Naskhah belum disemak
DEWAN RAKYAT
PARLIMEN KETIGA BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT PERTAMA
Bil. 16
Khamis
3 April 2014
K A N D U N G A N
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)
RANG UNDANG-UNDANG:
Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Halaman 24)
DR.3.4.2014 1
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
PARLIMEN KETIGA BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT PERTAMA
Khamis, 3 April 2014
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)
mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
1. Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan apakah inisiatif kementerian dalam membantu penoreh getah memandangkan bantuan kerajaan hanya tertumpu kepada pemilik kebun dan bukan penoreh.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Alexander Nanta Linggi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Saya juga hendak bersalam dengan orang di kawasan. Apa khabar pengundi-pengundi penyokong-penyokong rakyat seluruh di kawasan Kapit? Selamat pagi kepada semua pada pagi ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Itu untuk penonton TV Yang Berhormat.
Datuk Alexander Nanta Linggi: Ya. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui agensinya RISDA telah dipertanggungjawabkan untuk memajukan sektor pekebun kecil melalui program penanaman semula getah serta program peningkatan pendapatan lain bagi memastikan komuniti masyarakat pekebun kecil berpeluang untuk menambah pendapatan ke arah masyarakat yang sejahtera. Buat masa ini RISDA tidak menyediakan apa-apa bantuan kepada penoreh getah yang tidak memiliki kebun sendiri. Sebagaimana jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri dua hari lepas, semasa menjawab soalan tambahan Yang Berhormat Baling dalam Dewan ini juga, kementerian dalam usaha menentu dan merangka kaedah yang sesuai untuk membantu golongan penoreh getah yang bukan pekebun kecil ini.
Ini termasuklah cadangan mewujudkan senarai daftar penoreh yang diupah oleh pemilik kebun. Jenis-jenis bantuan yang boleh diberi dan lain-lain lagi. Untuk makluman Yang Berhormat Baling, di bawah Kementerian ini terdapat juga program-program bantuan yang lain khusus untuk masyarakat luar bandar, terutama sekali golongan miskin dan miskin tegar. Di samping mengambil upah menoreh getah kumpulan ini turut layak dan boleh memohon bantuan-bantuan seperti Program Peningkatan Pendapatan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan
DR.3.4.2014 2
Rakyat (SPKR) yang menyediakan bantuan berbentuk geran projek ekonomi ataupun program-program bantuan ekonomi di bawah agensi-agensi kementerian seperti MARA, KEDA dan sebagainya, sekian terima kasih.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sejak saya berada di Dewan yang mulia ini, sejak hari pertama lagi saya hanya tumpu dan memperjuangkan isu-isu pekebun dan penoreh getah. Ini kerana di kawasan saya di kawasan Parlimen Baling, kalau kita tengok dari sudut geografinya dengan izin, ialah pekebun-pekebun kecil yang terbesar. Dalam masa yang sama saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kementerian khususnya agensi-agensinya RISDA, FELCRA dan sebagainya yang sentiasa begitu prihatin untuk membantu rakyat khususnya pekebun dan penoreh getah.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah-langkah yang bakal, langkah-langkah inovatif yang bakal diambil kerana kita melihat rakyat di Baling ini daripada getah harga RM7.70 sudah turun sehingga RM2.30. Jadi ini memandangkan ia begitu ketara sekali permasalahannya, apakah langkah-langkah usaha kementerian dalam bukan setakat memberi penerangan kepada penoreh dan pekebun terutamanya di daerah saya, apakah langkah-langkah insentif tambahan boleh diberikan? Ini kerana kementerian harus sedar bahawa kawasan-kawasan luar bandar seperti Baling, Sik, Kulim, Padang Serai sampailah ke Pendang mereka semua adalah penyokong setia Barisan Nasional dan akan tetap setia terutamanya di Baling ini.
Walaupun ada rakan-rakan kita belah sana minggu ini pada hari Sabtu ini 4hb kawan-kawan saya yang diketuai oleh Yang Berhormat Pokok Sena dan rakan-rakan yang hendak datang ke Baling, Program Derita Rakyat anjuran PAS. Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena, Baling rakyat kami tidak derita alhamdulillahlah. Kami semua syukur Allah SWT. Tetapi kalau hendak mai, selamat datanglah. Akan tetapi cara kita mesti cara kekeluargaan, tidak payah hendak bagi tahu kepada rakyat derita, susah, kebulur, tidak ada. Di Baling tidak ada kebulur.
Jadi soalan saya tadi saya hendak tumpukan, apakah langkah dan tindakan pihak RISDA ataupun agensi-agensi di bawah kementerian untuk menambahbaikkan bukan setakat penerangan, tetapi dari sudut ekonomi. Lagi-lagi kita akan berhadapan dengan bulan Ramadan dalam masa yang terdekat ini. Dahulu kementerian RISDA pernah beri insentif one-off RM500.
■1010
Jadi apakah tindakan ataupun inisiatif yang bakal dilakukan untuk sekurang-kurangnya berikanlah kepada pekebun dan penoreh RM1,000 seorang kah, apakah one-off buat masa ini. Itulah soalan saya, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling ini kita pujilah, kita hargailah di antara beberapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat lebih-lebih lagi daripada pihak Barisan Nasionallah Yang Berhormat Gombak ya yang sering dan kerap kali membantu dan menyuarakan untuk masyarakat. Jadi Yang Berhormat Baling, kementerian
DR.3.4.2014 3
KKLW, RISDA dan juga agensi-agensi lain di bawah kementerian, kami berasa sangat terujalah untuk menyambut saranan Yang Berhormat Baling dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain untuk membantu penoreh-penoreh getah di seluruh negara.
Jadi untuk menjawab soalan tambahan, memang perlu penerangan kepada kumpulan penoreh getah ini. Kita seharusnya membekalkan kepada mereka makluman-makluman ataupun penerangan supaya mereka mengetahui senario sebenarnya yang meliputi industri getah ini. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, mungkin juga Yang Berhormat sudah sedar bahawa pihak kementerian bersama-sama Kerajaan Negeri Kedah dan juga ‘Kementerian Pembangunan Industri Perladangan dan Komoditi’ telah baru-baru ini mengadakan satu sesi berjumpa dengan penduduk-penduduk di Daerah Baling pada 26 Mac baru-baru ini.
Pada sesi ini seramai hampir 1,000 orang telah hadir yang meliputi pekebun kecil dan penoreh getah berhubung isu-isu semasa industri getah. Susulan daripada itu juga Yang Berhormat, pihak kementerian melalui RISDA telah mengatur sesi dialog susulan pada 1 April yang lalu bersama-sama pekebun kecil dan penoreh getah berhubung isu-isu berbangkit juga.
Jadi, program sebegini akan diteruskan bukan sahaja di Daerah Baling malah meliputi daerah-daerah yang lain. Ini penting sebagai penerangan, Yang Berhormat Baling. Langkah-langkah lain, dalam soalan ataupun saranan Yang Berhormat sendiri tadi telah memberi satu cadangan yang baik bagaimana kita membantu mereka. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini pada pagi ini saya tak nak pre-empt kata orang, menyebut terlebih dahulu sebab dalam jawapan asal tadi pun saya telah tekankan kementerian sedang dalam usaha menentukan dan merangka kaedah yang sesuai untuk membantu golongan penoreh getah, memang ada buat masa sekarang.
Memang ada kita telah merancang, kita telah mengambil kira dan mengira bagaimana kita nak membantu mereka. Jadi, biarlah kita tunggu sebentar lagi supaya pihak kementerian boleh membuat pengumuman selepas kita meneliti dan memastikan apa langkah-langkah yang sebenar-benarnya boleh kita bantu penoreh getah ini ataupun masyarakat penoreh getah. Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan sahabat saya daripada Yang Berhormat Baling dan juga satu publisiti untuk saya tadi program 5 hari bulan di kawasan Baling. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Baling beri publisiti kepada perhimpunan penoreh getah seluruh Malaysia yang akan dibuat di Baling pada 5 hari bulan. Terima kasih Yang Berhormat Baling sahabat yang saya tahu bahawa dia juga setuju.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Kami ada buat selawat perdana juga, jemput mai selawat perdana itu. Dah jemput kena mai.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Baling akan meriah dengan program karnival, kita buat solat hajat dan sebagainya.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Kami pun buat solat hajat, mai turut serta sekali. Yang Berhormat Gombak.
DR.3.4.2014 4
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Gombak.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Itulah satu perkara yang sangat baik. [Ketawa] Kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, juga adalah sebahagian daripada kawasan terdiri daripada pekebun kecil getah dan sebahagiannya padi. Isu getah ini ialah isu bukan sahaja apa bantuan daripada pihak kerajaan tetapi isu dia ialah isu harga. Ini yang dihadapi sebab kalau kita melihat macam disebut oleh Yang Berhormat Baling tadi dua ringgit, tiga kupang tapi dia orang Kuala Lumpur dok Baling, dua ringgit tiga puluh sen dia sebut tapi orang Baling panggil dua ringgit tiga kupang tahu, orang Baling tak panggil dua ringgit tiga puluh sen.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kami panggil dua ringgit tiga puluh duitlah.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Baik. Padahal pada harga SMR 20, itu harga yang ditetapkan di peringkat FOB ini pada 28 Mac ialah enam ringgit dua kupang. Ini masalah dia iaitu boleh tak kerajaan mengkaji balik tentang potongan-potongan yang akhirnya dikenakan maknanya daripada enam ringgit dua kupang itu harga FOB itu pada 28 Mac tapi turun sampai kepada harga pengeluar ini iaitu kepada pekebun kecil ini dia tinggal RM2.33, dua ringgit tiga kupang tiga duit. Bermakna bahawa dia turun begitu banyak. Umpamanya contoh saya nak sebut bahawa proses kilang, kilang ini proses ambil daripada pengeluar. Ini tidak adil bagi saya, tidak adil sehingga RM1.40 duit proses kilang. Yang Berhormat Baling kena tahu itu.
Duit proses kilang RM1.40 kemudian kerajaan kena tahu bahawa kos pengeluaran ini terpaksa ditanggung oleh pekebun kecil, hampir tiga ringgit dua kupang. Upah orang tabur baja termasuk dengan upah dia, upah pekebun kecil itu, gaji dialah RM3.20.
Beberapa Ahli: Mana soalannya?
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Soalanlah itu. Jadi sebab itu saya nak minta pihak kerajaan kaji balik sebab sekarang ini kalau di tempat belian getah di kampung-kampung itu, dia tidak ada alat solok, alat penyukat tak ada. Walaupun kerajaan telah pun menyediakan alat penyukat tetapi tidak diwajibkan kepada pembeli-pembeli getah ini untuk pastikan sukatan yang betul dari segi baik ataupun tidak getah tersebut. Jadi saya minta kerajaan harus mengkaji.
Yang kedua akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah penetapan harga getah ini. Saya lihat bahawa ia dimonopoli, didominasi oleh pengilang-pengilang iaitu ada satu advisory maknanya lembaga penasihat yang akan memberikan nasihat cadangan kepada LGM (Lembaga Getah Malaysia) untuk membuat penetapan harga-harga tertentu. Jadi sebahagian besarnya ialah pengilang. Jadi bagi saya bahawa adalah maknanya menunjukkan bahawa kerajaan lebih... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli: Soalanlah. Soalan, soalan. Apa ini?
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Soalanlah. Ini masalah apa nama orang kata, orang Putrajaya mana dok menoreh getah. Dulu adalah, dulu zaman dulu Putrajaya. Di Putrajaya dulu betullah dia asal kampung, la ini mana ada.
DR.3.4.2014 5
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Pokok Sena, mengarutlah. Cepat sikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ya. Jadi sebab itu... [Dewan riuh] Kita mengatakan bahawa antara pengilang ini, Felda Rubber Hock Hin, Kian Lee, SMR Factory Kuala Pilah, Rubber Factory, Lee Rubber Sdn. Bhd, MARDEC Processing, RI International Malaysia, Sing Seng Heng.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ini advisory maknanya lembaga.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Cukuplah, cukup.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Penasihat yang memberikan cadangan kepada kerajaan, maknanya mereka ini mendominasi. Sebab itu saya katakan bahawa sepatutnya kerajaan lebih kena melihat pro kepada pekebun bukan pro kepada pengilang-pengilang. Jadi saya minta kerajaan mengkaji balik. Dengar betul-betul Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling tak faham masalah getah langsung. Terima kasih.
Datuk Alexander Nanta Linggi: Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena ini Tuan Yang di-Pertua, sepanjang-panjang masa yang begitu panjang yang digunakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena soalan dia tak ada berapa sangat cuma sarananlah dan cadangan. Kita boleh terima cadangan yang baik, saranan kepada kementerian untuk kita mengkaji semula, kita terima sebab banyaklah yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi ditanya juga soalan dia, apakah langkah.
Memang kita sekarang seperti mana telah dalam jawapan saya pada asal tadi kita meneliti segala-galanya. Kepada harga dia, mekanisme harga getah dan sebagainya. Jadi terangkum semualah jawapan itu di sana sebab kita dalam proses hendak mengetahui, hendak mencari langkah yang terbaik nanti termasuklah bagaimana mekanisme ini. Jadi jawapan itulah saya beri kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua, benda ini sudah berlarutan begitu lama.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Jemput Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Sepatutnya kerajaan sudah pun dapat menyedari terutama masalah proses, masalah mekanisme. Bukan baru berlaku dalam sehari dua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat. Cukup, cukup, cukup Yang Berhormat. Cukup.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya minta kerajaan lebih agresiflah, jangan biar sampai keadaan lebih teruk lebih parah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ini masalah TV ini.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Orang Pokok Sena tak tengok TV lah.
DR.3.4.2014 6
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya masalah TV, masalah TV.
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tidak. Saya katakan bahawa ini masalah parah sebab itu Yang Berhormat Baling minta sampai RM1,000 untuk bagi kepada penoreh maknanya itu derita itu. Derita, kalau tidak takkan dia nak minta sampai RM1,000.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ini bukan masalah kata lagi Yang Berhormat, masalah TV dah.
■1020
2. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:-
(a) jenis dana yang telah diberikan oleh kementerian kepada pelbagai industri makanan dan kejayaannya; dan
(b) berapa dana untuk tahun 2013 dan 2014 dan nyatakan kejayaan yang diperoleh dengan Program Tabung untuk Makanan (3F-Fund For Food) setakat ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat daripada Ipoh Barat. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Ipoh Barat, untuk makluman Kerajaan Barisan Nasional telah pun menyalurkan RM3.9 bilion dana kepada beberapa industri pertanian negara. Wang yang sebanyak ini disalurkan melalui Agrobank dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM2.8 bilion adalah diperuntukkan kepada peminjam-peminjam Program 3F – Fund for Food RM2.8 bilion.
Selainnya ialah selebihnya lebih kurang RM1.1 bilion adalah untuk Skim Kredit Padi dan juga untuk Skim Pembiayaan Bot Perikanan untuk nelayan. Untuk Skim Usahawan Tani, Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dan Industri Kecil dan Sederhana semuanya berjumlah RM3.9 bilion. Dari segi peminjam ia memberi manfaat kepada peminjam seramai 113,000 peminjam bagi keseluruhan daripada skim-skim yang saya sebutkan tadi.
Untuk 3F – Fund for Food sebanyak 16,000 daripada 113,000 peminjam yang mendapat pinjaman daripada dana tersebut. Untuk pengetahuan Dewan juga bahawa hasil kejayaan yang dicapai daripada dana yang telah disalurkan ini, pihak kita menganggap satu kejayaan yang besar di mana kita telah berjaya meningkatkan pengeluaran barang-barang makanan dalam negara seperti keluaran tangkapan ikan umpamanya kita telah mengeluarkan lebih daripada domestic consumption dan sebahagian daripadanya kita eksport ke luar negara.
Keluaran kita dari segi ayam juga berlebihan berjumlah 8.3 juta tan metrik melebihi daripada penggunaan tempatan atau pun domestic consumption sekadar cuma 1.3 million metrik tan sahaja. Kita cuma kekurangan ataupun menghadapi masalah dari segi bekalan daging sahaja, daging lembu dan kerbau serta kambing di mana pengeluaran hanya lebih kurang 20% sahaja daripada permintaan negara. Ini yang mana kita sedang melihat untuk mendapatkan satu
DR.3.4.2014 7
kaedah atau cara yang baru bagi kita meningkatkan pengeluaran daging kerbau dan lembu ini. Sekian, terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Terima kasih kepada jawapan tersebut. Saya hendak tanya mengenai wang yang diagihkan kepada petani-petani di negara ini. Kerajaan semestinya sedar bahawa banyak atau lebih dari 50% wang yang diberi kepada bermacam-macam petani digunakan untuk pembelian baja-baja.
Saya difahamkan pada kebelakangan ini ada banyak baja-baja itu adalah baja tiruan. Apakah kawal selia yang dibuat oleh kerajaan kerana minggu dahulu Tuan Yang di-Pertua saya berjumpa petani di Sungai Siput di mana mereka kata baja untuk oil palm harga pasaran RM135 ke RM125 tetapi dia boleh dapat diskaun hingga menjadi RM65. Akan tetapi itu adalah tiruan dan banyak di antara petani-petani tidak tahu mengenai perkara itu. Bila hasil mereka turun, baru mereka sedar. Jadi, apakah yang dibuat oleh kementerian supaya perkara macam ini dapat dielakkan. Ada satu mekanisme yang tertentu untuk menolong petani-petani untuk mendapat baja-baja yang standard dan bukan substandard.
Mengenai Fund for Food. Tuan Yang di-Pertua saya hendak tanya, saya difahamkan setakat ini sekarang sudah bulan April. Sehingga ini wang belum lagi – has not be released. Saya dapati Yang Berhormat Menteri belum menandatangani dokumen-dokumen tersebut untuk mengeluarkan wang tersebut dari Bank Pertanian. Walaupun bank telah approve beberapa loan tersebut dari bulan Januari, Februari, Mac tetapi sehingga sekarang tidak dapat dispose wang tersebut kerana ada kekurangan yang tersebut dalam kementerian.
Saya difahamkan setakat ini itu menjadi satu revolving fund sahaja iaitu bermakna kerajaan telah mengagihkan RM2 bilion. Itu hanya digunakan setiap tahun untuk memberi pinjaman yang baru. Soalan saya adalah kerana ada banyak defaulter dan sebagainya, adakah kerajaan akan mengambil perhatian untuk memberi lebih dana daripada yang sudah disediakan dan juga mengenakan collaterals yang simple. Bukan sahaja yang tertentu seperti hartanah tetapi secara personal loan. Terima kasih.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ipoh Barat. Kalau tidak salah pendengaran saya Yang Berhormat bertanyakan tentang baja untuk kelapa sawit di Sungai Siput dengan izin Tuan Yang di-Pertua I think Yang Berhormat Sungai Siput miss the direction. Ini baja untuk kelapa sawit should be directed to different ministry iaitu Kementerian Perladangan ataupun agensi yang berkaitan berhubung dengan plantation, kelapa sawit. Kementerian Pertanian, MOA ia tidak terlibat dengan pertanian kelapa sawit.
Akan tetapi kalau sekiranya hendak menyentuh perbekalan baja kepada petani-petani di bawah kementerian MOA ialah baja yang dibekalkan oleh Persatuan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Ini baja subsidi yang diberi kepada pesawah-pesawah, petani-petani padi. Setakat ini memang ada sedikit sebanyak complaint. It is normal. Nothing is perfect. Akan tetapi pada
DR.3.4.2014 8
umumnya tidak ada banyak complaint ataupun aduan berhubung dengan baja yang dibekalkan sama ada substandard ataupun sebagainya.
So, maknanya kita berpuas hati dengan bekalan baja yang dihantar oleh NAFAS kepada petani-petani. Itu menjawab bahagian pertama soalan tambahan Yang Berhormat daripada Ipoh Barat.
Bahagian kedua berhubung dengan dana 3F yang mana beliau membangkitkan setakat ini sudah lama tidak ada dana ini yang dikeluarkan ataupun pinjaman-pinjaman ini yang dikeluarkan kepada petani-petani atau pun pengusaha-pengusaha pertanian.
■1030
Memang betul apa Yang Berhormat bangkitkan itu tetapi sebabnya itu agak tidak tepat. Bukan bermaknanya disebabkan there is something wrong with the management or administration at the ministry. Akan tetapi ia melibatkan tabung. Tabung dana ini sudah kehabisan. Kita menunggu untuk mendapatkan dana tambahan.
Just now I have said RM2.8 billion so far has been disbursed. It’s all finish. Now we are looking for extra fund. Yang Berhormat pun tahulah untuk mendapatkan tambahan memang kehendak kita dan harapan kita untuk menambah tetapi kita, kerajaan mempunyai kekangan-kekangan dari segi, you know how to allocate kita punya revenue and see how well aware you know. We are always concern about the deficit and all that. So allocation and managing of fund sangatlah berhati-hati dilakukan oleh pihak Kementerian Kewangan yang mana kita mendapatkan sumber kewangan daripada mereka.
Akan tetapi dari segi spirit, dari segi semangat kita kalau boleh hendak meneruskan pemberian pinjaman-pinjaman ini supaya kita dapat membantu petani-petani dan pengusaha-pengusaha yang lain. Walau bagaimanapun, tanpa tambahan daripada dana tersebut, setakat ini pengeluaran bahan-bahan makanan kita berada pada tahap yang tidak menimbulkan sebarang masalah. There’s no crisis, no food crisis in the country. As per today you know, in the future we are always, we are very careful, we are alert what is happening now and in the future.
Itulah berhubung dengan dana 3F dan revolving fund dana 3F ini. Kalau dari segi pengurusan dana ini, kalau dana itu boleh diuruskan secara revolving, this is very good. Maknanya we don’t need extra fund but we increase the loans, the number of people who can get the loans and we can give more loans tanpa memerlukan tambahan dana, cuma pusingan. So, it’s like a working capital. Modal pusingan yang berpusing dan menjana business berkali-kali ganda. This is good. Apa yang kita bimbang ialah kita tidak boleh revolved, tidak boleh hendak pusing, dia sangkut. Masalah pembayaran, masalah orang tidak bayar. That worries us. Akan tetapi kalau revolving, setakat ini kalau revolving is doing well, we are happy about it. So, there’s nothing to complain about it. We shouldn’t complain. In fact we should give a credit kepada Agro Bank sebagai bank yang memberikan pinjaman dan menguruskan pinjaman ini. Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada Hari Peladang, Penternak,
DR.3.4.2014 9
Nelayan Kebangsaan 2013, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyatakan bahawa perlu ada untuk menjadikan bidang pertanian lebih attractive untuk mendapat sambutan golongan muda disebabkan menghadapi masalah ageing population.
Maka apakah langkah-langkah yang akan dilakukan, langkah-langkah inovatif terutama sekali yang akan dirangka oleh pihak kerajaan dan kementerian untuk menjadikan industri ini attractive terutamanya untuk golongan muda yang juga nadi pertanian dalam pengeluaran pertanian moden? Apakah wujud dana-dana khususnya untuk membangunkan pengusaha-pengusaha terutama sekali pengusaha-pengusaha pertanian bagi generasi muda? Terima kasih.
Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya daripada Kuala Selangor, Pengerusi LKIM. Dia boleh tanya dalam mesyuarat sebenarnya but the bagi peluanglah sebab keluar TV sekali. Jadi berhubung dengan the ageing population, it’s true kebanyakan daripada petani kita pada hari ini ialah daripada golongan yang berumur 60 tahun ke atas dan sebagainya and kalau sekiranya kita tidak dapat menarik generasi muda untuk memasuki sektor pertanian, makanya masa depan ekonomi pertanian itu akan menjadi satu sunset industry. It has been said before.
Dikatakan bahawa industri pertanian ini sunset industry because of that kita telah banyak memberi fokus kepada industrialization dan pelaburan kepada pertanian tidak begitu diberi fokus dan kita tidak ada strategi untuk menarik generasi muda untuk melibatkan diri sebagai petani atau usahawan tani. Itu dahulu tetapi sekarang kita telah menyedarinya di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri yang ada sekarang ini dan saya sebagai pembantu sahaja we are aware of this you know, the need to attract the younger generation to go into agriculture industry. Jadi kesedaran itu ada, iltizam itu ada dan sekarang kita merancangnya dengan beberapa program untuk menarik mereka.
Pertama sekali Yang Berhormat, kita wujudkan, bukan hendak, kita mewujudkan satu persekitaran ataupun suasana di mana persepsi generasi muda ataupun masyarakat terhadap pertanian ini sebagai satu profesion ataupun satu sektor ekonomi yang tidak begitu menguntungkan tidak betul, itu satu. This is a very promising, very profitable industry bagi sesiapa juga yang menceburinya. That’s we have to create that- sort of the only perception it also a reality. Satu hakikat yang sebenarnya. Kita tak nak tipu masyarakat atau generasi muda. Mereka boleh menjadi usahawan tani yang boleh mendapat keuntungan yang lumayan sekiranya mereka menceburkan diri, itu satu.
Kedua, kita hendak mewujudkan satu gambaran yang sebenar bahawa pertanian ini bukan satu tempat yang kotor, yang tidak bersih, yang tidak selesa. Kita boleh menjadi usahawan tani ataupun agropreneur muda sekarang diistilahkan. Kita boleh pergi dengan pakaian bush jacket, dengan pakai sut pun boleh, hendak pakai tie pun boleh. We become modern farmers. No longer like before bila kita pergi jadi petani atau pesawah padi kita pakai seluar basah, baju basah, pakai topi sangai macam orang kampung ataupun nelayan. Kita pergi nelayan yang begitu selekeh, no more. Now you are businessmen. You are entrepreneurs, agropreneurs. Kita boleh pergi dengan pakaian yang bersih dengan kereta whatever car you want to drive,
DR.3.4.2014 10
Mercedes Benz, BMW, it’s there. Because kalau kita boleh buat duit, there’s no reason why petani-petani dan nelayan-nelayan yang dipanggil usahawan ini tidak boleh memakai pakaian yang seperti orang pejabat juga. Jadi perception ini, persepsi ini perlu dibetulkan, itu satu yang kita lakukan sekarang ini.
Keduanya dari segi bantuan. Bantuan yang umpamanya Yang Berhormat Menteri telah melancarkan apa yang dipanggil agropreneur muda. There is a free approved loan.
■1040
Maknanya mereka yang diterima masuk dalam Program Agropreneur Muda ini, usahawan-usahawan tani muda ini, mereka dijamin pinjaman untuk mereka menjalankan perniagaan mereka. Kita ada TEKUN yang bersedia memberikan bantuan kewangan, pre-approved. It is about RM50,000 pre-approved loan dan tidak ada kolateral sekali pun. Tidak ada kolateral.
Selain daripada itu, pihak Agrobank pun telah memberikan komitmen untuk membiayai perniagaan Agropreneur Muda ini. Buat peniaga yang baru, diberikan sebanyak RM50,000 dan kalau sekiranya mereka telah menunjukkan track record yang baik, dia boleh ditingkatkan sampai RM300,000 pinjaman yang boleh diberi oleh Agrobank. Banyak lagi insentif, kemudahan dan sebagainya yang kerajaan sediakan. Latihan itu biasalah. Kita beri latihan, bimbingan, khidmat nasihat, ada inkubator, ada macam-macam. So kalau saya hendak ceritakan begitu detail, karang orang lain tidak dapat peluang pula keluar dalam kaca televisyen. Sekian, terima kasih. [Ketawa]
[Soalan No. 3 – Y.B. Ir. Shaharuddin bin Ismail (Kangar) tidak hadir]
4. Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah kerajaan untuk membantu belia-belia di bandar-bandar besar yang berpendapatan sekitar RM3,000 sebulan yang dikatakan kehabisan wang gaji akibat sara hidup yang tinggi.
Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab pertanyaan Yang Berhormat Ahli Parlimen Kota Bharu bersama dengan pertanyaan bertulis Yang Berhormat Ahli Parlimen Baling yang dijadualkan pada 9 April 2014.
Kerajaan sentiasa menitik berat kebajikan dan prihatin akan keadaan rakyat termasuk golongan belia di seluruh negara terutama yang berada di bandar berdepan dengan masalah kos sara hidup. Dalam usaha menangani permasalahan ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah.
Antaranya menetapkan kadar gaji minimum kepada pekerja sektor swasta sebanyak RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak mulai 1 Januari 2013. Seterusnya, mereka yang berkeluarga dan berpendapatan RM4,000 ke bawah tidak perlu membayar cukai pendapatan. BR1M sudah banyak diceritakan. Tidak perlu saya detilkan di sini.
DR.3.4.2014 11
Keempatnya memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku serta pembinaan kediaman di bawah Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia, Program Perumahan Rakyat, PR1MA, PPR, Skim Pinjaman Perumahan, Rumah Mesra Rakyat (RMR), Rumah Idaman Rakyat, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia dan Skim MyHome yang bertujuan membantu rakyat dalam pemilikan dan penyewaan rumah pada kadar yang lebih rendah. Kelimanya, menambah baik sistem pengangkutan awam supaya dapat mengurangkan keperluan membuat pinjaman untuk memiliki kenderaan sendiri.
Keenam, terus memberi alternatif barangan keperluan yang lebih murah melalui Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia. Ketujuh, meningkatkan kesedaran pengguna melalui penyenaraian harga makanan utama melalui Portal 1Malaysia Pengguna Bijak untuk membolehkan pengguna membuat perbandingan harga dan pilihan tepat sebelum membuat pembelian. Kelapan, terus menambah pengeluaran makanan tempatan serta menambah baik kecekapan pengedaran seperti aktiviti jualan secara langsung produk pertanian kepada pengguna melalui pasar tani, agro bazar oleh pihak FAMA, untuk memastikan harga barangan dan perkhidmatan yang kompetitif.
Selain daripada itu, kerajaan melalui KPDNKK telah melaksanakan Akta Kawalan Harga bagi mengawal harga ke atas barang-barang keutamaan rakyat. Di samping itu, Akta Antipencatutan 2011, Akta Persaingan 2010 turut dikuasakan sekali gus dapat mengurangkan kesan kenaikan kos hidup.
Kerajaan turut membantu dalam memperbaiki gaya hidup rakyat termasuk golongan belia dalam menguruskan kewangan harian. Antaranya:
(i) menyediakan khidmat nasihat dan bantuan dalam menguruskan kedudukan kewangan kepada peminjam serta menstrukturkan semua hutang mereka dengan institusi bank dan bukan bank, melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia;
(ii) memperkenalkan Program Pengurusan Wang Ringgit (POWER) yang bertujuan meningkatkan tahap pemahaman dan kemahiran pengurusan kewangan terutamanya bagi peminjam baru, golongan muda serta golongan yang berpendapatan rendah; dan
(iii) mengeluarkan Garis Panduan Mengenai Amalan Pembiayaan Yang Bertanggungjawab secara rasmi mengehendaki institusi kewangan membuat penilaian kemampuan seseorang bakal peminjam berdasarkan pendapatan bersih setelah potongan berkanun serta mengambil kira semua tanggungan hutang.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada langkah-langkah bagi menangani kos sara hidup, kerajaan turut menerapkan nilai-nilai untuk memajukan diri di kalangan rakyat termasuk golongan belia melalui ilmu dan kemahiran untuk meningkatkan peluang kerja yang lebih baik dan berpendapatan tinggi. Kerajaan juga amat menggalakkan rakyat termasuk golongan belia menceburi bidang keusahawanan. Untuk itu, kerajaan melalui pelbagai agensi seperti MARA,
DR.3.4.2014 12
TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia, INSKEN telah menyediakan banyak bantuan modal kepada rakyat untuk menceburi bidang perniagaan. Kerajaan telah melancarkan Program 1Malaysia Entrepreneur (1MET) pada tahun 2013 dan baru-baru ini kerajaan telah melancarkan program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) dan SUPERB, Tabung Usahawan Siswazah dan banyak lagi. Terima kasih.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu komprehensif. Namun demikian, saya merasakan bahawa langkah-langkah yang setakat ini dijalankan oleh kerajaan belum lagi dapat mencakupi sebahagian besar daripada golongan belia, yang kita tahu di negara kita ini dianggarkan seramai 12 juta atau 42% penduduk di Malaysia ini adalah belia.
Jadi dalam hal hutang isi rumah, kita juga tahu bahawa Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi dari segi hutang isi rumah di Asia. Jadi ini satu perkara yang serius, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Salah satu yang, tadi juga disebut oleh Yang Berhormat Menteri, salah satu daripada sebab utama berlakunya tanggungan hutang yang tinggi di kalangan pekerja muda ataupun belia ini adalah kerana di negara kita ini terlalu mudah untuk mendapatkan pinjaman sama ada daripada institusi kewangan yang berlesen mahupun yang tidak berlesen. Ini menyebabkan rakyat kita terutamanya golongan belia, ramai yang terpaksa menanggung bayaran hutang tetap setiap bulan yang juga menjejaskan perbelanjaan bulanan mereka.
Saya ingin petik satu kajian yang dibuat oleh FOMCA tahun 2012 yang merumuskan bahawa perbelanjaan seorang pekerja belia, puratanya daripada gaji mereka, 29% digunakan untuk bayar pinjaman perumahan, 51% puratanya membayar pinjaman kenderaan dan juga purata seorang pekerja muda membelanjakan RM702 sebulan melalui credit card. Ini semua tidak termasuk lagi bil, bayar telefon, kemudian pinjaman peribadi, pinjaman pelajaran dan sebagainya.
Jadi sekarang ini saya hendak tanya langkah yang strategik oleh pihak kerajaan yang telah dan akan diambil untuk menjadikan satu perimbangan antara keperluan pekerja muda untuk mendapatkan kemudahan pinjaman dan juga bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Saya mohon penjelasan. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Mengenai hutang isi rumah ini, saya telah menjawab dengan detil pada minggu sudah tetapi sebagai fakta utama yang saya jawab dalam hutang isi rumah itu ialah, 44% daripada hutang isi rumah adalah untuk membeli rumah, dan daripada 44% daripada keseluruhan hutang isi rumah itu, 84% daripada hutang rumah itu untuk membeli rumah pertama. Bererti rumah yang mereka beli itu adalah rumah untuk mereka duduki dan rumah itu menjadi aset kepada mereka. Yang tentang kad kredit ini cuma 6%. Manakala 16% lagi daripada keseluruhan hutang isi rumah itu adalah hutang membeli kereta. Jadi hutang isi rumah ini, 1.3% sahaja yang tidak berbayar. NPL sebanyak 1.3%. Jadi masih lagi dalam kawalan.
DR.3.4.2014 13
Kita tidak nafi bahawa kos sara hidup meningkat. Memang kita tidak nafikan tentang perkara itu. Dari segi perkara yang telah diambil berat oleh kerajaan ialah kita menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Menangani Kos Sara Hidup yang mana semua kementerian yang berkaitan berada dalam jawatankuasa itu dan telah berbincang beberapa kali, dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Ada banyak perkara yang diatur untuk kita memastikan kos sara hidup terutama belia di bandar boleh diturunkan.
■1050
Pada ketika yang sama dalam jangka waktu panjang, apakah yang kita lakukan? Pada tahun 2014 dalam bajet ada empat perkara penting yang kita berikan kepada belia. Pertama, RM200 juta pendekatan dua syif IKBN. Dahulu satu syif, sekarang dua syif. Kalau belia dapat kemahiran mereka dapat pendapatan yang lebih tinggi. Ini melibatkan 15,000 pelatih pada tahun ini.
Yang kedua, RM330 juta Dana Pinjaman Latihan Kemahiran di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Ini juga pinjaman kepada belia lepasan SPM, RM330 juta. Tahun ini juga kita bagi Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia RM178 juta. Tabung Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) untuk melaksanakan upskilling dan reskilling bagi menambah kemahiran kepakaran mereka bekerja, seterusnya boleh naik gaji, RM400 juta tahun ini. RM200 juta campur RM330 juta, campur RM188 juta, campur RM400 juta, tahun ini sahaja RM1,108 juta untuk kita bantu belia. Memang saya tahu angkanya itu 11.9 juta orang di Malaysia pada tahun 2013 dan 41.5% daripada penduduk di Malaysia ini ialah belia. Terima kasih.
Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya tanyakan soalan saya hendak ucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Dato’ Bentara Dalam iaitu dalam bahagian Sekijang [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan belia yang bergaji sekitar RM3,000 adalah mereka yang berkelulusan ijazah. Seperti yang kita sedia maklum, golongan belia yang belum berkahwin atau bujang yang berpendapatan lebih RM2,000 sebulan tidak layak menerima BR1M yang berjumlah RM300. Terdapat ramai juga golongan belia ini yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terpaksa menyara keluarga mereka.
Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, berapakah jumlah mereka yang merayu untuk mendapatkan BR1M 3.0 ini selepas permohonan awal mereka ditolak yang datangnya daripada golongan belia ini? Adakah kerajaan bersedia untuk melonggarkan kelayakan penerima BR1M bujang bagi membolehkan golongan ini turut sama menerima bantuan tersebut?
Selain daripada langkah-langkah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, apakah pula pelan jangka masa pendek kementerian bagi memastikan golongan ini tidak terus terhimpit dengan bebanan hidup di kawasan bandar besar terutamanya? Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: BR1M. Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Sehingga 27 Mac 2014 sebanyak 89% permohonan lulus telah ditunaikan melibatkan seramai 5.8 juta penerima atau RM2.9 bilion. Bagi permohonan gagal saya ingin menyatakan di sini
DR.3.4.2014 14
rayuan boleh dibuat mulai 1 April, tiga hari lepas dan permohonan yang gagal ini 1.626 juta orang iaitu 1,626,932 orang ataupun 20% daripada yang mohon BR1M itu gagal atas pelbagai sebab dan mereka boleh merayu. Antara pelbagai sebab itu ialah ada yang meletakkan ibu bapa yang sepatutnya menerima BR1M sebagai tanggungan mereka. Jadi, ibu bapa itu mohon juga, tidak akan dapatlah dan kemudian BR1M ini juga kita cross check dengan pemilikan kereta, senarai daripada JPJ. Kita juga semak dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF). Kalau mereka mengatakan pendapatan RM3,500 tetapi apabila kita semak pendapatan RM4,500.
