuk [Ketawa] Hanya saya sebenarnya agak pelik, bagaimana Kerajaan Malaysia ini, bila 26 negara datang bantu, dia puji diri dia - masuk dalam bakul, angkat sendiri, kata 26 negara datang bantu. Hebatnya Malaysia. Sepatutnya, kita puji yang 26 negara itu. Merekalah yang datang untuk membantu kita dalam keadaan... [Dewan riuh]
Datuk Raime Unggi [Tenom]: Yang Berhormat Shah Alam tidak makan saman.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...Kita telah gagal. Dalam keadaan kita telah gagal untuk mengetahui dengan tepat di mana kapal terbang kita... [Dewan riuh] Kita telah gagal, an unprecedented failure...
Dato' Hamzah bin Zainudin: [Bangun]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Nanti Yang Berhormat Timbalan Menteri, biar saya jelaskan kegagalan kita.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Cukup, cukup.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...An unprecedented failure which is… [Dewan riuh]
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tuan Pengerusi, jangan buang masa. Yang Berhormat Timbalan Menteri jangan buang masa bagi orang macam ini.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Tuan Pengerusi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Inilah masalahnya, saya baru saja buka mukadimah...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Buang masa, cakap merapu. Cakap merapu dalam Parlimen.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Ini apa Yang Berhormat Baling ini.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Baliklah, malulah.
Tuan Pengerusi: Duduk dulu. Ahli Yang Berhormat...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Malulah PKR. Tidak malukah PKR ada calon macam ini? Kasi malu PKR.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Apa PKR, apa PKR?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya PAS.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Itu PAS. Apa malulah PKR?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dia tidak betul.
DR.2.4.2014 101
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Malu PKR.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Baling, duduk, duduk.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Yang Berhormat Baling duduk. Jangan melalut. Melalut saja kerja.
Tuan Pengerusi: Duduk Yang Berhormat, duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, dalam berbahas jangan lupa peraturan mesyuarat yang menjawab semua isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Menteri. Kalau ada Ahli Yang Berhormat yang berdiri, minta penjelasan, itu budi bicara Yang Berhormat Menteri sendiri, bukan saya. Jadi apabila dikasi penghormatan untuk ambil floor, janganlah penghormatan itu pula diputar belit menjadi kecoh... [Dewan riuh] Nanti dulu Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Pengerusi, saya tidak putar belit...
Tuan Pengerusi: Saya faham.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya hanya memberikan pandangan, bagaimana kesanggupan 26 negara untuk bantu kita, kita puji diri kita.
Tuan Pengerusi: Saya faham Yang Berhormat Shah Alam. Saya faham. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Tuan Pengerusi, tidak hendak nasihat Yang Berhormat Balingkah?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya minta, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, biar saya habiskan hujah saya Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Okey.
Tuan Pengerusi: Isu Yang Berhormat Baling, yang isu Yang Berhormat Baling sama Yang Berhormat Kapar itu cerita di luar. Isu Yang Berhormat Baling sama Yang Berhormat Kapar cerita di luar. Abang adik punya hal cerita luar.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dia kurang tiga ayat saja lagi.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Duduk, duduk, duduk. Tuan Pengerusi, saya sudah kata sudah tadi, ayat saya belum habis lagi pun dia sudah hendak bangun, hendak mencelah. Saya ingatkan hendak minta penjelasan. Rupanya hendak tokok tambah benda yang saya belum habis jawab. Inilah masalah Yang Berhormat Shah Alam. Saya hendak jelaskan Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi: Sila, sila.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Saya kata hubungan diplomatik yang baik ini atas dasar seorang pemimpin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri... [Dewan riuh] Hah! Tengok, tengok. Ini Tuan Pengerusi, saya hendak jelaskan dahulu. Bukannya mudah kerana ia melibatkan perbelanjaan yang besar. Apabila perbelanjaan yang besar dan kita minta bantuan dan mereka bantu, kita ucap terima kasih kepada mereka di atas kesanggupan mereka kerana dasar persahabatan yang baik [Tepuk]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dan lepas itu puji diri.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Saya tidak...
DR.2.4.2014 102
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kata hebatnya Malaysia, 26 negara datang bantu. Masya-Allah, hebatnya Malaysia.
Tuan Pengerusi: Tidak apalah, tidak apalah. Yang Berhormat Shah Alam, sudahlah Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Raime Unggi [Tenom]: Yang Berhormat Shah Alam puji diri sendiri. Yang Berhormat Shah Alam puji diri sendiri. Tidak makan saman.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Sepang, jangan campur lagi Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tidak ada. Tanya soalan.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Shah Alam. Tidak ada. Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Hendak tanya, hendak tanya.
Tuan Pengerusi: Tidak ada. Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Menteri, boleh tanya, boleh?
Dato' Hamzah bin Zainudin: Tuan Pengerusi...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya saja hendak tanya.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Saya... [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Belum cakap lagi sudah tahu.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Tuan Pengerusi.
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Hei mamak, duduklah.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Tuan Pengerusi, saya baru mula hendak menjawab apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Belum sempat saya hendak menjawab, mereka telah menunjukkan satu tabii biasa daripada dulu hingga sekarang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Menteri...
Dato' Hamzah bin Zainudin: Sepatutnya, sepatutnya dia tunggu, dia catat macam saya Tuan Pengerusi. Saya catat semua.