Jadi gagallah. Itu antara sebab-sebabnya. Kalau mereka ada kereta tiga, empat buah lepas itu mengaku pendapatan bawah RM4,000, lepas itu baru beli Proton Perdana yang versi baru bulan Januari lepas misalnya memanglah tidak BR1M. Jadi, untuk golongan muda, individu yang lulus ialah 2,198,919. Ini terutama belia yang belum kahwin, 2.2 juta yang dapat RM300.
Untuk masa ini kita tidak berhasrat untuk menukar kriteria penerima BR1M ini. Tidak tahulah pada tahun hadapan bagaimana. Saya kira semua belia seramai 11.9 juta orang ini sebagaimana juga rakyat Malaysia yang lain, menerima subsidi yang pelbagai. Saya mengambil kesempatan ini dalam sedikit waktu lagi bahawa kita perlu mengetahui RON95, diesel, LPG, tepung, minyak masak, beras, semuanya ada subsidi. RON95, 73 sen kerajaan bantu satu liter, diesel 83 sen dibantu satu liter, LPG, ini untuk semua belia di bandar. Sepatutnya LPG itu RM49.42 gas memasak tetapi dibeli di kedai RM26.60. Satu tong kerajaan bantu RM22.80. Tepung RM2.03 sepatutnya tetapi di kedai RM1.35 subsidi 68 sen sekilo tepung. Minyak masak sepatutnya RM3.33 sekilo tetapi di kedai cuma RM2.50 kerana kerajaan bagi subsidi 83 sen. Beras ST15 sekilo kerajaan bagi subsidi 75 sen. Jadi, enam barangan ini terus dibagi subsidi kepada rakyat untuk membantu rakyat termasuklah belia.
Walau bagaimanapun, bantuan tidak langsung dan bantuan langsung yang kita berikan ini yang paling penting sekali ialah sikap. Apabila kita tahu pendapatan kita sekian banyak jangan berbelanja lebih daripada pendapatan dan carilah usaha-usaha yang lain untuk menambah terutama perniagaan, sebagaimana yang kita sebutkan tadi. Macam-macam kita bantu dan saya tidak perlu mengulang TEKUN, Amanah Ikhtiar dan lain-lain itu semua sudah sedia maklum. Carilah peluang-peluang itu dan carilah tambah ilmu supaya boleh tambah lagi pendapatan dan tambah kesejahteraan hidup kita masing-masing. Terima kasih.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia untuk semua termasuk rakyat Sik dan sawadikap untuk orang Siam- fasal dia hantar SMS kepada saya, “Jangan lupa kami”. Mana boleh lupa, jauh di mata dekat di hati. Soalan saya nombor lima.
5. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, bagaimana untuk memastikan keseimbangan harga barangan keperluan pengguna, berapakah jumlah terkini dan adakah perancangan di pihak kerajaan untuk mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) untuk masyarakat luar bandar di Malaysia.
DR.3.4.2014 15
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya pohon maaf Tuan Yang di-Pertua suara saya masih lagi seperti dua hari yang lalu cuma bagi sedikit pada hari ini.
Terima kasih pada Yang Berhormat Sik. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, Program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bertujuan untuk membantu dan juga mengurangkan kos perbelanjaan barangan keperluan harian bagi rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Pelaksanaan KR1M telah memberi pilihan kepada rakyat untuk mendapat barangan keperluan harian pada harga yang kompetitif dan berkualiti. Kerajaan telah menetapkan agar sekurang-kurangnya sebuah KR1M dibangunkan di setiap kawasan Parlimen sama ada di kawasan bandar ataupun di luar bandar.
Sehingga kini untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 129 buah KR1M telah beroperasi di sebanyak 115 kawasan Parlimen di seluruh negara. Pada tahun 2014, sebanyak 60 buah KR1M lagi akan dibina terutamanya di kawasan Parlimen yang masih belum mempunyai KR1M sama ada di kawasan bandar ataupun di luar bandar.
Mengenai dengan penetapan lokasi KR1M yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, lokasi KR1M dibuat berdasarkan kepada kriteria seperti berikut:
(i) lokasi di kawasan bandar ataupun pekan yang mempunyai penduduk yang berpendapatan rendah dan sederhana;
(ii) kawasan yang mudah dikunjungi oleh orang awam dan juga berdekatan dengan kawasan-kawasan perumahan.
■1100
(iii) dia mesti memenuhi saiz yang ditetapkan iaitu kira-kira 3,000 hingga 5,000 kaki persegi ataupun tiga ataupun lima lot buah kedai;
(iv) premis adalah mesti berada di lot tingkat bawah kedai ataupun bangunan yang telah siap dan mempunyai sijil layak menduduki;
(v) sekurang-kurangnya kedai KR1M yang hendak diwujudkan berada dalam jarak lima kilometer dari kedai KR1M yang sedia ada. Tidak terlalu hampir juga dengan kedai runcit di sekeliling ataupun dekat dengan kedai tukar yang berdekatan. Jadi premis terletak di kawasan komersial ataupun milik individu yang bersetuju untuk menyewakan premis kepada KR1M untuk diwujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab dengan jelas. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri di mana saya sudah berbincang dengan Yang Berhormat Menteri. [Dewan riuh][Ketawa]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Kalau dah bincang tak payahlah tanya soalan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pokok Sena.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Nanti dulu.
DR.3.4.2014 16
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Dah bincang, tak payahlah tanya soalan . Bagilah dekat orang lain.
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Bincang benda lain. Soalan benda lain Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan sebelum ini akan membuka satu Kedai Rakyat 1Malaysia di Sik. Terima kasih banyak-banyak Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, saya ingin penjelasan iaitu syarat modal minimum untuk membuka satu Kedai Rakyat 1Malaysia ialah setengah juta ringgit dalam bentuk cash ataupun bank guarantee ataupun instrumen kewangan yang lain. Maka rakyat berpendapat hanya jutawan atau orang kaya sahaja yang boleh membuka Kedai Rakyat 1Malaysia. Ahli perniagaan yang sederhana dan tidak begitu kaya hanya menjadi pemerhati dan pengguna atau pembeli tanpa ada peluang untuk menjadi pengusaha Kedai Rakyat 1Malsyia.
Soalan saya ialah adakah kerajaan ada atau dalam perancangan untuk mengadakan insentif kepada usahawan yang berminat untuk mengusahakan Kedai Rakyat 1Malaysia dan adakah apa-apa insentif seperti hypermarket yang memberi insentif kepada pelanggan seperti mana memberi reward dan sebagainya kepada pelanggan-pelanggan Kedai Rakyat 1Malaysia supaya mereka dapat digalakkan lagi untuk datang ke kedai rakyat ini? Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah: Terima kasih Yang Berhormat, soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, yang kita bincang tadi ini mungkin bukan satu perkara, banyak perkara yang kita bincang dengan Yang Berhormat Sik.
Untuk menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat, buat masa sekarang Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan inisiatif kepada usahawan yang berminat untuk mengusahakan KR1M, manakala insentif yang sebenarnya kita beri ialah terutama sekali kepada pelanggan yang membeli di kedai KR1M adalah melalui harga produk 1Malaysia kedai KR1M iaitu yang murah berbanding produk yang sama tetapi berjenama lain.
Untuk maklumat, produk-produk 1Malaysia kedai rakyat tidak mempunyai sebarang elemen kos pengiklanan atau promosi dalam menetapkan harga. Oleh yang demikian, harga tersebut sememangnya telah murah dan tidak margin untuk mengadakan inisiatif dalam bentuk lain kepada pengguna.
Sebagai tambahan untuk maklumat Yang Berhormat, harga yang ditawarkan untuk produk 1Malaysia kedai rakyat ini adalah tidak bersifatkan sementara seperti mana yang ditawarkan oleh produk jenama lain iaitu untuk masa-masa yang terhad. Oleh yang demikian, faedah yang akan diterima oleh pihak pengguna sekiranya mereka membeli produk 1Malaysia kedai rakyat.
Mengenai dengan modal minimum RM500,000 Yang Berhormat sebut. Untuk makluman Yang Berhormat, objektif utama kita wujudkan KR1M adalah untuk membantu rakyat dan modal minimum yang sebanyak RM500,000 tersebut diperlukan untuk tujuan pembelian sekiranya siapa yang berminat untuk mewujudkan ataupun mengadakan kedai KR1M ini, modal minimumnya
DR.3.4.2014 17
RM500,000 diperlukan untuk tujuan pembelian stok yang pertama dan yang kedua, stok barang-barang KR1M.
Di samping itu juga, memandangkan operasi KR1M ini tidak menjamin pulangan jangka masa yang pendek kerana harganya terlalu murah dan modal tersebut digunakan untuk menampung kos operasi Kedai Rakyat 1Malaysia terutama seperti sewa kedai, bil-bil utiliti seperti telefon, air, elektrik dan lain-lain termasuklah gaji pekerja dan juga lesen-lesen perniagaan yang lain.
Untuk memastikan pertama, dengan modal sebanyak itu supaya kelangsungan operasi KR1M ini walaupun di masa KR1M ini belum memperoleh keuntungan. Oleh sebab itu modal ini agak tinggi kerana kita hendak pastikan kelangsungan bagi segi perjalanan kedai KR1M ini kerana profit margin dia terlalu rendah. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kerajaan dia memotong subsidi sehingga petrol naik supaya subsidi menepati sasarannya, dan apakah pula rasional kedai KR1M ini boleh dibeli oleh semua rakyat termasuklah juga pendatang yang bukan rakyat Malaysia kerana kita tahu 60% daripada rakyat yang penerima KR1M ini adalah 60% rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Kenapa pihak kementerian tidak mengadakan kad supaya mereka yang beli di kedai KR1M tersebut hanyalah mereka yang benar-benar layak kerana wang ini adalah wang subsidi, wang daripada rakyat yang sepatutnya memang diberikan kepada terutamanya 60% daripada kalangan rakyat yang menjadi penerima kepada BR1M ini. Saya mohon penjelasan.
Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah: Terima kasih Yang Berhormat mengenai soalan tambahan mengenai dengan KR1M boleh dibeli oleh semua golongan. Untuk makluman Yang Berhormat, saya pun sudah bagi jawapan di dalam Dewan yang mulia ini pada sesi yang lalu mengenai dengan kedai KR1M ini membolehkan seluruh rakyat di semua peringkat membeli di kedai-kedai KR1M ini dengan tanpa ada kawalan.
Cuma untuk makluman Yang Berhormat, kedai KR1M ini kita wujud ialah untuk menampung agar kos sara hidup rakyat walaupun sama ada berpendapatan rendah ataupun tidak, walaupun apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, tetapi memandangkan kedai KR1M ini kita wujud semata-mata adalah untuk memastikan supaya barangan keperluan harian ini akan ada secukupnya di seluruh kawasan yang saya sebut awal tadi, kawasan-kawasan yang kita rasa sepatutnya ada Kedai Rakyat 1Malaysia untuk membantu pengguna ataupun pembeli di kawasan tersebut. Jadi sebab itu kawalan ini kita tidak terhad.
Cuma dalam bentuk jumlah yang kita pastikan supaya pembeli di kedai KR1M ini tidak membeli dalam satu jumlah yang banyak kerana terhad supaya semua orang dapat membeli. Ini kerana kita bimbang sekiranya dibeli barang ini secara jumlah yang terlalu besar akan mengurangkan barang di kedai-kedai KR1M. Akan tetapi, walau bagaimanapun Yang Berhormat, kita sedang meneliti perkara ini.
DR.3.4.2014 18
Cadangan-cadangan daripada Ahli Yang Berhormat agar kedai KR1M ini sepatutnya dibenar cuma dibeli oleh orang-orang yang tertentu dengan menggunakan kad atau sebagainya, masih lagi di dalam penelitian kita dan mungkin pada masa-masa yang akan datang, cadangan Yang Berhormat itu dapat dilaksanakan. Akan tetapi, untuk sekarang, memang dibenarkan seluruh peringkat rakyat untuk membeli di kedai KR1M yang kita wujudkan. Terima kasih.
■ 1110
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua, ini berkenaan hak pengguna ini. Harga barang mahal.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Silakan. Saya jemput Yang Berhormat Sepang.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Yang Berhormat Pokok Sena sakit apa pagi ini? Semua orang dia hendak kacau.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Baling relakslah.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua, nampak Yang Berhormat Baling ini dia terlajak ubat sudah tadi. Saya ingat Yang Berhormat Lenggong bagi ubat apa ini dekat dia.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Sepang.
6. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang] minta Menteri Pendidikan menyatakan:
(a) mengapakah kerajaan enggan mendedahkan kepada awam data-data bagaimanakah kerajaan menilai kaedah gred peperiksaan SPM hatta kepada PEMANDU; dan
(b) sepuluh buah sekolah yang mengambil ujian PISA dan apakah keputusan bagi setiap sekolah tersebut.
Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin]: Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi, salam sejahtera dan ucapan terima kasih dilahirkan kepada Yang Berhormat Sepang atas soalan berkaitan dengan penilaian akademik.
Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan kaedah penentuan standard atau standard fixing, dengan izin, dan penepatan standard agar standard setting, dengan izin, untuk menentukan tahap penguasaan, pencapaian dan kompetensi murid melalui peperiksaan awam. Lembaga peperiksaan juga menggunakan pendekatan rujukan norma dan dalam hal ini pertimbangan dibuat dengan mengambil kira reka bentuk instrumen, prestasi pencapaian calon serta pola pencapaian beberapa tahun yang lepas. Setiap mesyuarat penentuan standard turut melibatkan pakar-pakar penaksiran luar negara dan keputusan dibuat berdasarkan pertimbangan profesional dan bukti empirikal.
Penentuan markah sempadan, maafkan saya, juga gred peperiksaan adalah mengikut garis panduan dan prosedur yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan ia adalah sulit serta tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi Kerajaan Malaysia 1972. Walau bagaimanapun, mengikut
DR.3.4.2014 19
Akta Pendidikan 1996, Bahagian II, Perkara 4(b), untuk mengeluarkan kertas peperiksaan, untuk menyediakan bahan peperiksaan dan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan serta bahan peperiksaan termasuk markah-markah yang diperoleh oleh calon adalah sulit dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi Kerajaan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, jawapan untuk soalan bahagian (b) adalah dalam kajian PISA 2012, sebanyak 144 buah sekolah terpilih sebagai sample kajian bagi mewakili Malaysia dalam tiga domain iaitu:
(a) Matematik;
(b) Sains; dan
(c) bacaan.
Sekolah-sekolah ini, dipilih secara rawak, berstrata dan bagi domain Matematik sepuluh sekolah terbaik di Malaysia mencapai skor 519 hingga 568. Manakala bagi domain Sains, sepuluh sekolah terbaik mencapai skor 502 hingga 559. Seterusnya bagi domain bacaan, sepuluh sekolah terbaik mencapai skor 486 hingga 530. Mengikut Organisation for Economic Cooperation and Development, dengan izin, atau OCED, pencapaian skor melebihi daripada 600 adalah di tahap cemerlang dan pencapaian skor lebih 500 adalah tahap baik. Sekian, terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, walaupun tadi dinyatakan bahawa sepuluh buah sekolah yang terbaik telah memperoleh skor yang agak boleh dibanggakan, 500 lebih. Akan tetapi, Yang Berhormat Timbalan Menteri juga sedar bahawa dari segi hierarkinya Malaysia menduduki tangga ke-39 secara keseluruhan daripada 44 buah negara yang terlibat dalam PISA ini atau pun Program for International Student Assessment ini, di mana Singapura terus mengungguli di negara ASEAN negara Asia malahan di dunia dengan memperoleh skor sebanyak 562 secara keseluruhan.
Kita tahu 2012 dulu sebelum ini Malaysia berada di tangga ke-52 daripada 65 buah negara. Malahan kita kalah dengan Vietnam, di mana Vietnam berada dalam kedudukan nombor 17 daripada 65 negara. Jadi soalan saya, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa Pemangku Pengarah Pendidikan dan Kemahiran (OECD) menyatakan pembuat-pembuat polisi dan juga pendidik perlu membentuk semula sistem sekolah dan kurikulum bagi membantu pelajar membangunkan kemahiran penyelesaian masalah mereka yang semakin diperlukan oleh ekonomi hari ini.
Saya juga ingin berkongsi di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri, pakar Senior Economist of World Bank for Malaysia, Dr. Frederico Gil Sander menyatakan bahawa kita di Malaysia ini, rakyat Malaysia perlu disedarkan mengenai pencapaian anak-anak mereka di sekolah lebih teruk daripada pelajar di kawasan perkampungan di Vietnam, yang mana negara itu lebih miskin daripada Malaysia. Saya quote apa yang dia katakan, “The country substandard education system would affect the pull of skill talents, it needs to grow in economy to become a
DR.3.4.2014 20
high income nation while house household that is not necessarily a problem if the economy continues to grow and citizen are gain fully employed.”
Maknanya, ada pandangan daripada pakar-pakar yang menyatakan kebimbangan dengan tahap pendidikan kita yang begitu rendah di mana dia mengatakan kita lebih teruk daripada Vietnam. Jadi saya ingin bertanyakan, adakah kementerian ini masih lagi berada dalam denial syndrome? Oleh sebab kita lihat, apabila tahap pendidikan ini makin lama makin rendah dan kita di dalam keadaan denial syndrome, ini tidak akan membantu untuk kita menyelesaikan masalah untuk menaikkan taraf pendidikan pelajar-pelajar kita. Kita akan melahirkan pelajar-pelajar ini, kita akan melahirkan pelajar-pelajar macam itulah. Macam itulah itu, itu lah semua itu... [Menunjuk ke blok kerajaan] Adakah kita hendak melahirkan macam itu?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sesuailah dengan tahap pendidikan yang ada sekarang. Kita melahirkan macam Baling dan sebagainya. Terima kasih.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Eh! Apa pula Baling ini, mamak? Mamak Sepang ini jangan lebih... [Dewan riuh]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Saya ingat itu adalah satu ayat unparliamentarily.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak payah disensasikan Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: I’m okay, I’m okay. Saya tidak ada masalah.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Yang Berhormat Batu dia mamak sama I lah, you sibuk kenapa Yang Berhormat Batu?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Akan tetapi ini mamak bagus, itu mamak tidak bagus. Itu sahaja... [Ketawa]
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Tuan Yang di-Pertua,
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya Yang Berhormat Menteri.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih atas komen dan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sepang, dan dengan penuh tawaduk, Kementerian Pendidikan Malaysia memang sedar tentang perkara-perkara yang tadi disebut oleh Yang Berhormat Sepang.
Dengan kesedaran ini dan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak diadakan dalam satu syndrome denial. Ini kerana apabila kita kesan daripada keputusan-keputusan dari PISA dan TIMSS, Kementerian Pendidikan Malaysia sudah berusaha untuk mewujudkan satu pelan pembangunan pendidikan Malaysia dan pelan ini sebenarnya dengan izin, address the issues that you have just mentioned.
■1120
Di sini juga saya hendak sampaikan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat analisa sudah dibuat berdasarkan keputusan-keputusan dan kelemahan-kelemahan sudah dikesan dan
DR.3.4.2014 21
Kementerian Pendidikan Malaysia sudah melangsungkan beberapa inisiatif. Saya berharap Yang Berhormat-Yang Berhormat memberi perhatian kepada saya apabila saya menjelaskan tentang inisiatif... [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Putatan yang kacau. Saya concentrate. Yang Berhormat Putatan ini apalah.
Seorang Ahli: Baik cikgu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Diam Yang Berhormat.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Izinkan saya teruskan Yang Berhormat. Banyak inisiatif telah dibuat dan sedang dijalankan mengikut perancangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dijangkakan dapat meningkatkan kedudukan Malaysia dalam kajian PISA. Seterusnya penerapan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KEBAT) dalam aktiviti kokurikulum dan kurikulum memberi kursus KEBAT kepada guru-guru, aktiviti KEBAT berasaskan projek, perkongsian program KEBAT dengan pihak swasta dan komuniti.
Kedua, peningkatan peratus kandungan KEBAT dalam soalan peperiksaan awam seperti SPM dan mengubah format soalan menjurus kepada soalan dalam PISA, memperkenalkan program i-Think kepada guru untuk melatih murid menggunakan peta minda, menambah baik kepada kurikulum sedia ada supaya dapat merangkumi kesemua topik yang ada dalam kajian PISA dan ujian Mock test kepada semua murid yang terlibat dalam kajian PISA tahun 2015.
Selain daripada itu, izinkan saya memberi satu peringatan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini bahawa pendidikan adalah satu tanggungjawab kolektif, bukan tanggungjawab untuk Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja mendidik murid-murid tetapi izinkan saya untuk menggunakan satu quotation dari Afrika yang berkata, “It takes the whole village to educate a child” and the whole village terdiri daripada pemimpin-pemimpin seperti Yang Berhormat-Yang Berhormat, ibu bapa, ahli-ahli komuniti dan stakeholders. Marilah kita memberi sokongan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dengan doa dan harapan bahawa keputusan untuk PISA tahun 2015 akan merekodkan peningkatan. Sekian, terima kasih, salam hormat...
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: [Bangun]
Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, seramai 13,970 tahun sudah punya Sijil Pelajaran Malaysia telah mendapat A, saya ucapkan tahniah dan syabas terutama kepada pelajar-pelajar di seluruh negara dan juga guru-guru terutamanya pelajar-pelajar yang berada dalam Parlimen Gerik.
Soalan saya yang pertama- Baling pun sekalilah itu. Soalan saya ialah kenapakah Kementerian Pendidikan pada tahun ini untuk matrikulasi, pemilihan matrikulasi dikeluarkan borangnya sebelum keluar keputusan SPM. Seterusnya apakah status bagi isu kebocoran soalan SPM tahun 2013 untuk mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan dan jika benar ianya berlaku, adakah sudah dikenal pasti pihak yang bertanggungjawab? Apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka serta sejauh mana sambutan pelajar-pelajar yang telah lulus SPM untuk masuk ke Tingkatan 6 yang telah diubah daripada Tingkatan 6 Rendah dan atas kepada
DR.3.4.2014 22
tiga semester untuk masuk ke Tingkatan 6. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan persoalan ini.
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang terdiri daripada tiga perkara. Izinkan saya untuk membalas yang berkaitan dengan kebocoran soalan. Di sini saya minta Yang Berhormat untuk memberi evident supaya ini boleh disampaikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
Berkaitan dengan matrikulasi dan Tingkatan 6 di mana kita ada tiga semester. Ini adalah berkaitan dengan menambah baik sistem yang sudah diwujudkan. Seperti yang saya sudah beritahu tadi bahawa apabila kita kesan bahawa kita merekodkan atau ada kelemahan, kita dengar. Jadi apabila kita dapat pendapat atau input dari pihak rakyat, itulah Kementerian Pendidikan Malaysia ambil tindakan untuk menambah baik sistem yang diwujudkan. Sekiranya Yang Berhormat memerlukan penjelasan selanjutnya, saya boleh duduk bersama dengan Yang Berhormat untuk mengadakan satu perbincangan over a cup of tea. Sekian, terima kasih. Salam hormat.
7. Tuan Haji Mohd. Fasiah bin Mohd. Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, sejauh manakah kerajaan telah melaksanakan program jaminan pembelian hasil pertanian daripada petani bagi memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan kestabilan harga hasil dan produk pertanian.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sabak Bernam.
Untuk makluman, kerajaan telah melaksanakan jaminan pembelian hasil pertanian daripada petani melalui Program Ladang Kontrak di mana keluaran petani dijamin pasarannya oleh FAMA melalui belian terus oleh FAMA dengan mengadakan perjanjian jual beli di antara FAMA sebelum petani mengeluarkan hasil. Dalam Program Ladang Kontrak ini, bukan sahaja FAMA yang terlibat tetapi juga semua agensi di bawah kementerian juga memainkan peranan mereka seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang dan juga Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, MARDI dan sebagainya. Tiap-tiap satu daripada agensi dan jabatan ini mempunyai peranan sepanjang pengurusan rantaian bekalan makanan.
Program Ladang Kontrak ini dimulakan sejak tahun 2006 lagi sehingga bulan Disember 2013, seramai 18,200 orang petani telah mendaftar dalam Program Ladang Kontrak dengan keluasan 32,885 hektar. Pengeluarannya pula, pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan bagi tahun 2006 hingga 2010, dalam tempoh itu ialah sebanyak 1. juta metrik tan. Seterusnya dengan anggaran nilai sebanyak RM2.6 bilion. Pengeluaran ini diteruskan hingga pada tahun-tahun berikutnya dengan pengeluaran yang bernilai sekitar RM600 juta setiap tahun, saya tidak perlu memperincikan kerana masa pun sudah suntuk.
Jadi Program Ladang Kontrak ini telah dapat mengatasi lambakan dan pembaziran hasil pertanian kerana petani menanam dan mengeluarkan produk yang dihasilkan oleh mereka itu
DR.3.4.2014 23
dengan perancangan di mana permintaan ataupun pasaran ditentukan terlebih dahulu sebelum mereka mengeluarkan hasil pertanian mereka.
■1130
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin memaklumkan bahawa Program Ladang Kontrak ini telah maju ke hadapan lagi dengan pengenalan Program Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak yang dipanggil Kukuh terus ke pasaran khususnya pasar tani bagi memberi pulangan yang munasabah kepada petani dan menawarkan harga yang berpatutan. Sekian terima kasih. Masa sudah cukup.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid [Lumut]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu isu berhubung jawapan bertulis daripada kementerian-kementerian. Oleh kerana penggal yang lepas kita terlupa hendak catat apa yang kita sudah soal tetapi penggal ini saya catat. Terdapat beberapa soalan bertulis daripada kementerian masih lagi kita tidak terima. Kita bimbang selepas habis sesi ini masih kita tidak terima. Kita mohonlah supaya kementerian ambil tindakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Sepatutnya apabila bangun sama ada on point of order Yang Berhormat. Walau bagaimanapun saya minta yang berkenaan untuk ambil maklum.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Peraturan mesyuarat yang mana Yang Berhormat?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Peraturan Mesyuarat 36(12). Kalau Tuan Yang di-Pertua masih ingat kami telah bangkit isu Yang Berhormat Kudat, Timbalan Menteri Pertahanan telah membuat satu statement yang dianggap tidak benar dan beliau telah tarik balik statement ini di luar Dewan. Kami dimaklumkan akan ada satu keputusan dan Timbalan Menteri akan dipanggil untuk membetulkan.
Saya juga ingin bawa sekali lagi juga Yang Berhormat Arau pun pernah mengeluarkan satu statement di Dewan ini menyatakan kerajaan mencadangkan undi mengikut keturunan. Itu juga saya belum dapat penjelasan sama ada ini kenyataan pendirian kerajaan atau pendirian beliau. Kalau bukan pendirian kerajaan harus dibetulkan juga.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: That is not on point of order. Yang Berhormat saya sudah buat keputusan hari itu, saya katakan on Yang Berhormat Kudat check Hansard yang kita akan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kudat. He masih stays. Yang Berhormat Kudat terlibat dengan lawatan rasmi Presiden Timor-Leste dan tentulah tidak berada dalam Dewan. So, kita tunggu nanti.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: So, beliau akan balik...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: It stays, keputusan saya itu masih kekal sedemikian.
DR.3.4.2014 24
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Kita hanya hendak tahu bila akan dilaksanakan?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga
11.33 pg.
Menteri Kewangan II [Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pungutan cukai barang dan perkhidmatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai Goods and Services Tax (GST) merupakan satu langkah kerajaan dalam menyusun semula struktur percukaian negara. Di dalam mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi negara perlu mempunyai sistem percukaian lebih telus, efisien dan mesra peniagaan. GST yang dicadangkan bukanlah merupakan cukai baru. GST akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedang dilaksanakan sekarang.
Langkah pemansuhan cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini diambil kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan didapati mempunyai banyak kelemahan yang berpunca dari sistem percukaian itu sendiri. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah elemen cukai atas cukai yang menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi dan aktiviti pemindahan harga dengan izin transfer pricing yang memberi kesan kepada kutipan hasil negara.
Kelemahan ini sebenarnya memberi kesan negatif bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada pengguna. GST telah terbukti sebagai satu sistem percukaian lebih efektif dan efisien serta mempunyai banyak kebaikan. Berdasarkan alasan itu juga didapati sebanyak 160 buah negara di dunia telah melaksanakannya.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi 15 bahagian yang merangkumi 197 fasal termasuk empat jadual. Peruntukan-peruntukan dalam rang undang-undang ini diringkaskan seperti berikut.
Bahagian I – Fasal 1 hingga 4, bertujuan memperuntukkan perkara permulaan di mana antara perkara-perkara pertama yang diperuntukkan adalah tentang apakah yang dimaksudkan
DR.3.4.2014 25
dengan perniagaan dalam konteks pengenaan GST. Perniagaan yang dimaksudkan adalah termasuk apa-apa perdagangan, profesion pekerjaan atau apa-apa aktiviti sumber yang lain sama ada bagi keuntungan wang ataupun tidak.
Namun begitu maksud perniagaan tidak meliputi pekerjaan di bawah kontrak perkhidmatan dan hobi. Selain itu maksud perbekalan barang atau perkhidmatan juga diterangkan di samping menyenaraikan perkara yang dikira sebagai pembekalan barang atau perkhidmatan di dalam Jadual Pertama dan juga menyenaraikan perkara yang bukan perbekalan barang atau perkhidmatan di dalam Jadual Kedua.
Bahagian II – Fasal 5 hingga 8, berkaitan dengan pentadbiran GST terutamanya tentang Ketua Pengarah Kastam mempunyai pengawasan ke atas semua perkara yang berhubungan dengan GST. Keperluan kepada pegawai GST untuk memperkenalkan diri dalam melaksanakan kewajipan. Semua pegawai GST adalah penjawat awam dan kerahsiaan maklumat.
Bahagian III – Fasal 9 hingga 18, mengandungi peruntukan mengenai pengenaan dan skop GST. Bahagian ini disediakan bagi menjelaskan dengan teliti dalam keadaan mana GST boleh dikenakan dan kadar GST yang dikenakan. Menteri Kewangan diberi kuasa untuk menetapkan kadar GST di mana ianya perlu dibuat melalui satu perintah yang disiarkan di dalam warta dan dibentangkan di Dewan Rakyat.
Berdasarkan kepada pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2014, kadar GST yang dicadangkan adalah 6%. Kadar ini adalah yang terendah di kalangan negara ASEAN. Selain itu peruntukan mengenai penentuan masa perbekalan, pembekalan, tempat pembekalan, layanan GST ke atas pembekalan perkhidmatan yang diimport, penentuan negara tempat pembekal atau penerima perkhidmatan, penetapan kaedah dalam menentukan nilai dan cara pengiraan nilai barang diimport juga telah disediakan.
Rang undang-undang ini juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menentukan jenis barang perkhidmatan yang boleh dikenakan GST pada kadar sifar atau dikecualikan dari dikenakan GST. Penentuan ini akan dibuat melalui perintah yang disiarkan dalam warta dan dibentangkan di Dewan Rakyat. Senarai barang dan perkhidmatan yang akan dikenakan GST pada kadar sifar dan dikecualikan dari dikenakan GST telah diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2014 yang lalu. Antara barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST pada kadar sifar adalah barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak. Termasuk bekalan air paip dan 300 unit pertama bekalan elektrik bagi pengguna domestik.
Selain itu perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan juga akan dikecualikan dari dikenakan GST. Ini termasuk jual beli dan sewaan rumah kediaman dan perkhidmatan kewangan yang terpilih seperti insurans nyawa. Langkah diambil kerajaan ini sebenarnya bagi menjadikan GST yang dilaksanakan kelak bersifat progresif di samping membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
DR.3.4.2014 26
Bahagian IV – Fasal 19 hingga 32, memperkatakan perkara berkaitan pendaftaran. Peruntukan telah digubal adalah berkenaan pendaftaran secara mandatori dan pendaftaran secara sukarela bagaimana orang yang ingin mendaftar.
■1140
Bagi tujuan pendaftaran, sesuatu perniagaan wajib berdaftar sekiranya nilai jualan tahunan melebihi tahap threshold yang ditetapkan iaitu RM500,000 setahun. Manakala perniagaan yang jualan tahunannya kurang daripada tahap threshold tersebut, mereka tidak perlu berdaftar tapi dibenarkan untuk berdaftar secara sukarela. Ini bermaksud perniagaan kecil tidak akan terbeban dengan kos permulaan dan pematuhan GST. Kuasa penetapan tahap threshold ini diberi kepada Menteri Kewangan dan ianya perlu dibuat melalui satu perintah dan disiarkan di dalam warta.
Selain itu peruntukan berkaitan pendaftaran secara berkumpulan, pendaftaran bagi perkongsian, pertubuhan dan organisasi yang serupa dan pendaftaran bagi cawangan atau bahagian juga telah digubal. Bahagian V, fasal 33 hingga 53 membuat peruntukan mengenai perakaunan, tafsiran, mendapatkan semula cukai dan sebagainya. Perkara yang digubal adalah berkaitan pengeluaran invois cukai, keperluan untuk menyimpan rekod selama tujuh tahun dan asas perakaunan yang perlu diguna pakai semasa mengakaun cukai pada masa pembekalan.
Seperti mana ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, GST bukan merupakan kos kepada perniagaan. Ini disebabkan kerana apa-apa GST yang dibayar ke atas input boleh dituntut semula sebagai kredit daripada kerajaan. Sehubungan itu, peruntukan mengenai kebenaran pada orang kena cukai untuk memotong cukai input daripada cukai outputnya dan mengehadkan amaun cukai input sebagai kredit untuk bekalan tertentu juga telah disediakan. Kemudahan yang disediakan ini juga akan menghapuskan elemen cukai atas cukai seperti yang terdapat dalam sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang. Ini bermaksud, pengguna akan membayar harga barang dan perkhidmatan yang lebih kompetitif dan telus.
Bahagian VI, fasal 54 hingga 55, memperkatakan tentang penubuhan kumpulan wang bagi pembayaran balik GST. Penubuhan kumpulan wang ini atau lebih dikenali sebagai Tabung Bayaran Balik GST memudahkan urusan bayaran balik GST dan konsepnya adalah sama dengan tabung yang ditubuhkan di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tujuan bayaran balik lebihan cukai pendapatan. Langkah ini menunjukkan yang kerajaan komited di dalam membuat bayaran balik GST dalam tempoh 14 hari bekerja jika borang cukai dihantar secara elektronik dan 28 hari bekerja jika dihantar secara manual.
Ini adalah bertujuan untuk tidak membebankan peniaga di dalam menanggung kos kewangan jika lambat menerima bayaran balik GST. Bahagian VII, fasal 56 hingga 63 bertujuan memperuntukkan perkara mengenai pelepasan pembayaran balik dan peremitan. GST merupakan satu bentuk cukai kepenggunaan yang mana ianya akan dibayar apabila seseorang membuat pembelian ataupun berbelanja. Selain itu, semua peniaga yang layak juga perlu mengenakan GST ke atas bekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat mereka. Namun begitu dalam keadaan tertentu, Menteri Kewangan boleh memberikan pelepasan kepada mana-
DR.3.4.2014 27
mana orang daripada membayar GST ataupun mengenakan GST. Sebagai contoh pelepasan akan diberi ke atas perolehan barang yang dibuat oleh jabatan kerajaan. Senarai mereka akan diberi pelepasan ini akan dibuat melalui perintah yang disiarkan dalam warta dan dibentangkan di Dewan Rakyat.
GST sebenarnya mempunyai mekanisme tersendiri untuk merangsang sektor ekonomi yang terpilih. Seperti kita sedia maklum, industri pelancongan merupakan salah satu industri penting dalam perkembangan ekonomi negara. Di dalam memastikan perkembangan positif industri pelancongan terutamanya dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah utama dunia, peruntukan mengenai skim bayaran balik pelancong telah disediakan. Melalui skim ini, pelancong yang membeli barang di kedai yang diluluskan dan seterusnya membawa keluar barangan tersebut boleh menuntut balik GST yang telah dibayar ke atas barang tersebut. Tuntutan bayaran balik boleh dibuat di lapangan terbang antarabangsa dan bayaran balik ini akan diproses dan dibuat oleh ejen bayaran balik yang dilantik kerajaan.
Bahagian VIII, fasal 64 hingga 75 membuat peruntukan mengenai kes khas dalam menjadikan sistem percukaian GST ini mudah ditadbir urus. Perkhidmatan dibuat oleh Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri tidak akan termasuk dalam skop berkenaan GST. Ini bermaksud orang ramai tidak perlu membayar GST ke atas perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran lesen, pasport dan kad pengenalan. Layanan yang sama juga diberikan ke atas perkhidmatan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun berkaitan dengan fungsi pengawal seliaan dan penguatkuasaannya. Kerajaan sedar bahawa pelaksanaan GST mestilah bersifat mesra peniaga di mana ianya perlu selari dengan aturan biasa satu jenis perniagaan. Sehubungan itu, peruntukan mengenai pelepasan hutang lapuk, pelepasan barang terpakai, pelantikan dan tatacara bekalan dibuat oleh agen, pemindahan usaha berterusan dan usaha sama telah disediakan.
Selain itu, skim-skim khas juga diperkenalkan bagi memenuhi keperluan urus niaga yang mempunyai karakter yang tersendiri. Skim-skim khas yang terdapat dalam rang undang-undang adalah seperti berikut:
(i) Skim Penggudangan. Sekiranya terdapat bekalan ke atas barang diimport yang tertakluk pada skim penggudangan, maka bekalan yang berlaku di dalam gudang tersebut tidak dikenakan GST;
(ii) Skim Pedagang diluluskan. Cukai ke atas barang yang diimport akan digantung tapi ianya perlu di akaun dalam tempoh bercukai berlakunya pengimportan tersebut;
(iii) Skim Pengilang Tol diluluskan. Bekalan barang siap daripada pengilang tol kepada prinsipalnya yang berada di luar negara tidak akan diambil kira dalam pengenaan GST;
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
DR.3.4.2014 28
(iv) Skim Tukang Emas diluluskan. Orang kena cukai tidak perlu mengakaun GST yang dikenakan ke atas bekalan barang tertentu kepada tukang emas diluluskan sebaliknya tukang emas yang diluluskan tersebut perlu mengakaunkan sendiri cukai tersebut; dan
(v) Skim Kadar Rata. Skim ini membenarkan orang yang layak untuk mengenakan tambahan kadar ke atas balasan bekalannya. Skim ini secara asasnya adalah disediakan ke petani yang belum mencapai threshold.