Tuan Pengerusi: Betul
Dato' Hamzah bin Zainudin: Sepatutnya mereka juga buat perkara yang sama. Apabila saya hendak habis isu itu, baru dia bangkit, Tuan Pengerusi, saya hendak minta penjelasan daripada jawapan yang saya berikan. Ini adalah satu pengajaran kepada Ahli-ahli pembangkang yang tidak reti bahasa duduk dalam Dewan ini... [Dewan riuh] Dia hendak bercakap tentang...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Menteri, hendak bodek pergi balik rumahlah.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Dia hendak bercakap tentang human rights...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Tuan Pengerusi, mana boleh cakap macam itu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Pengerusi, tidak boleh cakap macam itu Tuan Pengerusi.
DR.2.4.2014 103
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Itu tidak boleh itu. Mana boleh guna perbuatan begitu.
Tuan Khalid in Abd. Samad [Shah Alam]: Mana boleh cakap begitu... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Jarang-jarang saya pakai tukul ini Yang Berhormat. Kalau saya pakai ini tukul, bermakna seriuslah hal itu. Duduk Yang Berhormat Sepang, duduk.
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Yang Berhormat Menteri tidak dapat tawan kawasankah?
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Kapar.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi: Duduk. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, duduk Ahli Yang Berhormat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Tidak boleh bahasa macam itu Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi: Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, saya bukan apa, saya perhatikan tadi, saya dengar semua hujah. Saya perhatikan Yang Berhormat Menteri, dia duduk, betul. Dia mencoret. Dia pergi keluar sekejap tadi ke tandas, itu pun dia buat nota kepada saya. Tuan Pengerusi saya minta izin untuk keluar ke tandas sebentar. Jadi saya, kalaulah umpamanya dia dengar dengan baik, mahu jawab dengan baik, tidakkan permohonan untuk mahu jawab dengan baik, biar dia jawab. Saya rasa itu permohonan yang paling elok, saya tengok sesuai. Lagipun hak dia. Siapa dia kasi laluan, boleh, siapa tidak pun boleh.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Ya.
Tuan Pengerusi: Sila, tetapi janganlah laluan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Shah Alam, belum lagi saya habis bercakap Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sebenarnya saya hendak minta daripada Tuan Pengerusi, bolehkah menggunakan bahasa yang seperti itu.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Bahasa itu Tuan Pengerusi, bahasa itu. Mana boleh guna bahasa itu.
Tuan Pengerusi: Seperti apa?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Menteri ini Menteri Luar Negeri. Gunalah bahasa diplomatik.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sedangkan saya jawab apa Yang Berhormat Menteri cakap.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tidak ada diplomasi langsunglah. Ini diplomat apa tidak tahulah.
DR.2.4.2014 104
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Persoalan sekarang bahasa itu Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi: Sudahlah Yang Berhormat Shah Alam. Sudahlah Yang Berhormat Kapar. Sudahlah Yang Berhormat Sepang, sudahlah. Jangan lagi dipanjangkan. Sila Yang Berhormat ,sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Gunalah bahasa diplomatik.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Tuan Pengerusi, saya hendak teruskan.
Tuan Pengerusi: Sila Yang Berhormat Menteri, sila.
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Sepang, duduklah.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Tuan Pengerusi, saya hendak jelaskan...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Pengerusi, nanti kami mahu keluar tandas, mahu tulis memokah Tuan Pengerusi [Ketawa]
Tuan Pengerusi: Tidak. Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan, ini serius. Ini hal serius. Oleh kerana apabila dia keluar tadi tidak ada Menteri yang mendengar, dia boleh buat tanpa itu pun. Akan tetapi oleh kerana dia terlampau beradab. Apa yang sekarang kita bincangkan ini perkara-perkara yang beradab. Bukankah begitu Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, berbahas ini tidak semestinya kita sinis di antara satu sama lain. Kadang-kadang kesinisan kita itu, kita sendiri terkena. Saya mendengar sini Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya duduk di sini ini pun, sebelum Ahli Yang Berhormat berhujah saya sudah tahu apa dalam kepala. Saya tahu.
Sila Yang Berhormat Menteri. Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri sama ada memberi laluan atau tidak. Kalau juga ada mengganggu Yang Berhormat Menteri tanpa izin Yang Berhormat Menteri, saya pandai buatlah apa saya mahu buat. Sila.
■1730
Dato' Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bercakap dari segi isu human rights. Akan tetapi rights saya hendak bercakap pun mereka tidak bagi. Hendak cerita human rights pasal orang lain buat apa kalau rights Menteri sendiri hendak bercakap pun tidak dibenarkan, tidak faham-faham. Oleh sebab itu masalah ini ditimbulkan tiap-tiap kali. Contohnya, tentang isu yang dibangkitkan tentang Rohingya Tuan Pengerusi.
Saya telah banyak kali jelaskan dalam Dewan ini. Saya beritahu bahawa isu ini adalah satu isu di mana Malaysia berperanan, kita melalui OIC telah bawa isu ini dalam OIC, kita sudah bawa isu ini dalam ASEAN dan kita sudah bawa ke mesyuarat antarabangsa. Ini adalah merupakan satu-satunya isu di mana ia tidak terhenti begitu sahaja. Akan tetapi bukanlah bermakna apabila kita bawa sesuatu isu itu, ia akan dapat diselesaikan dalam waktu yang terdekat.
Kita kena terima hakikat bahawa ada negara yang merasakan seolah-olah mereka mempunyai hak untuk menentukan siapa yang boleh jadi rakyat dalam negaranya. Begitu juga dengan kita. Kita menerima semua rakyat dalam negara ini, tidak kira apa bangsa pun telah menjadi rakyat dalam negara kita dan kita tidak pun ditentang dan diminta oleh mana-mana pihak
DR.2.4.2014 105
untuk tidak melihat ini sebagai satu kerja yang baik dan tidak pun kita mahu dipuji oleh mana-mana pihak.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: [Bangun]
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Begitulah juga kalau di Myanmar, kalau mereka mahu melihat bahawa isu ini mereka mahu jelaskan sendiri, mahu mereka buat sendiri, kita hanya memberi bantuan secara experience yang selama mana kita ada. Bagaimana kita melantik dan menentukan bahawa rakyat yang ada hari ini menerima hakikat bahawa semuanya merupakan rakyat yang berbilang kaum dalam negara kita.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Menteri...
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Saya juga hendak jelaskan, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kluang, Tuan Pengerusi. Tentang...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Menteri, minta penjelasan boleh?
Beberapa Ahli: Duduklah.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: ...Constructive engagement. Apabila kita sebut dari segi prinsip constructive engagement, bermakna kita memberi bantuan bagaimana untuk mereka melihat cara mana hendak membuat bancian, cara mana hendak melihat sama ada boleh diberi atau pun tidak kerakyatan tersebut. Itu semua adalah cara-cara yang kita buat dan kita tidak menunjuk dan tidak bawa dalam mana-mana mesyuarat. Constructive engagement yang kita buat dahulu, kini dan selamanya. Itu adalah prinsip kita tetapi bukan bermakna untuk melanggar prinsip kita dari segi non interference dalam perundangan negara itu yang tercatat, yang kita semua sepatutnya menerima hakikat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Menteri...
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Tuan Pengerusi, saya hendak jelaskan juga tentang masalah yang dibangkitkan tentang...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Menteri, bagilah peluang. Menteri...
Dato’ Hamzah bin Zainudin: ...Beberapa isu seperti- Saya hendak jawab dahulu tentang Yang Berhormat Kapar kerana itu sebenarnya dan sepatutnya dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Isunya adalah tentang peruntukan. Peruntukan yang dikatakan 2,236% kenaikan harganya, kenaikan peruntukannya adalah merupakan seperti biasa kalau mana-mana kerajaan mahu melihat bahawa sesuatu cadangan, ketika itu kita bercadang.
Pada asalnya kita bercadang untuk menjadi candidate untuk bertanding di peringkat UNSC atau United Nations Security Council ataupun Ahli Majlis Keselamatan PBB yang ketika itu kita belum pasti. Jadi, kita hanya meletakkan satu harga yang rendah. Kemudian kita telah pun menerima keputusan daripada Kabinet untuk bertanding di peringkat itu. Maka, sebab itu kita memerlukan peruntukannya. Ini mana Yang Berhormat Kapar?
Seorang Ahli: Dia menyorok.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Anak muda Kapar di sini.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Oleh sebab itu kita naikkan perbelanjaannya pada tahun 2013, bermula pada bulan Oktober, kita hendak menggunakan kerana banyak kewangan ini
DR.2.4.2014 106
digunakan untuk melobi, untuk menentukan perancangan kita supaya dapat diterima kerana pengundiannya berlaku pada tahun ini, September ataupun bulan Oktober tahun ini.
Maka, sebab itu oleh kerana kita hendakkan kemenangan, kita bermula daripada awal pada bulan September atau Oktober tahun lepas. Oleh sebab itu peruntukan digunakan untuk tahun lepas dan tidak ada peruntukan asal daripada awal tahun. Maka, sebab itulah kita bawa dalam mesyuarat kali ini.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Menteri, sedikit.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Timbalan Menteri...
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Begitu juga dengan RM23 juta yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar. RM23 juta ini adalah kegunaannya, pertama kita guna RM6.35 juta bagi sumbangan tidak berjadual iaitu kepada Palestin dan Pembiayaan Pelan Strategik Pembangunan Sektor-sektor Penting di Al-Quds sebanyak RM6.35 juta. Sumbangan kepada Yayasan World Islamic Forum sempena penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia Kesembilan di London berjumlah RM16.8 juta. Kedua-duanya itu berjumlah RM23 juta.
Persoalannya baik tetapi niat untuk menunjukkan seolah-olah kepimpinan tidak reti hendak menjalankan, itu niat jahat. Sepatutnya soalan itu sudah jadi baik. Saya hendak ucapkan tahniah sepatutnya kepada Yang Berhormat Kapar tetapi oleh kerana cara untuk menyampaikan itu seolah-olah kepimpinan kita yang ada tidak tahu bagaimana hendak menentukan perbelanjaan bagi masa depan yang kita telah pun jalankan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Menteri...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Menteri...
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat... [Mengetuk tukul]
Yang Berhormat Menteri, duduk dahulu Yang Berhormat Menteri. Bantu saya Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Sepang bantu saya. “Peraturan Mesyuarat 37(1) - seseorang Ahli tidak boleh mengganggu Ahli yang sedang bercakap kecuali- (b) jika hendak meminta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh Ahli yang sedang bercakap itu dalam ucapannya, dengan syarat Ahli yang sedang bercakap itu mahu beralah dan duduk dan Ahli yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Tuan Pengerusi”
Menteri bercakap, kalau ada yang berdiri dia nampak. Kalau dia mahu kasi laluan, dia duduk, dia kasi laluan. Baru saya panggil siapa yang bercakap. Jadi, kalau Menteri berhujah di sana, selepas itu ada dua tiga Ahli yang cakap, “Menteri, Menteri, Menteri”, saya juga mahu bercakap.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Menteri tidak dengar.