Aktiviti pasaran modal dan skim ini, broker saham dan remisier akan dianggap sebagai satu entiti tunggal bagi tujuan pentadbiran Skim ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh remisier yang majoritinya berada di bawah tahap threshold yang ditetapkan dan jualan tahunan yang tidak menentu. Semua pendaftaran akan dibuat atas nama broker saham.
Bahagian IX, fasal 76 hingga 79 bertujuan memperuntukkan peruntukan mengenai ketetapan GST. Sekiranya terdapat peruntukan di dalam rang undang-undang ini memerlukan penjelasan lebih lanjut terutama berkaitan dengan pemakaian mana-mana peruntukan, Ketua Pengarah Kastam boleh membuat ketetapan umum. Ketetapan umum ini boleh dibuat dan terpakai bagi mana-mana orang atau mana-mana jenis urus niaga. Selain itu, Ketua Pengarah Kastam juga boleh membuat ketetapan awal berdasarkan permohonan yang dibuat oleh mana-mana orang berkaitan dengan apa-apa perkiraan. Langkah-langkah ini adalah bagi menjadikan sistem percukaian GST lebih telus dan mudah dipatuhi.
Bahagian X, fasal 80 hingga 87 memperkatakan tentang hal berkaitan tentang penguatkuasaan yang secara asasnya meliputi pemeriksaan, penyiasatan, penggeledahan, penyitaan dan kuasa untuk menahan.
Bahagian XII, fasal 88 hingga 98 mengandungi peruntukan mengenai kenaan penalti bagi kesalahan berikut:
(a) menghantar penyata yang tidak betul;
(b) pengelakan cukai dan fraud;
(c) memperoleh bayaran balik secara tidak wajar;
(d) kesalahan berkaitan barang, invois dan resit;
(e) menghalang pegawai;
(f) enggan menjawab soalan;
(g) memberi maklumat palsu; dan
(h) bersubahat.
Bahagian XII, fasal 99 hingga 122 bertujuan memperuntukkan perkara mengenai perbicaraan dan prosiding. Sebagai contoh berkenaan hal pendakwaan, beban pembuktian,
DR.3.4.2014 29
obligasi kerahsiaan perlindungan pemberi maklumat, penyampaian saman, kompaun dan perintah mahkamah.
Bahagian XIII, fasal 123 hingga 153 memperkatakan tentang semakan semula rayuan. Sistem cukai yang adil mestilah mempunyai ruang untuk menyemak semula apa-apa keputusan yang telah dibuat. Sehubungan itu peruntukan bagi membolehkan Ketua Pengarah Kastam untuk mengkaji dan menyemak semula keputusan yang telah dibuat sebelumnya dan membuat keputusan muktamad dalam tempoh masa yang ditetapkan telah disediakan.
Peruntukan mengenai penubuhan Tribunal Rayuan GST juga telah digubal. Platform yang disediakan ini adalah bagi memberi ruang kepada mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan oleh Ketua Pengarah Kastam untuk membuat rayuan kepada Tribunal Rayuan GST. Tribunal ini akan mempunyai seorang pengerusi, timbalan pengerusi dan anggota lain tribunal. Kuasa melantik mereka ini diberikan kepada Menteri Kewangan. Selain itu, Menteri Kewangan juga mempunyai kuasa untuk menentukan saraan terma dan syarat pelantikan anggota tribunal.
■1150
Bahagian XIV, fasal 154 hingga 160 menyatakan tentang kawasan ditetapkan. Dicadangkan GST tidak dikenakan di kawasan ditetapkan iaitu di Labuan, Langkawi dan Tioman. Ini bermakna selain pelancong, penduduk-penduduk di ketiga-tiga kawasan ini juga secara asasnya tidak perlu membayar GST ke atas pembelian barang ataupun perkhidmatan.
Bahagian XV, fasal 161 hingga 163 bertujuan memperuntukkan perkara mengenai zon perdagangan bebas. Antara layanan yang dicadangkan ialah tiada GST dikenakan ke atas pengimportan barang ke dalam kawasan tersebut kecuali ke atas barang yang digunakan dalam kawasan tersebut selain daripada barang bagi tujuan komersial atau tujuan runcit seperti yang diluluskan di bawah Akta Zon Bebas 1990. Layanan yang sama juga akan terpakai ke atas bekalan barang yang berkaitan dengan aktiviti perdagangan yang diluluskan di bawah Akta Zon Bebas 1990 yang dibuat dalam Zon Perdagangan Bebas.
Bahagian XVI, fasal 164 hingga 177 memperkatakan tentang peruntukan pelbagai. Antara peruntukan yang disediakan ialah tentang ejen cukai GST dalam memberi kemudahan kepada mana-mana orang untuk mematuhi peruntukan yang terdapat di dalam undang-undang ini. Mereka boleh melantik ejen GST bagi mewakili mereka di dalam apa-apa perkara berkaitan GST. Melalui peruntukan ini juga, mana-mana orang boleh memohon untuk menjadi ejen GST tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kuasa meluluskan perundangan ini diberikan kepada Menteri Kewangan.
Bahagian XVII, fasal 178 hingga 180 mengandungi peruntukan tentang pemansuhan dan kecualian Akta Cukai Jualan 1972. Ini bermaksud apabila GST dilaksanakan, cukai jualan akan dimansuhkan. Peruntukan yang disediakan ini juga menetapkan tentang keperluan untuk mengemukakan penyata cukai jualan yang terakhir tidak lewat daripada 28 hari dari tarikh pelaksanaan GST.
DR.3.4.2014 30
Bahagian XVIII, fasal 181 hingga 182 menyatakan tentang peruntukan mengenai pemansuhan dan kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Ini juga bermaksud yang cukai perkhidmatan akan dimansuhkan apabila GST dilaksanakan. Peruntukan yang digubal ini juga menetapkan tentang keperluan untuk mengemukakan penyata cukai perkhidmatan yang terakhir tidak lewat daripada 28 hari dari tarikh pelaksanaan GST.
Bahagian XIX, fasal 183 hingga 197 memperkatakan tentang peruntukan peralihan. Antara perkara yang digubal ialah tentang layanan GST ke atas bekalan barang dan perkhidmatan tertentu semasa tempoh peralihan tersebut. Sebagai contoh, layanan GST ke atas bekalan yang telah dibuat bayaran tetapi hanya dibekalkan selepas tarikh pelaksanaan GST. Peruntukan mengenai kontrak yang tidak mempunyai peluang untuk dikaji semula juga disediakan. Peruntukan ini menyatakan bahawa kontrak tersebut akan dikenakan GST pada kadar sifar untuk tempoh lima tahun tertakluk kepada beberapa syarat. Di samping itu, bagi mengelakkan berlakunya unsur dengan izin double taxation iaitu satu barang mempunyai elemen cukai jualan dan GST, maka kerajaan telah menyediakan bayaran balik khas. Bayaran balik ini diberikan kepada mereka yang ada memegang barang bercukai jualan semasa tempoh peralihan dan cukai jualan tersebut telah dibayar.
Rang undang-undang ini juga ada menyediakan jadual bagi menerangkan lebih terperinci tentang sesuatu perkara. Jadual Pertama menyatakan perkara berkaitan dengan bekalan-bekalan yang diklasifikasikan sebagai bekalan barang atau bekalan perkhidmatan. Sebagai contoh, bekalan elektrik, air dan gas dianggap sebagai bekalan barang dan bukan bekalan perkhidmatan.
Jadual Kedua menyenaraikan perkara-perkara yang dianggap sebagai bukan bekalan barang mahupun bukan bekalan perkhidmatan. Sebagai contoh adalah penjualan perniagaan secara transfer of going concern dan sumbangan kepada KWSP atau PERKESO. Ini bermakna aktiviti ini tidak dikenakan GST.
Jadual Ketiga berkaitan dengan kaedah untuk menetapkan nilai berkekalan barang atau perkhidmatan.
Jadual Keempat tentang senarai perkara-perkara yang tidak boleh dirayu kepada Tribunal Rayuan GST.
Dengan cadangan rang undang-undang ini, negara kita akan mempunyai sistem percukaian yang lebih telus, efisien dan mesra perniagaan. Pada masa yang sama, negara juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada hasil daripada cukai pendapatan dan hasil petroleum. Ini disebabkan kerana hasil cukai pendapatan adalah tertakluk kepada keadaan ekonomi pada satu-satu masa. Bagi hasil dari petroleum, ia bukanlah merupakan sumber hasil yang kekal selama-lamanya. Selain itu, hasil petroleum yang diperolehi perlu diurus dengan baik bagi generasi akan datang. Pelaksanaan GST sememangnya amat tepat dan kena pada masanya dalam mencapai wawasan negara maju berpendapatan tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
DR.3.4.2014 31
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada sesiapa menyokong?
Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan cukai barang dan perkhidmatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Yang Berhormat Titiwangsa.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli Yang Berhormat, oleh kerana ramai yang berminat untuk membahaskan rang undang-undang ini, kita hadkan 25 minit dan selama dua hari. Ya, sampai hari Isnin.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Maknanya hari Isnin itu malam baru gulung?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Kalau semua sokong, tidak payah bahaslah. Sila Yang Berhormat Titiwangsa.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Kalau semua tolak pun tidak payah bahas juga.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila Yang Berhormat Titiwangsa.
11.56 pg.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berbahas mengenai Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 pada pagi ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan di bawah Kementerian Kewangan kerana mempunyai political will untuk memperkenalkan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST ini.
Seperti mana yang kita tahu bahawa GST ini adalah satu sistem percukaian yang begitu telus, cekap dan mesra peniaga. Saya beritahu ini kerana kalau kita lihat... Siapa hendak cakap boleh bangun. Saya beritahu ini adalah kerana... [Disampuk] Siapa yang hendak cakap, bangun.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, terus Yang Berhormat Titiwangsa. Tidak payah respons.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Okey.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Sungai Siput. Ini baru mula Yang Berhormat Sungai Siput.
DR.3.4.2014 32
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Tadi dia kata siapa yang tidak agrees dia jemput saya. So point saya hendak bawa ialah katakan ia mesra kepada perniagaan untuk macam katakan Giant kah, Tesco, mereka ada account departments. Akan tetapi katakan mini market yang dijalankan oleh suatu keluarga, mereka tidak ada sistem itu, mereka tidak ada akauntan, mereka tidak ada komputer tetapi mereka punya jualan mungkin lebih daripada RM500,000. So mereka ini sekarang kena hire seorang akauntan, kena buat satu accounting system. So memang ia bawa expenses, perbelanjaan yang lebih untuk... [Disampuk] Ya, tetapi ada expenses. Akan tetapi dia kena bayar setiap tahun kepada akauntan. Ini nampaknya ia tidak mesra untuk perniagaan kecil.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat yang lain diam.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Apabila saya sebut mesra peniaga ini ialah kita kena melihat kalau kita dalam dunia perniagaan, kalau kita tidak boleh mempunyai rekod yang tersusun, bagaimana kita hendak bayar sales tax? Kalau GST ini alasannya adalah kerana kita tidak ada orang untuk susun rekod kita, bermakna selama ini, kita mempunyai SST yang ramai peniaga di luar sana tidak bayar tax kerana rekod mereka tidak tersusun.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Shah Alam, hendak cakap? Silakan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa Yang Berhormat Titiwangsa tidak memahami di sini apa yang dimaksudkan... [Dewan riuh] Sabarlah. Apa yang dimaksudkan di sini ialah seorang akauntan yang kena mengikuti khusus persoalan GST yang dibayar dan rebet yang hendak dituntut. Ia merupakan satu beban tambahan yang perlu dilakukan kerana ia merupakan satu proses di mana bukan sekadar GST itu dituntut dan dibayar, tetapi pada masa yang sama, rebet daripada kerajaan atas input tax yang telah dibayar perlu juga dituntut.
■1200
Maka, ia merupakan satu proses yang lebih teliti yang memerlukan tumpuan yang lebih detail.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: [Bangun]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Titiwangsa, sedikit Yang Berhormat Titiwangsa.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada dua Yang Berhormat yang bangun, Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat tidak perlu ketuk mike, rosak mike nanti. Duduk dahulu Yang Berhormat.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Shah Alam, kalau lihat, sebab itu dalam sistem GST ini kita bagi pengecualian kepada mereka yang berniaga yang mempunyai turnover yang tidak melebihi RM500,000. Ini adalah peniaga-peniaga kecil. Akan
DR.3.4.2014 33
tetapi kalau dia sudah meniaga yang besar-besar, kalau tidak ada akauntan, tidak ada rekod, saya cukup takut bahawa selama ini peniaga-peniaga di luar sana collect SST tetapi tidak boleh bayar kerana rekod tidak ada. Jadi, efficiency – sekarang kita ini hendak bagi tahu kepada rakyat di luar sana, kita bukan sahaja membantu rakyat, kita juga hendak peniaga-peniaga yang berniaga dalam negara kita ini sama ada dia pembuat, pemborong atau peruncit mestilah mempunyai rekod yang tersusun untuk kita semua fair kepada rakyat di luar sana.
Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Yang Berhormat Titiwangsa, soalan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: [Bangun]
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: [Bangun]
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, ada empat Ahli Yang Berhormat bangun Yang Berhormat. Mana satu?
Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Sini, sini.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Bagan Serai.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Bagan Serai, ya?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, adakah Yang Berhormat Titiwangsa bersetuju dengan saya kerana kerajaan telah membuat persiapan yang lebih awal, yang lebih jelas. Menyediakan latihan dan perisian yang penting untuk menjalankan GST ini apabila dilaksanakan nanti. Jadi tidak ada timbul masalah tidak tahu dan membebankan. Ini tidak akan timbul kerana kerajaan telah bersedia lebih awal dengan perisian ini, terima kasih.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: [Bangun]
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Saya setuju Yang Berhormat Bagan Serai. Tolong masukkan dalam ucapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Langkawi bangun. Mana satu?
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Yang Berhormat Titiwangsa, terima kasih. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Titiwangsa, adakah Yang Berhormat Titiwangsa bersetuju bahawa dalam pelaksanaan kita menuju ke GST ini, kerajaan telah pun menyediakan sebanyak RM10 juta untuk kita bagi latihan dan di samping itu kerajaan juga ada menyediakan software dengan harga RM1,000 yang akan dapat di rebate kemudian. Menggunakan komputer dan software hari ini, tidak ada satu pun orang yang tidak boleh lakukan.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Saya setuju Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Titiwangsa, ada 25 minit.
DR.3.4.2014 34
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mengesahkan bahawa untuk hendak melaksanakan GST ini ianya tidak semudah seperti mana yang disebut kerana terpaksa dibelanjakan RM100 juta untuk melatih dan mendidik dan ini merupakan satu training, latihan yang perlu dihadiri...
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Yang Berhormat Titiwangsa...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...Oleh semua peniaga dan akauntan-akauntan yang akan terpaksa memberi tumpuan kepada perniagaan itu. Itu adalah bukti bahawa ianya tidak semudah mana, seperti mana yang wujud sekarang. Yang wujud sekarang accounting very straight forward. [Dewan riuh]
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: [Bangun]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang lain duduk.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Apa yang orang hendak melihat ialah kita punya profit and lost dan berdasarkan kepada keuntungan yang telah dilakukan ataupun yang telah tercapai oleh seseorang peniaga maka dia bayar cukai atas dasar itu. Akan tetapi dalam kes ini bukan sekadar itu, kita kena juga mengikuti dan mengekori setiap cukai yang dikutip dan setiap cukai yang perlu kita tuntut balik. [Dewan riuh] Ia merupakan satu perkara yang sukar dan itulah sebabnya perlu diberikan latihan sampai menelan belanja RM100 juta... [Dewan riuh]
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Shah Alam cukup, duduk.
Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau ia semudah yang dikatakan maka buat apa hendak ada latihan lagi? Ia adalah bukti...
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Cukup, cukup...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ianya tidak semudah itu.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Semudah itu, ada perisian, ada latihan dan ada peruntukan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: That is the prove...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Shah Alam, duduk...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Hendak pakai juga, kena install, kena beli. Semua kedai yang sekarang ini yang terlibat dalam perniagaan yang boleh disenaraikan sebagai entiti GST. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Shah Alam.
DR.3.4.2014 35
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Shah Alam...
Beberapa Ahli: [Bangun]
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang]: Cukuplah Yang Berhormat Shah Alam... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Semua Ahli Yang Berhormat duduk sekejap. Peraturan Mesyuarat 37 ini bangun untuk memberi penjelasan, bukan untuk kita berbahas dan memberi ucapan. Mohon penjelasan daripada Ahli yang sedang berucap.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Shah Alam, sudah cukup...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya mohon daripada Yang Berhormat Titiwangsa untuk mengatakan pandangan dia tentang apa yang disebut.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Shah Alam, lain kali. Ini last. Yang Berhormat tidak boleh cakap lagi.
Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Yang Berhormat Titiwangsa, penjelasan.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Saya hendak jawab soalan Yang Berhormat.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Yang Berhormat Titiwangsa sebentar, Kuala Kangsar.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Duduk dahulu Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Kalau Yang Berhormat cerita tadi soal berniaga ini kena ada – Yang Berhormat Shah Alam sebut kita kalau berniaga ini ialah...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Cakap macam bukan Yang Berhormat. Kita hendak tengok berapa jualan, berapa profit kita charge tax. Soalan saya ialah bagaimana kita hendak ada nombor jualan, nombor profit kalau kita tidak ada rekod? Masalahnya kalau ada rekod, apa yang masalahnya? Kalau kita boleh bayar SST, kenapa kita tidak boleh bayar GST?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Shah Alam duduk. Duduk.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, dia tanya saya, saya kena jawablah. Sepatutnya saya yang tanya dia tetapi dia tanya saya pula. [Dewan riuh]
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Tuan Yang di-Pertua, cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedia ada ini ada banyak kelemahan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara duduk sekejap.
DR.3.4.2014 36
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Salah satu daripada kelemahan ialah cukai berganda di mana dalam sistem SST ataupun cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini setiap peringkat mengenakan SST tetapi mereka ini memasukkan SST ini sebagai kos mereka kerana mereka tidak boleh menuntut kembali tax mereka. Ini menyebabkan kebanyakan daripada produk-produk kita akan bertambah tidak kompetitif dan tidak mesra pasaran. Saya bagi contoh, terdapat 273 produk yang saya sudah kenal pasti. Yang pada hari ini kita bayar SST tax tetapi masyarakat luar sana tidak tahu berapa sebenarnya tax yang telah kita bayar ke atas barang tersebut. Saya bagi contoh, barang yang senang kita lihat, ambil air tin. [Sambil memegang air dalam tin] Air ini kalau kita beli di kedai, tidak ada seorang tahu berapa tax dalam air ini. Akan tetapi pembuat-pembuat telah meletakkan tax dalam ini 10% tetapi dengan kita perkenakan GST ini, maka 10% itu sudah tidak wujud lagi. Akan tetapi yang ada ialah 6%. Bermakna 273 barang yang begini rupa akhirnya daripada SST 10% jadi 6%.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Saya tidak habis. Yang Berhormat Shah Alam saya tidak benarkan. Cakap kemudian. Yang kedua, ada juga barang-barang yang hari ini kita bayar 5% tax. Apabila pengenalan GST ini kita bayar 6%, ada peningkatan 1%. Akan tetapi peningkatan 1% ini saya hendak bagi contoh lagi satu. Cuba kita ambil satu barang yang kita biasa dan ramai yang familiar, rakyat di luar sana familiar. Kita hendak minum Nescafe. Hari ini kita tidak nampak tax dia. Akan tetapi dalam Nescafe tersebut, tax dia adalah 5%.
Apabila kita memperkenalkan GST ini maka GST ini akan dikenakan sebanyak 6%. Maka terdapat penambahan 1%. Jadi, rakyat akan bertanya ini kita tambah 1% sudah tentu dia akan meningkatkan kos mereka. Oleh sebab itu kerajaan hari ini, kalau kita lihat, kalau kita beli satu botol Nescafe, harga dikatakan RM12, kalau kita bayar tax 5%, bermakna SST tax yang ada dalam Nescafe tersebut ialah 60 sen.
Akan tetapi apabila dengan GST tax menjadi 72 sen. Bermakna the difference is only 12 sen. Jadi 12 sen tadi kalau kita beli Nescafe setahun 10 botol bermakna RM1.20. Oleh sebab itu insentif yang diberi oleh kerajaan ini kepada semua mereka yang pendapatan rendah, selain daripada kerajaan memberi BR1M RM700, kerajaan juga memberi one-off insentif RM300 untuk menampung barang-barang yang kecil-kecil ini di mana peningkatan tax itu akan membebankan rakyat. Kalau Nescafe RM1.20 setahun penambahan, kita SMS pun lebih daripada itu.
■1210
Jadi saya nak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, ada juga barang-barang yang kita lihat di sini daripada beras, tepung, ayam, daging, ikan, minyak masak dan sayuran. Barang-barang ini hari ini kita tak bayar SST tapi bila kita implement GST, pun juga tidak kita bayar, kosong, zero. Tol, pengangkutan, bas, LRT, teksi, tuisyen kita tak bayar, GST pun kita tak bayar.
Bermakna kita mementingkan rakyat. Yang hari ini, yang kita nak argue kepada peniaga-peniaga yang untung banyak kat luar sana tapi sistem perakaunan dia tidak tersusun atas alasan tak ada orang nak employ atau tidak mahu terlibat cara menyusun dokumen, jadi kita dalam Dewan ini kena implement satu sistem mempermudah mereka ini supaya akhirnya kerajaan akan
DR.3.4.2014 37
benefit dan kita termasuk dalam golongan 160 negara yang telah implement GST ini yang telah mendapat hasil yang kita lihat hari ini. Banyak negara maju hari ini sistem SST ini sudah tidak diguna pakai tetapi dia beralih kepada GST.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Sungai Siput bangun.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: I want to quote one…
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Tak bagi laluan?
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Tak, tak. Saya dah nak habis dah ini. Saya nak bagi satu ...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sebelah Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Tak bagi laluan juga?
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: John Howard, bekas Perdana Menteri Australia. Apabila Australia memperkenalkan GST ini, what he said, “We are not talking about a tax on an item in isolation or a GST in isolation. We are talking about a tax change that is going to make our export cheaper, our business operating cost lower and overall will give Australian a twelve billion tax cut and give us the most modern taxation system in this country that has been seen in last 50th years and also enable this country to be even more competitive on international market”. That is John Howard, Bekas Perdana Menteri. One more.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: [Bangun]
Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Boleh? Yang Berhormat Titiwangsa, penjelasan.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Wait, wait. Lepas ini. I nak quote ini, this is Sir Roger Dauglas.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat. Ada dua yang bangun, tak bagi laluan?
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Saya tak bagi, saya tak nak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ha tak bagi laluan, okey.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Saya punya time dah dekat nak habis ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat tak bagi laluan ya.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Bekas Menteri Kewangan New Zealand. You all ada chance lepas ini nak bercakap, boleh bercakap selepas ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, teruskan.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: The success of GST can be trace to five key process elements. First, the political will. We all in this Dewan must have a political will. Kalau tak ada political will memang there’s no way you can implement any system. You nak buat highway, North South Highway mesti ada political will untuk kita buat highway ini dan there is a
DR.3.4.2014 38
cost to build a highway. Kalau tak ada cost nak build highway, you tak boleh dapat efficient transport system. Anything that efficient there must be cost to it. So macam mana kita mitigate the cost? This is what the incentive yang government bagi kepada rakyat di luar sana. BR1M RM300 additional. On top of that software, training yang kita laburkan untuk kebaikan jangka masa panjang.
Kedua, we must have the right people. The right people kalau kita nak right dekat luar sana, there must be right in this Dewan. Nombor tiga, the way in which the proposal was package ialah kita kena ada the holistic approach. Kita tak boleh kita naik, kita implement GST tetapi kita tidak ada insentif-insentif atau kompleksibiliti yang kita beri kepada rakyat seperti tax exam, GST sifar dan sebagainya. Keempat, kita mesti ada effective consultative process iaitu kita sentiasa berbincang dengan stake holder dan saya percaya bahawa GST ini kita dah bincang begitu lama. Saya ingat dekat empat ke lima tahun kita tangguh, tangguh, tangguh. That are the reasons why, tadi saya sebut bahawa kerajaan under Barisan Nasional ini, terpaksa mengambil political will ini untuk kita mula introduced GST ini. Tak payah nak tunggu next election.
Bila sampai next election, lagi satu election. We have to do it right for the country. Yang kelima ialah kita mesti mempunyai effective communication process. Bermakna kita kena communicate ini. Kalau benda yang betul ini kita kena communicate, benda yang tak betul juga kita kena communicate. Contohnya ada juga barang-barang dulu masa SST dia tak ada bayar tax, tapi sekarang ini kita kena bayar 6%. Yes, there is approximately about 255 barang.
Sebanyak 255 barang ini kalau kita nilai sebahagian daripada barang ini, hampir 60% daripada barang-barang ini tidak diguna pakai oleh golongan-golongan yang berpendapatan rendah. Yang selebihnya 686 ini adalah barang-barang yang sentiasa diguna pakai oleh golongan-golongan orang yang berpendapatan rendah dan mereka ini mana-mana item yang dia terpaksa bayar additional tax, di sinilah kerajaan menggunakan insentif-insentif yang diberi kepada mereka ini...
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya nak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Titiwangsalah. Seorang ahli perniagaan yang terkemuka di negara kita, memang paling tepat sekali beliau berucap [Tepuk] Kalau orang peniaga macam ini bercakap kan memang kita boleh terimalah, kita boleh sokong.
Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya nak ucapkan selamat datang kepada pelawat-pelawat dari DUN Langkap, Parlimen Setiu, Terengganu. Tuan Yang di-Pertua, saya nak menyokong hujah daripada sahabat Yang Berhormat Titiwangsa seorang ahli perniagaan yang terkemuka.
Sebenarnya GST ini adalah sangat menguntungkan kepada perniagaan terutamanya kepada peniaga-peniaga kerana GST ini apa juga yang dibayar ke atas business input boleh kita tuntut semula bawah tax credit. Setelah penyiasatan dibuat, dianggarkan sebanyak kita boleh
DR.3.4.2014 39
saving dalam sektor perniagaan sebanyak RM4.3 bilion. Ini tidak termasuk lagi daripada sektor eksport yang boleh kita saving sebanyak RM1.4 bilion kerana kebanyakan daripada perniagaan-perniagaan ini, kos perniagaan boleh dituntut semula sebagai tax rebate.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, jangan panjang-panjang ya Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah [Jasin]: Jadi kalaulah kos perniagaan tidak tinggi, dapat dijimatkan, maka pengguna akan dapat keuntungan. Apa pandangan Yang Berhormat Titiwangsa?
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Saya sangat setuju Yang Berhormat Jasin.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Titiwangsa boleh gulung ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Ini Yang Berhormat Shah Alam tak payah, cukup-cukup. Cukup seorang sahaja tadi. Okey. Tuan Yang di-Pertua, cuma saya berpandangan bahawa pihak kerajaan juga kena mengambil maklum kerana kalau kita lihat di Kanada, di Australia, di New Zealand dan di Singapura sewaktu mereka memperkenalkan GST ini, dalam masa 12 bulan, terdapat satu spike increase kesan peningkatan harga di luar sana, di dalam negara mereka.
Jadi apa yang saya nak, kita mahu kepada pihak kerajaan untuk mengambil langkah-langkah apabila kita tahu bahawa sebahagian daripada negara-negara yang terkemuka ini mereka telah lihat waktu implement GST itu, there’s a spike in increase. Walaupun kita subsidize dengan kita punya BR1M dan RM300 insentif dan sebagainya, tetapi kerajaan juga mesti memastikan bahawa apabila kita memperkenalkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2012 ini yang berkuat kuasa April 2012, maka kita kena perlu gunakan akta ini dengan sesungguh-sungguhnya untuk memastikan bahawa tidak ada pembuat, pemborong atau peniaga yang menggunakan peluang ini untuk menaikkan harga...
Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [Klang]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Klang bangun, Yang Berhormat Titiwangsa.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Saya juga ..
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Bagi laluan tidak?
Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [Klang]: Yang Berhormat, minta laluan.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Ya, ya.
Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [Klang]: Terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat telah bincang mengenai Kanada, Amerika Syarikat dan lain-lain negara membangun. Saya juga ingin memberi kongsi pandangan bahawa di Australia sebenarnya selepas implementasi GST, kita dapati permintaan ataupun demand dalam ekonomi telah jatuh.
DR.3.4.2014 40
So selepas jatuh, apa Kerajaan Australia buat ialah mereka meningkatkan GST daripada 10% ke 15% oleh kerana permintaan telah jatuh dan ini telah lead to a recession in their economy. So, pengalaman Kanada pun tak begitu baik. Untuk kita di Malaysia, Australia lebih senang untuk memahami dari Kanada. Minta pandangan ya.
■ 1220
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: That’s good input but saya hendak beritahu bahawa di Australia, kedudukan ekonomi Australia ialah ia tidak bergantung pada domestic driven. Dia lebih kepada natural resources, perlombongan dan sebagainya yang menentukan peningkatan ekonomi Australia dan juga currency mereka. Akan tetapi dalam masa yang sama, saya mengambil maklum. Oleh sebab itu kalau kita tengok akta ini, sebarang sahaja peningkatan dari segi tax, peningkatan daripada 6% ke 7%, 8% dia kena bawa balik kepada dalam Dewan ini.
Dia tidak boleh pergi dan Menteri Kewangan boleh decide esok naik 7%, 8%. Kalau hari ini kita sudah buat keputusan kita luluskan GST, kemudian sebarang pertukaran percentage ini dia kena datang balik ke Dewan. Di sinilah kita mainkan peranan kita, memastikan bahawa kita scrutinize all these increases dalam Dewan ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, boleh gulung.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Saya juga hendak mohon kepada kerajaan. Selain daripada kita menggunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan ini, kita juga kena pastikan bahawa KPDNKK Kementerian Pengguna ini yang telah menubuhkan Jawatankuasa PEMANDU Langkah Persediaan Pelaksanaan GST ini memantau setiap premis-premis perniagaan, kilang-kilang atau pun borong-borong supaya mereka ini jangan sewenang-wenangnya meningkatkan harga semata-mata kerana mereka tahu kerajaan telah bagi insentif kepada rakyat dari segi one-off RM300 dan juga BR1M tersebut.
Kalau boleh kita hendak kerajaan apabila implement GST ini bulan April 2015, kita hendak the shoppers guide. Kita hendak setiap kedai-kedai ini pamerkan shoppers guide itu iaitu menunjukkan barang-barang yang sebelum ini ada SST. Kemudian barang-barang yang kena GST supaya di situ pengguna boleh melihat sama ada peningkatan barang ini oleh kerana dinaikkan oleh pekedai-pekedai ini atau pun memang dinaikkan kerana tax. Ini kerana kalau kerana tax dia punya impact tidak banyak. Dia cuma 200, lebih kurang 55 barang dan 60% daripada barang-barang tertentu tidak digunakan oleh orang-orang yang berpendapatan rendah.
Ada satu calculation yang saya berjumpa dengan pihak kastam. Dia buat satu calculation menunjukkan kalau seseorang itu mempunyai pendapatan RM2,000 dalam rejim SST tetapi bila kita move dalam rejim GST, kita akan membayar tax additional setahun RM15.61. Apa kerajaan bagi? RM300. Apa kerajaan bagi? BR1M. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan sekali terima kasih dan juga tidak lupa akhir sekali saya memohon pihak kerajaan mengadakan Program Pendidikan Kesedaran ini ke...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Minta laluan.
DR.3.4.2014 41
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: ...Ke sekolah-sekolah...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat Titiwangsa.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Satu lagi, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Masa sudah cukup Yang Berhormat Titiwangsa.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Okey. Ke sekolah-sekolah supaya bukan sahaja kita yang di luar sana yang bekerja tahu tetapi kita hendak budak-budak sekolah atau pun pelajar-pelajar universiti menyedari bagaimana kita menukar sistem itu untuk kebaikan negara kita. Sekian, Assalamualaikum.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Satu lagi, satu lagi. Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Lepas Yang Berhormat Shah Alam Yang Berhormat Kinabatangan.
12.23 tgh.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bismillahi Rahmani Rahim. Saya agak tertariklah dengan segala penghujahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana mengekalkan tradisi mengelirukan rakyat. [Dewan riuh]
Altantuya tidak ada siapa yang bunuh, Altantuya tidak ada siapa yang bunuh. [Dewan riuh] Kapal Terbang MH370 kebanggaan Kerajaan Malaysia kerana 26 negeri datang untuk membantu. Ianya merupakan satu kejayaan. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya yang lain diam ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Soal GST sekali lagi satu lagi isu yang hendak dikelirukan rakyat. Kalau kita kaji apa yang telah disebut oleh Menteri Kewangan II, dia kata dia ucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana telah berjaya mengenal pasti satu sumber hasil yang baru yang akan menggantikan pergantungan negara kepada hasil cukai pendapatan dan petroleum. Ini di penghujungnya.
Maknanya, sumber cukai GST adalah satu sumber cukai yang akan mengambil alih sumber pendapatan bagi negara ini. Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional mengatakan bahawa apabila GST ini dilaksanakan maka rakyat akan lebih lega. Hakikatnya pendapatan bertambah bagi kerajaan. Cukai bertambah sehingga dianggarkan mengikut beberapa kajian sebanyak RM25 bilion setahun.
DR.3.4.2014 42
Ini tambahan. Duit ini... [Dewan riuh] Duit ini datang dari mana? Tidak apalah kalau kata bukan RM25 bilion, kata RM10 bilion, kata berapa, hakikatnya pertambahan ini, cukai datang dari mana?
Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Datang daripada rakyat. [Dewan riuh]
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Shah Alam boleh bagi mencelah.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Rakyat yang membayar cukai. [Dewan riuh]
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Shah Alam boleh bagi Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Cukai GST adalah cukai yang di negara lain dinamakan value added tax. Di setiap peringkat, kilang yang mengeluarkan harga dia berapa, dia kena tambah 6%.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: [Bangun]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bangan Serai]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Shah Alam ada dua yang bangun.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak apa, saya baru mula. Bila saya sudah habis, saya beri. [Dewan riuh]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Tadi pun baru mula juga.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya tak nak jadi... [Dewan riuh]
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang]: Malu dekat janggut itu Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya tak nak jadi macam Yang Berhormat Titiwangsa.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Shah Alam bagi dekat Bagan Serai.
Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Titiwangsa awal-awal...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang lain duduk. Tidak bagi laluan, tidak bagi laluan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Awal-awal dijemput, selepas itu dia tidak bagi. Saya biar saya habis hujah saya dahulu, lepas itu saya akan panggil. [Dewan riuh]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: GST ini sistem...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Duduk dahulu Yang Berhormat Bagan Serai.
DR.3.4.2014 43
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang dikenakan cukai di setiap peringkat, for every process. Daripada pengilang dikeluarkan dia kenakan 6%.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, duduk dahulu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bila pergi kepada wholesaler dia naikkan dia punya harga, dia kena 6%. [Dewan riuh]
Bila pergi kepada runcit, runcit jual, ada keuntungan, dia kenakan 6%. 6% di peringkat kilang, 6% atas keuntungan yang dikenakan oleh wholesaler, 6% oleh retail. [Dewan riuh] Maknanya, setiap keuntungan yang diambil saya beri contoh yang mudahlah.
Katakan kalau kilang dia bagi harganya RM200. Kilang keluar cukai 6% iaitu RM12. Pergi ke whole seller, pemborong. Pemborong dia naik jual RM250. Maka, RM50 tambahan keuntungan dikenakan 6% lagi. [Dewan riuh] Maknanya tadi sudah RM12 campur dengan RM3 ...
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Misleading ini. Ini misleading ini, misleading. [Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dah jadi RM15.
Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Tipu ini tipu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, ...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang lain diam, yang lain diam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya cadangkan kerana ia akan semakin hangat. Kalau orang telinga tak tahan, minta dia keluar.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Abang pun lari malulah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang mana yang tidak tahan dengar suruh dia orang keluar. [Dewan riuh]
Seorang Ahli: Abang dia keluar.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau tak nak keluar duduk dalam diam-diam.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tuan Yang di-Pertua, kalau penipu memanglah orang marah. Cuba cakap yang betul.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kerana dia orang tidak faham.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tuan Yang di-Pertua, kena minta dia orang duduk.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dia tidak faham.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tuan Yang di-Pertua, hendak suruh orang, dia itu yang patutnya keluar.
DR.3.4.2014 44
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Boleh minta dia orang duduk, tidak boleh macam ini. [Dewan riuh]
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: [Menyampuk]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Wholesaler masuk di peringkat runcit, runcit ambil keuntungan RM50 kena lagi 6%. Maka, akhirnya cukai yang dikenakan adalah RM12 di peringkat kilang, RM3 di peringkat wholesale dan RM3 di peringkat peruncit.
■1230
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Itu kilang Carlsberg di Shah Alam Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Maka akhirnya cukai yang dikenakan adalah sebanyak RM18 kerana setiap peringkat ada cukai [Dewan riuh] Ini mereka tidak faham. Inilah yang dikatakan value added tax. Ini yang tadi Yang Berhormat Titiwangsa kata effective communication. Ini yang masalahnya. Barisan Nasional, kerajaan kelirukan...
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Shah Alam, berilah saya cakap.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Termasuk wakil rakyat UMNO Barisan Nasional! Keliru! Dia tidak faham... [Dewan riuh]
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Okey, boleh Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tengok! Akhirnya masuk politik! Akhirnya sokong Barisan Nasional. Yang Berhormat Kepong, tolong ajar Yang Berhormat Kepong. Proceed banyak sangat tipu ini punya orang!