Tuan Pengerusi: Tidak Ahli Yang Berhormat! Peraturan mesyuarat harus kita ikuti semua. Tolong, bila lagi kita mahu belajar Ahli-ahli Yang Berhormat? Control sedikit. Kadang-kadang kita harus telan apa yang dalam...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Pengerusi, Menteri lain bagi peluang. Menteri ini seorang tak nak beri peluang. Bagilah peluang.
DR.2.4.2014 107
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, boleh Yang Berhormat duduk? Duduk Ahli Yang Berhormat. Saya perhatikan tidak ada Menteri yang tidak kasi peluang. Saya perhatikan dekat enam tahun saya duduk di sini tetapi jangan apabila dikasi laluan, selepas itu timbul pula kekecohan. Apabila timbul kekecohan, saya sendiri yang kena ambil tindakan. Bolehkah kita berbahas tanpa menimbulkan kekecohan? Jawapannya, boleh.
Macam mana kekecohan akan timbul? Oleh kerana perkara yang tidak harus dicampuradukkan, dicampuradukkan. Kenapa ada ketegangan? Kerana ada kesinisan. Jadi, elakkan semua itu. Sila Menteri. Kalau mahu laluan, beritahu, kalau tidak, juga begitu.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Tuan Pengerusi...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Menteri, saya minta laluan. Menteri, pasal isu Rohingya. Boleh?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Tuan Pengerusi...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Pengerusi, tadi saya bangkitkan isu Rohingnya.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Saya hendak menjawab Tuan Pengerusi, beberapa perkara yang telah dibangkitkan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Point of order.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Menteri, saya mahu dengar dahulu peraturan mesyuarat daripada Yang Berhormat Shah Alam. Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai ingatan, apabila kita membangkitkan peraturan mesyuarat, kita terlebih dahulu faham apa peraturan mesyuarat itu. Jangan gunakan peraturan mesyuarat semata-mata untuk hendak bercakap. Sila Yang Berhormat Shah Alam, saya mahu dengar.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mempersoalkan niat Yang Berhormat Kapar dan mengatakan dia berniat jahat. Maka, “Peraturan Mesyuarat 36(6), seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli lain.” Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan jelas mengatakan Yang Berhormat Kapar berniat jahat. Saya rasa inilah di antara sikap sinis yang dikeluarkan. Inilah yang menyebabkan ada respons. Maka Tuan Pengerusi, saya minta biar- okey, terima kasih.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, okey. Yang Berhormat bangkitkan peraturan mesyuarat. Saya pun kena respons. Kalau pengertian saya, sengaja saya tidak campur. Perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kapar pada mulanya itu adalah sangkaan jahat. Kalau ia bermula daripada sangkaan jahat, disambut dengan begitu, fair. Akan tetapi kadang-kadang- Ahli-ahli Yang Berhormat lain tolong senyap! Ini kerana saya sebagai referee terpaksa kadang-kadang saya play advantage. Tidak, saya tiup wisel.
■1740
Jadi jangan bangkitkan peraturan mesyuarat kalau peraturan mesyuarat itu kita terkena sendiri. Jadi jangan... [Disampuk] Ahli Yang Berhormat, saya belum habis bercakap. Menurut peraturan mesyuarat, apabila Speaker bercakap, tidak boleh kita bercakap. Jadi jangan
DR.2.4.2014 108
bangkitkan peraturan mesyuarat kalau kita sendiri tidak boleh ikut peraturan mesyuarat... [Disorak] Ahli Yang Berhormat, saya belum habis, Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya ingat sudah habis.
Tuan Pengerusi: Kalaupun saya habis, Yang Berhormat, apabila Yang Berhormat berdiri, mesti ikut peraturan mesyuarat. Kalau tidak, Yang Berhormat tidak boleh sewenang-wenang berdiri. Jadi sekarang Ahli Yang Berhormat, saya belum habis bercakap.
Jadi keputusan saya ialah saya akan panggil Yang Berhormat Menteri untuk berdiri. Selepas itu semua Ahli Yang Berhormat mesti tengok Peraturan Mesyuarat 37(1)(b). Sila, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Pengerusi, jawapan Tuan Pengerusi berhubung dengan niat jahat Yang Berhormat Kapar itu saya rasa tidak betul...
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Biar saya jelaskan, Tuan Pengerusi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...Walaupun ruling daripada Tuan Pengerusi. Adakah setiap soalan yang kita tanya adalah berniat jahat?
Tuan Pengerusi: Sila, teruskan.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Tuan Pengerusi, saya di sini menjawab apa sahaja hujah-hujah yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen. Ahli Yang Berhormat Kapar mengatakan dalam hujahnya, “Inilah cara prinsip kepimpinan kerajaan yang tidak tahu hendak mengatur peruntukan yang naik sehingga 2,236 persen.” Bukankah ini satu sangkaan jahat?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Apa sangkaan jahatnya?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Itu soalan. Itu soalan yang mana Yang Berhormat Timbalan Menteri kena jawab.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Apa sangka jahatnya?
Tuan Pengerusi: Sila teruskan. Teruskan Yang Berhormat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Itu tidak ada niat jahat.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Sebab itu saya mempertahankan, saya kata ini niat jahat kerana soalannya baik. Soalan yang asal saya kata baik tetapi oleh kerana tambahan yang mengatakan kepimpinan yang tidak betul, saya terpaksa perbetulkan.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Akan tetapi itu bukan soalan berniat jahat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Bawa itu untuk betulkan kepimpinan. Bukan betulkan Yang Berhormat Kapar.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Serupa juga dengan Yang Berhormat Shah Alam yang hendak mempertahankan kawannya dari Kapar.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Ini bukan isu kawan. Ini isu prinsip.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Salah kepimpinan.