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dia kata tiap-tiap hari TV1, TV3 memberitahu rakyat GST ini bagus.
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir [Kulim-Bandar Baharu]: Yang Berhormat Shah Alam...
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said [Pengerang]: Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang]: Apa ini!
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: GST bagus kerana tidak kena GST...
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said [Pengerang]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Cuba buat perbahasan...
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said [Pengerang]: Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Cuba buat perbahasan yang cerdik.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said [Pengerang]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Kalau Barisan Nasional tidak duduk, kita bangunlah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dia tidak faham.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said [Pengerang]: Duduk, duduk.
DR.3.4.2014 45
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Dia sudah duduk, dia sudah duduk.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini menunjukkan Barisan Nasional tidak brief Ahli Parlimen Barisan Nasional ini.
Beberapa Ahli: Betul! [Tepuk]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dia tidak faham sistem GST!
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said [Pengerang]: Hai! Siapa tidak faham?
Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir [Kulim-Bandar Baharu]: Siapa yang tidak faham? Yang Berhormat Shah Alam yang tidak faham. Kawan-kawan pembangkang pun tidak bersetuju Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Gombak pun tidak mahu dengar. Semua orang malu Yang Berhormat Shah Alam. Tolong Yang Berhormat Shah Alam. Kasihan orang Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dia tidak faham bahawa sistem GST yang hendak disimpan oleh peniaga adalah dua sistem accounting yang berbeza. Setiap sistem profit and loss seperti biasa mesti ada kerana masih lagi akan ada cukai perniagaan yang akan dikenakan atas setiap syarikat. Accounting yang sedia ada kena kekal. Ada accounting tambahan yang khas untuk mengikuti bayaran cukai yang kena dikutip dan bayaran cukai yang kena dituntut. Inilah yang dikatakan input dan output tax. Mereka mana faham! [Tepuk]
Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik]: Yang Berhormat Shah Alam!
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Yang Berhormat Shah Alam!
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Wakil Rakyat Titiwangsa, Yang Berhormat dia kata...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Yang Berhormat Shah Alam, itu terus keluar. Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Johor Bahru masuk tadi terus tengok Yang Berhormat Shah Alam menipu terus lari keluar! Malu woo!
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: [Bangun]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Hei, tarik keretalah! Pergi tarik kereta.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Okey, ya. Duduk Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat lain semua sila duduk. Oleh sebab itu tadi saya sudah beri nasihat. Semasa kawan kita Yang Berhormat Titiwangsa berucap, kita ganggu.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Kami tidak ganggu.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, tarik balik Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak ganggu.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Kami tidak ganggu. Kita minta penjelasan dia tidak bagi kita duduk. Kita tidak ganggu.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, saya belum habis lagi. Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Kita tidak akan ganggu.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Duduk dulu Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat Shah Alam duduk.
DR.3.4.2014 46
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tuan Yang di-Pertua buat kenyataan yang tidak betul tadi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Saya kata duduk Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Duduk. Saya tegur tadi kerana apabila Yang Berhormat Titiwangsa berucap, dia tidak beri laluan tetapi kita terus sahaja berucap. Itu maknanya mengganggu.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tadi dia beri laluan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, sekali lagi Yang Berhormat Petaling Jaya Utara berdiri...
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tadi dia beri laluan. Tuan Yang di-Pertua, jangan tidak berlaku adil.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Jangan kaitkan saya. Saya bertegas. Jadi saya nasihatkan semua...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Jadi saya nasihatkan semua Yang Berhormat, kita ada peraturan di bawah 37. Tidak payah saya ulang-ulang lagi. Sila rujuk sendirilah. Sila Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Titiwangsa bangun. Beri laluan atau tidak?
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Shah Alam, boleh?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak. Saya belum habis lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Tidak beri laluan. Sila.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Sampai 25 minitlah boleh.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya tidak ganggu Yang Berhormat Titiwangsa tadi. Bila Yang Berhormat Titiwangsa minta tanya siapa yang hendak cakap, hendak tanya, saya bangun. Dia beri saya laluan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Dia tidak bagi laluan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya ada tadi. Mula-mula tadi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Saya mempengerusikan.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Shah Alam, boleh saya minta sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila, sila.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bila dia tidak beri laluan, saya duduk. Saya tidak berdiri buat bising. Saya tidak tahulah yang lain.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Okey, boleh saya minta?
DR.3.4.2014 47
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Akan tetapi pokoknya begini.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Boleh atau tidak saya minta?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tadi Yang Berhormat Titiwangsa kata...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Shah Alam tidak beri laluan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tadi Yang Berhormat Titiwangsa kata bila mula-mula dilaksanakan GST ada spike. Spike ini Tuan Yang di-Pertua, dia naik selepas itu dia turun balik. Itu baru yang dikatakan spike. Dia bukan spike. Dia naik dan dia tidak turun.
Beberapa Ahli: Belumlah!
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dia tidak turun sebab kadar kenaikan yang terhasil daripada pelaksanaan GST di mana cukai dikenakan di setiap peringkat walaupun satu cukai tetapi dikenakan di tiga peringkat, ianya akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat lain diam. Yang lain diam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kenaikan harga ini tidak turun. Kalau kata spike itu dia naik dan dia turun. Ini bukan spike. Ianya merupakan satu kenaikan inflasi yang seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Klang tadi telah menyebabkan ekonomi Australia menghadapi sesi atau pun recession.
Dalam keadaan kita yang dihormati Tuan Yang di-Pertua, GST ini bila ianya dilaksanakan akan menghasilkan pendapatan yang bertambah bagi kerajaan. Betul! Peniaga dia boleh minta rebat. Dia boleh claim balik. Dia terpaksa. Oleh sebab dia hendak rebat, maka dia punya rekod dengan baik dan jelas. Berapa yang dia bayar, berapa yang dia kutip supaya dia boleh claim balik. Saya hendak tanya pada Tuan Yang di-Pertua, rakyat yang membeli boleh dapat rebat atau tidak?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Kena tanya Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang dapat rebat peniaga. Betul! Malahan bukan sekadar...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Jelebu. Ini Yang Berhormat Shah Alam. Peraturan mesyuarat yang mana Yang Berhormat Jelebu?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Peraturan mana pula Yang Berhormat Jelebu?
Seorang Ahli: Kasi canlah Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menarik perhatian kepada Peraturan Mesyuarat 36(12), ada menyebutkan mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina dan Ahli-ahli boleh dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.
DR.3.4.2014 48
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sekejap-sekejap, Yang Berhormat Jelebu...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tambah. Dia sebut SST bukan GST Tuan Yang di-Pertua. Kena betulkan balik.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Jelebu, yang mana satu. Ditujukan kepada Ahli yang mana?
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: Kepada Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Perkataan yang dikeluarkan.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: Jadi perkara yang dia mengelirukan Dewan itu soal pengiraan cukai GST itu. Itu yang dia kelirukan. Dia mengira pada setiap peringkat akan ada cukai 6%. Seterusnya ada 6% dan semua ini dicampurkan dan akhirnya pengguna menanggung cukai itu.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Jelebu. Sila duduk, sila duduk. Tidak mengapa. Itu pandangan Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat, Yang Berhormat. Itu pandangan Yang Berhormat Shah Alam. Kita ada Menteri yang akan menjawab. Ya, sila.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ramai berasa mereka itu Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Shah Alam sekejap. Dan kita juga pembahas, Ahli-ahli Yang Berhormat lain boleh juga memberi pandangan untuk membetulkan pandangan Yang Berhormat Shah Alam sekiranya pandangan kita pendapat Yang Berhormat Shah Alam tidak betul. Sila Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Lalu, seperti mana yang saya sebutkan tadi, betul, sistem pencukaian GST ini lebih telus dan lebih cekap kerana setiap entiti GST dia akan kawal jumlah cukai input dan jumlah cukai output. Tujuannya ialah supaya dia boleh akhirnya mendapat rebat dan rebat ini memang menguntungkan peniaga. Ini kerana apa yang dia bayar akhirnya dia dapat balik tetapi yang dipukul akhirnya ialah pembeli, rakyat kerana dia sudah kena bayar cukai yang dikenakan di setiap peringkat akhirnya dia hendak minta rebat, tidak ada rebat bagi kamu.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: [Bangun]
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada dua orang yang bangun.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kota Raja dengan...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Selepas Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Titiwangsa.
DR.3.4.2014 49
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya hendak minta penjelasan dari Yang Berhormat Shah Alam, kita diberitahu ada beratus produk yang tidak dikenakan GST seperti tepung, gula dan makanan lain.
■1240
Saya cuma hendak tanya sebagai pengguna, sekarang ini kena hendak pergi beli kek, macam mana harga kek ini dikira? Gula tidak kena, marjerin. Maknanya ada tidak di situ GST. Ya, kalau beli tepung, tidak ada, kalau beli gula, tidak ada. Akan tetapi kek macam mana? Kuih macam mana? [Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Okey, baik saya jawab Yang Berhormat Kota Raja dahulu selepas itu baru saya minta Yang Berhormat Titiwangsa. Inilah yang di antara aspek-aspek yang mengelirukan rakyat. Kalau kita beli beras memang tidak payah bayar GST tetapi kalau kita pergi kedai mamak yang mana Mamak Baling yang kurang baik itu. [Ketawa] Makan dekat kedai mamak...
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Point of order, point of order.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Ketawa] Tarik balik.
Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Point of order. Beri tindakan halau keluar.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling ya, ya. Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya tarik balik, saya tarik balik. Saya terlajak. Terlajak, terlajak. Okey, terlajak. Saya gurau sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, ya. Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kita pergi kedai mamak beli nasi goreng ataupun nasi apa kena bayar GST. Kalau kita beli tepung, kita beli gula, gula sudahlah subsidi sudah tidak ada, kan? Sudah tidak ada sudah subsidi, lalu harga semua kita bayar tidak kena GST. Akan tetapi kalau kita pergi kedai, beli kuih, beli kek dan sebagainya maka kita kena bayar GST. Silakan Yang Berhormat Titiwangsa.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Titiwangsa.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Shah Alam. Pertama, saya hendak tanya Yang Berhormat Shah Alam. Tadi Yang Berhormat Shah Alam sebut GST ini 6% pembuat, selepas itu pemborong 6%, selepas itu retailer 6%. Jadi rakyat di luar sana bayar 18%. Jadi pertama saya hendak tanya Yang Berhormat Shah Alam produk apa Yang Berhormat Shah Alam sebut itu yang 6%, 6% ini? Cuba beri contoh apa produk? Itu jawab satu.
Nombor dua, saya hendak tanya tadi fasal contoh Yang Berhormat Klang tadi sebut fasal kek. Itulah dia salah satu daripada 255 item yang saya sebut tadi iaitu kalau kek itu harga RM50
DR.3.4.2014 50
kita hendak celebrate birthday, kita beli RM50. Dahulu masa SST tidak ada tax tetapi pada hari ini bila ada GST RM50 itu sudah jadi RM53 kerana ada 6%. Akan tetapi kalau kita beli kek 10 kek satu tahun bermakna kita bayar 3 X 10= RM30. Kerajaan bagi insentif hendak take care benda-benda yang kecil-kecil ini yang kita bagi BR1M RM700 sedang insentif RM300. [Dewan riuh]
Nampak ini salah satu darinya. Yang Berhormat Shah Alam nanti dahulu. Jadi apa yang saya hendak sebut, GST ini adalah satu sistem yang kita tidak boleh tengok secara isolation. Kita kena tengok dia as a system by itself. Jadi ada sistem ada benda yang kita benefit ada benda yang kita tidak benefit. Akan tetapi yang paling penting sahaja yang saya hendak sebut, golongan berpendapatan rendah di bawah sana majoriti produk yang dipakai tidak akan dapat penambahan. Mana-mana ada produk penambahan akan diberi insentif yang kita bagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Okey, sila Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Okey saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa yang mengesahkan bahawa kek itu kena bayar cukai. Soal sama ada cukup tidak cukup, kena cover dengan BR1M dan sebagainya itu lain ceritalah. Akan tetapi hakikatnya memang kena bayar GST. Itu dia mengakui. Selepas itu yang soal...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: [Bangun]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Lepas itu yang soal– sekejap lagi saya jawab dahulu pertama tadi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Shah Alam ada 5 minit lagi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tambahlah sebab tadi dia ambil dia bising. Tidak dengar pun. [Dewan riuh]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Shah Alam kek, kek.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Selepas itu soal cukai yang dikenakan di semua peringkat saya rasa begini...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Shah Alam kek, kek sedikit kek.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak apa, tidak apa. Fasal semua cukai yang dikenakan. Dia soal...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, duduk Yang Berhormat Bagan Serai, duduk.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Contoh, contoh umum. Karang kalau tanya produk apa, panjang cerita. Akan tetapi hakikatnya sistem GST itu memang dikenakan cukai di semua peringkat. Dia bukan cukai yang 6% itu ke atas harga keseluruhan, dia value added. Value added ini maknanya katakan asalnya RM200 kat kilang, kilang bayar RM200, 6% atas RM200. Bila pergi ke pihak wholesaler, pemborong, pemborong dia naikkan harga. Dia berniaga, dia naikkan harga katakanlah daripada RM200 itu dia naikkan RM50, kena 6% atas RM50 tambahan. Selepas itu pergi kepada peruncit tadi dia dapat daripada wholesaler sudah RM250,
DR.3.4.2014 51
dia tambah lagi RM50. Ini peruncit punya keuntungan. Maka RM50 yang tambahan itu kena lagi 6% maka akhirnya harganya RM300, total cukai adalah RM18, 6% daripada RM300. Akan tetapi keuntungan itu ataupun cukai itu kena di semua peringkat.
Kalau SST dia kena daripada kilang itu RM200 dia kena berapa yang dia kena. Katakanlah 5% atau 6%, itu sahaja cukai. Selepas itu dengan pemborong tidak ada cukai tambahan, dekat retailer tidak ada cukai tambahan, hanya keuntungan-keuntungan yang dikenakan oleh wholesaler ataupun retailer. Ini saya rasa Yang Berhormat Menteri akan jawab dan saya minta wakil rakyat-wakil rakyat pihak Barisan Nasional bersedia dengan pil panadol kerana Yang Berhormat Menteri akan mengesahkan apa yang saya kata. Saya minta daripada... [Dewan riuh]
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang mana satu?
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Tadi Yang Berhormat dari Klang telah membawa satu dua perkara yang baik. Satu isu yang mengatakan apa yang berlaku di Australia di mana pada mulanya GST yang dikenakan 10% yang mengakibatkan penurunan dalam permintaan demand. Penggunaan dalam negara itu menurun dan ini menyebabkan Kerajaan Australia menaikkan GST kepada 15%. Apakah jaminan bahawa keadaan yang sama seperti ini tidak akan berlaku di negara kita.
Kedua, tadi Yang Berhormat Titiwangsa mengatakan bahawa kalau berlaku kenaikan dalam GST pada masa hadapan daripada 6% ke 7%, 8% ataupun 9%, ia akan dibawa dalam Dewan ini. Pada hari ini kita nampak, semua ahli-ahli daripada Barisan Nasional semua bersetuju menjadi rubber stamp dengan syarat-syarat yang dibawa oleh kerajaan. Kalau dalam dua tahun atau tiga tahun lagi ada cadangan untuk menaikkan GST, perkara sama juga boleh berlaku. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional akan jadi rubber stamp akan mengendorse 8%, 10%. Apa pandangan Yang Berhormat Shah Alam? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang, selepas itu gulung.
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Dahulu ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan yang menyebut bahawasanya negara kita ini 30% orang yang mengelak daripada membayar cukai dan juga 30% juga terlibatnya dalam wang gelap. Berbanding dengan negara maju dia menyebut antara 10% hingga 15% sahaja. Maka atas asas ini maka kerajaan kita memperkenalkan GST.
Pada saya, kalau ini yang mengalami masalahnya ialah berkenaan orang elak daripada membayar cukai dan juga wujudnya sindiket aliran wang haram ataupun wang gelap ini, maka perkara yang perlu dicari penyelesaiannya ialah bukan dikenakan dengan GST kerana GST ini kita anggap sebagai pukat sorok daripada ikan bilis sampailah kepada ikan jerung yang penuh.
DR.3.4.2014 52
Keduanya ialah kalau ini keadaan yang berlaku soal ketirisan seperti mana teguran yang kita lihat yang dibuat oleh Ketua Audit Negara saban tahun yang kita lihat tidak mempunyai satu penambahbaikan dalam mengatasi masalah ini. Maka sudah tentu akan menimbulkan lagi masalah defisit wang negara kita. Akhirnya kita akan kenakan lagi dengan tahap GST yang lebih tinggi. Apa pandangan daripada Yang Berhormat Shah Alam?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Baik, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Bukit Gantang.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Shah Alam. Ya, gulung.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya setuju dengan Yang Berhormat Batu Gajah memang kita tidak boleh harap pada Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk membantah apa-apa. Tidak pernah dia orang bantah. Kalau bantah pun akhirnya bila mengundi sokong. Yang Berhormat Bukit Gantang saya pun setuju bahawa GST ini tidak akan menyelesaikan masalah rasuah dan penyelewengan. Malahan, dengan adanya GST itu akan– malahan tidak akan menjamin ekonomi akan selamat kerana negara seperti Greece sekalipun dia laksanakan GST 21% pun dia bankrap juga.
Lalu ini kita kena faham bahawa masalah pendapatan betul, kerajaan laksanakan GST matlamatnya hanya satu. Matlamatnya ialah untuk hendak tambah pendapatan. Nombor dua, hendak tambah pendapatan itu ialah daripada rakyat. Jangan cerita sistem ini lebih adil, ini, itu dan sebagainya. Nombor tiga, hakikat ini Kerajaan Barisan Nasional tidak berani mempertahankannya melalui satu debat terbuka yang disiarkan secara live, langsung di RTM 1, RTM 2 ataupun TV3.
■1250
Tiap-tiap hari apa yang kita dengar adalah propaganda Barisan Nasional mengatakan GST itu baik, GST itu baik, sedangkan Yang Berhormat Titiwangsa sendiri...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Sepang.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Menyebut consultative process, effective communication, actually what you are doing is just propaganda. Yang Berhormat Sepang.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, cukup Shah Alam, cukup, Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sikit, sikit, sikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Cukup, cukup, cukup.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Satu minit, satu minit..
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, saya tak benarkan, cukup. Yang Berhormat Shah Alam ya.
DR.3.4.2014 53
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya tutup, saya tutup. Sebelum gulung saya tutup.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Gulung, gulung.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, lalu apa yang saya minta daripada Kerajaan Barisan Nasional ialah supaya..
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam setuju tak dengan saya bahawa dalam negara-negara seperti Singapura...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Sepang... [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tak, sikit, sikit, sikit. Singapura, Australia, Kanada, mereka ini negara-negara yang mempunyai capital income yang tinggi.
Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Ini muka tak tahu bercakap ini..
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Maknanya dalam negara-negara ini setelah pendapatan rakyat itu tinggi, maka negara baru memperkenalkan GST. Sebab ada..
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, ini yang saya sebut. Ini yang saya sebut sebab...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: ...Sedangkan negara kita pendapatan per income masih lagi rendah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya minta supaya Kerajaan Barisan Nasional lebih bertanggungjawab, lebih telus. Katakan hendak GST ini sistem percukaian yang telus. Biar lebih telus, biar ada perbahasan yang terbuka.
Jangan cari ahli panel yang semua menyokong semata-mata. Kita inginkan satu keadaan di mana rakyat tidak terus dibebankan dengan cukai pertambahan ataupun cukai baru yang akan menyebabkan dia punya buying power itu terbantut. Dalam keadaan yang sedemikian, maka ekonomi negara kita sendiri akan terjejas. Maka saya minta supaya kerajaan lebih bertanggungjawab panjangkan proses perbincangan. Biar lebih terbuka dan lebih telus, biar rakyat tahu dengan sepenuhnya duit tambahan rakyat yang kerajaan hendak ambil adalah daripada rakyat. Dengan itu saya menolak Rang Undang-undang GST ini [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila Yang Berhormat Kinabatangan.
12.52 tgh.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa saya tidak percaya dalam alaf abad ke-21 ini ada manusia seperti Yang Berhormat Shah Alam yang begitu daif membicarakan soal GST dan dia mengatakan bahawa kita mempunyai rekod tradisional untuk mengelirukan rakyat. Yang mengelirukan rakyat, Yang Berhormat Shah Alamlah! [Tepuk] Dia kata hendak debat terbuka. Baru debat 32 minit, 33 minit. Speaker bagi 25 minit, dia baru bahas 33 minit.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini mengelirukan rakyat, mengelirukan. Saya tak kata begitu.
DR.3.4.2014 54
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dia berdiri, saya tak kacau pun.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: 36(12).
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, duduk.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Mengelirukan Dewan. Saya tidak kata...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Apa yang mengelirukan Dewan?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya kata debat terbuka yang disiarkan di TV1...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terbukalah ini!
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dengarlah dulu.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Disiarkan. Eh, ini, this is my floor.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini, ini, ini, nampak ini?... [Mengangkat buku peraturan mesyuarat]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini apa? Itu apa?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tak tahu? Ini...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Apa?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Peraturan mesyuarat!
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kinabatangan..
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: 36(12)! [Ketawa]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Duduk, duduk, duduk.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: 36(12) bacalah!
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Kinabatangan, duduk.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Baca dulu!
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Mintalah dia duduk.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Peraturan mesyuarat, duduklah.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Bacalah!
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Ketawa] Buat malu sayalah!
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Baca dulu, baca dulu! Ada baca, saya duduk.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Okey, okey, okey. Kalau perlu...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tak ada baca, apa duduk?
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Okey, saya baca. Mana-mana Ahli...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang itu tak perlu, saya faham.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dia tak faham, Yang Berhormat Kinabatangan tak faham. Okey, dia mengelirukan rakyat or dia mengelirukan Dewan ini kerana apa yang saya sebut ialah debat terbuka yang disiarkan secara langsung di TV1, TV2 dan TV3 supaya rakyat boleh dengar pandangan yang sebaliknya.
DR.3.4.2014 55
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Janganlah sepanjang...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Cukup, cukup.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: ...Masa kata GST bagus, GST bagus, GST bagus. Tak sama dengan debat yang ada sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, jangan kelirukan Dewan lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya Tuan Yang di-Pertua. Saya sebetulnya mana-mana Yang Berhormat Shah Alam hendak debat pasal ini, saya ada... [Dewan riuh] [Tepuk] Sebab saya tahu...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Siarkan RTM, TV1, TV2, TV3...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ...Dia boleh mengelirukan rakyat!
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kita bila-bila masa sahaja boleh!
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kita akan bersoal cakap fakta, dia bersoal cakap mengelirukan rakyat. Itu namanya ‘dajal’! [Ketawa]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dia ini, saya ingat dia tak ada..
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Okey Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Shah Alam duduk. Yang Berhormat Kinabatangan saya fikir eloklah perkataan tersebut tidak dikeluarkan oleh Ahli.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu terlanjur, saya tarik balik!
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, okey [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Alright.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini ciplak.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu original... [Disampuk] Itu main-main sahaja sama Yang Berhormat Shah Alam. So, tarik jugalah. Tuan Yang di-Pertua, saya pertama ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh agensi kerajaan yang terlibat menjayakan satu peraturan percukaian yang dipanggil GST ataupun Goods and Service Tax ini ataupun cukai barangan dan perkhidmatan iaitu mana-mana agensi kerajaan yang terlibat. Berpuluh-puluh tahun kita menunggu sistem percukaian yang sebegini...[Dewan riuh] [Ketawa] Dan hari ini maka terlaksanalah dia. Pembangkang memang saya tahu, mereka bimbang dengan...
DR.3.4.2014 56
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tak sabar menanti nampaknya [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ...Pelaksanaan GST ini, maka mereka ucapan hujah-hujah mereka mengelirukan rakyat. Akhirnya pada saya, benda ini akan...
Tuan Teo Kok Seong [Rasah]: Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan..
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Rasah bangun.
Tuan Teo Kok Seong [Rasah]: Boleh minta sikit penjelasan tak?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya baru mukadimah sahaja.
Tuan Teo Kok Seong [Rasah]: Sikit, sikit sahaja, sikit sahaja, sikit sahaja, sikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, silalah.
Tuan Teo Kok Seong [Rasah]: Yang Berhormat Kinabatangan mengatakan bahawa mereka telah pun lama menunggu-nunggu pelaksanaan GST. Akan tetapi saya hendak mohon sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Kalau pihak Kerajaan Barisan Nasional begitu yakin sekali terhadap pelaksanaan GST ini, mengapa Barisan Nasional tidak mengumumkan dalam manifesto Barisan Nasional ketika PRU Ke-13 agar semua rakyat Malaysia dapat membuat satu keputusan. Terima kasih [Tepuk]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat, GST ini bukan untuk pilihan raya... [Dewan riuh][Ketawa] Selepas tahun 2015, tahun 2017, tahun 2018, kalau GST tidak baik, rakyat tidak akan tolak BN. Jadi, kita tunggulah dalam pelaksanaan tiga tahun ini, sama ada GST ini memihak kepada BN atau tidak, we are open. Apa lagi masalah?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Kinabatangan minta laluan.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Akan tetapi jangan tukar sempadanlah, jangan tukar sempadan. Buat pilihan raya dalam... [Disampuk] Tanpa tukar sempadan. Laksana GST...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Bagan Serai, ini yang Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tegur tadi. Ini bukti dia.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini mendorong saya mengeluarkan kata-kata yang tidak seharusnya [Ketawa] Sebab dia manusia jenis spesies yang luar biasa. Dia berhujah, abang dia keluar tahu!
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih, terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Abang dia kata, “No class” [Ketawa] Saya tak tahulah, bisik dengan saya, “Ha, ini orang no class” dia kata. Dia keluar [Ketawa] Kalau abang dia sudah bisik dengan saya begitu...
DR.3.4.2014 57
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dia tarik abang saya masuk buat apa? Biarlah abang saya sendiri datang cakap [Ketawa] Bukanlah abang saya, abang saya bukan bisu, kalau betul. Kalau tidak, takut fitnah abang saya pula.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini masalah Yang Berhormat Shah Alam...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Bagan Serai bangun, Yang Berhormat Bagan Serai... [Dewan riuh]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: ...Saya tidak tahu dia...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Janganlah jadi batu api. Adik-beradik pun hendak lagakan. Apa ini ha?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Mungkin, mungkin Tuan Yang di-Pertua, dia memang cakap satu orang sepuluh jam dalam Dewan ini. Kita dengar ya. Sebab siapa sahaja berhujah, dia akan ganggu, dia akan kacau. Namanya kalau tukang ganggu ini apa Tuan Yang di-Pertua?
Beberapa Ahli: Gulung, gulung, gulung..
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dalam, semasa Nabi Muhammad SAW...
Seorang Ahli: Rasulullah SAW..
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Membuat kerja baik dia, satu orang kacau. Yang Berhormat Pokok Sena, siapa tukang kacau?... [Dewan riuh] Ibliskah, syaitankah, Abu Lahabkah?
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tak, Yang Berhormat Kinabatanganlah tukang kacau dalam Dewan ini daripada dahulu sampai bila-bila.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ha, ini satu lagi, satu orang lagi.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Sejak daripada dulu.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Rupanya spesies mereka ini semua sama [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Bagan Serai bangun.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: GST adalah...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Kinabatangan sedikit, sedikit...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Baru mukadimah lagi, belum [Ketawa]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Sebab takut sangat mengelirukan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Biar saya bercakap soal GST dulu.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Ya, ya, okey.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Biar saya cerita dulu.
DR.3.4.2014 58
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Tak bagi laluan, tak bagi laluan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Tidak apa.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya bercerita dulu. GST bukanlah satu percukaian yang baru. Ia menggantikan SST yang sedia ada berpuluh-puluh tahun. Cukai itulah, tadi cukai atas cukai itulah, SST...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Barulah! Dia ganti hak lama! Apa!
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yalah, ganti yang lama...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Gantilah, barulah. Apa bukan yang baru pula?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Apa masalah? Macam seperti kereta juga, sudah jalan lama, ada part mahu ditukar, kena tukarlah. Ini tak faham-faham juga? [Ketawa] Oleh kerana itu saya mahu tanya kementerian, sebanyak 160 buah negara melaksanakan percukaian GST, berapa buah negara yang rakyatnya memberontak bangun membuat demonstrasi di jalan raya? Ada, atau tidak? Saya minta kementerian menyemak sebab daripada 160 buah negara itu, berapa buah yang rakyatnya bangun memberontak membantah sistem percukaian GST ini. Kalau ada, bagi tahu kita. Kalau tidak ada, kenapa tidak ada? Mesti ada sebab dia. Sebab mungkin di sana tidak ada PAS ataupun PKR dan DAP [Ketawa] Kalau...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sana UMNO pun tak adalah Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Di mana ada PAS, di situlah ada...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sana pun UMNO tak ada [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ada sindiket semua tetapi PAS, bukan semua semestinya PAS..
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Di sana pendapatan rakyat tinggi.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: PAS yang saya maksudkan...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Di sana pendapatan rakyat tinggi.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: PAS yang saya maksudkan, PAS Shah Alam, PAS Pokok Sena, Sepang. Apa ini? [Ketawa]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Di sini Baling, di Baling. Toreh getah RM2.33 sen sahaja satu kilo.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Apa dia? Saya tak bagi Yang Berhormat Pokok Sena jalan pun.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Di sana pendapatan rakyat tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sudah habis dah, sudah habis dah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kalau ada BN dekat negara itu, dah lama dia hantar BN ke sana [Ketawa]
DR.3.4.2014 59
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya sambung. Saya bimbang, dia PAS yang saya maksudkan dari PAS Sepang, PAS Pokok Sena, PAS Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang lain-lain, dia okey.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Akan tetapi ini tiga, saya pun tak tahulah. Mungkin lama-lama kenapa PAS pakai juga tiga orang ini?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kinabatangan, kita sambung 2.30 petang.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya sambung Tuan Yang di-Pertua, saya sambung.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Ya Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tangguhkan Mesyuarat sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari.]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kinabatangan.
2.32 ptg.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyambung perbahasan saya berhubung dengan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Tadi saya bertanya kepada kementerian, daripada sejumlah 160 buah negara itu yang melaksanakan GST, berapa buah negara yang telah keluar daripada sistem ataupun daripada mengamalkan GST? Adakah rakyat di 160 buah negara itu bangkit bangun menentang tentang cadangan kerajaan itu termasuk membuat demonstrasi di jalanan dan sebagainya? Ini pun kita perlu tahu sebab rakyat perlu kita hebahkan. Kita tidak mahu ada peluang kesempatan yang dimainkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab terhadap ekonomi negara, sebab sudah ada video daripada Ahli Parlimen Pandan berhubung dengan GST, memburuk-burukkan GST kononnya menyusahkan rakyat dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, kita juga ingin menyarankan kepada kerajaan, memang benar bahawa percukaian barang dan perkhidmatan ini bukan baru, memang kita sudah sedia ada. Kita
DR.3.4.2014 60
ada jenis cukai SST seperti diberitahu oleh Yang Berhormat Shah Alam iaitu cukai atas cukai, 6% daripada pembekal, 6% daripada- akhirnya 18% cukai. Akan tetapi, itu sebetulnya tidak berlaku. Itu cuma satu andaian Yang Berhormat Shah Alam yang tidak rasional langsung cadangannya.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu tahu daripada pandangan Yang Berhormat Kinabatangan, berapakah beban GST terhadap satu keluarga yang bayar yang ada perbelanjaan lebih kurang RM2,000 sebulan? Apakah beban kepadanya? Lebih kurang berapa dalam satu bulan daripada tanggapan Yang Berhormat?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau contohnya seorang itu berpendapatan RM2 ribu, kalau GST 6%, bermakna beban yang dia pikul RM120. Jadi dalam masa yang sama, kerajaan telah memberikan top up selain daripada BR1M sebanyak RM650, pelaksanaan GST kerajaan akan memberi RM300 pula. Bermakna kalau pendapatan orang RM3,000 itu, GST dia...
Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau]: Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sekejap. Saya jelaskan dahulu. Kalau RM3 ribu, cukai yang dia perlu bayar iaitu RM180. Bermakna dia masih save RM120 satu tahun ekoran daripada top up yang diberi oleh kerajaan. Sila.
Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya Yang Berhormat Kinabatangan. Setahu saya, kalau orang yang berpendapatan rendah, perbelanjaannya kebanyakannya adalah barang-barang keperluan macam beras, macam pendidikan, macam pengangkutan awam. Ini semua tidak ada cukai. Sama ada sifar cukai ataupun dikecualikan. Jadi saya percaya, mereka tidak akan bayar cukai GST sebanyak RM120 sebulan. Saya pernah tanya Kementerian Kewangan, saya difahamkan bahawa tidak melebihi RM20 sebenarnya. Sekian.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itulah sebetulnya tapi worst case, keadaan yang tidak terkawal. Jadi bermakna, beban cukai itu juga telah ditolak daripada top up yang diberi one-off oleh kerajaan sebanyak RM300 itu. Jadi itulah antara lain.
Dalam usaha kita melaksanakan GST ini, walaupun sistem percukaian ini amat baik tetapi saya juga meminta kerajaan kalau boleh threshold itu iaitu RM500,000 ke bawah kalau boleh, kalaupun tidak dikekalkan kepada RM3 juta, mungkin dinaikkan kepada RM1 juta, sebab nanti peniaga-peniaga yang meniaga ikan bakar yang mendapat pendapatan RM2,000 hingga RM3,000 satu hari tidak akan mungkin dapat bersaing dalam industri sebegini. Jadi adalah elok kita melihat bahawa perkara ini juga harus ditimbang oleh kerajaan untuk memastikan bahawa pelaksanaan GST ini berjalan dengan baik.
Demikian juga dengan melibatkan mungkin industri pertanian dan perikanan. Di kampung-kampung, rata-rata orang kampung, makcik-makcik, pakcik-pakcik ini menanam sayur dan sebagainya. Jadi mereka memerlukan baja. Dengan belian yang sedikit dengan GST yang dikenakan, ke arah bagaimana mereka hendak menuntut rebet itu nanti? Oleh kerana itu, pada
DR.3.4.2014 61
saya, baja ini kalau boleh kita kecualikan sementara kita melaksanakan di peringkat awal ini sebab ini penting untuk kita memastikan bahawa rakyat di bawah juga sentiasa menikmati keadaan kehidupan yang seimbang dalam keadaan mereka untuk terus berniaga.
Tadi Ahli Parlimen Klang menyatakan economic recession di Australia dan GST dia 10% tiba-tiba meningkat kepada 12% atau 15%. Sebetulnya Yang Berhormat itu telah menyeleweng Dewan ini iaitu fakta yang terlalu salah. Kalau economic recession, tidak ada cukai yang naik, ia akan menurun. Tidak pernah pun naik GST di Australia itu. Itu bermakna Yang Berhormat dari Klang ini telah membohongi Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua, perlu ada tindakan terhadap ahli-ahli Wakil Rakyat yang memesongkan Dewan ini, membohong dalam Dewan ini dengan fakta yang tidak betul, fakta yang salah. Jadi saya harap rakan-rakan Yang Berhormat dari sebelah sini, walaupun membantah GST tapi janganlah mengemukakan fakta-fakta yang salah yang tidak mengikut fakta langsung, cuma ingin menindakkan pelaksanaan GST ini semata-mata.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Yang Berhormat Kinabatangan. Saya hanya hendak menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Saya hendak menyokong hujah daripada Yang Berhormat Kinabatangan tadi yang dikatakan oleh Yang Berhormat Klang tadi.
■1440
Sebenarnya di negara Australia, diperkenalkan GST pada tahun 2000 sebanyak sepuluh peratus. Pada tahun tersebut, ekonominya menurun. Ada sebabnya Yang Berhormat. Ini kerana ia menganjurkan Sukan Komanwel. Di mana mereka terpaksa bina banyak prasarana dan juga stadium. Selepas itu, ekonominya terus meningkat dan perkara yang sama juga berlaku di Chile Yang Berhormat. Di Chile juga apabila menganjurkan Sukan Komanwel, ekonominya jatuh. Akan tetapi hanya one-off sahaja, selepas itu apabila GST telah berjalan lancar ekonominya terus meningkat. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ya, masukkan sebahagian dalam ucapan saya, Yang Berhormat Jasin. Saya juga ingin memperingatkan kerajaan iaitu saya meminta kerajaan supaya fokus. Iaitu pelaksanaan GST ini di mana restoran-restoran, hotel-hotel besar sudah tentu akan mengenakan service charge. Biasalah, dalam masa sekarang ini SST ini kita nampak government tax lima peratus, ditulis sana service charge sepuluh peratus.
Jadi minta, jangan sesekali hotel atau restoran atau mana-mana pihak meletakkan dalam bil tuntutan mereka iaitu ditulis service charge sepuluh peratus. Kalau di Amerika, ia tulis tips. Mana-mana tahulah. Ini untuk ia punya sendiri. Di Malaysia pun kena begitu sebab apabila ditulis service charge, ini bermakna seolah-olah kerajaan yang mengecaj perkhidmatan sedangkan duit itu untuk syarikat itu sendiri. Jadi, harus ditegaskan tidak berlaku lagi perkara seumpama ini lagi dan ini rasa saya harus diberi penegasan kepada pihak-pihak perhotelan dan juga restoran-restoran.
Saya kemukakan tadi, kenapa perlu ada threshold itu ditingkatkan. Oleh sebab di Malaysia ini, kita suka makan di luar rumah kadang-kadang. Waktu cuti, waktu holiday bawa
DR.3.4.2014 62
keluarga dan sebagainya. Jadi, ini kita punya lifestyle. Kehidupan di negara ini memang begitu. Kita santai lepak. Jadi, kalau aktiviti makan di luar rumah itu sudah tidak berlaku, maka kita tidak menyumbang ke arah membantu perkembangan ekonomi dalam domestik kita sendiri. Oleh sebab itu saya katakan tadi, yang threshold RM500,000 itu mungkin kita tingkatkan kepada RM1 juta ataupun balik kepada RM3 juta. Dengan ini maka bolehlah lifestyle yang sedia ada itu dapat kita teruskan di samping dapat membantu untuk mempertingkatkan ekonomi domestik dalam negara kita sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa keseluruhan penstrukturan GST ini memang baik dan perkara yang baik ini kita harus laksanakan. Memang bukan semua pihak yang mungkin melihat perkara baik itu merupakan satu kebaikan. Akan tetapi kita harus mempunyai keinsafan bahawa negara kita ini harus kita bawa sampai ke satu tahap masa depan yang lebih cemerlang. Bukan kerana partisan politik yang terlalu ketara antara parti pemerintah dengan pembangkang. Maka, perkara yang baik pun akan dilihat tidak baik. Pada saya, pihak-pihak pembangkang pun harus melihat secara rasional. Allah SWT bagikan kita minda, bagi kita akal fikiran, bagi kita hati, jiwa. Kita gunakan akal fikiran minda yang waras itu untuk melihat sebuah bangsa negara Malaysia walaupun kecil tetapi kita mampu bersaing seperti negara-negara yang lain dalam bidang industri ekonomi dan juga yang lain-lain.
Pada saya, walaupun mungkin Yang Berhormat Pokok Sena melihat bahawa GST itu membebankan rakyat bagi dia tetapi kita lihat pelaksanaannya, insya-Allah satu hari nanti sampai masanya kalau kita sama-sama diberi pinjaman umur oleh Allah SWT, kita akan lihat bahawa GST ini merupakan satu sistem percukaian barang dan perkhidmatan yang paling baik diamalkan di merata-rata dunia. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
2.44 ptg.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya bagi bill ini untuk kepentingan politik Pakatan Rakyat, kita sepatutnya tidak bantah. Biar Kerajaan Barisan Nasional melaksanakan... [Dewan riuh] Biar Kerajaan Barisan Nasional menyengsarakan rakyat jelata. Biar rakyat jelata dapat lihat dengan mata sendiri begitu tidak kisah, bersimpati kepada beban yang ditanggung oleh rakyat! Biar Barisan Nasional seperti di Kanada pada 1991 tahun tersebut, Progressive Conservative Party di Kanada melaksanakan dasar GST. Dua tahun kemudian, dalam pilihan raya 1993 mereka tinggal dua kerusi dalam Parlimen sahaja... [Dewan riuh] Tahun 1993, dua Kerusi sahaja. Tahun 2004, dibubarkan Progressive Conservative Party. Inilah matlamat yang akan ditimpa oleh Barisan Nasional selepas dasar ini diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional dalam Dewan ini. Kenapa?
Seorang Ahli: Lawan tetap lawan!
DR.3.4.2014 63
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Kenapa begitu?... [Dewan riuh] Ini kerana GST secara prinsipnya, secara pokoknya menganiaya pihak golongan yang lebih miskin. Terutamanya di Malaysia.
Beberapa Ahli: Betul.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, tidak payah sokong-sokong Yang Berhormat. Biar dia berucap seorang. Kecuali minta jalan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Dia beri rangsangan kepada ucapan saya... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tidak perlu.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di Malaysia, ada disebut oleh menteri-menteri dalam Parlimen dan juga di luar Parlimen bahawa hanya lebih kurang 15% daripada pekerja-pekerja yang ada di Malaysia membayar cukai. Namun 85% tidak bayar cukai. Ia betul. Ada yang mengelak bayar cukai, mampu bayar tetapi mengelak bayar cukai. Akan tetapi peratusan itu tidak besar. Besar pun lima peratus. Kalau lebih daripada lima peratus, saya kena tanya kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri, kenapa tidak kutip? Memang ada.
Akan tetapi kurang lima peratus. Seramai 80% daripada rakyat di Malaysia tidak bayar cukai bukan kerana mereka tidak hendak bayar tetapi mereka tidak layak untuk bayar cukai di Malaysia. Kenapa mereka tidak layak bayar cukai? Ini kerana pendapatan mereka tidak melebihi RM3,000 setiap bulan. Kita sudah menjadi- minta maaf, saya ada banyak point, saya cuba bagi...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Sekejap.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Peluang. Saya selalu tidak takut bagi peluang.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Sedikit, sedikit sahaja. Takut sekarang?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat. GST ini telah diamalkan sejak 1990. Hari ini 160 buah negara mengamalkan GST malah ada lebih daripada 20 negara-negara di bawah pendapatan yang rendah mengamalkan GST. Kalau GST tidak bagus, tidak betul dan boleh merosakkan semua, kenapa negara-negara ini mengamalkan? Saya fikir, dengan keadaan sekarang ini sepatutnya negara Malaysia mengamalkan GST jauh lebih awal lagi.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Apa pendapat Yang Berhormat? Terima kasih.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya akan menjawab soalan Yang Berhormat Bagan Serai melalui ucapan saya seterusnya. So, jangan bimbang akan sampai. Mana saya tadi? Majoriti 80% tidak layak untuk bayar pendapatan. Kenapa mereka tidak layak bayar cukai pendapatan? Kenapa mereka tidak layak? Selepas 20 tahun taraf tarif cukai ataupun
DR.3.4.2014 64
the rate of tax tidak diubah. Maksudnya dalam 20 tahun, 30 tahun kebelakangan ini kerajaan tidak mampu menaikkan gaji rakyat Malaysia melebihi RM3,000. Ini lah yang disebutkan oleh semua ekonomi-ekonomi seluruh dunia, World Bank, IMF, middle income trap yang sekarang menimpa Malaysia. Di mana kerajaan tidak mampu meningkatkan gaji orang ramai.
Sebenarnya hendak tingkatkan gaji senang. Naikkan gaji, naikkan ekonomi bagi orang ramai di Malaysia, secara langsung pendapatan cukai akan meningkat bagi kerajaan. Kerajaan kata, “Oh! Kita tidak mampu menaikkan gaji orang ramai oleh sebab itu kita kenakan cukai baru untuk menambahkan lagi pendapatan bagi kerajaan.”
■1450
Ini bukan dasar ekonomi yang baik untuk negara kita. Kerajaan kata, “Oh, tidak apa, kita naikkan cukai GST, kita akan kurangkan cukai pendapatan.” Kerajaan dah kata hanya 15% daripada pekerja yang ada di Malaysia mampu ataupun layak bayar cukai pendapatan. Yang kaya 15%, yang kaya bagi potong cukai, yang sekarang tidak bayar cukai dikenakan cukai GST. Ini dasar Kerajaan Barisan Nasional. Ini orang miskin kena bayar cukai tambahan so kita kena tanya adakah dasar kerajaan kita akan lebih teruk lagi Gini coefficient yang cukup teruk di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain di serantau Asia- 46, 0.46 that’s the Gini coefficient bagi negara Malaysia...
Tuan Koo Soo Seang [Tebrau]: [Bangun]
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Antara tertinggi di Asia dan cukai GST ini hanya akan menjadikan Gini coeffecient ini menjadi lebih teruk, lebih tinggi bagi Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Tebrau bangun Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Can I finish, please? Masa tidak cukup. Bagi menteri, ada ramai juga di luar berkata bahawa sebenarnya cukai GST ini lebih baik untuk negara, kenapa? Ia sebab kalau kaya, kalau guna lebih wang, bayar lebih cukai. Jadi oleh sebab itu cukai GST ini sebenarnya mengenakan lebih cukai kepada orang yang kaya dan kurang kepada orang yang miskin sebab orang yang miskin belanja kurang sedikit. Logik betul tetapi itu tidak mengambil kira peratusan pendapatan seseorang yang digunakan untuk perbelanjaan. Cukai regressive, ia punya definisi adalah percentage of income for consumption, mengikut percentage of income consumption.
Saya hendak gunakan contoh. Kalau katakan saya gaji RM1,000, katakanlah untuk senang difahami, RM1,000. Tiap-tiap bulan perbelanjaan saya berapa ringgit? Sekurang-kurangnya RM1,000 macam mana saya dapat bela keluarga saya dengan kurang daripada RM1,000? Saya gaji RM1,000 saya bayar perbelanjaan RM1,000. Saya kena cukai berapa? 6%, RM60 so saya kena cukai 6%. Orang kaya, gaji saya RM20,000 setiap bulan. Apakah jumlah yang saya belanja di pasaran? RM10,000 katakanlah, setengah sebab saya boleh jimat RM10,000 masuk dalam bank untuk pelaburan dan lain-lain. RM10,000 saya buat perbelanjaan. Jumlah yang saya kena cukai 6% daripada RM10,000, RM600. Peratusan cukai yang dikenakan
DR.3.4.2014 65
ke atas pendapatan saya hanya 3%. RM600 dibahagi kepada RM20,000, 3% sahaja. Orang kaya dikenakan 3% cukai, orang miskin dikenakan 6%. This is the definition of regressive tax.
Oleh kerana di Malaysia sekarang ramai lagi tidak mampu untuk bayar cukai pendapatan, oleh sebab itu masanya belum sampai untuk cukai GST dikenakan. Kita bukan kata cukai GST tidak boleh dikenakan selama-lamanya, itu bukan pendirian Pakatan Rakyat. Pendirian Pakatan Rakyat adalah ada masanya untuk mengenakan cukai GST tetapi sekarang oleh kerana jurang pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin terlalu besar, oleh sebab itu cukai GST hanya akan menganiaya orang miskin.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Maknanya Yang Berhormat setuju, cuma masa belum sesuai. Bermakna Yang Berhormat setuju cuma masa belum sesuai? Okeylah itu, okeylah, okeylah... [Dewan riuh]
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Ada dengar tak apa yang saya kata? Keterangan yang telah pun diberikan oleh pihak kerajaan. Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Saya rasa Yang Berhormat Kinabatangan ini dia tidak berapa dengar. Bila kita kata GST ini boleh dilaksanakan bukan ikut masa tetapi ikut suasana. Apabila lebih ramai rakyat telah mendapat pendapatan yang munasabah sehingga menjadi pembayar cukai pendapatan. Bila keadaan yang seperti itu tercapai, barulah kita fikirkan tentang satu sistem cukai yang akan mengurangkan cukai pendapatan dan memperkenalkan cukai perbelanjaan ataupun consumption tax. Apakah pandangan, adakah seperti mana yang saya nyatakan?
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Betul kata Yang Berhormat Shah Alam. Okey.
Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, boleh masuk sedikit?
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya hendak teruskan. Kerajaan kata dalam iklan-iklan yang saya lihat di jalan raya sekarang yang amat mengelirukan rakyat. Iklan kata “Dulu ada dua cukai, sekarang hanya satu cukai, satu cukai lebih baik daripada dua cukai, sokong GST”. Dulu dua cukai yang dikutip tahun 2012, RM15 bilion. Tahun 2016, tahun di mana GST akan dilaksanakan secara penuh. Jumlah yang dianggarkan akan dikutip, RM33 bilion. RM33 bilion memang bagi kerajaan lebih baik daripada RM15 bilion. Siapa yang rugi? Rakyat yang kena bayar.
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, penjelasan, penjelasan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Siapa yang tanggung RM18 bilion tambahan cukai yang akan dibayar kepada pihak kerajaan, rakyat.
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tidak bagi jalan Yang Berhormat, duduklah.
DR.3.4.2014 66
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Kita kena ingat rakyat orang kaya income tax telah pun diturunkan, cukai dikenakan ke atas pihak yang tidak mampu bayar cukai pendapatan sekarang mengakibatkan ...
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tidak bagi jalan Yang Berhormat, duduklah.
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, sedikit sahaja.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Nanti-nanti. Nanti bila ada masa saya bagi. Saya tidak takut punya tetapi saya hendak habiskan saya punya point, kalau tidak, tidak cukup masa. Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi satu jam, saya bagi.
Beban peningkatan cukai GST daripada RM15 bilion sekarang, sales and service tax (SST) sekarang kepada GST RM33 bilion, kebanyakannya akan ditanggung oleh pihak yang buat masa ini tidak layak untuk bayar cukai pendapatan. Kerajaan juga kata dulu sales tax, tadi saya rasa Yang Berhormat Titiwangsa ada sebut. Sales tax sekarang 10%, selepas GST dikenakan hanya 6% sahaja. Jadi ada pengurangan cukai dan ada penurunan harga. Mungkin pengiraan ada salah sedikit daripada Yang Berhormat Titiwangsa tadi. Saya jelaskan ya, biar saya jelaskan sedikit.
Sales tax dikenakan kepada pihak pembuat di peringkat pengilangan. Cukai GST dikenakan kepada pengguna di akhir penjualan, the final part bid of the change. Kalau kilang jual air Coke RM10 katakan, cukai yang dikenakan RM1. Kalau katakan kedai jual air kepada pengguna RM20 selepas melalui pemborong, pengedar dan lain-lain, jual RM20, 6% berapa cukai? RM20, 6% berapa cukai? RM1.20... [Dewan riuh]
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, yang itu hotel punya coke, ini kata kedai.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Okey RM1.20, betul-betul. Yang mana lebih tinggi, GST lebih tinggi atau cukai sales tax di pengilangan lebih tinggi? Yang cukai kilang RM1, cukai kepada pengguna RM1.20 walaupun 6%. Oleh sebab itu cukai yang dikutip oleh kerajaan RM1.20 lebih tinggi daripada RM1 di kilang. Saya bukan kata semua barang begitu tetapi untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa 10% lebih tinggi daripada 6%, oleh sebab itu rakyat tentu akan untung akibat pelaksanaan GST, itu mengelirukan. Yang Berhormat Titiwangsa.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Saya ingat Yang Berhormat Petaling Jaya Utara punya contoh itu mengatakan bahawa kalau satu can yang dijual di kedai adalah RM1, kalau pembuat kos pembuat itu adalah 80 sen.
■1500
Kemudian bila dijual kepada pemborong RM1, bermakna dia caj GST 6% of RM1, betul so enam sen. Kalau dia caj kepada pemborong enam sen, pemborong jual kepada peruncit
DR.3.4.2014 67
RM1.10, so 6% is 6.6 cent so 6.6 cent you tolak dengan six cent nett tax effect is six cent but right now SST kita bayar 10% of the selling price.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Sebanyak 10% at the manufacturing process not at the final product price.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: No, no...
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: So kalau you punya Coke you punya Pepsi...
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Agreed, agreed, agreed...
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: ...Jual RM2 okey kilang jual RM1 jumlah cukai yang dibayar ialah RM2 lebih tinggi daripada jumlah cukai di pusat kilang. Itu sahaja.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Okey, sekejap. Can I finish? I have not finished yet okay. Now what I’m trying to say dalam SST bila pembuat bayar buat and caj SST dia stop dekat situ, all right? Akan tetapi kalau you tengok dari segi kita punya rangkaian we are actually charging the different. You follow what I’m trying to say, is a different. That’s the reason why kita mempunyai 273 barang yang a very clear cut case SST 10% GST 6%. It’s depend on the level you calculate the different, you will see the different.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya faham okey cukup, terima kasih. Saya faham kita boleh bahas di luar tetapi saya hendak jelaskan yang penting GST dikenakan the final value added is the final price that is being sold to the consumer.
Harga yang terakhir yang dijual kepada pihak pengguna. So, jumlah yang dikutip oleh kerajaan walaupun melalui seluruh proses jumlahnya adalah 6% daripada harga akhir yang dijual kepada pengguna. Kalau Coke RM2 yang dikutip cukai 12 sen. Coke kalau dijual oleh pihak pengilang kepada pihak pemborong RM1 cukai yang dibayar sale tax sekarang sepuluh sen. Sepuluh sen lebih kurang daripada 12 sen as far as my math tell me. So saya mungkin itu adalah apa yang tadi dimaksudkan oleh rakan saya Yang Berhormat Shah Alam tadi, di mana GST yang dikutip cukai adalah lebih tinggi daripada SST. Boleh lebih tinggi dan kemungkinan yang tinggi, lebih tinggi daripada SST.
Walaupun katakan mungkin GST lebih rendah- you are right. The 6% still work out mungkin kilang jual RM1 pengguna beli RM1.50 yang dibayar 10 sen, RM1.50 yang dibayar oleh GST sembilan sen kurang. Akan tetapi kita kena fikir sejak bila peniaga-peniaga akan mengurangkan kos barang-barang ataupun harga barang-barang yang dijual akibat penurunan kos bekalan. Ada tidak? Harga minyak naik kos semua naik, harga semua naik. Bila harga minyak turun, ada naik turun tidak harga teh tarikh? Tidak ada. This is basic economic, it is called that the price is sticky dan tidak ada undang-undang di Malaysia yang mewajibkan syarikat mamak menurunkan harga teh tarik... [Disampuk] Itu contoh yang diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi, tidak ada. Bila harga sudah naik tidak perlu mereka turunkan walaupun kos bagi kedai saya mungkin menurun. Itu simple economics.
DR.3.4.2014 68
Saya ingin juga menyentuh mengenai alasan bahawa- oh! Jangan bimbang bagi syarikat-syarikat kecil, kalau you buat jual beli di syarikat-syarikat kecil ataupun sales kurang daripada RM500,000 tidak perlu bayar GST. Saya hendak tanya kepada pihak Menteri, kalau saya jual barang-barang di pasar malam pendapatan saya memang kurang daripada RM500,000. Akan tetapi saya beli barang-barang ini daripada pembekal-pembekal distributor pemborong. Pemborong akan mengenakan GST kepada saya. Saya kena bayar 6% GST. Saya tidak ada rebet kerana saya kurang daripada RM500,000 saya tidak ada peluang untuk ambil rebet GST. Saya akan terpaksa transfer the higher cost of goods kepada pihak pengguna. Sama juga.
Menteri Kesihatan ada di surat khabar kata jangan bimbang the cost of health were not grow up because health is tax exemption. Akan tetapi sebenarnya tax exempt hanya di peringkat hospital itu sahaja. Pihak pembekal yang supply goods and services kepada pihak hospital masih mengenakan GST. Oleh sebab itu hospital terutamanya hospital swasta akan terpaksa transfer the cost to the patient. Inflasi akan berlaku juga tidak boleh kata tidak ada. Perkara ini sama dengan houses, rumah-rumah yang kita sekarang sudah kata cukup mahal. Baik kerajaan tax exempt tetapi pembekal-pembekal batu-bata, simen semua kepada pembinaan rumah, adakah mereka tax exempt juga? Tidak, oleh sebab itu harga rumah tetap akan meningkat.
Apa yang penting sekali saya rasa adakah kita benar-benar perlukan GST sekarang ini? Adakah Kerajaan Persekutuan bukan Barisan Nasional, Kerajaan Persekutuan memerlukan GST pada masa ini? Penambahan hasil yang dikutip itu. Adakah kita ada cara lain yang lebih baik untuk mendapatkan hasil tambahan ini? Saya hendak berikan beberapa contoh. Tanah yang dijual kepada 1MDB RM194 juta sekarang dinilai oleh 1MDB RM1.6 bilion harga pasaran. Lebih baik kalau kita gunakan tanah tersebut dan kita buat open tender untuk mendapatkan nilai paling tinggi kepada kerajaan.
Kita berikan pampasan yang cukup tinggi kepada lebuh raya-lebuh raya. LDP contoh pampasan yang sudah pun dibayar kepada lebuh raya RM800 juta, pampasan sahaja. Kos pembinaan LDP RM1.3 bilion. Mereka masih ada 25 tahun untuk mengutip tol tetapi melalui pampasan sahaja RM800 juta sudah lebih kurang harga pembinaan lebuh raya bagi mereka. So ini merupakan jenis-jenis perbelanjaan yang tidak munasabah yang boleh diperbetulkan oleh pihak kerajaan jika kerajaan benar-benar melaksanakan sistem tender terbuka.
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Penjelasan Yang Berhormat PJ Utara. Tadi saya hendak memetik Yang Berhormat PJ Utara tadi ada menyebutkan bahawa dengan pelaksanaan GST ini kerajaan akan dapat buat collection, pertambahan collection yang lebih baik.
Akan tetapi setujukah Yang Berhormat PJ Utara bahawa pertambahan...[Disampuk] Belum soalan lagi sudah tidak, apa dengar habis. Saya hendak tanya Yang Berhormat PJ Utara setuju atau tidak sebenarnya pertambahan itu berlaku apabila pelaksanaan yang dibuat dalam GST ini menyebabkan urusan kutipan cukai lebih tersusun, teratur dan tidak berlaku ketirisan. Akibat tidak berlaku ketirisan dan juga peniaga-peniaga sukar untuk mengelakkan diri daripada
DR.3.4.2014 69
membayar cukai yang dikenakan maka pendapatan negara akan meningkat. Tidakkah itu satu good governance satu pengurusan kerajaan yang lebih baik? Jadi setujukah Yang Berhormat PJ Utara? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat PJ Utara boleh gulung Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Bila kerajaan hendak kutip lebih wang daripada orang ramai good governance itu penting [Ketawa] Saya boleh katakan setuju dari segi teknikal apa yang disebut tadi iaitu GST merupakan secara akaun- dari segi akaun lebih efisien daripada sale tax sekarang itu tidak dinafikan. Hanya GST ini ada kesan-kesan negatifnya. Kesan-kesan negatif ini dapat dikurangkan jika kita ada satu suasana yang lebih kondusif untuk pelaksanaan GST. Apa yang paling penting sekali bila pendapatan rakyat kita sudah mencapai satu tahap di mana beban itu dapat ditanggung secara senang...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat habiskan Yang Berhormat masa sudah habis Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya hendak perbetulkan sedikit. Tadi dikatakan SST ini berlaku oleh kerana kebocoran oleh kerana banyak ketirisan dan sebagainya. Secara teorinyalah dikatakan bahawa kalau SST itu dilaksanakan dengan baik maka pendapatan dengan GST adalah sama.
■1510
Adakah itu benar sedangkan pada teorinya pun telah pun dibuktikan bahawa cukai yang dikutip melalui SST sebenarnya adalah kurang berbanding dengan cukai yang dikutip oleh GST kerana cukai 6% dikenakan pada harga yang lebih tinggi berbanding dengan 10% yang dikenakan pada harga yang lebih rendah. Apa pandangan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Betul kata Yang Berhormat Shah Alam. Okey, so akhir sekali untuk pengumuman, saya hendak rebet point yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi iaitu bahawa oleh kerana untuk meringankan ataupun mengurangkan kebertanggungan hasil kerajaan kita kepada hasil petroleum. Oleh sebab itu kita kena broaden our tax base dan cari sumber hasil yang baru. Ini pada permukaannya nampak logikal tapi kalau kita fikir sikit, kalau macam itu kalau Petronas terjumpa minyak dua kali ganda. Dapat menyumbang lebih lagi hasil kepada kerajaan. Oleh sebab itu adakah kita terpaksa meningkatkan cukai GST daripada 6% sehingga 12% untuk menimbangkan sumber hasil yang kita peroleh. Tidak ada logik.
Kalau Petronas dapat lebih wang, lebih sumber daripada lautan kita, sebenarnya cukai perlu dikurangkan. Apa yang kita perlu buat adalah menggunakan wang sumber Petronas dengan lebih wajar dengan lebih munasabah. Bukan bila wang Petronas meningkat, kita perlu meningkatkan cukai kepada orang ramai dan kita kena lihat akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua akhir sekali kita kena lihat pendapatan yang kita ada sekarang ini. Okey, pendapatan yang kita
DR.3.4.2014 70
ada pada tahun 2003. Hasil kerajaan RM93 bilion sahaja. Hasil kerajaan pada tahun 2013 RM240 bilion. Hasil kerajaan, pendapatan kerajaan meningkat dengan cara yang cukup baik, cukup tinggi, cukup bagus...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, habiskan Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Dan cukup- oil of other nations tapi walaupun pendapatan kita naik mendadak sebegitu, hutang kita mendadak lebih lagi. So bagi Kerajaan Barisan Nasional, periuk besar, kerak lagi besar. Itu menjadi masalah. Punca masalah kekurangan kewangan di pusat kerajaan bukan kerana hasil. Hasil lebih banyak, dia punya hutang lebih tinggi. So, kita boleh menaikkan hasil melalui GST tetapi asalkan budaya keborosan, budaya rasuah, budaya kronisme tidak dicegah dalam Kerajaan Barisan Nasional... [Dewan riuh] Betapa tingginya GST, betapa banyaknya hasil GST dikutip...
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Selangor dengan Pulau Pinang bagi rasuah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Ia tidak akan menyelesaikan masalah defisit...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya masa habis Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Yang kita timpa hari ini di Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Premium tanah di Penang tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jasin.
3.13 ptg.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi saya peluang. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kerana beri saya peluang untuk turut sama-sama berbahas dalam Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan Tahun 2014. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan GST semasa pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013. GST ini dimasukkan sebagai salah satu daripada komponen dalam teras kedua Bajet 2014 iaitu untuk mengukuhkan pengurusan fiskal.
Kita beri selama 17 bulan untuk membuat persediaan bukan saja prasarana, bahkan latihan, pendedahan dan juga kita berikan maklumat bukan saja kepada orang ramai, kepada pengguna bahkan kepada peniaga supaya sampai masa nanti 1 April 2015, semua peringkat bukan saja kerajaan semua agensi, semua pihak, pengguna dan juga termasuk daripada penjual dan juga peniaga sudah benar-benar bersedia dengan prasarana yang telah disediakan.
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan GST ini adalah merupakan satu daripada langkah kerajaan di dalam menyusun semula sistem percukaian negara yang lebih efisien. Dalam usaha negara untuk mencapai status negara maju yang berpendapatan tinggi. Ini disebabkan kerana
DR.3.4.2014 71
sebagai sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi mestilah kita mempunyai sistem percukaian yang lebih telus, yang lebih efisien dan lebih mesra kepada perniagaan. Pada ketika ini, 160 buah negara di dunia telah pun menyertai dalam GST bahkan di ASEAN hanya tertinggal kita dengan Myanmar saja. Bahkan kalau kita lihat pertumbuhan ekonomi kita daripada GDP dan per kapita income, kita jauh lebih terbaik.
Daripada negara-negara yang kita dapat lihat ini, Malaysia pada ketika ini, per kapita income kita telah pun mencatatkan sebanyak USD10,000 di mana Indonesia hanya USD3,495. Mereka telah pun mengadakan GST sejak tahun 1984 sebanyak 10%. Vietnam hanya dapat USD1,407 sahaja sejak tahun 1999 telah memulakan sebanyak 20%. Jadi adalah sampai masa dan ketikanya memang cukup bertepatan supaya Malaysia memulakan sistem percukaian GST ke tahap 6% yang cukup meyakinkan kita sekali kerana angka ini adalah cukup bertepatan. Bukan sahaja kita dapat meningkatkan pencapaian, bahkan kita tidak membebankan kepada rakyat kerana kerajaan telah membuat perkiraan pada angka 5% ianya mendatar. Kalau angka 6%, ianya memberikan sedikit pulangan kepada pihak kerajaan yang seterusnya dapat diberi semula kepada untuk membantu rakyat-rakyat yang memerlukan bantuan.
Tuan Yang di-Pertua, kita dapat lihat sini, di dalam menyusun semula sistem percukaian negara ini...
Seorang Ahli: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Okey, baru mula ini.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu]: Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya ingin bertanya, apakah guarantee atau jaminan bahawa kadar 6% akan dikekalkan dan berapa lama kerana kerajaan selalu menyebut-nyebut bahawasanya kadar kita 6% lagi rendah pada Singapura yang 7%. Tetapi apa yang tidak dinyatakan, apakah kadar yang telah dimulakan oleh Singapura dan berapa lamakah diambil oleh Singapura untuk naik daripada 3% ke hingga 7% hari ini dan apabila Singapura memulakan GST, mereka telah mencapai tahap negara maju dan kita masih lagi...
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham itu.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu]: Itu saya ingin penjelasan supaya biar kita berbeban dengan munasabah.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Singapura sebenarnya telah pun memulakan pungutan GST ini semenjak tahun 1993. Per kapita income mereka adalah sebanyak USD46,000 berbanding dengan kita USD10,000 sahaja dan dia mengenakan 7% daripada 3% apabila memulakannya kerana dia tidak ada cukai kita tersebut. Jadi di sini, tapi tidak apa. Selain daripada 6% yang kita kenakan ini, kita banyak pelepasan-pelepasan bagi memastikan supaya tidak membebankan kepada rakyat. Yang Berhormat...
DR.3.4.2014 72
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Terima kasih. Saya ingin memperbetulkan sedikit Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya setuju bahawa semasa Singapura melakukan GST ini pada tahun 1993, perlu diingat bahawa masa kita Malaysia melakukan pada 6%, kita telah meletakkan 60% barangan asas rakyat dalam sistem GST itu tetapi tidak dilakukan di Singapura. Semuanya masuk dalam GST.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Yang Berhormat kerana membantu untuk menerangkan keadaan sebenar. Kita dapat lihat pada ketika ini banyak dakyah-dakyah dan pembohongan yang disampaikan. Apa juga perbuatan yang baik, cadangan yang bernas, yang boleh membina negara, memberikan pulangan yang baik kepada rakyat semua tidak disokong. Semua akan dipolitikkan dan bahkan pada ketika ini kita dapat lihat macam-macam bangkangan. Saya hendak satu perkara saja saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua, tadi sahabat saya daripada Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam bagi saya peluang dulu. Karang saya boleh kasi peluang.
Tadi Yang Berhormat Shah Alam ada sebut dia kata untuk meningkatkan pendapatan negara tahun 2015, perkenalan GST sebanyak RM26 bilion.
■1520
Yang Berhormat Shah Alam, jangan putar belitkan fakta. Kita mestilah rasional. Kita mesti dapat mengira, baca dan memperhalus perkara ini. RM26 bilion itu yang kita akan jangka dapat pada tahun 2015 adalah selain daripada yang kita anggarkan pungutan SST dan juga GST. Apabila GST dikuatkuasakan nanti, pendapatan lebihan kita hanya RM3 bilion sahaja. RM3 bilion itulah kita akan berikan semula kepada rakyat RM300 kepada penerima-penerima BR1M.
Satu lagi, tadi Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ada sebut, nanti sekejap. Banyak sangat saya bagi. Nanti saya tidak ada masa pula. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ada sebut kita ada lebihan pendapatan sebanyak RM33 bilion pada tahun 2016. Memang betul. Pasal apa? RM33 bilion ini kita akan dapat lebihan sebanyak RM9 bilion. Itulah sebabnya sebagai sebuah negara, kita memerlukan cukai. Cukai ini daripada zaman Kesultanan Melayu pun sudah ada cukai... [Disampuk] Zaman Melaka lagi. Ini keturunan Raja Melaka. Jadi tidak ada masalah. Jangan kita putar belitkan fakta. Ya, Yang Berhormat Titiwangsa.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Titiwangsa. Yang Berhormat Shah Alam duduklah. Dia tidak bagi.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Dia tidak bagi. Sudah banyak. Hari ini saya ingat tujuh kali kau bangun. Okey, Yang Berhormat Jasin, setujukah Yang Berhormat Jasin...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Jasin sudah sebut Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Sudahlah. Tidak payah gaduhlah Yang Berhormat. Perkara kecil sahaja itu.
DR.3.4.2014 73
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Pada tahun 2016 jangkaan penambahan GST income yang kita dapat Yang Berhormat Jasin sebut tadi RM9 bilion ini adalah hasil daripada efficiency of collecting the tax daripada pemborong-pemborong yang selama ini tidak membayar tax kerana tidak ada cukup dokumentasi ataupun rekod dalam perniagaan mereka. Setuju tak?
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Memang cukup tepat Yang Berhormat Titiwangsa kerana GST ini untuk mengelakkan ketirisan. Ini sebab berlaku black money yang disebut. Ya, saya bagi Yang Berhormat Shah Alam. Jangan lama-lama.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Baik terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Jasin. Nampak gentleman juga seperti mana yang saya beri kepada Yang Berhormat Titiwangsa. Sebenarnya kalau Yang Berhormat Jasin kaji apa yang saya sebut, saya kata anggaran pendapatan daripada GST sebanyak RM25 bilion. Saya tidak kata tahun 2015. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan ialah matlamat GST ini ialah untuk menggantikan pendapatan daripada minyak dan juga daripada cukai pendapatan.
Maka ianya bukan sebanyak RM3 bilion yang menjadi sebagai sasaran. GST ini merupakan sistem percukaian yang akan menghasilkan pendapatan, yang akan menggantikan pendapatan oil and gas dan juga cukai pendapatan. Maka jumlah yang ingin dicapai melalui sistem ini mungkin mula dengan 6%.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Akan tetapi ia akan ditingkatkan. Kalau Yang Berhormat Jasin baca balik saya punya Hansard esok, apabila Hansard itu keluar, tengok betul sama ada saya kata tahun 2015 ataupun saya cakap secara umum, dan saya rujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan II...
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dengan izin, the target is not small. Saya hendak minta penjelasan satu benda sahaja daripada ucapan Yang Berhormat Jasin tadi.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sudah cukup itu Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam sudah lama, cukuplah. Terima kasihlah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini lain. Ini apa Yang Berhormat Jasin sebut tadi.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Duduklah Yang Berhormat Shah Alam. cukuplah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kukuhkan pengurusan fiskal boleh? Saya minta.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam sudah cukuplah Yang Berhormat Shah Alam.
DR.3.4.2014 74
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Cukuplah. Tidak payahlah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sikit sahaja. Hendak jelaskan ucapan Yang Berhormat Jasin, boleh?
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Cukuplah Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tadi saya respons apa Yang Berhormat Jasin cakapkan. Sekarang ini saya hendak tanya apa Yang Berhormat Jasin cakap tadi. Boleh tak? Sedikit sahaja, tidak perlu takut. Soalan mudah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam sudah cukuplah Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak ada angka-angka. Soalan mudah sahaja, jangan takut. Seminit sahaja tanya soalan. Minta, this is what you said.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam duduk Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Ini orang tidak tahu apa.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Apa Yang Berhormat Jasin sebut tadi ialah bahawa GST ini adalah dilaksanakan dalam usaha kita untuk capai status negara maju dan pendapatan tinggi. No, I wrote it out. This is what you said. So kalau ianya merupakan sistem percukaian yang dilaksanakan untuk capai...
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Yang Berhormat Shah Alam, saya sudah faham.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: You are taking his time Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Maknanya kita belum capai lagi. Bila kita belum capai lagi, adakah ia dilaksanakan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Cukuplah Yang Berhormat Shah Alam.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jasin, masa berjalan.
Datuk Bung Moktar bin Raden [Kinabatangan]: [Bangun]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaflah saya sudah tidak bagi lagilah.
Datuk Bung Moktar bin Raden [Kinabatangan]: Ini Yang Berhormat Jasin betul-betul bukan Yang Berhormat Shah Alam tapi putar alam namanya.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Itu bukan Kinabatangan, ‘kinabinatangan’...
[Dewan riuh] [Tepuk]
DR.3.4.2014 75
Datuk Bung Moktar bin Raden [Kinabatangan]: Tidak tahulah Tuan Yang di-Pertua siapa yang binatang. Dia atau saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Itu bawa keluarlah, tidak mengapalah. Bincang di luar Dewan yang itu.
Datuk Bung Moktar bin Raden [Kinabatangan]: Akan tetapi kalau janggut tidak potong memang binatanglah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Banyak binatang tidak ada janggut.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Kita dapat lihat gelagat mereka ini, gelagat mereka yang tidak dapat menggunakan akal yang rasional kerana seharusnyalah perkara ini adalah untuk kebaikan semua bukan untuk keuntungan sebelah pihak sahaja. Kita dapat lihat ketika ini banyak pihak yang menuduh kononnya GST ini sepanjang dilaksanakan untuk menambahkan hasil negara sahaja.
Saya hendak jawab apa Yang Berhormat Shah Alam cakap tadi kerana kerajaan kononnya banyak hutang. Ini yang disebut oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi. Sebenarnya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, perkara hutang telah banyak kita bincang dalam blog, dalam Twitter tetapi kita tidak pernah melihat pun apa sebenarnya laporan daripada Kementerian Kewangan.
Juga saya hendak sebut di sini penyata kewangan Bank Negara yang menyebutkan kedudukan sebenar kewangan negara dan hutang negara. Apa juga yang kita claim selama ini, yang kita dakwa selama ini adalah tidak bertepatan sama sekali. Tidak mengapalah. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pergi beli laporan ini. Saya ada bawa satu laporan ini. Satu masa nanti kita tengok. Saya tidak ada masa lagi.
Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Yang Berhormat Jasin tolong gulung.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya tidak panjang. Angka yang saya dapat hutang negara sekarang RM550 bilion mengikut bajet yang telah dibentangkan dalam Parlimen ini. 55% lebih kurang 54.9% daripada GDP Kerajaan Malaysia. Ini tidak termasuk hutang-hutang tersembunyi contingent liabilities yang akan meningkatkan kepada 59%. Adakah angka-angka ini tidak mengikut...
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Yang Berhormat Petaling Jaya Utara saya tidak hendak pergi jauh sangat sebab kita kata. Saya boleh tunjuk buktinya.
Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Yang Berhormat Jasin, tolong gulung. Minta gulung.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Saya ada bawa bersama saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain minta senyap Yang Berhormat. Senyaplah.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: [Bangun]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Laporan tahunan Bank Negara yang menyebutkan kedudukan hutang negara. Kalau kita hendak faham hutang negara ini ada tiga komponen. Hutang negara, hutang Persekutuan, hutang PIPK dan hutang swasta. Hutang luar
DR.3.4.2014 76
negara yang melibatkan kerajaan hanya RM16 bilion sahaja. Betul Yang Berhormat Menteri? Juga kita lihat...
Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Ini kita rujuk hutang Kerajaan Persekutuan. Ini tidak faham ini.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Tidak bagi. Saya tidak bagi lagi. Angka 55% itu yang kita tetapkan adalah arbitrary. Kita tidak sampai pun kepada 55% berbanding dengan Singapura 100% dan Jepun sebanyak 200%. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya minta...
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Boleh celah sedikit Yang Berhormat Jasin...