Tuan Pengerusi: [Mengetuk tukul]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Bila orang panggil saya jahat- Tuan Pengerusi pun setuju.
DR.2.4.2014 109
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Sepang, duduk. Ahli Yang Berhormat, duduk. Kalau Ahli Yang Berhormat berdua masih ingkar, saya akan gunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 44. Kalau tidak mahu saya guna Peraturan Mesyuarat 44, ikut peraturan mesyuarat. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Saya hendak teruskan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lumut, Tuan Pengerusi. Malaysia mempunyai hak mutlak ke atas Pulau Pisang. Rumah api di Pulau Pisang dikendalikan oleh pihak Singapura berdasarkan continuity of activities pihak British sejak sebelum merdeka lagi. Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara sedang meneliti perkara ini termasuk pengendalian dan pengurusan rumah api di Pulau Pisang.
Tuan Pengerusi, saya hendak jelaskan juga tentang isu Mesir. Saya sudah jelaskan minggu lepas jawapan yang sama iaitu apabila mereka ini dihukum, ada lagi peluang-peluang yang diberikan kepada mereka. Pertamanya, hukuman ini memerlukan untuk diberikan kepada Grand Mufti of Mesir. Kemudian, dibawa kepada satu lagi peringkat di mana mereka boleh buat appeal, dengan izin, Tuan Pengerusi. Selepas itu, baru mereka boleh sekali lagi dibawa di peringkat presiden. Sebab itu kerajaan tidak mahu masuk selagi undang-undang masih lagi diberikan peluang kepada mereka yang telah pun dijatuhkan hukuman.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Boleh minta izin, Tuan Pengerusi?
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Tuan Pengerusi...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Tentang sambutan ulang tahun ke-40...
Tuan Pengerusi: Dua orang berdiri, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau tidak kasi laluan, beritahu saya tidak kasi laluan.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Saya tidak beri laluan, Tuan Pengerusi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Pasal Mesir, pasal Mesir. Military court.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Boleh minta penjelasan?
Tuan Pengerusi: Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak mahu kasi laluan. Sila duduk. Sila duduk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kenapa tidak bagi?
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Saya hendak jelaskan Tuan Pengerusi, isu ini...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Bagilah peluang!
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Isu ini Tuan Pengerusi, saya sudah jelaskan minggu lepas. Hari ini pun saya jelaskan lagi. Kalaulah Yang Berhormat ingin juga mendapat penjelasan yang teliti daripada Ambassador Egypt sendiri, saya sanggup untuk mengaturkan supaya mereka diberikan penjelasan direct daripada perwakilan Egypt [Tepuk]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Boleh beri, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Seminit sahaja.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Isu mengenai perjanjian komprehensif...
DR.2.4.2014 110
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Military court.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: ...Bangsamoro yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Pada masa ini, kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Filipina dan MILF sedang dalam proses merangka undang-undang tersebut. Kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan agensi-agensi berkaitan seperti MITI, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan EPU bagi mengenal pasti program-program yang boleh kita berikan bantuan kepada Bangsamoro itu sendiri. Ini boleh memberikan satu lagi peluang dan menunjukkan imej kita yang ikhlas untuk membantu Bangsamoro yang baru-baru ini menandatangani perjanjian bersama dengan Kerajaan Filipina.
Kes Amalilio yang dibawa oleh Yang Berhormat Batu. Malaysia memandang serius kes pemalsuan pasport dan akan mendakwa ke atas pesalah mengikut lunas undang-undang. Encik Amalilio ini telah didakwa dan sedang menjalani hukuman penjara selama dua tahun di Sabah. Beliau telah disabitkan di bawah seksyen 12, Akta Pasport 1996. Beliau dijadualkan untuk dibebaskan pada 24 Mei tahun ini.
Tuan Pengerusi, apa yang dibangkitkan oleh...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: [Bangun]
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Amalilio?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Ya, sikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Pengerusi. Isu Philippine ini dia bukan isu hukuman terhadap pasport sebab Philippine mengambil pendirian bahawa pasport itu ialah pasport mereka yang sah. Akan tetapi apa yang kita ingin dapat tahu ialah pendirian kementerian, permintaan yang dihantar balik, extradition. Sungguhpun kita tidak ada perjanjian tetapi mereka perlukan dia untuk dibicarakan. Apa pendirian Kerajaan Malaysia atas permintaan rasmi daripada Presiden Philippine untuk menuntut Amalilio dihantar balik dan dibicarakan atas kes penipuan skim piramid di Philippine?
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Tuan Pengerusi, saya telah jelaskan tentang isu Amalilio tersebut. Beliau telah pun dihukum. Tentang kes lain yang telah pun diminta untuk kita berikan kerjasama melalui Kerajaan Filipina sendiri adalah satu-satunya tugas yang mana kita sedang buat perbincangan dan melihat kalau undang-undang itu, kesalahan tersebut jatuhnya di Filipina, maka Kerajaan Filipina dan Kerajaan Malaysia akan melihat di mana cara untuk kita menyelesaikan isu ini.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Oleh sebab itu dalam negara ASEAN ini, perjanjian selalunya kita buat di antara kita supaya ada diplomatic relation yang baik yang kita tidak mahu tunjukkan mana-mana flash point dalam ASEAN itu sendiri.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh sedikit sahaja? Terima kasih.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Sudahlah. Isu yang mana pula ini?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Sama, sama.