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Saya sudah tidak bagi lagilah.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Tidak mengapa. Saya jawab selepas ini.
Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Yang Berhormat Jasin...
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Untuk Yang Berhormat Pandan ini saya sudah jawab semalam.
Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: Singapura itu mesti keluar kepada bon.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Saya hendak tanya Yang Berhormat Pandan apabila kita membentangkan peruntukan tambahan saya sudah jawab. Jangan sesekali kita manipulasikan perkara yang tidak benar kerana ini berdosa Yang Berhormat Pandan. Perkara sebenarnya yang kita...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Tidak payah lagi Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bagaimana dengan kenyataan Dato’ Seri Mohd. Najib?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Either GST or bankruptcy?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam. Jangan terperangkap dengan kenyataan Yang Berhormat sendiri tadi. Yang Berhormat Shah Alam kata tadi tidak bangun jika tidak diberi jalan. Saya dengar itu. You stick to that.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya kata saya tidak kacau apabila dia berucap. Dia diam saya masuk, tidak mengapa.
Datuk Bung Moktar bin Raden [Kinabatangan]: Dia putar alam Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Saya hendak jawab Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Petaling Jaya ada sebut rakyat akan dibebankan dengan pengenalan daripada GST ini. Rakyat miskin sebenarnya yang disebut betul. Sebanyak 1 juta sahaja yang bayar cukai. Pasal apa? Pasal kita banyak bagi tax lift supaya untuk memberikan kelegaan kepada penduduk rakyat Malaysia.
DR.3.4.2014 77
■1530
Yang dikata tadi sebab selain daripada itu dikata orang miskin yang pendapatan RM1,000 akan juga terjejas ataupun terbeban dengan GST. Yang Berhormat, kita lihat dahulu apakah senarai-senarai harga barang yang dikecualikan daripada cukai GST dan kebanyakan daripada penggunaan ini tidak ada hubung kait dengan GST. Saya orang kampung Yang Berhormat, saya tahu. Rakyat kampung tidak campur dalam GST. Dia kata tidak ada masalah, kerajaan-kerajaan terbaik sekali yang membela rakyat.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Yang Berhormat Jasin...
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Yang Berhormat Jasin, saya hendak tanya apabila Yang Berhormat Jasin kata tadi GST akan mengenakan tekanan kepada rakyat miskin. Akan tetapi apakah Yang Berhormat- saya bersetuju bahawa, rakyat miskin sekarang pun sudah ditekankan dengan SST, GST pun sama. Pasal apa ada tekanan? Macam mana pendapat Yang Berhormat Jasin?
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Tambah lagi Yang Berhormat Jasin. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Jasin, mereka ini menentang GST beria sangat kenapa? Ini kerana kita tahu GST ini adalah satu sistem ataupun instrument untuk mencari cukai yang lebih efisien. Adakah mereka ini menyokong atau mempertahankan orang-orang yang tidak membayar cukai atau menipu cukai?... [Dewan riuh]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Sekurang-kurangnya Yang Berhormat Kuala Kangsar telah memberikan jawapan yang paling tepat sekali. Pada ketika ini Yang Berhormat...
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Kita mempertahankan rakyat.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Pada ketika ini Yang Berhormat- ya, ya.
Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa]: Yang Berhormat Jasin, setuju tidak Yang Berhormat Jasin... [Disampuk] Setuju atau tidak Yang Berhormat Jasin, oleh kerana dengan sistem GST ini, maka kerajaan dapat collect lebihan tax RM90 bilion daripada yang tidak membayar tax ini. Efficiency tax, rekod tidak simpan, pembuat tidak simpan rekod, pemborong tidak simpan rekod. This system will ensure kita collect, betul? Saya hendak tanya Yang Berhormat Jasin, setuju tidak oleh kerana kelebihan tax ini menyebabkan kerajaan pada masa akan datang boleh menggunakan wang ini untuk membantu rakyat-rakyat miskin di bawah. Oleh sebab itu, pembangkang ini takut, betul?
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih. Pada sayalah- ya, ya. Sila, sila.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Saya hendak tanya Yang Berhormat Jasin. [Disampuk] Ha, itu yang bagus itu. Cekap. GST ini sahaja bukan untuk remedi. Bukan untuk memperbaiki sahaja defisit fiskal negara, tetapi sebenarnya pengutipan cukai ini adalah untuk meningkatkan pendapatan negara untuk menolong rakyat di negara ini. Jadi kalau orang-
DR.3.4.2014 78
orang yang tidak setuju yang membangkang mengamalkan GST ini, adakah Yang Berhormat Jasin setuju, mereka ini sebenarnya tidak peduli tentang rakyat di negara ini... [Dewan riuh]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen, wakil yang telah diberikan mandat oleh rakyat, kita seharusnya bercakap bukan sahaja untuk kepentingan rakyat, bahkan juga untuk kepentingan negara. Pada ketika ini, pencapaian negara kita sangat membanggakan sekali. Ini bukan sahaja diakui Bank Negara menjadi kita punya regulator, tetapi kita dapat lihat, Bank Dunia, IMF dan juga semua rating agency menyatakan kehebatan pencapaian kehebatan pencapaian ekonomi kita pada ketika ini.
Hanya pembangkang yang kata tidak bagus. Kita dapat lihat apa sahaja yang kita buat terus tidak dapat sokongan atau dimanipulasikan. Saya lihat dahulu, mungkin ramai Yang Berhormat tidak ingat lagi, saya orang tua saya ingat. Masa kita hendak buat Jambatan Pulau Pinang yang pertama, DAP menentang. Sekarang bukan sahaja diminta jambatan nombor dua, terowong pun diminta lagi. Diminta... [Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dia menentang bukan kerana menentang jambatan, dia menentang cara projek itu diberikan melalui runding terus.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Tidak payahlah.
Tuan Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Jasin, sedikit. Saya bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Jasin. Semasa pembinaan jambatan Pulau Pinang yang pertama, DAP sendiri telah keluarkan satu jadual mengatakan bahawa kalaulah RM800 juta yang hendak buat jambatan itu, rakyat negara Malaysia telah berhutang sekian-sekian banyak. Jadi bantahan itu dibuat sampai sedemikian rupa. Jadi sekarang kenapa berebut pula hendak jambatan itu, itu masalah dia. Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Kita kalau boleh hendak rekodkan perkara ini kerana apa juga pembangunan yang kita hendak rancang akan ditentang habis-habisan. Kita hendak buat Putrajaya dahulu, pun dikata satu pembaziran. Akan tetapi sekarang hendak lelong pula itu tetapi sekarang berebut hendak Putrajaya kerana kehebatan Putrajaya pada ketika ini... [Dewan riuh] Di bawah sistem cukai penggunaan...
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Jasin...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Nak bagi Yang Berhormat?
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Jambatan Pulau Pinang di kawasan saya...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Wakil, kita hendak ambil Yang Berhormat Jasin.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jasin tidak bagi laluan. Duduklah yang lain dulu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Apa punya hujah.
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Bayan Baru.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Ianya banyak mempunyai kelemahan.
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Yang Berhormat Jasin.
DR.3.4.2014 79
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Jadi kelemahan yang terdapat... [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Pusat pentadbiran Putrajaya. Bukan Putrajaya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Duduklah Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Boleh?
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Okey, saya bagi pada Yang Berhormat Sepang.
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Haiya..!.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Yang Berhormat Sepang dapat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Jasin, saya hendak tanya Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin setuju tidak kalau kita kutip duit pun tetapi kalau kita bagi pada perompak, duit selamatkah? [Ketawa]
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Itu satu perkataan yang tidak sepatutnya datang dari Ahli Yang Berhormat. Ini kerana perkataan “perompak” tersebut adalah satu perkataan yang very unparliamentarily... [Dewan riuh]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Jasin...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Jumlah RM250,000 duit ini...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kita kena sedar Yang Berhormat Sepang ini ketua perompak sebab itulah macam ini.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Yang Berhormat Jasin minta laluan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya cakap umum, kalau beri pada perompak, boleh selamat ke duit kita? Jangan terasalah kalau Yang Berhormat bukan perompak, apa Yang Berhormat takut?
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Tahukah Yang Berhormat Jasin bahawa dalam Laporan Audit yang lalu kita dapat tahu bahawa ketirisan kerajaan adalah sebanyak RM28 bilion dalam keadaan yang sedia ada. Sekarang kerajaan cuba memperkenalkan GST dan mengatakan bahawa mereka hendak menambahkan lagi pendapatan. Apa jaminan yang kita boleh dapat? Kalau pendapatan bertambah, ketirisan juga akan bertambah.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.
DR.3.4.2014 80
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Masalahnya sebagaimana yang diberitahu tadi, suasana sekarang belum sesuai untuk memperkenalkan GST. Yang patut kerajaan buat ialah untuk mengurangkan atau menghapuskan ketirisan yang sedia wujud. Itu yang patut kita buat, bukan tambahkan pendapatan.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Tuan Yang di-Pertua, inilah kualiti parti-parti pembangkang dan Ahli Parlimen yang kita ada dalam Dewan. Semata-mata sengaja untuk manipulasikan angka. Tidak pernah...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Bukankah itu ada dalam laporan audit RM28 bilion.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Itu tidak pernah. Auditor General tidak pernah menyebut tentang RM28 bilion. Ketirisan yang disebutkan itu adalah teguran Auditor General sebanyak RM1.5 bilion sahaja.
Beberapa Ahli: Tengok. Tarik balik! Tarik balik!
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Yang Berhormat, tarik balik benda itu. Kalau boleh ini fakta yang terbukti yang di manipulate oleh parti-parti pembangkang untuk melarang petisyen rakyat kepada kerajaan.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Yang Berhormat Jasin, ini disebut oleh Yang Berhormat Menteri.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Seorang-seorang Yang Berhormat.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Ini disebut oleh Yang Berhormat Menteri.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Perkara ini tidak betul, jangan dibuat lagi. Ini adalah satu kesalahan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Gajah, duduk Yang Berhormat Batu Gajah.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Jumlah RM1.5 bilion sahaja. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Saya hendak tahu 1.5 ada disebut oleh Yang Berhormat Menteri atau tidak.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Gajah, duduk Yang Berhormat Batu Gajah.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: ...Daripada perbelanjaan kita sebanyak RM220 bilion, RM1.5 bilion tidak sampai 1% pun. Itu teguran, bukan ketirisan.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Akan tetapi adakah...
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Jangan sebut perkara tersebut. Itu salah.
DR.3.4.2014 81
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Ada perkara ini disebut oleh Yang Berhormat Menteri atau tidak?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu Gajah, jangan macam itu.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Yang Berhormat sebagai seorang peguam, jangan menyebut satu perkara yang tidak ada hubung kait langsung, tidak ada kena mengena.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengulang balik ucapan Menteri Kewangan ke yang mengatakan bahawa jumlah ketirisan yang dapat didetect oleh kementerian melalui laporan audit ialah RM1.5 bilion. Apabila saya bangkit dan bertanya, sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa laporan audit itu adalah sebahagian kecil sahaja daripada perbelanjaan seluruh negara untuk setiap kali bajet. Saya telah confirm dengan Ketua Audit Negara dalam satu sesi yang kita bertemu dengan Tan Sri Ambrin Buang, memang mengatakan kita tidak buat audit pada seluruhnya perjalanan perbelanjaan kerajaan. Hanya sebahagian kecil. Kementerian pun satu dua kementerian ambil contoh. Dalam kementerian itu pula, satu, dua department sahaja. Jadi satu dua department, satu dua kementerian pun sudah jumpa RM1.5 bilion, apa kata buat audit pada seluruh kerajaan, RM28 bilion itu memang betul... [Dewan riuh]
■1540
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Kuala Krai, kita dah jauh sangat menyimpang ini tapi sekurang-kurangnya saya nak berikan penerangan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat parti pembangkang, jangan sekali-kali kita membuat tuduhan yang tidak berasas. Laporan daripada Ketua Audit...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Tapi Yang Berhormat Jasin, mengaku atau tidak, sekarang ada wujud ketirisan yang keterlampauan di bawah kerajaan yang sedia ada sekarang... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Dia tak bagi jalan, Yang Berhormat.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Yang Berhormat, Laporan Ketua Audit Negara adalah satu laporan rasmi kerajaan yang kalau boleh kita sebut di sini, perkataan ini adalah teguran, bukan ketirisan Yang Berhormat... [Dewan riuh] Itu sebab saya sebut daripada teguran yang disebut tadi...
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Teguran atas ketirisan.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Yang Berhormat, jangan manipulasikan perkataan yang boleh sebenarnya kita tanamkan sifat kebencian rakyat kepada kerajaan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Jasin, nak tanya.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Perkara ini berdosa, kita sebagai umat Islam tak patut kita memfitnah.
DR.3.4.2014 82
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sepang, cukuplah Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Jasin, nak tanya. PKFZ alone, PKFZ alone.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Jangan memfitnah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sepang, duduklah Yang Berhormat Sepang.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Jangan memfitnah, jangan melakukan pembohongan. Itu juga tuduhan kepada kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Lepas ini giliran pembangkang, Yang Berhormat. Jadi tanya nanti.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Ingat kerajaan tidak ada duit? Jual aset kerajaan, jual aset negara? Ini tidak benar Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Jasin, PKFZ berapa dia punya rugi?
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Tak usah sebut itu lagilah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ha, berapa?
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Saya pun malu nak sebutlah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: PKFZ alone dah berapa, lembu berapa?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kalau kita senaraikan, dah lebih daripada RM28 bilion...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Sebentar, sebentar Yang Berhormat. Sebentar Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Shah Alam, ini melanggar peraturan mesyuarat ya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, apa pula Shah Alam? [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Teruskan Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Tuan Yang di-Pertua, saya tahu Tuan Yang di-Pertua beberapa kali bagi saya signal, jadi saya memang terpaksa walaupun banyak perkara saya nak bincang tetapi sekurang-kurangnya my message is across, dah saya sampaikan. Akan tetapi, kita perlu laksanakan GST.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Your message is across ya? Okeylah, not bad.
DR.3.4.2014 83
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Kita perlu laksanakan GST ini untuk kebaikan masa depan negara dan keuntungan kepada rakyat jelata [Tepuk]
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ada juga pihak yang suka menabur fitnah dengan mengatakan kononnya kerajaan terburu-buru dalam melaksanakan GST. Sebenarnya idea GST ini bukanlah baru tumbuh semalam, ia telah dicadangkan semenjak tahun 1988 semasa pembentangan Bajet 1989. Jangan lupa, Ketua Pembangkang juga bertanggungjawab telah membentangkan bajet tahun 1992 berhubung dengan GST.
Kita tak boleh cakap- pasal kebanyakan negara, 162 buah negara dalam dunia telah memulakan sejak tahun 1960 lagi. Jadi memang sudah cukup sampai masanya. Kita tak nak samakan kedudukan kita dengan Myanmar. Di Asia ini, hanya kita dengan Myanmar sahaja tidak laksanakan GST. Jadi sepatutnyalah GST ini dah lama dibuat tetapi kerajaan memikirkan masa yang cukup sesuai adalah tahun depan.
Keduanya, kerajaan telah menjalankan banyak kajian yang mendalam dan melihat daripada segala aspek sebelum GST ini kita laksanakan. Jadi berdasarkan data dan suasana ekonomi sekarang, tahun 2015 didapati merupakan tahun yang amat sesuai untuk kita melaksanakan GST.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sekian, terima kasih [Ketawa]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: GST ini adalah satu sistem yang baik.
Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Penjelasan Yang Berhormat, penjelasan. Boleh tak Yang Berhormat Jasin?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Dia dah habis dah masa Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat minta penjelasan, tambah masa lagi itu. Masa berjalan itu.
Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Oh, okey.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Sahabat saya ini Wong, boleh. Yang Berhormat, jemput.
Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya nak tanya apakah faktor yang menyebabkan masa yang paling sesuai sekarang untuk membuat GST ini? Setahu kita, ekonomi tak baik, investor confidents very low. Apa yang faktor baik itu?
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah [Jasin]: Yang Berhormat, dengan izin, kita sampai masanya kerana we have to be competitive with the rest of the world. Kalau 162 buah negara telah melaksanakan kerana ini selaras dengan keperluan semasa, bukan sahaja untuk eksport yang banyak membantu kepada pendapatan negara, bahkan kita mahu kalau boleh...
Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Yang Berhormat Jasin, maaf.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah [Jasin]: ...Mereka yang menanam modal mendapat keyakinan bahawa kita...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kelana Jaya, cukuplah Yang Berhormat.
DR.3.4.2014 84
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah [Jasin]: ...Mengamalkan satu sistem percukaian yang lebih efisien sekali. Jadi masa cukup sesuai dan saya rasa saya sangat menyokong supaya GST ini dilaksanakan menjelang tahun 2015. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pandan.
3.45 ptg.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang mulia sekalian.
Saya nak sambung daripada mana Yang Berhormat Kinabatangan tanya soalan tadi. Yang Berhormat Kinabatangan ada tanya di negara-negara lain yang melaksanakan GST, ada tidak orang demonstrasi atau tunjuk perasaan. Kalau nak tahu reaksi rakyat di negara-negara yang telah ada pengalaman melaksanakan GST ini, salah satu yang baiknya kita tengok di Australia, banyak disebut di Australia tadi.
Tahun 1993, Pilihan Raya Umum Australia 1993, Parti Liberal pimpinan John Howard dijangka menang besar. Semua menunjukkan dia akan menang besar yang dikatakan tahun itu Parti Liberal mustahil akan kalah pilihan raya. Dengan keyakinan kerana dia rasa akan menang besar, maka John Howard masuk pilihan raya pada tahun 1993 menjanjikan kepada rakyat Australia akan memperkenalkan GST. Tengok balik sejarah, tahun 1993 dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam pilihan raya yang disebut the election that cannot be lost, John Howard dan Parti Liberal kalah besar dalam tahun 1993 kerana memperkenalkan GST...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh minta penjelasan?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Nanti dulu, nanti dulu. Saya habiskan cerita dahulu... [Disampuk] Mukadimah.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Pandan yang berucap, kenapa si dia yang buat bising-bising?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Tak apa, tak apa. Lepas ini saya bagi, lepas ini saya bagi. Kalah tahun 1993, masuk tahun 1994, Parti Liberal dan John Howard buat U-turn, janji dengan rakyat Australia tak akan perkenalkan GST dah lepas itu. Masuk pilihan raya tahun 1996, menang balik kerana tak mahu laksana GST. Kemudian, tahun 1998, tak faham-faham lagi John Howard ini, mungkir janji sekali lagi. Semasa dia jadi kerajaan, dia perkenalkan GST tahun 1998, sebab dia ingat pilihan raya tahun 1999, jadi tahun 1998 dia kerajaan, dia perkenal, dia okey.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh minta? Boleh sudah?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Belum lagi, belum lagi. Tunggu dulu, tunggu. Tahulah takut tapi dengarlah cerita dahulu. Tahun 1999, walaupun pada tahun 1996 Parti Liberal menang besar tetapi oleh kerana perkenalkan GST tahun 1998, masuk pilihan raya 1999, dia kalah undi. Dia dapat 49% undi popular, Parti Buruh dapat 51% terpaksa bergantung pada kerusi-kerusi bebas dan kecil untuk jadi kerajaan minoriti tahun 1999. Yang Berhormat Kinabatangan nak tanya, boleh tanya sekarang.
DR.3.4.2014 85
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Saya mendengar hujah Yang Berhormat Pandan dan macam juga Yang Berhormat Pandan dengar saya, bukan macam yang lain ini. Cuma, mungkin Yang Berhormat Pandan tersilap langkah. Itu John Howard, ini Barisan Nasional... [Dewan riuh] Janji ditepati.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Joker, Malaysian joker. Real joker!
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Diamlah dulu. Kalau benar GST ini menghancurkan Barisan Nasional, kita tunggu PRU yang ke-14... [Dewan riuh]
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Luluskanlah, luluskan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau GST ini mengangkat martabat rakyat dan negara, saya percaya rakyat di negara ini tidak akan tergamak untuk tidak memilih Barisan Nasional sekali lagi.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi kita sama-samalah Yang Berhormat Pandan tengok, kalau kita masih hidup, masih bertanding, siapa di sana, siapa di sini.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Yang Berhormat Shah Alam nak mencelah.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya. Saya cukup tertarik dengan cadangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan tapi ada satu beza sahaja di antara Malaysia dengan Australia ini. Di Australia, dia tak tipu buat sempadan... [Dewan riuh] Lalu kita tahu bahawa selepas GST dilaksanakan, untuk nak hadapi pilihan raya, Barisan Nasional memang cukup takut, maka persempadanan baru akan dilakukan sepertimana pada tahun 2003 untuk memenangkan Barisan Nasional. Apa pandangan Yang Berhormat Pandan?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya suka dengan keyakinan Yang Berhormat Kinabatangan sebab keyakinan macam inilah yang John Howard kah, yang di Kanada seperti Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tunjuk yang masuk pilihan raya kalah lepas itu. Tidak apa...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Pandan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Teruskan Yang Berhormat Kinabatangan.
■1550
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Hidup mesti yakin, ini bukan John Howard... [Dewan riuh]
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Bagus Yang Berhormat Kinabatangan, teruskan dengan semangat itu tetapi...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Gelagat pembangkang akan terus begini, mungkin akan berkurangan pada masa akan datang.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Baik, baik! Baik Yang Berhormat Kinabatangan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] Yang Berhormat Pandan, tanya sedikit.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Teruskan dengan keyakinan itu tetapi ingat juga pesanan yang dibuat oleh Yang Berhormat Shah Alam. Kalau kamu tahu buat dasar yang
DR.3.4.2014 86
tidak baik dan tidak popular, jangan rosakkan sistem pilihan raya dengan menipu hanya untuk menang... [Dewan riuh]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Siapa tipu siapa?... [Dewan riuh]
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Baik.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Siapa tipu siapa?... [Dewan riuh]
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Tuan Yang di-Pertua, saya akan teruskan...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Pandan bagi sedikit.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dalam mahkamah mana ada? Cakap ada ‘Bangla’. Mana ada ‘Bangla’? Tidak adapun.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Tidak apa, tidak apa.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Kinabatangan Penjelasan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Lepas ini...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Penjelasan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Lepas ini.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini lagi menyelewengkan Dewan... [Dewan riuh] Ini Yang Berhormat Pandan sudah macam Yang Berhormat Shah Alam. Jadi putar alam sudah.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Pandan, Bagan Serai, Bagan Serai.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dahulu saya respect Yang Berhormat Pandan ini. Rupanya Yang Berhormat Pandan pun macam putar alam juga.
Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Langkawi, Langkawi.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sama-sama akal penipu juga rupanya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tidak apalah Yang Berhormat. Disebabkan provokasi tadi.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Baik. Tuan Yang di-Pertua, saya mahu teruskan, saya teruskan. Saya tidak bagi laluan, saya akan teruskan.
Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Yang Berhormat Pandan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Oleh sebab itu dalam soal GST ini, kalau pakatan rakyat pentingkan diri dan tidak fikirkan tentang kebajikan rakyat, kita akan duduk diam-diam di sini dan biarkan sahaja Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional terus bersuara... [Dewan riuh]
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Pandan, bagi sedikit.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Akan tetapi kita kena ingat bahawa kalau kita biarkan sahaja Barisan Nasional laksanakan GST ini...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Seminit, seminit.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Yang menjadi mangsa dan sengsara adalah rakyat kerana di mana-mana seperti yang telah disebut baik oleh Yang Berhormat Shah Alam,
DR.3.4.2014 87
baik oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi bahawa GST ini ialah mengalihkan bebanan cukai daripada orang yang kaya kepada orang yang miskin dalam keadaan negara kita lebih ramai orang miskin... [Dewan riuh] GST tidak adil dan menyusahkan rakyat terbanyak...
Tuan Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Tidak faham-faham.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Oleh sebab itu walau macam mana bagus pun, Yang Berhormat Kinabatangan yakin, kita akan tetap lawan dan selagi undang-undang ini tidak ditarik balik, kita akan lawan di dalam dan di luar Dewan... [Dewan riuh][Tepuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Lawan tetap lawan... [Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Hendak masuk pakatankah?... [Dewan riuh]
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak kembali kepada persoalan ekonomi. Yang Berhormat Jasin bentangkan beberapa perkara tentang ekonomi, Yang Berhormat Titiwangsa pun sebut tentang ekonomi. Kita kena kembali kepada perkara asas, apa sebenarnya alasan yang digunakan oleh kerajaan untuk memperkenalkan dan melaksanakan GST? Ini alasan yang diberi berkali-kali.
Pertama, ini rentetan daripada masalah defisit yang berpanjangan yang dialami oleh negara kita. Malaysia sudah masuk rekod, negara antara yang paling lama tidak henti-henti terperangkap dalam masalah defisit kewangan. Tiap-tiap tahun berhutang untuk menampung perbelanjaan kerana pendapatan negara tidak cukup. Dari tahun 1998 hingga sekarang, tidak ada satu tahun pun yang mana Kerajaan Barisan Nasional mampu mendapatkan lebihan wang dan tidak perlu berhutang untuk membayar perbelanjaan negara. Masalahnya berbelanja lebih. Akibat daripada masalah defisit yang berpanjangan itu, selepas 16 tahun ia mula ada kesan kepada kedudukan kewangan negara.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: [Bangun]
Beberapa Ahli: Bagi Yang Berhormat Jasin.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Tidak apa. Yang Berhormat Jasin sudah lama bercakap. Saya akan bagi ruang kepada yang lain, bukan Yang Berhormat Jasin.
Seorang Ahli: Takut dekat Yang Berhormat Jasin. [Dewan riuh]
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Oleh kerana sudah 16 tahun Kerajaan Barisan Nasional bergantung kepada hutang, maka akhirnya... [Dewan riuh]
Seorang Ahli: Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Ada Yang Berhormat Paya Besar? Yang Berhormat Paya Besar hendak cakap? Yang Berhormat Paya Besar ada hendak cakap, tidak ada? Tidak apa... [Dewan riuh]
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Boleh, boleh Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bagan Serai.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Tidak apa, tidak apa, nanti. Saya habiskan dahulu bab ekonomi kemudian boleh mencelah. Okey, saya habiskan bagi saya beberapa minit...
DR.3.4.2014 88
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tidak bagi jalan, duduk dahulu Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Untuk saya terangkan tentang ekonomi. Kemudian, boleh celah. Oleh kerana hutang yang berpanjangan ini dan oleh kerana kerajaan tiap-tiap tahun terpaksa menerbitkan bon iaitu hutang baru daripada pasaran, maka pendapat pasaran mengenai kedudukan kewangan negara itu mula menjadi sensitif. Kalau kita, orang yang memberi hutang, 16 tahun dia hutang tidak habis-habis. Lepas satu roll, roll yang baru, akhirnya pasaran kewangan antarabangsa mula menyatakan kebimbangan. Kalau defisit ini tidak dikurangkan ada keraguan sama ada Kerajaan Malaysia boleh terus berhutang atau pun tidak.
Itu latar belakang kenapa GST ini diperkenalkan. Bukan soal tax effective, bukan soal BR1M, bukan soal rakyat. Soalnya kerana ekonomi yang gagal ditadbir oleh Barisan Nasional terpaksa cari jalan untuk menyelesaikannya... [Dewan riuh] Dalam keadaan begini, maka Kerajaan Barisan Nasional ada dua pilihan. Pertama, untuk mengurangkan defisit dia boleh potong perbelanjaan. Itu yang dibawa dan ditegur walaupun Yang Berhormat Jasin kata teguran itu bukan tiris. Mana dia belajar pun saya tidak tahu...
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: [Ketawa]
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Kalau ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara kerana berlaku penyelewengan dan ketirisanlah. Oleh sebab itulah ditegur di dalam Laporan Ketua Audit Negara. Buat apa tegur-tegur tetapi tidak ada berlaku penyelewengan. Kerajaan Barisan Nasional ada dua pilihan.
Pertama, sama ada memotong perbelanjaan Yang Berhormat Menteri seperti yang kita sudah desak berkali-kali ataupun jalan yang diambil oleh Barisan Nasional, kekal dengan perbelanjaan yang boros, ketirisan tidak ditangani tetapi ambil jalan tambah pendapatan negara dengan mencukai rakyat yang lebih tinggi. Itulah sebabnya timbulkan soal GST ini.
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: [Bangun]
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Saya juga hendak jawab satu kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Jasin tadi. Dia kata siling 55% hutang negara itu arbitrary. Maknanya tidak penting. Itu seolah-olah sebut ikut suka sahaja. Kalau hendak lepas pun tidak apa, 55% itu adalah peringatan yang ditetapkan oleh pimpinan-pimpinan dahulu, daripada Barisan Nasional dan juga daripada parti pembangkang pada ketika itu mengingatkan kerajaan kalau pinjam duit biarlah berhemah. Kita rasa 55% itulah yang paling tinggi, yang paling teruk kita boleh tanggung...
Datuk Wira Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: [Bangun]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Itu adalah hasil daripada akta yang ditetapkan di dalam Dewan, diluluskan di dalam tahun 1983. Kalau Yang Berhormat Jasin kata itu tidak
DR.3.4.2014 89
penting, maknanya Yang Berhormat Jasin menghina akta dan Dewan ini sendiri kerana 55% itu adalah mandat yang dibawa oleh Dewan dan rakyat...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Jangan berboros, belanja duit sampai 55%.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jasin dengan Yang Berhormat Gombak bangun.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak dahulu.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat daripada Pandan. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pandan sebentar tadi tentang defisit fiskal ini...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Nanti dahulu, ini Yang Berhormat Pandan sokong dengan Yang Berhormat Gombakkah? Timbalan Presiden, sokonglah dia.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Hujah Yang Berhormat Pandan tentang...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Hujah Yang Berhormat Pandan berhubung defisit fiskal yang disentuh tadi itu telah saya bangkitkan dalam sesi yang lalu bulan Oktober 2013 di mana saya menjelaskan...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Point of order, ambil gambar, kamera. Botak Chin ini [Ketawa]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Di mana saya tegaskan bahawa ..
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tidak ada peraturan. Pergi belajar, you learn.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Yang di-Pertua...
Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Eh! Binatang duduk... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Teruskanlah Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh kita disiplin kan UMNO ni lah, dia tidak ada... [Dewan riuh] Ini Dewan Rakyat, bukan Mesyuarat UMNO Bahagian... [Ketawa][Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ini Dewan Rakyat Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ulang...
DR.3.4.2014 90
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Saya susah hendak tegur Yang Berhormat pasal dekat sini pun ‘ha ha ha’ boleh kuat juga. Sebelah sini pun bising. Saya dalam keadaan yang serba salah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Kita ‘ha ha’ bawa fakta. Mereka tidak ada fakta.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tidak ada, ‘ha ha‘ tidak ada fakta Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Dengar, dengar. Tuan Yang di-Pertua kena dengar betul-betul.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tidak apa, teruskanlah, kita biarkan yang itu.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Apa yang saya tegaskan dalam sesi yang lepas ialah UMNO ini sedang mengalami satu jenis penyakit iaitu fiscal fatigue..
Seorang Ahli: Apa kena-mengena Yang Berhormat?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Dia tengah sakit lelah. Dia tidak ada fiscal space untuk berbelanja... [Dewan riuh] Hutang semakin hari semakin meningkat. Tadi saya dengar Yang Berhormat Jasin beritahu Laporan Antarabangsa Bank Dunia, IMF, rating agency semuanya positif. Benar kah Yang Berhormat Jasin? Laporan mana saudara baca? Saya hendak baca satu laporan ini Fitch Rating Agency yang melaporkan tentang isu debt to revenue atau hutang kepada pendapatan.
■1600
Malaysia pada hari ini Tuan Yang di-Pertua mencatatkan 246%, semakin hampir kepada negara Itali. Itali pun baru 261%, Malaysia sudah hampir kepada Itali 246%. Di mana laporan yang mengatakan pengurusan kewangan negara ini baik di bawah UMNO dan Barisan Nasional? Mereka ini mengalami penyakit yang kedua itu denial syndrome, yang tak nak mengaku. Yang Berhormat Semporna kena latih Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Jasin ini supaya faham bagaimana pengurusan kewangan.
Jadi saya setuju dengan Yang Berhormat Pandan oleh kerana hutang sekarang berbilion ringgit, setengah trilion ringgit tidak ada space untuk berbelanja maka mereka pindahkan daripada orang kaya, kroni UMNO dan Barisan Nasional kepada rakyat untuk dibebankan dengan GST. Sebab itu kita mesti tolak dan lawan habis-habisan UMNO dan Barisan Nasional... [Dewan riuh]
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam sebentar lagi, sebentar lagi. Saya rasa itu satu kenyataan yang sesuai dengan yang saya hendak sambung. Saya sebut tadi bahawa Kerajaan Persekutuan berhadapan dengan defisit sama ada dia kurang belanja atau dia tambah pendapatan. Kalaupun dia hendak tambah pendapatan, ada beberapa cara lain yang boleh dibuat dan diambil seperti dibuat di negara-negara lain tanpa membebankan rakyat dengan GST.
DR.3.4.2014 91
Satu contoh, kalau kerajaan menggunakan kaedah untuk mendapatkan nilai yang terbaik daripada harta-harta kerajaan, bagi tanah, pastikan jangan bagi terus kepada 1MDB, buka kepada pasaran terbuka. Kalau tanah itu harga RM2 bilion, dapatkan RM2 bilion, jangan dapatkan RM200 juta. Jual syarikat CTRM nilai RM400, RM500 juta kalau jual di pasaran terbuka kepada orang yang layak, yang betul-betul serius dapat nilai itu tetapi dijual kepada kroni, harga hanya satu pertiga daripada harga pasaran. Cari jalan untuk dapatkan nilai yang terbaik daripada harta-harta kerajaan, itu satu cara yang boleh dibuat. Kalau itu dibuat boleh dapat RM3 bilion yang dikatakan tambahan yang dapat daripada melaksanakan GST ini tanpa wakil-wakil rakyat Barisan Nasional balik kampung kena jawab dengan rakyat kenapa harga barang naik, contohnya.
Kalau hendak bercakap tentang ubah sistem cukai kononnya ini untuk perbaiki sistem cukai dan sebagainya, ada banyak lagi bentuk cukai-cukai lain yang boleh dilaksanakan yang boleh tambah pendapatan negara tanpa memangsakan orang miskin di bawah. Bagi contoh, saya bagi contoh yang pertama. Malaysia ini, Yang Berhormat Labis pun tahu. Yang Berhormat Labis kena bangun selepas ini.
Malaysia ini antara negara yang tidak ada capital gains tax, dengan izin. Capital gains tax ini ada di mana-mana negara yang biasa kecuali Malaysia. Yang Berhormat Jasin dok ulang negara semua ada GST, Malaysia tidak ada GST. Dia tidak ulang di negara-negara yang maju ada capital gains tax tetapi di Malaysia tidak ada. Yang ada Menteri di Malaysia hanyalah Real Property Gains Tax (RPGT) bukannya CGT. Capital gain tax ini adalah cukai ke atas pertambahan nilai contohnya. Ini tidak faham, Yang Berhormat Menteri tidak faham. Saya sudah ajar Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, ada beberapa cara untuk kita ambil cukai. Satu kita ambil cukai atas keuntungan hasil pendapatan. Orang itu kerja dia dapat gaji kita cukai dia. Syarikat jual barang dia dapat untung kita cukai dia. Akan tetapi, ada juga keuntungan itu yang datang tanpa buat apa-apa tetapi hanya kenaikan nilai. Contohnya saya pegang saham satu syarikat, saya tidak buat apa dengan saham syarikat itu tiba-tiba saham itu naik melambung mendadak saya dapat untung daripada kenaikan itu, itu dipanggil capital gains. Capital gains itu di negara-negara lain kena cukai hanya di Malaysia yang cukainya tidak kena...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Betul.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Ambil tanah PKFZ, dulu ambil tanah cara murah jual kepada kerajaan cara mahal. Kemudian dengan transaksinya dapat untung besar, itu namanya capital gains. Di negara lain capital gains itu kena cukai tetapi di Malaysia tidak kena cukai.
Jadi sebab itu kalau betullah kalau tengok kepada kekayaan yang ada kepada orang di Malaysia ini, kalau betul kerajaan hendak tambah pendapatan tanpa mangsakan rakyat, perkenalkan capital gains tax dahulu sebelum buat GST [Tepuk] Yang Berhormat Shah Alam hendak bangun [Tepuk]
DR.3.4.2014 92
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Saya ingat kita jangan lupa hendak ucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana mereka bukan sekadar cari jalan untuk tambah pendapatan dengan membebankan rakyat tetapi mereka juga sebenarnya telah dalam bajet yang lepas membentangkan cara untuk mengurangkan belanja. Nilai yang disebut sebagai dua kaedah atau dua pendekatan hendak kukuhkan pengurusan fiskal yang kita dok sebut tentang soal hendak tambah pendapatan. Ada juga caranya dia kurang belanja iaitu kurangkan subsidi, bebankan rakyat juga [Ketawa] Ini pun apa pandangan Yang Berhormat Pandan?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Bab-bab ini Yang Berhormat Shah Alam saya minta masuk dalam ucapan saya sebab bab- kalau bab mendahulukan rakyat ini nombor satulah Barisan Nasional. Cukai pun dia dahulukan rakyat, GST kurang belanja dia dahulukan rakyat potong subsidi, macam Yang Berhormat Shah Alam cakap.
Baik, saya sebutkan tadi tentang dapatkan nilai terbaik daripada harta kerajaan untuk tambah pendapatan. Saya sebut tentang capital gains tax, ada lagi cukai lain yang dibuat di negara lain untuk tambah pendapatan yang sesuai di negara kita namanya salah satunya windfall tax Malaysia ada industri-industri yang monopoli, yang untungnya berkali-kali ganda yang tidak boleh masuk dia kawal semua. Sebut ASTRO semua orang tahu, orang marah pada ASTRO, contohnya.
Kalau di negara-negara lain syarikat ataupun industri yang ada monopoli ataupun untung yang berlipat kali ganda yang tidak munasabah dengan khidmat yang diberikan ini dikenakan satu bentuk cukai baru dipanggil cukai windfall tax kalau dalam bahasa kita disebut cukai durian runtuh yang kena ini adalah orang-orang kaya, syarikat-syarikat besar. Akan tetapi kalau di Malaysia hendak cukai syarikat besar sedikit sahaja maka semua yang bangun akan cakap demi untuk kepentingan ekonomi negara.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Yang Berhormat Pandan. Boleh Yang Berhormat Kuala Kangsar mencelah? Yang Berhormat Pandan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Tidak berani hendak bangkang macam kita bangkang GST. Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Yang Berhormat Pandan mengenai windfall tax memang kita ada kenakan windfall tax untuk strategik industri contohnya kelapa sawit, memang ada [Tepuk] Hendak mengatakan bahawa kerajaan itu tidak mengamalkan itu tidak benar.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Itu hanya dibuat pada satu masa, satu fiskal, tahun fiskal sahaja one-off.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Tidak.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Selepas itu ditarik balik.
DR.3.4.2014 93
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Tidak. Tidak benar, tidak benar.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Atas alasan itu merosakkan serupa juga..
Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Yang Berhormat Pandan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya.
Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Isu windfall tax itu memang ada banyak jenis windfall tax tetapi saya rasa Yang Berhormat Pandan setuju atau tidak windfall tax yang kita maksudkan itu yang penting windfall corporate tax syarikat IPP, syarikat tol yang buat off-seen profit, betul tidak?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Saya setuju. Itu maksud saya dalam industri-industri yang monopoli yang untungnya berlipat kali ganda luar biasa sepatutnya ada cukai durian runtuh macam ini supaya durian itu dia kena kongsi dengan rakyat sahaja, jangan dia seorang makan.
Satu lagi cukai yang boleh diperkenalkan, yang selalu disebut tetapi tidak pernah dipertimbangkan oleh kerajaan. Dia sibuk GST sahaja, dia tidak fikir tentang satu lagi cukai dipanggil cukai maha kaya. Kalau di negara lain dipanggil ‘fat cats tax’. Ini untuk orang-orang yang terlalu kaya, berbilion-bilion sampai mati bergenerasi selepas itu duit tidak habis.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Yang Berhormat Pandan boleh sedikit celah sekali lagi?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Tidak apalah saya habiskan dahulu.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Sedikit, sedikit sahaja tentang..
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Saya habiskan dahulu, saya habiskan dahulu..
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Tentang capital gains tax, windfall tax..
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Selepas ini duduk dahulu. Cukai ini selalunya dikenakan untuk orang-orang yang terkaya dalam sesebuah negara dan cukai ini dikenakan pada kadar yang lebih tinggi pada orang kebiasaan. Ambil contoh di Malaysia. Kadar cukai pendapatan individu yang tertinggi kalau tidak silap saya adalah 24% tertinggi. Maknanya orang paling kaya di seluruh dunia ini dia bayarkan cukai pada kadar yang sama Tuan Yang di-Pertua bayar. Sedangkan mungkin Tuan Yang di-Pertua ataupun Yang Berhormat Kinabatangan tidaklah sekaya dengan jutawan dan hartawan ini.
Di negara-negara lain orang yang begitu kaya ini ada cukai yang begitu tinggi supaya mereka itu dibezakan daripada rakyat kebiasaan ataupun golongan kelas menengah. Pada kadar dan juga struktur cukai yang ada sekarang, pekerja eksekutif atau pengurus di sebuah syarikat swasta membayar cukai yang sama dengan orang yang paling kaya dekat negara ini. Tanyalah rakyat di kampung, di bandar adil atau tidak untuk melaksanakan GST sedangkan perkara-perkara ini tidak diperbetulkan dahulu. Oleh sebab itu kalaupun kerajaan hendak kata
DR.3.4.2014 94
perlu tambah pendapatan kenapa tidak dipertimbangkan dan dilaksanakan perkara-perkara ini dahulu sebelum dilaksanakan GST?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Pandan sila gulung.
■ 1610
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Baik, saya kena cepatkan. Yang dibuat oleh Barisan Nasional..
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Yang Berhormat Pandan, sedikit tadi.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Tuan Yang di-Pertua minta saya cepat, jadi saya tidak akan beri laluan selepas ini ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila gulung.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Yang dibuat di Malaysia ialah dengan melaksanakan GST yang kena cukai adalah orang kebanyakan dan orang yang berpendapatan rendah. Ambil contoh pembayar cukai. Di Malaysia daripada lebih kurang 13 juta tenaga kerja, tenaga buruh, yang membayar cukai hanya 1.3 juta. Saya hendak perbetulkan wakil rakyat kerajaan. Mereka tidak bayar cukai bukan sebab dia lari cukai. Mereka tidak bayar cukai kerana gaji mereka rendah, tidak perlu bayar cukai. Tidak sampai ke peringkat kena bayar cukai.
Mengikut undang-undang kita kalau potongan cukai berkala di syarikat, kalau gaji itu kurang daripada RM2,500 sebulan tidak perlu bayar cukai. Jadi apabila 90% daripada tenaga kerja kita tidak perlu bayar cukai, maknanya 90% daripada tenaga kerja di Malaysia gajinya kurang daripada RM3,000 sebulan. Sekarang ini orang inilah yang kena bayar GST. Mereka yang sebelum ini memang tidak cukup hendak makan pun. Tidak payah hendak cerita mengenai cukai, sekarang kena bayar cukai.
Keduanya, bukan sahaja orang yang bekerja tetapi gaji tidak cukup kena bayar cukai, orang yang tidak bekerja pun kena bayar cukai. Orang pencen kena bayar cukai. Pelajar kena bayar cukai. Orang Kurang Upaya kena bayar cukai. Suri rumah bayar cukai. Akhirnya sebab itu saya kata melaksanakan GST maknanya orang-orang yang kurang berkemampuan inilah yang akhirnya terpaksa menanggung beban kewangan negara hasil daripada ketidakcekapan dan penyelewengan pengurusan ekonomi UMNO Barisan Nasional.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, cukup Yang Berhormat Pandan.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Okey. Jadi ada dua minit sahaja lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Cukup. Sudah habis.
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Sebab Yang Berhormat Jasin sebelum saya tadi dia ambil masa lama. Saya minta dua atau tiga minit lagi.
Saya juga hendak sebut tentang yang kononnya apabila GST ini dilaksanakan dia tidak naik harga. Hanya naik harga dua tahun pertama. Manakala yang disebut oleh Yang Berhormat
DR.3.4.2014 95
Menteri dan orang lain berkali-kali ialah angka inflasi, kadar kenaikan harga. Dalam tahun pertama dilaksanakan GST, angka itu selalunya naik sampai 8% kalau di Australia. Maknanya kenaikan harga dalam tahun pertama naik mendadak sebanyak 8%. Apabila Yang Berhormat Menteri kata dia akan turun, yang turun itu bukan harga. Yang turun itu ialah kadar kenaikan harga selepas itu.
Maknanya kalau tahun pertama naik 8%, roti daripada RM2 naik RM2.50 pada inflasi pada tahun pertama. Tahun kedua bila Yang Berhormat Menteri kata dia akan turun, bukannya harga turun RM2.50 jadi RM2.20. Manakala, yang jadinya ialah RM2.50, tahun seterusnya naik RM2.70. Kenaikan itu akan tetap naik tetapi tidaklah dia tidaklah setinggi dalam tahun pertama atau kedua. Oleh sebab itu saya kata tanyalah siapa-siapa, kalau ada orang kata GST ini tidak menaikkan harga sama ada kita menipu diri sendiri ataupun kita memang tidak faham. GST akan menaikkan harga. Cuma yang berbeza dalam tahun-tahun pertama dan seterusnya ialah berapa tinggi kenaikan harga itu.
Saya hendak tutup Yang Berhormat Menteri ya. Ada dua, tiga perkara yang perlu saya sebut di sini tentang kesan yang serius kepada rakyat hasil pelaksanaan GST yang perlu diambil kira. Pertamanya, kepada perumahan. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara telah sebut harga pembinaan memang sudah naik, tambah GST, lagi mahal harga rumah akan naik. Saya bimbang ialah jadual kedua di dalam akta menyebut bahawa semua urusan tanah dikenakan GST. Kalau urusan tanah ini dikenakan GST sudah tentulah harga kediaman terutamanya di kawasan yang memang kurang tanah, itu akan naik tinggi. Perkara yang lebih teruk ialah di kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru kerana kalau kerajaan mengecualikan rumah kediaman pun, di bandar-bandar besar sebegini kebanyakan daripada apartment atau flat ataupun kondominium dibangunkan di bawah kategori service apartment, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
Service apartment mengikut kategorinya adalah bangunan ataupun kediaman komersial, sedangkan di tempat-tempat bandar memang kebanyakan daripada kediaman yang ada di bawah kategori komersial. Maknanya flat, apartment, service apartment selepas ini kena GST dan dalam tahun-tahun akan datang apabila lebih banyak kondominium, apartment dan flat yang ada di bandar-bandar besar semua ini akan kena GST.
Saya hendak tutup, untuk orang muda sebab Tuan Yang di-Pertua tengok tidak habis-habis lagi ini. Untuk orang muda, harga barang hantaran akan naik. Selepas itu dengan GST harga katering pun kena GST. Kalau selepas ini orang muda sudahlah kerja susah, gaji susah, hendak kahwin pun susah saudara-saudara. Harga hantaran naik, barang hantaran naik, semua naik, nanti bapa mertua pun akan minta supaya wang hantaran pun dinaikkan juga. Oleh sebab itu saya hendak sebut..
Dr. Ong Kian Ming [Serdang]: ...Pun naikkah?
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: Oleh itu saya hendak sebut kepada Dewan yang mulia dalam banyak-banyak kempen saya mengenai GST, yang paling saya terkejut ialah di kalangan orang muda dia tidak peduli tentang rumah, tidak peduli tentang roti. Apa yang dia
DR.3.4.2014 96
selalu ulang ialah aku kena kahwin cepat sebelum GST dilaksanakan [Ketawa] Itu yang paling berulang.
Jadi akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya rakan-rakan daripada Barisan Nasional pun balik teliti dan masih ada ruang untuk nasihatkan Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Pekan supaya menarik balik rang undang-undang ini. Kalau kerajaan menarik balik rang undang-undang ini, ini bukan kali pertama yang dibuat. Tahun 2010 dahulu pun kerajaan cuba bentang dan tarik balik. Saya minta supaya wakil rakyat daripada Barisan Nasional bersama-sama dengan kita demi kepentingan rakyat meminta supaya Yang Berhormat Pekan tarik balik Rang Undang-undang GST ini [Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila Yang Berhormat Labis.
4.17 ptg.
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut bahas Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
Tadi Yang Berhormat Pandan memanggil supaya kerajaan menarik balik Rang Undang-undang GST ini. Jikalau rang undang-undang ini ditarik balik, saya yakin rating agency akan memberi rating yang lebih teruk kepada negara kita. Akhirnya kos pinjaman negara kita akan meningkat dan semua dari segi perniagaan akan menanggung kos perbelanjaan yang lebih tinggi untuk pinjaman. Akhirnya ini akan menyebabkan rakyat lebih sengsara. Maka saya lihat dari segi ini adalah tidak wajar untuk kerajaan menarik balik rang undang-undang ini [Tepuk]
GST merupakan langkah kerajaan untuk merombak sistem cukai negara kita. GST diperkenalkan untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). GST merupakan satu sistem cukai yang lebih telus dan efisien serta ia menyelesaikan gejala cascading tax yang wujud dalam cukai SST. Cukai jualan manakala tidak telus kerana tidak tertera pada resit dan ramai orang yang tidak tahu mereka sedang membayar cukai jualan. GST adalah lebih telus dan adil kerana kita akan dikenakan cukai hanya bila kita berbelanja. Jumlah cukai yang dikenakan adalah ditunjukkan dan ia adalah berdasarkan keputusan kita. Maka GST adalah consumption tax di mana the more you consume the more you pay.
Misalnya dalam pasaran kalau terdapat hand phone ia mempunyai harga-harga yang berbeza. Jika kita tidak ingin membayar cukai yang tinggi kita boleh membeli hand phone pada harga yang rendah dan perbezaannya adalah ketara. Kalau kita beli hand phone pada harga RM3,000 kita kena bayar cukai GST sebanyak RM180 dan kadar GST sebanyak 6% untuk hand phone berharga RM300, GSTnya adalah sebanyak RM18. Inilah kuasa yang diberikan kepada pengguna dalam sistem GST ini.
Kita juga mendapat tahu daripada...
Tuan Wong Chen [Kelana Jaya]: Mencelah Yang Berhormat Labis, boleh atau tidak?
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: I’ve got a few points due. Sorry. Dari segi isu-isu yang dibawa, dari segi sama ada sistem GST ini akan membebankan rakyat. Pihak pembangkang
DR.3.4.2014 97
memberi contoh di mana jika seseorang itu mempunyai pendapatan sebanyak RM1,000 maka semua barang yang dia beli dianggarkan mempunyai GST dan maka mereka mengatakan jumlah cukai yang dibayar adalah sebanyak RM60. Dibandingkan dengan orang yang berpendapatan tinggi di mana pendapatan mereka adalah sebanyak RM20,000 dan jumlah perbelanjaan mereka adalah setengah, di mana dengan 6% cukainya adalah sebanyak RM600.
■1620
Di mana kalau kita melihat dari segi consumption dengan pendapatan, ia adalah lebih rendah daripada orang yang miskin. Ini adalah benar jikalau di negara kita, kita melaksanakan sistem GST seperti sistem GST di negara Singapura di mana tak ada barang yang mempunyai kadar sifar atau cukai yang dikecualikan. Maka untuk orang-orang yang mempunyai pendapatan RM1,000, saya yakin bukan semua barang yang dibeli adalah mempunyai GST. Ini kerana kerajaan telah menyenaraikan barang-barang keperluan asas dan juga barang-barang perkhidmatan asas adalah dikecualikan atau boleh dikatakan kadar sifar untuk GST. Selain itu baru-baru ini, terdapat satu forum yang telah diadakan oleh The Institute of Strategic and International Studies Malaysia. Forum ini adalah bertajuk, “Malaysia’s Goods and Services Tax: Possible lesson from United Kingdom and Singapore”.
Di sana terdapat satu Speaker yang mengatakan beliau merupakan Deputy Commissioner daripada Inland Revenue Authority of Singapore. Beliau telah mengumumkan bahawa di Singapura semenjak GST dilaksanakan, 80% daripada revenue GST datang daripada top 40% of the income group dan foreigners. Maknanya, jikalau GST dilaksanakan dengan betul-betul, ia juga merupakan salah satu cara untuk mendapat lebih banyak cukai daripada orang kaya dan akhirnya kerajaan boleh menambah pendapatan untuk melaksanakan target subsidy [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, kita maklum bahawa 160 buah negara di dunia yang telah melaksanakan GST. Akan tetapi bukan semua merupakan negara yang kaya. Misalnya sebanyak 42 buah negara dengan GST hanya mempunyai pendapatan tinggi. Sebaliknya sebanyak 108 buah negara mempunyai pendapatan per kapita kurang daripada USD12,000.
Ini jelas menunjukkan bahawa begitu banyak kerajaan atau negara melaksanakan GST dengan tujuan untuk mempunyai satu sistem cukai yang lebih telus, adil dan efisien. Tuan Yang di-Pertua, GST adalah lebih efektif di mana...
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Yang Berhormat Labis.
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: I got a few point.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: All right.
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Di mana pengelakan cukai dapat dikurangkan disebabkan oleh sistem dokumentasi di mana transaksi perniagaan dapat diikuti. Kita faham bahawa tiap-tiap tahun terdapat isu yang dikeluarkan mengenai aliran keluar modal yang tidak dapat direconcile dengan national account. Malah 80% daripadanya adalah melalui transfer pricing dengan tujuan mengelak cukai.
DR.3.4.2014 98
Bayangkanlah beberapa bilion yang telah kita hilang akibat transfer pricing. Maka dengan adanya sistem GST seperti yang dilaporkan dengan adanya dokumentasi yang bertambah, kita yakin isu ini dapat dikurangkan. Malah Timbalan Menteri Kewangan pernah menyatakan bahawa schedule ekonomi negara kita adalah sampai sehingga 25% daripada KDNK negara kita.
Ini bermakna, mereka yang mendapat pulangan dari schedule ekonomi tidak kena cukai. Akan tetapi dengan ada GSTnya, mereka tentu akan membeli barang dan perkhidmatan. Akhirnya mereka juga tetap akan membayar cukai dan menambah pendapatan negara kita. Ditambah pula, kita juga tahu daripada pihak media yang mengatakan bahawa pihak kastam mengumumkan bahawa juga terdapat peniaga-peniaga yang telah mengutip cukai jualan dan perkhidmatan di mana selepas dikutip ia tidak dibayar kepada pihak kerajaan.
Saya yakin dengan adanya sistem GST ini di mana dokumentasi akan ditambah, ini akan menolong untuk memastikan pendapatan negara kita bertambah.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun GST merupakan salah satu alternative revenue atau pendapatan alternatif untuk kerajaan, kerajaan masih haruslah memperhebatkan lagi perbelanjaan berhemah serta mengekang pembaziran. Tuan Yang di-Pertua, biarpun GST mempunyai kelebihan...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yang Berhormat Labis, bagi jelas sedikit.
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Akan tetapi rakyat dan komuniti masih mempunyai kerisauan dan kefahaman mengenai GST perlu ditingkatkan. Menurut kajian Merdeka Centre pada Disember 2013, 55% daripada rakyat tidak mengetahui apa GST? Ini amat merisaukan. Malah kajian random di Kuala Lumpur oleh BERNAMA yang terkini pada Januari 2014, menunjukkan sebanyak 75% rakyat tak faham tentang fungsi GST dan mereka risau bagaimana GST akan memberi impak kepada kehidupan mereka. Ini adalah penting supaya kerajaan...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Mencelah, atau tak boleh?
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Menambahkan langkah-langkah...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Ini tunggu kah atau kita- isyarat dia tunggukah atau dia...
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Bukan, bukan. Saya habiskan baru bagi celahlah lebih senang. Kerana saya banyak pointlah. I got a few points... [Dewan riuh]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Bagilah celah sikit. Adalah...
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Sama ada BN atau PR, saya tak bagi dulu. Nanti...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini pegawai kastam terlibat jugakah?
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Saya meminta kerajaan berkongsi apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini? saya memahami bahawa kerajaan mempunyai satu laman web iaitu gst.customs.gov.my yang menyediakan maklumat GST kepada orang yang berminat. Akan tetapi bolehkah kerajaan memberitahu berapa orang yang sebenarnya telah melawat laman internet ini dan adakah kerajaan bercadang untuk mempergiatkan lagi dan menggunakan lebih banyak social media supaya orang ramai lebih memahami GST.
DR.3.4.2014 99
Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan orang risau mengenai GST akan menyebabkan inflasi dan kenaikan harga barang yang mendadak. Saya difahamkan menurut kementerian, GST akan menyebabkan CPI negara kita naik sebanyak 1.8%. Akan tetapi apa yang paling risau adalah sama ada pihak peniaga akan mengambil peluang ini untuk mengaut keuntungan berlebihan.
Dari segi peniaga pula, mereka risau mengenai kos perniagaan dan juga kesan GST kepada mereka terutamanya apabila mereka melaksanakan GST, saya berharap kerajaan mempunyai masa untuk mempunyai educational enforcement di mana pada tarikh GST dilaksanakan pada 1 April 2015, kalau terdapat kesalahan-kesalahan yang tulen, kerajaan tidak haruslah mengenakan denda kepada syarikat-syarikat tersebut.
Justeru itu adalah penting untuk kerajaan memastikan rakyat faham tentang GST dan juga kesan GST pada harga barangan. Timbalan Menteri Kewangan juga pernah menyatakan bahawa dari 4,000 restoran yang membayar cukai dalam sistem SST, dengan adanya sistem GST, jumlah restoran yang membayar cukai akan bertambah sehingga 15,000 buah restoran. Maka saya ingin menanya sama ada pihak kerajaan dapat menambah threshold terutamanya dari segi restoran supaya kita faham bahawa di negara Malaysia...
Tuan R. Sivarasa [Subang]: Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Labis...
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Salah satu budaya adalah untuk makan di luar bersama dengan keluarga.
Tuan R. Sivarasa [Subang]: Minta...
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Ini adalah untuk mengurangkan impak inflasi terutamanya dengan adanya pelaksanaan GST.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Labis.
Tuan R. Sivarasa [Subang]: Penjelasan Yang Berhormat Labis.
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Saya ada, saya tak mempunyai cukup masalah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Kalau tak berhenti, dia akan sampai ke Laut India Selatan.
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Malah adalah...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Labis, sekejap. Saya hendak dapatkan kepastian. Hendak beri laluan ke tidak?
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Saya tidak ingin beri laluan kerana saya ingin habiskan saya punya hujah-hujah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Tidak bagi laluan? Ya, tak bagi laluan. Ya, sila.
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Because saya ada banyak hujah, maka mungkin yang akan disetujui atau tidak disetujui mereka boleh bangkit dalam perbahasan mereka pula.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila.
DR.3.4.2014 100
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Ini siapa Speaker? Pembahas harus bagilah laluan...
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Ia adalah amat penting untuk beri maklumat yang tepat kepada semua supaya...
Tuan R. Sivarasa [Subang]: Di sini bukan taklimat. Di sini berbahas...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yalah, bagilah satu, dua celahan.
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Okeylah, okeylah. Yang Berhormat Batu you hendak...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Saya hendak kembali untuk dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Labis. Tadi Yang Berhormat Labis sebut bahawa bayaran dia fair standard sebab saya hendak dapat pandangan. Kalau seorang itu dia membelanjakan RM1,000 untuk makan malam. Bayarannya 6% untuk GST. Akan tetapi seseorang itu yang bayar RM10 untuk makan tengah hari, dia juga bayar 6%.
■1630
Akan tetapi kadar 6% untuk orang yang mampu RM10 itu dalam gajinya mungkin RM1,000 dan seorang yang mampu membelanjakan RM1,000 untuk makan malam dengan gajinya sebulan RM100,000. Bolehkah kita kata ini adalah adil kerana bagi seseorang yang hanya mampu bayar RM10 yang 6% itu merupakan satu proportion yang lebih besar dalam gajinya.
So, saya hendak dapat pandangan daripada Yang Berhormat Labis bukankah ini satu petunjuk, satu demonstrasi menunjukkan sebenarnya beban kepada golongan pendapatan rendah itu lebih tinggi daripada orang yang mampu belanjakan RM1,000, RM5,000 dalam makanan yang mewah tapi bayarannya 6% sahaja. Apa pandangan Yang Berhormat Labis?
Tuan R. Sivarasa [Subang]: Yang Berhormat Labis, boleh saya sambung sebelum jawapan itu, boleh? Nanti jawab sekali...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa [Subang]: ...Sebelum you sambung kereta api yang laju tadi itu [Ketawa]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Labis bagi mencelah sedikit. Yang Berhormat Labis kata tadi pandangan Yang Berhormat Labis ialah ada sebahagian besar rakyat Malaysia masih belum faham cukai GST dan beberapa cadangan yang dibuat kepada pihak kementerian dan kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Bolehkah Yang Berhormat Labis setuju cara yang terbaik untuk selesaikan masalah kesedaran rakyat ini tentang pemahaman GST sama ada baik atau buruk untuk negara kita, untuk rakyat kita ialah kita buat perbahasan terbuka. Kita jemput Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai pemimpin utama kerajaan, kita jemput Yang Berhormat Permatang Pauh
DR.3.4.2014 101
sebagai Ketua Pembangkang buat satu debat terbuka di media perdana. Kita buat beberapa kali pun tidak ada masalah sebab lebih banyak kali kita buat lebih baik pemahaman.
Beberapa Ahli: Soalan apa?
Tuan R. Sivarasa [Subang]: Dibuat di Australia di mana GST ini dilaksanakan di beberapa negara lain. So, ini cadangan saya untuk membantu hasrat Yang Berhormat Labis sendiri supaya rakyat faham pelaksanaan GST ini. Bolehkah Yang Berhormat Labis setuju kita buat ini?
Datuk Chua Tee Yong [Labis]: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Tadi mengenai sama ada percentage of the expenditure is higher than the income, dengan izin, sebenarnya saya telah tegaskan bahawa GST ada consumption tax. You make the decision that you want to consume what you want and whether it pays a tax. Maka daripada segi restoran pun yang tadi Yang Berhormat lihat saya pun telah mencadangkan supaya sama ada threshold terutamanya untuk restoran ini dapat ditingkatkan.
Selain itu daripada segi orang yang mempunyai pendapatan seperti yang dikatakan RM100,000 dan dia membayar RM1,000 untuk makanan kita kena lihat secara the whole expenditure yang dia memberi dan juga melihat yang mempunyai pendapatan sebanyak RM1,000 what is the whole expenditure dan bukan menggunakan satu kes sahaja untuk menyenaraikan hal tersebut. Selain itu, orang yang berpendapatan tinggi dia juga perlu membayar cukai pendapatan.
Daripada segi untuk mempergiatkan ini saya mempunyai cadangan kepada kementerian untuk menggunakan laman web sosial dan sebagainya untuk memberi info dan bukan berdebat. Untuk memberi info supaya orang lebih faham mekanisme GST dan impak GST ke atas barangan. Tidak akanlah mereka hendak impak cakap harga Nescafe selepas GST berapa dan sebelum GST berapa. Itu perlulah kementerian yang tegaskan dan beri maklumat kepada rakyat [Tepuk]
Malah bolehkah kerajaan berkongsi sama ada cadangan seperti yang telah dikemukakan oleh pihak Yang Berhormat Kinabatangan iaitu service charge kerana ia telah menimbulkan kekeliruan sama ada istilah service charge itu dapat ditukar kepada istilah yang lebih tepat. Selain itu, briefing umum untuk rakyat dan workshop untuk perniagaan kerajaan juga haruslah memastikan pengguna-pengguna memahami mengenai impak GST dan harga perbezaannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin kerajaan berkongsi dengan Dewan ini macam mana kerajaan bercadang untuk memastikan pihak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Misalnya sebagai contoh satu biskut Tiger yang berharga RM1.50 semasa SST dan pada GST cukainya akan bertambah kerana sales tax pada masa ini adalah 5%. Dengan adanya GST sebanyak 6% sama ada adakah biskut Tiger ini harus ditingkatkan harga sehingga RM1.52 atau pihak peniaga boleh mengaut keuntungan dengan menambah 6% ke atas RM1.50 ini. Ini adalah penting untuk rakyat memahami dari segi sama ada kenaikan harga itu adalah berlebihan atau berpatutan.
DR.3.4.2014 102
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memberi sedikit sebanyak cadangan untuk menambahbaikkan lagi implementasi GST. Pertama ialah mengenai kadar GST sebanyak 6%. Berapa lama kadar ini akan dikekalkan kerana kebanyakan pengguna dan peniaga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan polisi baru apatah lagi dengan sistem cukai yang menyeluruh ini.
Selain daripada itu, saya berharap kerajaan akan sentiasa membuka pintu untuk cadangan, kajian dan pertimbangan untuk memperbaharui lagi senarai barang-barang yang berada pada kadar sifar atau dikecualikan agar sistem GST dapat dipertingkatkan lagi. Sebagai contoh untuk bil elektrik harap dapat dinaikkan daripada 200 kilowatt sehingga 300 kilowatt. Berikutan itu, saya juga harap kerajaan boleh meredakan kebimbangan rakyat dengan menyediakan shopping list yang diumumkan oleh kerajaan semasa pengumuman GST agar mereka boleh lihat sendiri perbezaan harga sebelum dan selepas GST dan juga memberi sejenis jaminan oleh kerajaan bahawa harga barangan dan kos kehidupan tidak akan melambung naik keterlaluan.
Akhirnya saya juga meminta kerajaan untuk berkongsi maklumat tentang bantuan yang diberi kepada SME iaitu sebanyak RM150 juta untuk software dan RM100 juta untuk latihan. Mengikut fahaman saya kerajaan mungkin bercadang untuk memberi subsidi sebanyak RM1,000 untuk satu syarikat untuk menampung kos perakaunan dan IT GST. Ini bermakna sebanyak RM150 ribu syarikat yang akan mendapat manfaat.
Adakah ia mencukupi dan berapa sebenarnya harga software GST dan kos implementasi untuk GST. Adakah kerajaan juga akan menambahkan peruntukan ini atau subsidi jikalau tidak mencukupi. Selain itu, kita juga memahami bahawa terdapat 55 buah syarikat yang layak memberi atau mensupplykan software GST ini. Adakah ia masih terbuka? Saya berharap banyak syarikat lagi yang boleh ditambah untuk memberi perkhidmatan sebegini supaya kos perakaunan IT GST ini dapat dikurangkan.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita mendengar banyak cadangan mengenai bagaimana kita harus menambah pendapatan negara kita tetapi akhirnya adalah penting juga untuk melaksanakan GST untuk merombak lagi sistem cukai negara kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Sepang.
4.38 ptg.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk sama-sama membahaskan rang undang-undang ini. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua saya harus memulakan dengan satu maxim yang mungkin kita pernah dengar iaitu, “No taxation without representation”. Saya percaya kalau kita hendak terjemahkan dalam realiti sekarang ini nampaknya kita berhadapan dengan satu suasana di mana sebuah kerajaan yang tidak popular iaitu kerajaan 47% yang memperkenalkan satu cukai. Jadi kita seolah-olah telah melanggar prinsip no taxation without representation sebab kita tidak
DR.3.4.2014 103
mewakili suara majoriti suara popular sedangkan kerajaan-kerajaan yang dikatakan 160 negara itu mereka memang kerajaan yang popular. Itu yang pertama.
Keduanya, Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyatakan bahawa apabila di pihak Pakatan Rakyat kita menentang GST ini kita telah memberikan hujah-hujah dan kita telah menerangkan kenapakah di waktu ini, di saat ini, di dalam suasana ini kita merasakan GST belum lagi layak untuk dilaksanakan dan kita mempunyai banyak hujah yang kita telah nyatakan secara terperinci.
■1640
Saya hendak bagi contoh, mana-mana, tidak payah- we don’t have to be economist genius untuk kita tahu bahawa dalam mana-mana negara pun kalau rakyat tidak mempunyai pendapatan yang tinggi, bagaimanakah kita boleh mengharapkan mereka dapat membayar cukai? Sekarang ini satu prinsip yang saya rasa asas dalam ekonomi.
Oleh sebab itulah, Ibnu Khaldun mengatakan kerajaan mesti berusaha bagaimana meninggikan pendapatan rakyat. Setelah pendapatan rakyat tinggi, per kapita incomenya adalah stable, maka ketika itu kalau kita laksanakan cukai GST kita mungkin pihak sebelah sana pun mudah untuk mempertahankan. Dalam keadaan di dalam laporan audit, dalam bajet, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa di saat ini kerajaan Malaysia, kita hanya mempunyai per kapita income hanya setakat USD9,000.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kapar bangun.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sila.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya ingin tekankan sebentar tadi apabila saya masuk kebanyakan Yang Berhormat menekankan income group. Akan tetapi apa yang kita terlepas pandang adalah income gap, jurang pendapatan. Negara-negara lain melaksanakan GST setelah meneliti jurang pendapatan dan setelah menangani masalah jurang pendapatan negara tersebut. Akan tetapi di sini, kita cuba laksanakan GST sebelum masalah atau krisis yang paling utama iaitu income gap, jurang pendapatan tidak diselesaikan dahulu. So, saya nampak inilah punca, something is wrong with the GST implementation. Penjelasan Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat PJU tadi, dalam negara kita sebelum kita perkenalkan GST ini, ramai rakyat kita yang tidak termasuk dalam golongan yang perlu membayar cukai pendapatan. Alasannya begitu mudah iaitu mereka tidak melepasi threshold itu. Pendapatan mereka kurang RM3,000. Jadi mereka tidak mampu dan tidak layak dan tidak dipertanggungjawabkan oleh undang-undang untuk bayar cukai pendapatan. Akan tetapi dengan adanya GST ini, sekarang ini ia menjadi regressive. Maknanya semua pihak terpaksa bayar cukai.
DR.3.4.2014 104
Tadi daripada Yang Berhormat Setiawangsa dalam celahan mengatakan, apabila Singapura memperkenalkan GST tidak ada exemption ke atas- tidak ada zero rated kepada extension items. Betul, memang betul di Singapura. Akan tetapi kerajaan Singapura juga menggunakan hujah, dia kata kalau sekiranya kerajaan Singapura memperkenalkan exemption ke atas cukai barang-barang yang melibatkan kepentingan extension item, hakikatnya kata kerajaan Singapura, pihak yang mendapat manfaat besar di atas pengecualian cukai itu bukan golongan daripada low income group. Sebaliknya dia kata adalah golongan yang kaya juga mendapat manfaat. Ini dekat Singapura, sebab itu kerajaan Singapura tidak extend pengecualian itu.
Di dalam negara kita, lebihlah teruk. Singapura semasa memperkenalkan GST per kapita income adalah lebih kurang USD56,000. Kita tahun 2015 barulah kerajaan menyasarkan USD15,000 per kapita income 2,000, dalam ucapan bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tahun 2020 hanya setakat USD15,000. Singapura belum ketika diperkenalkan sudah ada berapa puluh ribu dia punya pendapatan per income. Oleh sebab itu, mereka memulakan dengan 3%. Oleh sebab itulah, kita hendak bandingkan dengan Australiakah, Kanadakah, kita harus adil. Kita harus menyatakan fakta yang sebenar di mana negara-negara itu kebanyakan rakyat mereka mempunyai pendapatan yang stable. Oleh sebab itulah, mereka tidak ada masalah. Kalau mereka ada masalah pun mereka masih boleh absorb lagi. Ini sekarang kita berhadapan dengan suasana ramai lagi. The fact kerajaan kata ada BR1M maknanya ramai yang layak untuk dapat BR1M menunjukkan rakyat negara kita hidup dalam keadaan susah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Sepang, apa pandangan Yang Berhormat Sepang berhubung dengan impak pelaksanaan GST ini kepada household debt di negara Malaysia? Saya baca dalam artikel yang The Edge, dia mengatakan dengan izin, “Household debts to GDP of 83%, pada 2013.” Kita punya ratio hutang isi rumah kepada GDP adalah 83% berbanding dengan 70% pada 2009. Ia merupakan antara yang paling merunsingkan di Asia. It is amongst the most worrisome in Asia. Ini dalam keadaan tidak ada GST lagi. Bila ada GST dan seperti mana yang disebut walaupun dikatakan rumah tidak kena GST. Akan tetapi orang yang tukang bina rumah itu dia beli semua benda kena GST, maka harga rumah akan naik. Apa pandangan Yang Berhormat Sepang tentang impak GST kepada household debt? Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam. Saya rasa GST ini bukan sahaja memberi impak kepada peratusan hutang isi rumah, malahan ia memberi impak dalam banyak perkara. Apabila rakyat makin bertambah susah, ia akan memberi impak kepada keselamatan, sosial, masalah sosial, masalah apabila rakyat dalam keadaan makin teruk. Oleh sebab itu untuk, walaupun dia kata re-extension item itu dikecualikan. Hakikatnya extension item juga dibeli oleh semua rakyat tanpa mengira jurang pendapatan.
DR.3.4.2014 105
Oleh sebab itu kita ambil contoh tadi, contoh baik diberikan oleh Yang Berhormat Kota Raja. Kita pergi kedai kek, diakui oleh Yang Berhormat Titiwangsa kena bayar walaupun gula, walaupun tepung tidak dikenakan. Mana ada orang pergi kedai kek, dia bawa tepung, bawa gula suruh buat sekali dengan kek. Tidak ada. Dia mesti beli kek yang sudah siap. Makna kata kita beli kek yang sudah siap, kita kena bayar cukai. Persoalannya dua individu, seorang anak Menteri, seorang anak wakil rakyat Barisan Nasional pergi ke dalam kedai kek dengan seorang rakyat biasa, yang berpendapatan rendah. Dua-dua membeli kek yang sama, susah tentulah kesan kepada rakyat yang tidak berpendapatan tinggi ini lebih terasa.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Berpendapatan rendah buat sendiri kek.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini lagi satu hujah yang paling- apa punya hujah ini?
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini hujah tidak setuju dengan lebuh raya, guna jalan raya. Inilah hujan Barisan Nasional.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Sepang. Ini yang dikatakan penghujahan yang regressive. Yang sekarang ini orang mampu beli kek dekat kedai, tetapi bila laksana GST, kata jangan beli dekat kedai buat kek dekat rumah sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Inilah regressive. Harga minyak naik, naik basikal. Kalau tidak hendak bayar tol naik, pergi jalan kaki.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Inilah pemikiran Barisan Nasional. Kalau macam ini Yang Berhormat Sepang, kerajaan hendak naikkan kadar 6% jadi 10%, Yang Berhormat Sepang ingat dia orang akan bantah tidak?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang. Minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada tiga yang bangun ini, yang mana satu?
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Kuala Kangsar, Kuala Kangsar.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya hendak bagi Barisan Nasional dulu.
Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Yang kita cakap tentang kedai kek, tadi beli makan RM10 dekat kedai, kita berbincang seolah kita sudah terkena GST. Padahal kemungkinan besar kedai itu pun tidak mengenakan GST kerana tidak termasuk dalam yang RM500,000 itu sendiri. Satu lagi perkara
DR.3.4.2014 106
yang bercakap tentang GST, seolah kita lupa bahawa sebelum ini SST lebih tinggi dikenakan cukai kepada orang ramai daripada GST.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai bangun.
Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih Yang Berhormat Sepang kerana bersekali dengan pandang daripada Yang Berhormat Barisan Nasional. Mana dia?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Kuala Kangsar.
Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai]: Di Kuala Kangsar. Saya hendak maksudkan yang disebut tadi adalah tentang aktiviti di bawah sektor informal, the informal sector or the black economy, orang yang betulkan kasut di jalan raya ataupun jual bunga-bunga tanpa berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Di Malaysia ekonomi kita terdiri daripada 70% sektor informal. Tahu kah kita pandangan pemenang-pemenang novel ekonomi Profesor Joseph Stiglitz menyatakan sekiranya kita melaksanakan cukai GST ataupun dikenal pasti di banyak negara sebagai cukai BAT, ia akan menambah lagi banyak peratusan peniaga ini ke dalam sektor informal. Ini kerana mereka tidak mampu untuk memperkenalkan rejim bayaran semula dan penerimaan semula bayaran oleh pihak berkuasa.
■1650
Jadi saya hendak tahu adakah kerajaan sedar saranan Profesor Joseph Stiglitz ini adalah untuk negara-negara yang sedang membangun, punyai sektor informal yang besar, di Malaysia 70% tidak melaksanakan cukai GST kerana akan menekan dan menambah lagi mereka yang tidak mampu untuk keluar daripada sektor informal ini. Saya pohon pandangan Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi.
Tentang Yang Berhormat Kuala Kangsar dulu. Tadi saya bagi contoh itu apa yang dikatakan sendiri oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Dia sendiri mengatakan kedai kek itu kena. Katakanlah kedai kek tidak kena, adakah orang hanya pergi kedai kek sahaja? Banyak lagi kedai-kedai lain. Hendak beri contoh. Maknanya, kalau sebelum ini ada beberapa kedai yang mungkin dua pengguna yang berbeza ini tidak perlu bayar cukai tetapi sekarang apabila dikenakan cukai ini, seorang yang berpendapatan tinggi dapat membeli barang yang sama dengan harga yang mereka tidak ada masalah walaupun naik tinggi, manakala seorang lagi yang sebelum ini tidak payah bayar, sekarang bayar. Itu maksudnya. Maknanya dalam keadaan yang sebelum ini kalau kita ikut status quo sekarang ini, mereka boleh beli item itu tanpa bayar lebih tetapi sekarang individu yang sama dengan pendapatan yang sama terpaksa bayar lebih. Itu isunya.
Kalau dua orang individu yang mempunyai pendapatan yang tidak sama ini dibenarkan seorang... Yang lebih teruk, sebab itu orang kata regressive tax ini atau VAP ini akan lebih mendatangkan kesan yang lebih besar kepada dua group iaitu low income group dan middle
DR.3.4.2014 107
group. Golongan yang berpendapatan tinggi ini tidak ada masalah. Kita letak 10% atau 20% pun mereka tidak ada masalah. Bagi mereka it’s a peanut sahaja, tidak ada masalah. Sekarang ini yang kita risaukan ialah golongan low income group yang sebelum ini mereka tidak perlu bayar cukai, tiba-tiba sekarang kena bayar cukai. You bagi BR1M pun RM6 ratus, berapa hari mereka boleh habis? Oleh sebab itu, mereka akan pasti mengalami kesusahan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ya.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih. Yang Berhormat, kerajaan terlebih dahulu memikirkan bagaimanakah keadaan rakyat, yang dikatakan dalam golongan miskin, apabila GST diimplementasikan. Yang pertama sekali, gula, tepung dan sebagainya, asas makanan, tidak dikenakan GST. Sama ada dia hendak beli kek atau dia hendak buat kek, itu adalah pendirian dia sendiri. Kalau kita bercakap tentang perkara-perkara yang umum, umpamanya jalan raya, pendidikan, infra dan sebagainya, kerajaan memerlukan duit untuk memberi...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya faham, saya faham.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Sedikit lagi. Juga, kerajaan memberikan one-off RM300. Kalau kita lihat pendapatan orang yang RM2 ribu, kemungkinan besar dia akan kena RM15, dalam satu tahun dia akan berbelanja RM180 lebih kurang. Bermakna dia masih ada lagi baki daripada one-off yang kerajaan akan bagi tahun depan apabila GST diimplementasikan. Bermakna, kerajaan begitu berhati-hati dan begitu prihatin. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih. Pertamanya, Yang Berhormat Bagan Serai ini menganggap semua pengguna adalah rasional. Dapat RM600 ini, mereka akan betul-betul simpan duit. Come on lah- RM600 ini bagi setiap orang ini, bagi mereka, mungkin hari ini dapat, hari ini habis.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: RM600 ini bukan untuk beli hand phone kah apa. RM600 itu untuk diberikan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sekejap, sabar dulu. Saya katakan bahawa banyak yang mereka perlu belanjakan.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: ...Solve problem ini. Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya kata tadi persoalannya ialah apabila kita tidak kenakan cukai ke atas barang-barang essential item ini, hakikatnya orang yang kaya juga akan gunakan duit untuk belanja essential item. Maknanya, mereka dapat manfaat dua kali. Dalam keadaan mereka kaya, tidak bayar pula cukai untuk tepung, tidak bayar cukai untuk gula tetapi untuk orang miskin, mereka pergi beli satu barang yang asalnya mereka tidak perlu bayar cukai tetapi oleh kerana sekarang adanya GST, mereka bayar cukai, orang kaya pun bayar cukai. Ini yang tidak adil. Barang yang semua dikecualikan, orang kaya pun boleh dapat manfaat hasil exemption itu, orang miskin pun dapat manfaat. Akan tetapi untuk barang-barang tertentu, hanya orang kaya sahaja dapat manfaat, orang miskin kena bayar lebih. Ini perkara asas. Itu yang pertama.
DR.3.4.2014 108
Keduanya, kita hendak laksanakan GST ini, kita sering kali katakan perlu kita tutup kebocoran. Yang Berhormat Jasin mengatakan tidak ada kebocoran. Saya hendak bagi angka-angka daripada Laporan Audit, saya ambil tahun 2009. Saya mulakan dulu dengan Royal Malaysian Custom sebab inilah badan yang akan dipertanggungjawabkan untuk mengutip wang. Kita lihat Laporan Audit 2009. Laporan ini perlu dibaca.
Kita tengok apa yang dibelanjakan oleh Kastam sebagai contoh. RM1.5 juta untuk beli new body scanner tetapi scanner ini walaupun baru, ia hanya diletakkan di stor, tidak guna langsung sebab tidak tahu cara hendak guna. Selepas itu pihak Kastam belanja RM440 ribu untuk repair old scanner. Beli baru tidak guna, lepas itu repair pula yang old RM440 ribu. Ini tidak bocorkah?
Keduanya, kita ambil sebagai contoh Majlis Perbandaran Betong, Pahang, negeri Perdana Menteri, kita ambil contoh ya. Kita tengok ini, untuk lambang tandas pun dia sapu juga, dia bayar RM571 untuk toilet sign yang ada gambar lelaki dan perempuan itu sedangkan kos di pasaran hanya RM65. Berapa peningkatannya? Tiga belas kali ganda. Dia habiskan RM3,530 untuk beli assisted armchair yang hanya boleh dibeli dengan RM990 tapi dibeli dengan RM3,530. Berapa dibeli? Empat belas. Berapa kosnya? RM35,560.
Ambil pula item untuk sembahyang. Teruknya, hendak sembahyang pun menipu juga. Prayer item boleh dibeli dengan harga RM60 tetapi dibeli dengan harga RM542. Kalau dah bab sembahyang pun tipu, apa sangat GST, lagi mudah tipu. Chandelier, lampu, harga RM9,200 tapi dia beli dengan RM38,700.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Orang PAS yang beli tu [Ketawa]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: PTPTN, wang untuk bantu rakyat untuk masuk universiti. Laporan Audit mengatakan disburse RM23.8 bilion kepada 16 ribu orang yang tidak mohon pun. Orang tidak mohon tetapi wang dikeluarkan. Berapa? RM23.8 bilion. Ini contoh-contoh kecil. Maknanya kalau kita kumpulkan semua ini, tidak mustahil RM28 bilion, mungkin lebih. Betul tidak? Memang clear.
Kita lihat Home Ministry, Kementerian Dalam Negeri, kita lihat untuk RELA. Buat kontrak untuk supply 2.7 juta meter baju RELA ini bernilai RM27.54 juta daripada Disember 2006 hingga November 2009. Ini apa yang dikatakan oleh Tan Sri Ambrin iaitu Auditor General. Dia kata, mereka membelanjakan RM7.1 juta untuk jahit 240,000 set uniform daripada April 2007 sehingga Mac 2010. Dia kata untuk 600,000 uniform sebenarnya perlukan RM2.7 juta, tetapi dia jahit untuk 240,000 belanja RM7.1 juta. Maknanya telah excess juta-juta.
Kalau inilah sebagai contoh, kalau ketirisan-ketirisan ini berlaku, bagaimanakah anda semua boleh meyakinkan kami bahawa selepas ini kamu ambil duit GST, duit rakyat semua, duit ini akan dibelanjakan dengan adil, dibelanjakan kepada sasarannya? Inilah masalah. Itu saya cakap tadi, kalau kita sebagai contoh perompak kata, “Tolonglah labur duit kepada kami”, kita percayakah?
Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
DR.3.4.2014 109
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ya, apa? Perompak mana cakap itu? Minta maaf. Biasa perompak cakap sembunyi-sembunyi. Kalau perompak, dia cakap sembunyi-sembunyi.
Saya hendak katakan tadi apabila kita kenakan GST ini dalam keadaan rakyat, patutnya rakyat miskin ini, kita selalu menggunakan hujah rakyat miskin ini tidak perlu risau sebab ada essential item tidak akan dikenakan, persoalannya sampai bila kita hendak menipu rakyat begitu. Sepatutnya kita memikirkan bagaimanakah golongan-golongan yang sekarang ini mendapat pengecualian ini, bagaimana kita boleh bawa mereka keluar daripada garisan kemiskinan. Sepatutnya kerajaan memikirkan bagaimanakah mereka ini sepatutnya tambahkan pendapatan mereka, usaha-usaha dilakukan, bukan dalam keadaan mereka sekarang sudah susah, kita kata, oh, tidak apa, kamu susah, kita bagi barang-barang ini tidak perlu cukai. Sedangkan mereka hendak beli barang itu sendiri pun dalam keadaan tidak ada GST pun mereka sudah rasa susah.
■1700
Apa lagi kalau sekiranya ada GST. Jadi sebab itulah kita percaya sebarang tindakan kerajaan ini sebenarnya kerajaan tidak betul-betul memikirkan dengan serius. Adakah golongan-golongan susah ini benar-benar akan dapat lari daripada bahana GST ini?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Kapar bangun.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ya?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kapar bangun.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ya Yang Berhormat Kapar silakan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Lepas ini gulung ya.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sepang. Setiap kali kita bawa hujah sebegini lantas dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada sebelah sana. “Buatlah kek sendiri, buatlah air sendiri, tidak payah pergi mana-mana makan dekat luar”. Ini untuk saya sebagai menghina golongan pendapatan rendah. Benda sebegini perlu dihentikan. Point yang dibawa itu perlu kematangan bukan just memperkecilkan pendapatan warga-warga golongan rendah. Ini menggores hati saya duduk di sini. Minta penjelasan Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar. Sebenarnya Yang Berhormat Kapar, mereka sudah biasa cakap dekat kampung macam begitu. Oleh sebab itu mereka ingat kita di sini pun macam dekat kampung. Barisan Nasional ini dia bukan kira, dalam Parlimen, luar Parlimen itu dia cakap. Dia sudah biasa bohong orang kampung dia ingat dekat sini pun dia boleh bohong. [Dewan riuh] Inilah masalahnya.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: [Bangun]
DR.3.4.2014 110
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Cakap macam ini, saya cabar kalau hujah yang sama ini kita buat dalam TV, gunakan hujah yang sama. “Kalau sekiranya kamu tidak hendak beli kek, kamu buat kek”. Hujah depan ramai-ramai di dalam TV berani tidak? Kalau berani memang saya salute lah, saya salute.
Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ada dua yang bangun, Yang Berhormat.
Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Terima kasih Yang Berhormat Sepang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa ini ialah satu mentaliti dan juga falsafah hidup, falsafah politik sebelah sana. Apabila kita kata GST akan datangkan impak negatif terhadap golongan yang berpendapatan rendah. Mereka kata “Kalau dahulu beli kek sekarang buat kek dekat rumah”. Saya terkilan dalam hati. Semasa Revolusi Perancis dahulu ada juga Marie Antoinette dan sebagainya yang dok kata ada orang buat aduan. Dia orang tidak ada roti hendak makan jadi Antoinette pun kata, “If they cannot find bread, let them go and eat cake.” Saya rasa itulah mentaliti yang ada sekarang ini, kita perlukan ada satu revolusi seperti Revolusi Perancis.
Tuan Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu]: Yang Berhormat Sepang.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [Padang Besar]: Yang Berhormat Sepang sedikit sahaja Yang Berhormat Sepang. Okey terima kasih Yang Berhormat Sepang. Jadi, saya sebenarnya sebagai Barisan Nasional, saya menyokong kalau kek, kita galakkan rakyat membuat sendiri di rumah. Begitu juga makan daripada makan di kedai mamak ataupun makan di kedai-kedai, saya sokong untuk buat makanan sendiri di rumah kerana ianya lebih halal, lebih bersih dari segi Islamnya lebih baik. Terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Sedikit. Ini yang mereka keliru itu. Dahulu SST, kita tidak mahu makan di hotel jangan bayar tax tetapi sekarang kalau you hendak masak di rumah atau you buat kek sendiri di rumah you kena bayar GST, tidak ada escape. Hendak buat macam mana pun di rumah kah, di luar kah? Terpaksa kita bayar GST yang membebankan. Ini yang kita maksudkan there is no escape kalau kita ada GST.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Tadi Yang Berhormat Labis tidak memberi ruang kepada siapa-siapa untuk berucap tetapi saya gunakan peluang ini untuk membidas apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Labis tadi. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Sepang berkaitan dengan hujah yang dibawa oleh beliau. Iaitu beliau telah membuat satu perbandingan dia menggunakan contoh handphone. Dia kata ada handphone yang murah dan ada satu handphone yang mahal. Dia kata kita mempunyai pilihan untuk pilih yang mana satu yang kita mahu. Hujah yang digunakan oleh beliau ialah dia kata, “The more you consume, the more you pay.”
DR.3.4.2014 111
Akan tetapi bukankah ini dengan sendirinya telah menyekat gelagat kepenggunaan yang menyebabkan sekarang rakyat terpaksa buat pilihan. Walaupun dia hendak menggunakan suatu yang lebih baik, lebih canggih tetapi sekarang dia terpaksa membeli sesuatu barang yang lebih murah hanya kerana GST ini. Saya rasa cukai GST ini telah mengganggu satu bidang yang penting dalam ekonomi iaitu gelagat kepenggunaan itu sendiri. Saya juga tidak faham bagaimana perkara ini boleh menjadi sesuatu yang mendorong kepada kemesraan perniagaan. Minta pandangan daripada Yang Berhormat Sepang.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Sepang sila gulung.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey. Saya akan gulung dan saya harap lepas ini gulung ini akan terus menggulungkan Kerajaan Barisan Nasional sekali pada pilihan raya akan datang. [Dewan riuh] Okey relakslah, baru provoke sedikit marah. [Ketawa] Relaks, relaks! Okeylah itu. Saya hendak kata tadi memang rakyat sekarang ini, mereka sebenarnya...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Sepang, saya bagi tambahan elok-eloklah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Eloklah ini Tuan Yang di-Pertua. Saya kata gulung itu macam-macam tafsiran boleh. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila, sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, saya berhubung dengan apa yang dikatakan oleh kawan saya daripada Yang Berhormat Jelutong. Inilah masalah Barisan Nasional. Kadang-kadang hujah yang mereka gunakan ini, saya hendak beri contoh kadang-kadang mereka kena hujah. Contoh dia kata, apabila kita kata GST tengok 160 buah negara pun buat juga. Ini mereka gunakan hujah. Kalau katakan kita kata pilihan raya ini kotor, tempat lain pun kotor. Ini hujah Pak Pandir. Pak Pandir bila orang mati, anak dia mati. Mak Mandir kata, “Kenapa anak kita mati. Anak orang lain mati juga”. Ini masalah. Kerajaan Pak Pandir ini susah. Kerajaan Pak Pandir memang kita susah. [Dewan riuh] Itu Ketua Pak Pandir, pakai songkok.
Saya hendak katakan bahawa patutnya kita berhujahlah secara rasional, jangan gunakan hujah begitu. Kalau kita hendak gunakan 160 buah negara telah buat GST maka kita kena guna GST. Okey gunakan hujah yang sama, kenapa ada negara yang lain buat benda yang baik. Sebagai contoh ada Freedom of Information Act, banyak negara buat. Kenapa tidak hendak buat? Kita dalam perkara tertentu baru kita hendak ikut negara lain. Akan tetapi dalam perkara yang baik tidak hendak ikut pula. Kerajaan lain...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Sepang.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Bagan Serai cukup, cukup.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Dalam pilihan raya ada debat terbuka antara presiden yang bertanding. Dekat Malaysia hendak debat pun tidak berani, kita hendak buka...
DR.3.4.2014 112
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Sepang cukup.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ya? Ini gulung, ini sebahagian daripada gulung.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Cukup, cukup.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: [Ketawa] Dalam gulung ini, lepas gulung dia akan ikat.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Saya ada kuasa untuk hadkan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sekejap, sedikit sahaja. Lepas gulung, ini baru gulung belum ikat lagi. Boleh ya kawan lama.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Boleh.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sama-sama lawyer tidakkan hendak marah. [Ketawa] Jadi saya hendak kata, Tuan Yang di-Pertua ganggu, saya sudah jadi – saya terpaksa buat U-turn balik sudah. Saya haraplah supaya dengarlah hujah-hujah sebelah sini. Kita betul-betul rasional. Saya memang mencadangkan supaya kalau betul-betul pihak sana mengatakan bahawa ini adalah satu kesan yang popular daripada kerajaan yang tidak popular. Tidak apa, kita buat satu perdebatan biar rakyat lihat. Kalau boleh buat siaran langsung, kita buat dua, tiga kali macam mana pihak-pihak negara lain.
Kalau kita ikut 160 buah negara, kita ikut Australia, kenapa tidak ikut budaya politik di Australia? Di mana berlakunya demokrasi yang sebenar. Pihak TV semua diberikan ruang untuk bersuara. Kalau betul hendak ikut, ikut semua jangan ikut bahagian yang tertentu sahaja. Jadi sebab itulah saya mencadangkan supaya GST ini kita seharusnya tidak perlu laksanakan. Kami sebagai rakyat tentang sekeras-kerasnya dan kami menolak di dalam dan juga di luar Parlimen. Terima kasih. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Langkawi.
5.08 ptg.
Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, ucapan terima kasih saya kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kebenaran kepada saya untuk berbahas RUU GST pada hari ini. Saya ingin merakamkan ucapan syabas sudah tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional dan juga Kerajaan Persekutuan kerana mempunyai political will yang tinggi untuk melaksanakan rejim tax yang lebih efisien pada tahun hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, GST adalah merupakan satu sistem percukaian yang baik. Buktinya sebanyak 160 buah negara telah pun beralih lama ke sistem GST dari sejumlah 192 negara-negara di dunia. Sementara di rantau ini seperti mana kata Yang Berhormat Jasin tadi hanya Burma dan Malaysia yang belum lagi menggunakan sistem GST, menolak Brunei kerana
DR.3.4.2014 113
tidak ada sistem percukaian. Lebih kurang 90% daripada penduduk seluruh dunia telah berada dalam sistem VAT atau GST. Negara yang melaksanakan GST ialah di ASEAN tujuh, di Asia 19, di Eropah 53, Oceania 7, Afrika 44, South Africa 11, Caribbean dan North America 11, total 160.
■1710
Tidak ada negara yang menggunakan GST kemudian berpatah balik. Maka dengan dua hujah ini telah membuktikan bahawa GST adalah sistem percukaian yang lebih baik bagi mana-mana negara di dunia ini. Kalau sudah baik, pihak pembangkang ada mengatakan, bertanya mengapa tidak dilaksanakan sepuluh tahun yang lalu? Jawapannya ialah kerana kerajaan mahu mengambil masa yang lama bagi mengkaji dan membuat penelitian yang jitu setiap langkah dan details agar apabila dilaksanakan nanti, tidak berlaku masalah dan kesalahan dan kita tidak mahu gagal. Format GST bertingkat-tingkat tetapi cukai ataupun tax tidak bertingkat-tingkat kerana dihapuskan pada setiap output stage sepanjang laluan rantaian business.
Ada juga pihak tertentu yang mengatakan pengiraan yang salah untuk mengelirukan masyarakat bahawa cukai GST akan dikenakan 6% bagi setiap stage rantaian iaitu daripada manufacture, wholesaler, retailer dan akhirnya pada consumer. Sebenarnya, setiap stage rantaian ini akan ada nilai input dan output dan tax GST boleh dituntut kembali dari kerajaan dalam masa dua minggu bagi setiap stage rantaian dan akhirnya cukai yang dikenakan oleh pelanggan atau rakyat ialah 6% dan bukan enam darab tiga (6x3) jadi18%.
GST bukan tax bertingkat-tingkat tapi ada nilai sifar di setiap stage. Yang keduanya format tax yang ada kini iaitu SST mengenakan satu kali cukai di permulaan rantaian atau lebih tepat dimanufacturing stage sementara GST mengenakan cukai hakiki di hujung rantaian.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Oh, Yang Berhormat Shah Alam sudah 20 kali bangun. Bagi saya jalan dulu. Saya tahu apa soalan hendak tanya.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Hendak tanya yang fasal cukai bertingkat-tingkat.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Langkawi hendak bagikah tidak?
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Saya tidak bagi lagi. Saya bagi di hujung.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Okey.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Baik Yang Berhormat Shah Alam, di hujung. GST bukan sesuatu tax baru atau bukan tambahan tax tetapi ialah penggantian tax SST lama yang diguna pakai sehingga kini. Pihak pembangkang memberi persepsi yang salah kepada masyarakat bila ada di antara mereka yang mengatakan bahawa GST adalah satu bentuk cukai tambahan pada sistem cukai ST atau sale dan service tax yang kita amalkan sekarang. GST bukan kena pada semua jenis barangan dan perkhidmatan kerana ianya ada tiga kategori utama.
DR.3.4.2014 114
Yang pertama kepada kadar GST 6%. Yang kedua kadar GST 0% ya iaitu barang makanan, produk pertanian, binatang ternakan dan sebagainya. Saya ada senarai, semua ada senarai kepada saya. Lebih kurang, banyaknya dan kadar GST dikecualikan iaitu seperti pengangkutan awam, tol, pendidikan, kesihatan, rumah sewa, tanah dan perkhidmatan kewangan terpilih.
Yang kena GST ialah 73+72+273 jenis ataupun 418 jenis daripada 689 barang ataupun 60.7% yang kena GST. Yang lainnya tidak kena. GST bukan menyeksa rakyat bawahan kerana sebelum ini pun macam saya katakan tadi sudah ada tax SST yang mana semua masyarakat kaya dan miskin sudah pun membayar cukai. Pembangkang mengatakan bahawa GST akan membebankan rakyat bawahan. Sesungguhnya perkara ini tidaklah benar kerana dengan sistem percukaian sekarang iaitu SST pengguna sudah pun dikenakan sales tax sebanyak 10% maksimum dan service tax 6% ataupun 16% maksimum.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu]: [Bangun]
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Sementara GST pula ialah 6%. Antara 6% dan 15% sudah tentulah 6% lebih kecil daripada 15%.
Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu]: Yang Berhormat Langkawi...
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Kadar GST- bagi habis, sekejap saja. Saya pun sikit saja ini, lepas itu kita lawan [Ketawa] Kadar GST 6% adalah berpatutan dan munasabah kerana ia adalah terendah di kalangan negara Asean. Membandingkan negara Singapura dan Thailand mengenakan 7% sementara 10% bagi negara-negara Indonesia, Filipina, Cambodia, Laos dan juga Vietnam. Ada negara yang mengenakan sehingga 20% hingga 25% GST. Apakah bandingan barang-barang yang dikenakan SST dan GST? Terdapat 204 barang makanan harian seperti beras, tepung, ayam, daging, ikan, minyak masak, sayuran tidak pun dikenakan GST atau GST kosong.
Sejumlah 53 jenis barangan seperti sewaan, tol, pengangkutan, bas, LRT, teksi dan tuisyen dikecualikan daripada GST. Sementara 73 barang lagi Nescafe, Quaker Oat, biskut Marie, Maggi, buah-buahan, sos cili, Ajinamoto dikenakan daripada 5% SST dinaikkan menjadi 6%. Begitulah seterusnya sebanyak 689 barang telah dikenal pasti ketika ini dan 255 barang lagi sedang dalam proses semakan oleh pihak kerajaan. Soalnya bagaimana GST boleh tambah tax. Yang ini banyak yang berhujah tadi.
Pada kajian saya ada dua cara GST boleh menambahkan pendapatan negara. Yang pertama melalui sistem tax based yang mengecil sebagai bandingan. Saya buat bandingan, kajian bandingan. Kalau kita ambil SST yang sekarang dengan 5% harga barang dijual kepada pelanggan RM20.58, cukai yang dikutip oleh kerajaan 50 sen. Kalau SST 10%, harga barang dijual dengan pelanggan RM21.56. cukai yang dikutip oleh kerajaan RM1. Akan tetapi, kalau kita menggunakan GST pada barang yang sama, harga barang menjadi RM20.78. Dia lebih sikit daripada 5%, dia kurang sikit daripada 10% menggunakan SST sekarang, tetapi cukai yang dikutip oleh kerajaan ialah RM1.18. Ini bermaksud kutipan cukai kerajaan meningkat untuk 5% kepada 136% dan untuk 10% GST kepada 18%. Itu yang pertama.
DR.3.4.2014 115
Saya pun ada dia punya format pengiraan daripada ‘A’ sampai ‘Z’. Yang ini saya rasa bagi detail. Kalau kita hendak detail, sekejap lagi kita boleh cakap. Yang keduanya ialah kerana banyak ketirisan dan kebocoran sebelum ini yang berlaku dalam sistem SST. Ini kerana SST ia berada pada custom atau pada manufacturer. Jadi untuk kastam, kalau ada peniaga-peniaga yang under declare ataupun lari kastam, ataupun tax avoidant, dia bawa kapal dia masuk ke tempat lain daripada kastam punya tempat, akhirnya barang masuk ke pasaran, barang itu tidak dapat diambil tax oleh kerajaan tetapi pelanggan terpaksa membayar dengan harga yang sama. Sama ada dia membayar tax ataupun tidak membayar tax.
Jadi apabila adanya GST, sistem ini tidak terpakai. Kalau dia orang seludupkah, ataupun apa, dia sampai kepada tempat untuk retailer, mereka terpaksa juga di masuk ke dalam komputer untuk membayar tax kepada kerajaan. Jadi daripada dua konsep ini maka kerajaan dapat menambah jumlah cukai tetapi pada rakyat biasa jumlahnya adalah bayaran sama.
Ini kerana seperti mana yang saya nyatakan tadi, kalau ada GST bayaran oleh pelanggan RM20.78 daripada harga asal. Kalau 10% SST RM21.56 dan kalau 5% ialah RM20.58. Lebih kurang bayaran sama oleh pelanggan tetapi kerajaan dapat income yang lebih banyak. SST bayar dulu pada kastam tetapi GST bayar bila dibeli oleh pelanggan. Maksudnya modal bagi peniaga tidak terbelenggu. Jadi dalam hal ini yang memberi kesan yang positif kepada peniaga-peniaga. GST 6% tetapi SST 16%. Ia jelas lebih menguntungkan lebih rakyat antara 6% dengan 16%, ada barang yang lebih, ada barang hampir sama. Contohnya Colgate. 5% daripada SST apabila jadi GST menjadi 6% dan contohnya tisu toilet. Toilet tissue. Daripada 10% turun kepada 6%.
■1720
Maksudnya kalau ada barang, ada yang naik 1% dan ada barang yang turun 4%. Jadi campur tolak keadaannya akan tidak sangat membebankan kepada rakyat. Namun begitu dalam kajian pihak kementerian kita dapati bahawa akan berlaku peningkatan sedikit ketika tahun yang akan dijalankan GST ini iaitu 1.8%. Tidaklah seperti mana Yang Berhormat Pandan kata sampai 8% tadi.
Sudah tentu 8% ini akan dikembalikan oleh kerajaan kepada pihak yang berkenaan dalam bentuk one-off RM300 sebagai tambahan. Contohnya kajian telah dibuat oleh kerajaan apabila simulasi dibuat untuk mereka yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, tambahan yang dikenakan atas GST ini ialah RM15.06 sebulan kali dengan 12, RM180.72. Akan tetapi tambahan ini akan dapat dicover balik apabila dibayar sebanyak RM300 sebagai one-off.
Begitu juga dengan bayaran tambahan sekiranya ada orang yang bergaji RM12,000. Dia terpaksa keluarkan tambahan RM141 daripada RM12,000 pendapatan bulanannya ataupun RM1,699 setahun. Di samping itu kerajaan juga membantu untuk mengurangkan inflasi dengan cara bersedia menyerap penambahan ini dengan bayaran yang sebentar tadi RM300. Di samping itu memberi incentive tax, incentive minus 0.5% sampai 0.3% bagi semua kumpulan pendapatan dan meningkatkan cukai tertinggi dinaikkan dari RM100,000 ke RM400,000. Dalam keadaan ekonomi sekarang...
DR.3.4.2014 116
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Langkawi...
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Ya sudah hendak habis. Sekejap lagi masuk. Ada dua poin sahaja lagi. Selepas itu okey. Yang Berhormat Gombak ini GST suka sungguh.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Sorry, sorry Yang Berhormat Shah Alam. Silap minta maaf Tuan Yang di-Pertua. GST ada dikatakan bahawa tidak berapa sesuai dilaksanakan sekarang tetapi bagi pendapat kerajaan bila lagi hendak tunggu kesesuaiannya macam saudara saya Yang Berhormat Jasin kata tadi dalam keadaan inflasi kita rendah 2%, inilah masanya untuk kita laksanakan GST.
Bagi kereta pula, setelah saya tengok-tengok tadi bahawa dengan adanya GST kereta import tax tidak akan ganggu 30%. Eksais tax 75% hingga 105% tidak ada gangguan GST tetapi sales tax ada 10% akan menjadi GST 6%. Maksudnya penurunan 4%. Jadi nampaknya kita akan mendapat sedikit keuntungan dengan GST ini dalam nilaian belian kereta kita. GST menambah kehadiran pelancong kerana boleh claim balik terutamanya mereka yang datang daripada luar negara boleh claim kembali daripada kewangan negara apabila mereka hendak keluar daripada negara ini. [Disampuk]
Untuk penduduk-penduduk Langkawi, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan. Kami Langkawi, Labuan dan Tioman tidak kena GST. Riuh macam mana pun kami okey. Yang Berhormat Shah Alam kalau tidak mahu kena GST datanglah Langkawi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tadi kata menunggu bertahun-tahun Yang Berhormat Kinabatangan kata.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Jadi sebentar tadi saya ada tengok Yang Berhormat Shah Alam ada bangkitkan tentang SPAD. Saya pun bersembanglah dengan pihak kerajaan tadi. Sebenarnya SPAD ini Yang Berhormat Shah Alam kata ia naik dan turun. SPAD dikira adalah untuk CPI ataupun indeks itu. Akan tetapi macam Yang Berhormat Pandan kata okey. Harganya maintain tetapi dalam pengiraan CPI ini maka memang ada SPAD kerana tahun yang pertama ia naik kerana kita kira year to year basis, kita bahagi dengan peratus pada tahun yang lepas. Kalau tahun ini daripada 2% tambah 1.8% jadi 3.8%. Akan tetapi pada tahun hadapan ia akan bahagi balik dan ia akan turun rendah.
Saya ada beberapa contoh daripada negara-negara yang menggunakan impak GST kepada CPI mereka. Kanada pada tahun yang digunakan Januari 1991 apabila diintroduce GST at 7%, dia lompat sedikit kemudian turun, turun, turun CPInya. Begitu juga dengan Australia. Ia lompat, mendatar kemudian turun. Bagi New Zealand, ia naik dan turun dan juga Singapura naik dan turun. Jadi saya beranggapan bahawa SPAD ini boleh dicover oleh kerajaan dengan bantuan sebanyak RM300 kepada masyarakat. Okey sila.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Shah Alam.
DR.3.4.2014 117
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya bab SPAD itu saya setujulah dengan definisi yang diberikan tetapi apabila disebut dan diberikan gambaran bahawa SPAD itu berhubung dengan harga barangan. Harga barangan tidak ada SPAD. Ia naik tidak turun nombor satu. Nombor dua tentang soal ucapan Yang Berhormat Langkawi tadi soal GST dengan SST, 6%kah, 5%kah atau 10% yang pentingnya SST ini kena harga kilang. Akan tetapi GST ini kena harga runcit. Harga kilang dengan harga runcit adalah berbeza kerana harga runcit itu mengambil kira keuntungan pemborong dan keuntungan peruncit. Ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi. Lalu kita hendak tengok percentage semata-mata tidak boleh. Ia tidak akan memberikan satu gambaran yang tepat.
Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Langkawi sendiri iaitu sistem SST ini cukainya di kilang, sistem GST ia dekat penghujung chain iaitu dekat peringkat runcit kalau benda yang dekat kilang harganya mungkin RM50 tetapi apabila sampai dekat runcit ia mungkin sudah naik RM80. Maka 10% atas RM50 dengan 6% atas RM100 katakan tidak sama. Ini satu perbandingan yang kita tahu.
Kedua ialah hakikat tentang soal cukai ditambah tetapi harganya tetap sama ataupun kurang. Ini saya rasa perlu diperjelaskan. Saya tidak nampak macam mana kutipan cukai itu boleh bertambah tetapi harga barang itu tetap sama ataupun lebih murah. Mustahil kerana apabila cukai itu naik kerana harga kilang sama. Untung pemborong sama, untung yang hendak dikenakan oleh peruncit sama. Maka macam mana boleh cukai bertambah tetapi harganya sama ataupun kurang. Ia bagi saya, saya tidak nampak.
Selepas itu soal tax incentive ini. Ini pun penting apabila kita laksana GST ada tax incentive tetapi yang dapat keuntungan daripada tax incentive adalah syarikat-syarikat besar dan mereka yang sedang membayar cukai pendapatan sekarang ini. Dari segi orang ramai yang mana di Malaysia ini ramai yang tidak bayar cukai pendapatan kita akan dapati mereka tidak ada dapat apa-apa keuntungan daripada pelaksanaan GST. Mereka yang dapat keuntungan adalah mereka yang bayar cukai pendapatan dan bayar cukai keuntungan bagi syarikat-syarikat. Inilah di antara sebab yang dikatakan hendak tambah kompetitif di mana bukan kilang yang bayar cukai tetapi cukai itu banyak akan dikenakan kepada pengguna. Pengguna yang akan menanggung kos cukai dan sebagainya. Inilah apa yang dikatakan.
Terakhir saya hendak sebut. Yang Berhormat Jasin adakan? Okey saya baca daripada The Edge: Jala- GST could add up to RM27 billion of countries income. Ini rujukan saya apabila saya sebutkan bahawa boleh dapat sampai RM25 bilion, ia adalah satu angka yang telah diberi oleh Dato’ Sri Idris Jala sendiri yang duduk di dalam Jawatankuasa PEMANDU. Apabila sistem GST ini sudah matang, hendak gantikan sumber pendapatan minyak dan juga cukai pendapatan maka GST dilaksanakan. Inilah apa yang kita khuatir akhirnya rakyat yang dibebankan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Terima kasih. Macam Yang Berhormat Shah Alam pula yang punya floor ini. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
DR.3.4.2014 118
■1730
Okey, yang pertama. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Shah Alam tadi bahawa format cukai yang akan dikenakan melalui SST dan GST berbeza. Pertama, SST mengenakan cukai dimanufacturing stage ataupun dekat kastam collect cukai dan GST pula mengenakan cukai akhirnya dekat retailer iaitu sampai ke pelanggan. Jadi soalannya mengapakah ada pertambahan cukai? Jadi dalam kes ini saya ingin bawa Yang Berhormat Shah Alam kepada satu analisis yang dibuat. Saya boleh baca satu-satu ini. Masa ada seminit lagi.
Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kita jumpa di luar.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: [Ketawa] Jadi kalau dalam konsep sesi yang saya bagi tahu tadi, harga barang yang supplier bagi RM1.80 kemudian dia bagi ke manufacturer harganya menjadi RM10 kemudian dia tag di situ dengan 5%. Maka kerajaan hanya mendapat 50 sen. Kemudian the next stage harga pergi kepada wholesaler naik meningkat kepada RM10.50 jadi RM14.30 harga pergi kepada retailer RM20.58. Apa pun kerajaan tidak dapat. Tetapi embedded sales tax yang 50 cent tadi sudah masuk dalam kos-kos ini sehingga ke hujung. Jadi dalam GST pula berbezanya mudah sahaja benda yang sama, tetapi at ‘the …. stage’’ dia akan dapat 6%, tetapi claim balik. Akhirnya harga lebih kurang sama RM10.60, RM14.80 dan RM20.78. Tetapi apabila dikali 6%, akhirnya kerajaan akan dapat RM1, 18%.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Langkawi, panjang lagi?
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Hendak habis.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila habiskan.
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Di sini menunjukkan bahawa penggunaan GST telah memberikan impak yang besar kepada kerajaan sebanyak 36% bagi 5% dan 18% tambahan bagi SST 10%. Di samping itu tadi Yang Berhormat Shah Alam ada mengatakan tentang...
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Panjang sudah itu. Okey saya dengan ini menyokong rang undang-undang untuk GST. Sokong.
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi]: Sokong kerana rang undang-undang ini akan memberi kebaikan bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada kerajaan negara ini. Saya pasti bahawa pengiraan apa pun ia telah memberi petunjuk bahawa GST ini akan dapat membantu negara dan tidak membebankan rakyat seperti mana yang saya tunjukkan contoh tadi. Sekian wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Sandakan.
DR.3.4.2014 119
5.33 ptg.
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Sandakan, kita sambung hari Isnin ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 hari Isnin, 7 April 2014. Terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.33 petang]
No comments:
Post a Comment