DR.2.4.2014 111
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Kalau isu yang sama, saya rasa jelas.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Sedikit penjelasan. Penjelasan sedikit sebab- maaf, Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi penjelasan seolah-olah tidak tahu atau tidak ingat bahawa Amalilio sebenarnya ditangkap oleh Interpol dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan juga polis Philippine. Apabila ditangkap di airport, pendakwa raya Malaysia arahkan dia ditahan dan dicaj atas kes pasport. Itulah sebab tergantung bila kerjasama itu tidak dilanjutkan. Saya ingin tahu apa yang akan kita lakukan selepas ini, dibebaskan? Adakah mereka akan serah kepada pihak polis Philippine untuk teruskan perbicaraan kes satu lagi, penipuan yang dikehendaki oleh Philippine?
Saya ingin dapatkan...
Dato’ Hamzah bin Zainudin: [Menyampuk]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Kementerian harus rujuk balik ada permintaan secara rasmi dan ada waran tangkap yang telah dihantar kepada pihak kementerian.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Saya telah jelaskan tadi, Tuan Pengerusi. Amalilio akan dibebaskan pada 24 Mei. Jadi, apa-apa tindakan yang diperlukan oleh kerajaan lain untuk kita berikan kerjasama, itu adalah perbincangan secara diplomatik. Oleh sebab itu saya kata tadi, kita tunggu, bila sampai masanya kalau mereka memerlukan bantuan kita, kalau kita rasa ia perlu dan baik untuk kita berikan, kita kerjasama dengan mereka. Itu adalah amalan kita di peringkat negara ASEAN.
■1750
Saya telah jelaskan, tidak payah tanya lagi pun itulah jawapan saya kerana apabila kita bercakap dari segi isu diplomatik ini...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Hamzah bin Zainudin: ...Ada beberapa isu yang saya tidak boleh hendak jelaskan selagi ianya tidak ada persetujuan Tuan Pengerusi. Ahli Yang Berhormat di sini kena faham dan jelas tentang perkara ini. Satu lagi tentang...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Hamzah bin Zainudin: ...Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kluang tentang Cheong Chun Yin. Kes yang melibatkan Cheong Chun Yin ini ialah beliau telah dijatuhkan hukuman mati di Singapura. Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura telah pun melawat beliau dan telah pun berbincang dengan Singapura dan memastikan hak dan kebajikan beliau adalah terjamin. Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga telah memberi sokongan kepada beliau dengan menghubungi peguam untuk membuat rayuan judicial review dan juga rayuan untuk mendapatkan certificate of cooperation selaras dengan peruntukan undang-undang di Singapura. Berkenaan dengan...
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Kota Tinggi berdiri.
DR.2.4.2014 112
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Boleh? Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya tadi disebut tentang constructive engagement. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan. Constructive engagement di Myanmar berjaya sampai masuk ASEAN, di Rohingya, di Palestine dan baru-baru ini di Philippine. Di samping itu kita lihat ada konsep doktrin wasatiyyah dan ‘prosper thy neighbour’, ini satu pendekatan yang amat baik. Cuma soalan saya tadi apa pandangan Menteri tentang ‘I support the security of Israel’ dan juga pada tahun 90-an bila Asian Financial Crisis ada doktrin atau pendekatan ‘creative destruction’ yang diungkap oleh Ketua Pembangkang bahawa ini to discipline the emerging economies. Kita buat constructive engagement, wasatiyyah and ‘prosper thy neighbour’. Mereka bercakap tentang ‘support the security of Israel’ dan juga ‘creative destruction’. Terima kasih.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Inilah yang saya hendak jelaskan. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi ini. Saya juga hendak jelaskan di sini, contohnya apa yang diminta oleh Yang Berhormat Kluang untuk Ahli-ahli Parlimen diberikan peluang bagi membantu kerajaan dalam isu-isu Kementerian Luar Negeri. Saya hendak kata bukan kita tidak hendak bagi. Akan tetapi masalahnya seperti apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota tinggi, ada sesetengah pihak pembangkang ini bukan hendak membantu kerajaan tetapi di luar sana mengutuk kerajaan.
Maka sebab itu kita tidak boleh lagi menentukan sama ada perkara ini boleh kita bawa atau kita minta bantuan dari mereka. Kalaulah semuanya benar-benar mahu seperti apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Batu kata tadi, “Baik, baik”. Akan tetapi dengan secara sinisnya juga mengatakan bahawa Kementerian Pertahanan membenarkan kapal terbang yang balik itu, oleh kerana dia merupakan sahabat tanpa melihat bahawa ianya sebenarnya boleh menimbulkan masalah dalam negara ataupun tidak. Ini adalah perkara-perkara yang sinis.
Kalau orang macam ini kita hendak hantar ke peringkat antarabangsa, hendak membantu kita secara wasatiyyah dan sebagainya, dia akan bukan membaiki lagi persahabatan dengan kita. Dia akan merosakkan lagi persahabatan kiat dengan negara-negara luar. [Dewan riuh] Oleh sebab tu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tingi membangkitkan isu ini, saya hendak beritahu secara constructive engagement ini memanglah kita buat dan sentiasa kita buat dan sebab itu kebanyakan daripada negara meminta bantuan daripada kita hendak menyelesaikan masalah Philippine, hendak menyelesaikan masalah di Southern Thailand, ini semua kerana sikap kita yang bertanggungjawab dan mempunyai prinsip constructive engagement tanpa merosakkan persahabatan dan secara prinsip non-interference dalam undang-undang negara tersebut.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah? [Dewan riuh]
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Puteh yang ada, sekurang-kurangnya...
Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Yang Berhormat Menteri...
DR.2.4.2014 113
Dato’ Hamzah bin Zainudin: ...Dapat menerima bahawa apa pun yang kita buat hari ini dia kata “Kalaupun kita berikan sesuatu keputusan, oleh kerana kerajaan yang mengetahuinya, maka sepatutnya kita menerima keputusan tersebut”. Jadi, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Pasir Puteh. [Tepuk]
Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Saya juga ingin menjelaskan tentang– Mesir telah pun saya jelaskan, prinsip constructive engagement telah pun saya jelaskan. Presiden Amerika yang diminta oleh Yang Berhormat Kluang apabila datang jemputan kita nanti di Malaysia supaya diberikan peluang untuk berucap dalam Dewan ini. Itu satu cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kluang. Saya tidak boleh hendak menjawabnya kerana tidak tahu sama ada ianya perlu ataupun tidak. Akan tetapi itu adalah satu cadangan, I take note for your suggestion. Terima kasih.
Tentang tuntutan bertindih seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin, seperti yang berlaku di Spratly Island dan sebagainya, saya hendak beritahu Ahli Dewan yang mulia ini bahawa perjanjian ini sudah pun sampai ke peringkat code of conduct dan kita bersama-sama dengan negara– the claimant negara-negara tersebut berbincang secara diplomasi supaya ianya tidak menjadi satu lagi flash points di dalam region ataupun kawasan South China Sea, Tuan Pengerusi.
Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Yang Berhormat Menteri, respond sedikit boleh? Penjelasan sahaja.
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Tentang Obama tadikah?
Tuan Liew Chin Tong [Kluang]: Constructive engagement. Saya hanya hendak set the... sahaja. [Dewan riuh]
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Tidak payahlah. Saya sudah jelaskan perkara yang sama. Tuan Pengerusi, tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin tentang isu yang dibawa oleh beberapa NGO yang tidak berdaftar dalam negara kita. Saya hendak jelaskan sebab itu Kementerian Luar Negeri apabila isu ini dibangkitkan di peringkat yang lebih tinggi di PBB, di Human Rights Council, kita jelaskan kalau NGO itu tidak berdaftar maka kita tidak mahu menerima kerana ia merupakan sesuatu yang kita rasa sesuatu yang tidak ada langsung. Oleh kerana ia tidak berdaftar, maka perkara itu tidak berlaku.
Yang Berhormat Lipis, saya mengucapkan terima kasih di atas ucapan tahniah yang diberikan kepada kementerian dan saya setuju kita tidak boleh menuding jari tentang tragedi yang berlaku hari ini kerana kita tidak mahu perkara ini berlaku dan kita tidak pernah pun berdoa supaya perkara ini berlaku.
Maka sebab itu saya minta kalau boleh semua Ahli Dewan yang ada hari ini juga tidak secara sinisnya hendak menuduh sesiapa sama ada dari segi politicalnya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi dan beberapa lagi Ahli Yang Berhormat di sini, seolah-olah ada orang atau ada tangan lain yang menyebabkan tragedi ini berlaku. Sama ada dari segi politiknya, sama ada dari segi teknikalnya, sama ada dari segi tidak sengajanya.
DR.2.4.2014 114
Apa pun yang berlaku, kita tunggulah sehingga kita menemui black box itu nanti, Tuan Pengerusi.
Tentang perjanjian ICC yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu. Saya hendak jelaskan, memang kerajaan committed dari segi convention ini dan kita akan mengkaji dari segi perundangan supaya ianya boleh bersamaan dengan perundangan yang ada di negara kita sebelum kita ratify perjanjian yang hendak dibuat di peringkat ICC nanti.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Ada timeline atau tidak? Ada jadual masa?
Dato’ Hamzah bin Zainudin: Sebenarnya tidak ada timeline tentang ini. Selagi kita rasa ianya tidak ada persamaan, selagi itulah kita mengkaji untuk menentukan, akhirnya dia boleh mencapai satu rasa seimbang dari segi perundangan antarabangsa dan juga di peringkat negara sendiri...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Pasal ICC Menteri? Sedikit.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Boleh?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: ICC, sedikit sahaja...
Dato’ Hamzah bin Zainudin: ...Tuan Pengerusi, saya hendak jelaskan tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang tentang AICHR yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang dan beberapa Ahli Yang Berhormat. Saya hendak jelaskan di sini sebenarnya...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh ICC dahulu?
Dato’ Hamzah bin Zainudin: ...Pelantikan Dato’ Shafee itu dibuat oleh kerajaan, tetapi kita kena faham dan sedar di peringkat ASEAN itu sendiri, pelantikan ataupun AICHR ini adalah merupakan satu badan yang hanya dianggap sebagai consultative body semata-mata kerana apa pun yang dibangkitkan di situ terpaksa dibawa di peringkat Menteri-menteri Luar di peringkat ASEAN.
■1800
Di situlah nanti diperbincangkan, diperhalusi lagi untuk dilihat sama ada boleh menjadi satu kenyataan di peringkat kementerian atau ASEAN di peringkat keseluruhan member of states untuk ASEAN itu sendiri.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Timbalan Menteri, saya rasa mungkin Timbalan Menteri telah melihat terms of reference berkaitan dengan AICHR itu. Setuju tak dengan saya bahawa ada satu inconsistency di satu peringkat dalam prinsip, kalau tak silap saya dalam prinsip yang kedua itu menyatakan tujuan AICHR adalah untuk promote and protect human rights tetapi dalam masa yang sama dalam prinsip yang ketiga itu menyatakan prinsip non-interference masih lagi terpakai. Jadi persoalan saya, adakah pihak Kerajaan Malaysia bercadang untuk mengubah ataupun meminda terms of reference itu sebab dengan adanya dua commissioner
DR.2.4.2014 115
yang inconsistent ini, saya rasa dia akan menyukarkan anggota-anggota itu untuk paling kurang berbincang.
Saya difahamkan oleh representative dari Thailand, tak boleh langsung nak bincang pasal isu Rohingya dalam AICHR itu kerana atas dasar-dasar prohibition itu. Jadi saya harap kementerian dan Kerajaan Malaysia dapat lobi untuk buat satu pindaan. Terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Boleh?
Dato' Hamzah bin Zainudin: Terima kasih. Saya dah beritahu tadi, bila di peringkat satu badan yang kita namakan consultative body, maka sudah tentu terms of reference dia agak tidak boleh menyamai di peringkat yang lebih besar. Maka sebab itu kalau pun kita nak tukarkan terms of reference, kita terpaksa bawa di peringkat the Ministers’ level. Di situ nanti insya-Allah kalau kita rasa kita perlukan ada perubahan, perbincangan akan dibawa. Kalau bukan pun dari Malaysia, kalau Indonesia atau Thailand nak bawa, semua itu boleh mereka bawa tapi kalau nak menunggu Malaysia bawa dan sebagainya, saya rasa ada lagi keperluan-keperluan lain yang perlu kita lihat sama ada boleh ataupun tidak sesuatu perkara yang hendak dibawa itu dilihat kerana human rights factor dalam negara kita ini di peringkat PBB itu sendiri, di peringkat yang lebih besar iaitu United Nations itu sendiri ada yang kita sudah ratify, ada lagi perkara-perkara yang belum kita ratify.
Maka sebab itu kita perlu melihat daripada segi keseluruhannya untuk kepentingan negara kita dahulu sebelum kita nak melihat faktor-faktor lain di peringkat yang lebih besar.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Tuan Pengerusi.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya nak jelaskan kepada apa yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom. Saya ucapkan terima kasih, saya bersetuju.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Menteri, boleh jawab dulu sebab I bahas tadi.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Tentang apa?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Isu ICC.
Dato' Hamzah bin Zainudin: ICC saya dah jelaskan tadi, Tuan Pengerusi.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Belum jawab lagi. Saya bahas panjang lebar tapi Menteri tak jawab. [Dewan riuh] Boleh bagilah sedikit ruang.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Saya benarkan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Terima kasih, terima kasih. Saya mohon maaf kalau mengganggu laluan. Saya kembali kepada Rome Statute ICC. Ratifikasinya ada dua peringkat, satu ialah acceptance sign dan satu peringkat lagi ratification. Saya ingin tahu kalau kita nak kaji undang-undang kita sama ada konsisten atau tidak, masih kita boleh komited untuk sign dulu, ratification itu boleh datang kemudian.
Kedua ialah, kalau ada masalah kalau katakan undang-undang kita tidak konsisten dengan prinsip-prinsip ICC, saya ingin dapatkan penjelasan sebab dunia antarabangsa pun banyak kali tanya kita. Kita kata undang-undang kita dah selaras dengan semua kehendak hak
DR.2.4.2014 116
asasi manusia di dunia. Saya ingin tahu apa undang-undang yang menjadikan kerajaan agak ragu-ragu atau reluctant untuk meratifikasikan atau at least tanda tangan dulu dan kuat kuasa kita boleh kemudian tetapi apakah halangan kita untuk menandatangani Rome Statute ICC ini.
Dato' Hamzah bin Zainudin: Saya dah bagi tahu tadi Tuan Pengerusi, banyak undang-undang yang sedang dibincangkan di peringkat kementerian yang lain daripada segi perundangan. Maka sebab itu saya tak boleh nak perincikan di sini. Walau bagaimanapun Yang Berhormat boleh tulis surat dengan kita dan kita akan buat secara formal untuk kita berikan kepada Yang Berhormat sendiri.
Tentang apa yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat mengenai dengan beberapa isu. Banyak daripadanya telah pun saya jelaskan cuma tentang negara Afrika atau Central African Republic yang hari ini sedang mengalami satu peristiwa yang agak buruk juga. Kita sedang melihat bahawa apabila PBB telah pun buat keputusan untuk menghantar tentera bantuan dan sebagainya, kita menyokong dan kita bersedia untuk membantu daripada segi pihak PBB untuk menyelesaikan isu ini dalam negara Afrika itu sendiri.
Tuan Pengerusi, itulah sahaja beberapa perkara yang saya dapat jelaskan di sini. Kalau ada perkara-perkara yang saya tidak jelaskan tadi, saya minta supaya Ahli Yang Berhormat tulis surat dengan saya kembali dan insya-Allah akan saya jawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM28,101,600 untuk Maksud B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Wang sebanyak RM28,101,600 untuk Maksud B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
[Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
[Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2014 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
[Majlis Mesyuarat bersidang semula]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Bacaan Kali Yang Ketiga
Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2014 telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah disetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Razali bin Haji Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
DR.2.4.2014 117
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
USUL
Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Seterusnya saya mencadangkan supaya Usul yang berbunyi:
“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam ratus empat puluh sembilan juta tiga ratus tujuh puluh lima ribu lapan ratus lima puluh ringgit (RM649,375,850) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2013 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2013 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 18 Tahun 2014 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Razali bin Haji Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul seperti mana yang dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Diputuskan,
“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam ratus empat puluh sembilan juta tiga ratus tujuh puluh lima ribu lapan ratus lima puluh ringgit (RM649,375,850) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2013 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2013 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 18 Tahun 2014 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”]
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 hari Khamis, 3 April 2014. Terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.11 petang]
No comments:
Post a Comment